Friday, December 11, 2009

Edisi Siasat

Dah 2 3 ari ni aku tgk anak2 aku cam tak sihat n ceria jek. Lisa, kat muka dia tu macam kering jek pastu cam naik ruam. Semalam plak aku perasan kat area mata dia, dua2 belah tu merah. Aku suspek dia dok gosok jek mata dia sbb area tu kering. Then aku saje tanya laa dia "Kenapa mata adik merah ni, sapa buat?" Dia jwb "S*** buat", S tu one of the kids yg ada kat nursery tu. Then sarah lak jawab, "Bukan S yg buat, Ibu yg pukul adik" .... huihhhh terkezut aku dibuatnya. Aikk takkan laa kalau nak marah n nak pukul budak2 ni sampai kat mata lak. Aku dok ulang lagi tanya lisa n sarah the same question. Adik with her same answer, Sarah plak ckp "Ibu marah adik lepas adik pukul S" .... ishhhh ... aku dah tak sedap ati. Nak percaya bulat2 cakap budak2 ni tak leh gak. Nak kena tanya gak org yg diperkatakan tuh. Kat ati aku ni terus terdetik, takkan laa sebab aku tegur dia punya service last 2 weeks, terus nak lepaskan geram kat anak2 aku.

Bukan apa, aku tegur sebab nak tau citer sebenarnya sebab aku pun dok dengar macam2 citer dpd parent lain. So nak tau la gak. N at the same time ada laaa mende yg aku tak puas ati sejak dia dok tukau staf dia n tak ada staf tu. But my intention is good, for her to upgrade the services. Orang selalu ckp orang melayu ni suka menjatuhkan keje n business org melayu. Tapi aku bukan niat camtu, niat aku, kalau tak elok baik kite tegur dengan harapan dia dapat perbaiki mutu perkhidmatan dia tuh. Tapi kalau dia tak leh nak terima n lepaskan marah kat anak2 aku tu, tu kira kes serius tuh ..

Coz all this while anak aku tak penah kata Ibu tu garang, selalu kalau aku tanya dia akan cakap org tu baik tak penah marah. Ni for the last 3 days, dia selalu ngadu "Tadi kan ibu marah sarah, ibu tu dah garang sekarang nih" ... iskkk .... should i worry or how?

Monday, November 23, 2009

The Weekend Story

Aku rasa amat tidak bersemangat untuk bercerita dengan lebih lanjut lagi pasal aktiviti weekend ari tu. Cuma aku buat summary jek laa .. Overall ... aku rasa tak baper best laa. Best for the sake dpt g outing ngan cost yg agak rendah banding rate biasa kat resort tuh. Yg lain tu rasa cam biasa2 jek. Tak macam family day yg biasa2 or pernah aku join before this with other company n group. Anyway maybe i can hope for a better one next year and hope it will be more fun. Aku tak tau ler aku sorg je yg rasa or ada org lain yg felt the same way as i do. But i stop my story on that over here.







Ari ni ikut kan ati aku nak jek amik cuti. Letih ler .. tp bila pikirkan balik cuti ada sikit jek n masih boleh digagahkan jugak so aku bangun laa gak n bersiap g keje. Tp as usual la, smpi opis mang rasa cam mati kutu jek nak buat keje. First thing yg aku buat masa sampai tadi terus jek amik borang cuti .. nak apply cuti for this coming Thursday. Nak balik dungun dah untuk raya haji nanti. After that, u ols leh teka laa apa yg aku buat .. ahhahahaha .. till end of the day .. counting the time n hours n days ............ dah jadik cam anak aku lak nih .. hehehe

Thursday, November 19, 2009

End of the year mood




Tak tau ler naper dah berhari2 aku takde mood jek nak wat kelije. Letih dah eden cuba menggagahkan diri tp still gak tersangkut. Ada laa gak yg siap tp bukan yg patut siap laa plak yg dibuatnya. Yang dimintak tu tak siap2 gak, padahal dah tgl 10 percent jek lagik nak siap tp amaatttttttttt ler malasssss nyer..

Dlm pada tu aku try gak cari episod terbaru Upin Ipin dan Kawan2 kat YouTube tu. Jumpa. Seronok laa sbb dlm otak dpt laa aku tambah koleksi Upin Ipin anak2 aku. But then bila aku run video tu ... hmmm ... tak full version .. yg last tu siap kuar mesej "Untuk mengetahui kesudahan cerita ini sila dapatkan CD/DVD original di pasaran " ... cetttt .. anybody has the full version???






This weekend dept aku nak buat family day. Tahun ni the selected place is FELDA Hot Spring Resort kat Sg Klah. Teruja gak nak pegi sbb tahun lepas dah miss as anak2 kena chicken pox. Tp bila tgkkan keadaan cuaca skrg ni yg hari2 hujan, buat aku cuak gak. Bukan apa, risau takut anak2 aku tu kena selsema n batuk. Dorang tu kalau dah selsema sure akan melarat ke batuk. Bila dah batuk plak risau problem kat respiration dorg tuh. Hmmm kena berjaga je laa jawabnya. Lagipun dengan keadaan aku skrg ni mang agak tak memberangsangkan nak enjoy the event. Peknen kali ni aku cepat penat n nak jalan2 pun de semangat sgt sbb cepat penat. huhuhuh .. dugaan betul laa ..





Minggu depan plak dah nak Raya Haji. Aku ada 2 ari je cuti pro-rate for this month and 1 more day untuk bulan depan. Cam gaya aku tak leh carry forward cuti ke tahun depan jek ni. Tak best betul laaa .. Kalau laa leh cuti panjang kan best

Tuesday, November 10, 2009

Happy 2nd Birthday Nur Khalisah

Hari ni genap 2 tahun Nur Khalisah lahir ke dunia ini. Cepatnya masa berlalu. I luv u my dear dotter .. Semoga menjadi anak yg solehah dan manusia yg berguna. Insyallah, Amin ...



Tuesday, November 03, 2009

November Rain

November Rain ... salah satu lagu dpd Guns N' Roses ... cam sync jek gitu dgn keadaan skrg ni. Dah ler mang dah bulan November, pastu ari2 asik ujan jek .. mang sahih ler buleh gunapakai lagu nih.

Tp aku bukan ler nak ckp sgt pasal bulan November or pasal musim tengkujuh yang dah bermula nih. Cuma sebenarnya aku cuma nak cakap aku bosan .. dah 2 ari ni aku bosan, padahal aku ada banyak dokumen yg kena siapkan .. ntah ler naper agaknya. Maybe sebab dok risau tunggu result glucose test tu or maybe ada sebab2 lain yg aku tak nampak ..

Kat cubicle aku nih, lately ni mang amat ler sunyi. Masing2 sibuk dok ngadap PC masing2 dengan their own things. Dulu leh laa gak borak2 or YM ke .. leh laa senyum2 sorang2 or tetiba leh dok tanya apa citer .. sekarang cam tensed jek. YM dah kena biluk .. tak dpt ler nak silent sembang2 kopi ngan kengkawan... ehheeh

Tp ntah ler naper mang lately ni aku rasa lemau jek ... tuh pasal tadi .. dgn selambanya aku kuar sensorg .. g KLCC .. hahahaha .. sort of release tensen .. well .. at least release gak laa sesikit .. hmmmm

Friday, October 30, 2009

TGIF ........

Dulu aku mang blurr jek bila org dok bagi status TGIF .... apo ko bonde nyer laaa mendalah tu. Dorg ni nak g tgk movie ke kat TGV tuh ... Lelama baru laa aku paham maknanya .. lorrr Thank God Its Friday ... lombabbbb betuiii ler aku nih. Apapun .. mang thank god laa sebab ari ni dah ari jumaat. Esok dah weekend lagi. Best nyer ...
Mlm tadi pun Sarah dah repeat soklan yg tiap2 ari dia tanya aku "Mama .. esok tak school kan???" .. As usual aku akan jawab, "School, school lagi 3 ari nanti kite cuti". So malam tadi jawapan aku "School, esok satu ari lagi school. Pastu kite cuti lagi 2 hari yea ... " Then dia senyum sambil jawab "School lagi ye mama, pastu cuti ye mama" .. Well tu ler anak2 aku. Adik pun dah byk vocab kuar dpd mulut dia.

Ari ni aku mcm ala2 malas gitu .. semalam dah satu hari dok layan meeting. Yang hangat ada yg hangit pun ada ... letih sungguh rasa. Ari ni kebetulan big hakuna tak de, so dapat ler aku nak merelakskan diri sket. Even though byk gak panggilan masuk kat tepon sblh aku ni tp aku nak buat cool jek. Tgh ari ni aku plan nak kuar ... tak kira, lama dah tak kuar2 merewang time lunch ari jumaat ni. So aku nak sort of release tensen laa lebih kurang .
Aku plan nak cari uniform laa sbb skrg ni baju2 kurung yg aku pakai ni sumer dah tak muat. Almaklum perut dah makin besau. Baju uniform yg ada yg dulu2 pun dah limited n dah lusuh. So kena laa cari yg baru. And thinking of nak cari baju budak2 dua tu untuk family day department kat SG Klah bulan depan. Kot ada swim suit or pelampung tu ker .. Just wanna them to feel happy masa family day tu nanti.

Lama dah tak post gambo anak2 kat sini.. so ari ni aku letak le gambo budak dua tu.





Sarah n Lisah sibuk nak main atas pentas kat Billion Bangi tuh ..

Nur Khalisah

Nur Maisarah


Thursday, October 22, 2009

Sembang Sembang

Mood malas nak hapdet blog ni dah mula melanda .. bila byk idea dlm kepala, takde plak PC online depan aku, time bila dah ngadap PC with internet online, hilang plak sumer idea2 tuh.. huhuhuh ...

OK laa aku rasa just nak hapdet what happening since my last hapdet kat sini.

08 October 2009

Petang semalam balik keja n amik budak2 tu, aku perasan mata anak2 aku merah dan bertaik mata. Mula2 tu aku tgk kat lisa jek, tak terperasan pun kat sarah. Bila tgk sarah, lorrr sblh mata dah sepet dah. Sure n konpem laa budak2 ni kena sakit mata. Ptg tu gak aku tepon hubby soh balik cepat sebab nak bawak budak2 g klinik. Skrg ni tahap ultraman aku dah makin kurang. Kalau dulu aku tak kisah pun nak bawak budak2 ni g klinik or mana2 pun sorang2. Tapi since peknen kali ni mang rasa amat tidak kelaratan and sumer ultra power tu dah kena serap dek baby ni agaknya. So harap2 nnt bila bb ni kuar dia leh jadik superman laa kot ... ahhahaha

So ari ni aku terpaksa amik EL sebab nak jaga 2 org princess nih. Dorang ni nama jek sakit, tp takde maknernya dia nak dok diam kat umah tu. Main jek laa kejenya. Bila dorg tido tu laa baru aku dpt rehat.

09 October 2009

Aku g keje ari nih. Pepagi bangun check mata, confirm ok, takde kena jangkit budak2 nih.. senang ati aku. Tp hubby lak mata dah merah. Dia mang amik cuti ari ni sebab adik dia dpd Ganu nak datang. Risau gak aku org nak datang ni tp kat umah budak2 tgh sakit mata. Aku doa je laa dorg tak terjangkit nnt.

So dgn senang ati aku g keje. Ikut ati mang aku nak cuti jek sbb tak sedap le ada tetamu jauh nak dtg tp aku takde kat umah. Tp nak wat cemana, masa aku cuti smlm opismate aku dah call kata ada dokumen yg aku kena siapkan. Nak tak nak kena laa g jugak. Sampai opis terus jek aku siapkan dokumen yg aku kena edit tu. Tiba2 jek aku rasa mata aku gatal2 ... Aku perati kat cermin sebelah monitor aku ni, sah ler mata dah merah, jap lagi mata satu lagi pun mula gatal2 n merah. Aku bgtau bos aku cam nak kena sakit mata jek n terus g klinik atas ... So mang sah le aku kena jangkit dh.. dpt ler MC ari ni. Before that kena laa siapkan dokumen td kot ada changes ke n pass to my opismate utk sambung kot2 ada changes lain n masa tu aku sambung MC lagi ke.

Ari ni Kak Tun (opismate aku, group lain) jemput dtg makan lunch umah dia sempena mood raya ni. Nak tolak segan, so dgn sakit2 mata ni, yg masih minimize, aku pegi gak laa ... bukan apa, kesiannn .. org dah jemput tak baik kite tolak .. kannnnnnnn ... So abis je sesi makan2 aku terus pecut keta balik umah.

Sabtu - dok umah jek laa sbb mata tgh merah. Sepupu aku invite g umah dia kat Bdr THO pun aku tak g, takut jangkit kat org lain plak nnt. Mlm ni mak n family abang aku nak dtg, esok ada kenduri kawen sepupu kat Shah Alam.

Ahad - Pepagi lagi dah bgn sebab mak aku n abg aku tak jadik dtg malam tadi coz dah lambat sgt katanya sebab ada org datang beraya umah dia. So pepagi ni dorg akan bertolak dpd BP. Memandangkan mata aku pun dah beransur baik, so leh aaarr aku bgn pepagi ni nak siapkan sarapan. Nanti dah sibuk lak nak pegi kenduri kawen. Kol 7.15 dorang dah sampai rumah aku. Tak siap lagi sarapan yg aku nak masak .. hahaha .. almaklum laa aku ni slow sket kalau bab masak ni.

Kol 9.30 kami dah bersiap2 nak ke Shah Alam. Pakcik aku ni buat majlis kat Dewan SIRIM. Ni menantu pertama dia so maybe sebab tu dia kena buat style kat dewan ni kot. Atau maybe untuk yg seterusnya pun dia buat kat dewan kot sebab dia kena jemput sedara mara belah makcik aku dpd Jakarta, Indonesia tuh. Apa2pun aku tak kisah. Yang penting kami anak2 sedara datang bila dijemput. Bukan apa, time2 kenduri kawen camni laa baru dapat kumpul sedara mara and jumpa those yg dah lama tak jumpa. Nak harapkan time raya pun tak leh gak sebab since abah dah takde ni, mang dorg tak dtg le umah kami. Lagipun mak dah tak duduk rumah tu lagi and umah pun dah org lain duduk - sewakan...

Lepas makan2, pengantin datang n sesi jumpa2 sedara mara tu, kol 12 lebih aku dah mula beransur. Mak n other siblings still stay sampai majlis abis. Hubby ajak kuar awal sebab opismate dia jemput g his open house raya. Biasa laa masih musim raya ni so byk ler invitation open house yg diterima. Menjajau laa gak cari umah kawan dia tu kat Taman Tasik Prima Puchong tu... haiiii ... Then aku lak ajak hubby g umah Mimi(my best fren) kat Bdr Baru Bangi. After that baru kami balik umah... fuhhh flat gilerrrr rasanya. Malam tu mak n abg aku g tido umah kakak aku lak.. so releks laa sket tak payah nak masak . .. ehehhehe .. bukan apa, aku mang dah flat gilerrrr tak larat dah nak masak.

12 October 2009

Aku MC lagi sbb mata tak fully recover. Nak jadik citer, smlm ptg aku g klinik bawak mak aku sebab dia batuk2 and tetiba dia kata dia sakit kat bhgn pinggang .. sakit sangat .. aku pun dah panik .. bawak ler g klinik. Memula doktor suspek dia kena apendiks sebab bila doktor tekan kat part tu mak terus jek jerit kata sakit. Tapi lepas tu .. biasa laa mak aku, hahaha, cepat2 dia kata tak sakit plak. Takut laa tu kalau kena operate nak buang apendik tu. Pastu last2 doktor bg ubat batuk n ubat hilangkan sakit kat bhgn pinggang tu. Ubat sendi. Tp doktor tu warning, kalau sakit tu tak hilang gak, mak aku kena jumpa dia semula nak buat detail scan. Aku pun masa tu mintak laa lagi ubat titis mata tu sebab aku nyer dah tgl sket.

Malam tu lepas letak ubat tu, tetiba aku rasa nak muntah macam kena food poisoning. Mang sakit giler. Rasa .. hmmmm aku tak tau camna nak describe apa yg aku rasa time tu.. mang sakit. Tetiba aku tgk kat cermin mata aku makin merah. Aku ingat mb sebab aku muntah tadi. Then bila aku bgn pagi ni pun mata aku still merah. Ni yg merah mang merah giler laa .. bukan dah takat level merah sakit mata, dah macam merah mata dracula .... huhuhu

Aku g klinik pagi ni, doktor pun terperanjat tgk mata aku. Dia bagi aku MC lagi 2 hari. Since dia kata stok ubat kat klinik dia dah abis dia soh aku dtg blk ptg nnt amik ubat tu. Sepjg ari ni aku tak selesa sbb mata merah aku ni. Sib baik budak2 2 tu tak buat hal sgt. Ptg baru aku masak sbb mak nak dtg singgah sebelum dia balik BP malam ni ngan abg aku.

13 October 2009

Since ubat yg doktor janji nak bagi tu tak ada lagi, pagi ni aku g klinik lagi. Aku risau, some part of mata aku tu jadik kuning. Takut lak aku, takkan dah tua2 ni leh kena demam kuning lak. Dah ler tgh peknen ... mang tambah level kerisauan aku time tuh ... Doktor soh aku g spital, jumpa pakar mata since dia pun risau tgk mata aku. Aku anto bebudak kat nurseri walaupun dorg liat jek nak pegi sbb dah lama tak g sekolah kannnn...

Aku tiba kat spital serdang tu kol 1.50 ptg. Mang ngam2 jek tgu kaunter klinik pakar mata tu bukak. Dpd kol 1.50 tu sampai dekat kol 4 baru nama aku kena panggil. Yg geramnya, bila dia panggil time tu baru dia kata kat aku "Awak kena pegi daftar dulu kat kaunter depan" .. punya laa ngonggg .. tensen tul aku. Dah le mata merah cam hantu, org tgk pun queries apa laa jadik kat aku nih .. huhuhu... Nak tak nak terpaksa laa gak pegi. Then datang balik dah kol 4.10. Tak lama lepas tu baru doktor panggil aku nak buat pemeriksaan. Pastu doktor ckp dia nak letak satu ubat ni nak buat fully diagnose kat aku, tp bila kena ubat ni aku maybe aku tak dpt see clearly for about 4 hours. Dia kata aku tak leh drive balik kalau guna ubat ni n someone kena fetch me up. Alahaiiiii .. so nak tak nak aku paksa laa hubby aku kuar opis cepat n amik aku. Sib baik dia nak amik, kalau tak .. mau aku stay jek kat spital tu. Tp of course laa dia nak amik kannn ..

Esoknya aku still cuti lagi... terpaksa amik EL sbb MC aku pun dah utilised for this year .. huhuhu .. Khamis tu kena g keje sbb dah takde cuti. Kebetulan plak ada mtg kena attend. Puas ler aku menjawab kat sumer org pasal mata dracula aku tuh .. huhuhu tensennnnn beb ... Haa tu laa citernya .. Sekian .... Abis dahhhh

Tuesday, October 06, 2009

Open House Raya

Last weekend, mang banyak jemputan ke open house .. alaa banyakkkkk ... ada laaaa 3 jemputan jek .. hahahaha .. byk tu kalau campur 1 lagi masa ari jumaat tuh. Fuhhh kenyang giler masa g open house umah kak som tuh .. makasih kak som. sedap juadah yg kak som hidangkan untuk kami.

Then sabtu, ada monthly check up. Setengah ari aku dok kat klinik tu. Ingatkan dia start bukak kol 8.30 pagi. Tup2 kami sampai kol 8.20 pagi tu dah ramai orang, aku dpt nombor 15 lak tuh .. huhuhuh hampeh ler nak menunggu. Hubby aku dah lain mcm je bila dgr nombor 15 tuh. Balik je dpd klinik, dpt lak msg dpd kakak aku kata nak datang umah. Huhuhu ... nak masak lagi nih .. Tadi hubby kata ada jemputan open house kat area umah aku tu, so baru jek berangan2 tak yah laa nak masak, tup tup kakak aku nak datang, takkan tak masak apa2. So pegi ler singgah petronas g beli pes mee rebus. Senang .. beli mee n udang n sayur, masuk je dlm kuah tu. Wallaaa ... jadik le mee rebus jawa aku .. hehehe .. senang ..

Niat ati nak wat open house tp memandangkan every weekend asik penuh jek jadual so rasanya tak kot. Sapa nak datang tu datang je laa .. formal open house mang takde tapi umah aku sentiasa terbuka ... jemput laa datang .. collect duit raya .. hahhaha

Friday, October 02, 2009

Apa laaa network nih ...

Ari ni aku rasa agak hangin gak ler .. internet kat opis ni kejap on kejep off .. nak bukak maybank2u pun berjenggut jek. Sumer slow gilerrsss laa .. FB tak yah cakap ler .. langsung tak leh .. abis laa tanaman aku tak berharvest tuh.

Apa nak wat ni ekkk .. keje pun tak byk sgt ari nih .. halaaaaalaaaa ...

Bencana menimpa negara jiran .. apa iktibar yg kite dapat

Rabu lepas sebahagian kawasan di Johor, Melaka, Selangor, KL dan beberapa lagi kawasan di barat Semenanjung Malaysia dikejutkan dengan gegaran yang berpunca daripada gempa bumi yang melanda daerah Padang Sumatra, Indonesia. Gempa berukuran 7.6 skala richter tu bukan kecik2 punya gempa. Hampir 90% kawasan penempatan di Padang tu musnah. Gempa sekuat tu mang boleh dirasa sampai ke Malaysia.

Semalam dan hari ni bila baca paper dan tengok berita, hati aku tersentuh gak melihat kemusnahan yang berlaku. Even though kejadian ni tak berlaku di Malaysia, tapi aku rasa rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada bencana2 yang menimpa negara lain. Jgn ingat kite bukan dlm laluan lingkaran api pasifik ni tak akan kena bencana2 macam ni. Kalau kite sume masih terus2an leka dengan hal2 duniawi, makin hari makin membesarkan dan membanggakan mende2 maksiat, tak mustahil satu hari nanti Allah akan turunkan bala kat negara kita. Aku bukan laa doa mintak mende2 tak elok jadi kat Malaysia tapi kite sume tahu, sesuatu mende tu terjadi ada sebab dan akibatnya.

Dulu kat Sabah penah ada kejadian satu kampung musnah akibat daripada taufan yg tidak sepatutnya melalui kawasan tersebut. Kat KL pun dah berapa kali dilanda kejadian tanah runtuh dikawasan2 penempatan elit. Takkan nak tunggu kena gempa bumi macam yg melanda di Indonesia tu baru rakyat Malaysia ni nak sedar diri. Perhatikan laa kejadian yg berlaku sekeliling kita dan ambil iktibar daripada apa yg berlaku.

Dalam pada kite bersimpati dengan kejadian yang berlaku di Indonesia dan mendoakan semoga tidak banyak lagi nyawa yang terkorban, elok laa kite sama2 juga ambil iktibar dan muhasabah diri kita, tinggalkan yang buruk dan sama2 mendekatkan diri dengan amalan dan ibadah terhadap ALLAH. Bumi ni dah tua .. tua sangat .. tak tahu esok atau lusa dia akan luput. Sudah ke kita bersedia ............................

Thursday, October 01, 2009

Salam Aidil Fitri

Salam Sumer,


Rasanya masih belum terlambat untuk aku postkan ucapan Hari Raya Aidil Fitri kat blog ni utk sume kenalan yg ada kat dunia cyber. Terutamanya untuk those yg selalu menjengah n menjejakkan kaki kat blog aku nih. Semoga raya tahun ni memberi seribu makna yg gembira untuk kite sumer. Jgn sedey2 k.


Wednesday, September 09, 2009

Suasana Menjelang Hari Raya

Sejak dua tiga hari lepas, lagu2 raya dah mula berkumandang kat corong2 radio. Iklan raya tu tak payah cakap laa since 1st day posser lagi dah ada. Tapi aku mang cukup sensitif betul kalau dengar lagu2 raya nih. Ntah laa lately ni tak tau kenapa sensitif sangat. Mang laa aku tau aku tgh in the condition yg nih, tp sampai ke lagu raya nak sensitif tu apa ke hal nyer plak. Yang lebey mengherankan aku tu, even lagu raya yg rancak2 pun bila aku dengar jek sure sedey. Apa laa masalah aku nih.

Kalau dulu masa kecik2 or masa b4 nih laa ... seronok gila bila dengar lagu raya. Tapi kali ni ntah ler ... awatnyer laa jadik lagu nih.

Tahun ni kalau ikutkan aku patutnya rasa seronok nak raya, sebab tahun ni turn beraya kat Batu Pahat, JOHOR. Cumanya tahun ni beraya, first time kami beraya berkumpul sumer adik beradik and family BUT without ayahanda tercinta. Aku rasa maybe faktor ni yg buat aku rasa a lil bit upset n sedey. Tahun ni first time raya aku and siblings akan menziarah pusara arwah abah pada pagi raya. Hmmmm ... we sure miss him a lot .. Semoga roh arwah abah dicucuri rahmat dan ditempatkan disamping org2 yg beriman. Amin .. Al-fatiha.

Monday, August 24, 2009

Sarah Posa Laaa ...

Sabtu lepas was the first day umat islam di Malaysia and some part of the world. Since kali ni posa mula time hari cuti, so mang lepak je laa kat rumah. Tak ke mana2 pun.
Sejak malam sabtu tu aku dah mention kat Sarah, my first dotter that esok mama, abah n nenek akan posa. Aku refer laa kat citer Upin Ipin kegemaran dia tuh. Pastu dia kata
kat aku "Sarah pun posa". Aku jawab laa balik kat dia "Sarah kecik lagi, tak payah la posa, tak apa kalau sarah tak posa. Kalau posa, tak boleh makan dan minum". Dia berkeras
gak jawab sambil geleng kepala "Sarah posa ... ". Then aku cakap balik "Abis tu, kalau sarah posa, sarah tak boleh makan dan minum tau". Dia jawab apa tau "Sarah boleh makan
dan minum. Tapi sarah posa" ... haaaa tuh dia her idea of posa. Penat aku explain tapi aku rasa takpe laa kalau dia tak dapat tangkap dan faham pun since dia kecik lagi.

Yang best nyer, semalam bila dia jumpa jiran aku kat laman luar tuh, jiran aku tanya "Sarah posa ke ari nih?". Dia jawab "Sarah posa" ...
Bila mak ngah dia call plak malam tadi, same answer dia bagi cuma aku tambah ler soh dia cakap "Sarah posa ... tapi posa yang yok .. " hehehe ...

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Diam tak diam, esok dah nak posa bulan Ramadhan lagi. Sekejap jek. Kalau ikutkan bulan melayu kira esok dah genap setahun ler aku kerja kat sini. Remembering those days, mang quite tough. Starting a work in a new place, in a month of fasting, having her as the superior. Kalau disuruh memilih mang aku tak nak laa back to that state. Apa pun aku bersyukur kerana selepas itu most of that hard times telah dipermudahkan dengan izin Allah. Amin.

Aku ingin mengucapkan salam ramadhan buat sumer kawan2 yang mengenali dan semoga ibadah kite pada bulan puasa kali ini diberkati dan dirahmati Allah hendaknya. Insya-allah Amin....

Posa jgn nakal2 yer .. :D

Tuesday, August 04, 2009

Waaa tensen beb

Dunno how to explain .. tapi aku really tensen ..... Huarghhhhhhhhhh

Monday, July 13, 2009

Its a news!! .. not CNN or BBC news .. but it still a news

Lambat dah .. sebulan takde, tak penah lak aku miss before this. Nak mengharap pun takut gak eventhough aku mang dah ready je kalau ada. So jumaat lepas aku g guardian, beli test kit tuh. Balik umah torusss jek check. Berdebar je tunggu result tuh kuar, memula kuar satu line (as usual) then slowly kuar bayang2 satu lagi line. Tak baper clear so aku bior je laa. Then aku tengok balik, kali ni line satu lagi tu mang dah sahih2 clear. Ada 2 line .. yeayy ... hahahaha. As well as aku nervous ngan result tu tapi aku mang harap gak bior le positif. Alhamdulillah.

Aku saja jek letak test kit tuh kat bilik air so that nnt my hubby perasan the test kit .. so masa dia dok mandikan dua org princess aku tuh, aku tgh solat. Pastu dia terus kuar g surau. Cett .. aku kata tak sempat nak tau reaksi dia. Malam tu dia balik je dari surau aku terus jumpa dia, bgtau aku dah buat test and positif. Dia terus cakap "Ha ah, tadi abang nampak. Betul ke?" Sabo je la. Tapi dia also happy with the news. Siap terus plan bila nak pegi jumpa doktor. Well itu ler kisahnya. Sarah n Lisa will get a baby sister/brother soon. Insyallah.

Semalam kami g klinik, nak check and confirm. Doktor lela senyum jek bila aku bgtau nak check. So dia buat scan. Nampak la kantung baby tuh tapi tak clear sangat. Yang tak bestnyer tuh, ada cyst sebesar duit seposen tuh. Huhuhu. Doktor kata nak kena datang further check nih to make sure cyst tu mengecut with the pregnancy. And nak tengok whether my pregnancy is normal or takut luar rahim. Hmm dalam pada aku happy with the news tu tiba2 rasa tak sedap le plak. Nak kena check lain laa plak. Apa2 pun aku harap sumernye akan ok. Insyallah.

Wednesday, July 08, 2009

Beezzzzzzzzeeee

Hmmm ... last week aku dah kuar 2 hapdet pasal hangin aku dengan makhluk nama LELAKI tuh. So minggu ni aku malas la nak buat sequel of that.

Aku letih sangat last few days nih, busy amats gak ler. Projek asik main tarik tali jek, kejap nak go, kejap plak manyak mende tak siap. Aku gak yg kena. Agak hangin gak ari jumaat lepas sebab aku tgh on leave kena plak kacau pasal problem kat projek. Well aku bukan PM, pegi laa carik PM. Macam big boss aku selalu kata, u kena pegang rotan, kejor dorang, make sure dorang on right track. Dah penat dah aku pegang rotan tuh, dorang tuh sumer bukan budak kecik nak dirotan2kan. Emphhhh ... gasak laa .. maleh aku nak pikir.

Sabtu lepas aku buat kenduri arwah, untuk arwah abah aku dan keluarga2 terdekat yang lain. Errr .. sorry laa pada kawan2 yang aku tak sempat nak jemput tuh. Sibuk sangat
sampai tak done nak sms or call korang. (Sure dorang kata, awat aku tak publish kat FB jek kann - hahaha tuh pun aku tak terpikir). Since a week before that dah busy dengan budget of the kenduri, and arrange pasal menu dengan sepupu aku. Sib baik sepupu aku nak masakkan untuk aku. OK laa tuh, tak yah aku nak pening2 masak sendiri. Harus pensan tuh.

Jumaat tuh aku cuti, budak2 aku anto gak ke nurseri. Kalau dorang ada kat umah, mau tak jalan keje aku. Tot of nak ngemop lantai umah tu n kemas bilik2 atas since siblings n sedara mara nak datang. Pagi dah half of the day kat pasar nilai 3 beli barang and diganggu oleh panggilan2 daripada opis. Balik umah aku dah rasa nak pensan dah, siap beli roti, makan sat, duduk sat, baru laa aku mula mengemop lantai. Huhuhu letih nyer..Dekat pukul 2 aku dah kelaparan, nasi tak masak lagi, lauk tak masak lagi. Badan dah nak flat dah time tuh tapi aku gagahkan laa gak, amik kunci keta g kedai. Cari laa kot ada nasi ayam yang selalu aku beli tu. Sampai kedai, tgk ada nasi ayam favorite aku tuh apalagi order laa 2. Ehh bukan aku makan sorang occay, tuh satu lagi utk mak aku.

Abis makan, rehat kejap, solat, then g belah atas lak, kemas2 mana yg patut. Tengok2 jam dah dekat kol 4. Huhuhu .. cepatnye jam nih. Aku kuarkan ikan, masak nasi, then siap2 nak amik budak2 kat nurseri. Bila sampai je umah, sarah tiba2 cakap kat aku "Mama .. tengok ni sapa ni yang buat sepah2 kat umah kite nih". Aku pun cepat2 ler masuk nak tengok apa yang sepah nyer. Penat aku ngemas, kalau bersepah harus laa aku mengamuk. Laaa ropernye dia refer to kawasan living hall yang dah lapang tuh. Hahahah aku cakap kat dia "Ni mama la yang buat nih, ni bukan bersepah2 ni kakak, ni mama dah kemas" Aku siap warning kat budak 2 orang "Haaa .. jangan buat sepah ye " (ala ala gaya kak ros si upin ipin tuh .. :D)

Sabtu dah mula sibuk, malam tu lagi laa ..alhamdulillah ramai gak yang datang dan kenduri bermula dan berakhir dengan baik. Kawan baik aku since sekolah menengah dulu, Mimie pun datang. Seronoknye rasa. Cumanya penatnyer tuh sampai hari ni tak abis2 lagik

Kat opis pun byk mende so aku mang terasa amat ler letihhhhh dan penat tak tau nak citer cemana, badan aku je yang leh explain sebab aku jek yang rasa. Apapun insyallah kalau ada rezeki lagi, aku akan buat sesi makan2 utk kawan2. Insyallah.

Thursday, July 02, 2009

Lelaki Oh Lelaki - Part 2

Kisah ni mang ada sket2 tempias ler daripada kisah hangin aku yg sebelumnya tadi tuh.

Dah ler semalam pagi2 aku dah naik hangin dengan "LELAKI" ittew ... bila balik rumah ptg semalam plak aku mendengar satu kisah lagi yang amat tragis dan amat laaa menaikkan darah, hangin dan kesabaran aku. I even cry hearing that story.

Kisah nih berlaku pada seorang budak sekolah di kawasan berdekatan dengan rumah aku. Budak perempuan berumur, 8 tahun, darjah 2, sekolah rendah. I repeat ok ... sekolah rendah.

Nih satu lagi kes pencabulan ke atas kanak2. Budak ni mengadu pada rakannya mengatakan dia di"ROGOL" oleh bapa saudaranya. Kerana budak ni kerap mengadu pada rakan tersebut, si rakan ni pun membuat aduan pada salah seorang cikgu di sekolah tersebut. Cikgu pun buat laa soal siasat including melawat ke rumah pelajar tersebut untuk mengesahkan cerita pelajar yang mendakwa dirinya dirogol itu.

Aku taknak citer detail sgt, just give the summary:
- Budak ni berasal daripada broken family, ayah (LELAKI) kawen lain. Tinggal anak2 dengan jagaan isteri pertama tanpa nafkah.
- Rumah sewa yg diduduki budak ni, dah berbulan takde bekalan elektrik
- Mak budak ni terpaksa bekerja dpd 6 pg - 6 ptg untuk menyara hidup mereka dengan gaji yang tak seberapa di kilang somewhere in that nearby area.
- Budak ni dok sorang2 after school time till emak dia balik keje. (Budak 8 tahun, tinggal kat rumah sorang2 tanpa kawalan org dewasa)
- Pak sedara dia ni tinggal berhampiran, siap ada kedai runcit lagi.
- She was molested during the time she was left alone. Either at her home or at that culprit(LELAKI) shop.
- Confirm by medical check, dia tidak dirogol tapi dicabul berulang2 kali oleh si syaitan tuh.

Dpd citer kawan aku, budak perempuan ni kecil je saiz tubuh badan, kalau org normal dan waras fikirannya, tak de ati ler tengok budak camni. Tapi masalahnya ni makhluk yg bernama manusia bertopengkan syaitan (errr ... lelaki ke pompuan ekk si hantu tuh >>> LELAKI) mang tak de akaiii .. budak kecik camtu pun nak dilibasnyer. Not once but more than that. Masyaallahhhhh ... sedey betul aku dengar, tak dapat nak aku bayangkan. Kesedihan ketakutan yg aku rasa seandainya perkara2 sebegini menimpa anak2 perempuan aku. Nauzubillahi min zalikkk ... ya allah jauhkan lah.

Budak sekecil itu terpaksa menghadapi trauma sebegitu yang dilakukan oleh siapa???? Siapa lagi kalau bukan LELAKI. I know my husband also LELAKI. Dan aku tak boleh nak letak CHOP kat kepala sumer lelaki kata sumer lelaki jahat. My point is, the root cause of all these kind of things daripada mana???

Apa yang aku buleh fikirkan :
1 - Lelaki zaman sekarang yang sudah kekurangan ilmu agamanya. Lebih mendahulukan hiburan, nafsu dan keduniaan daripada amal ibadah dan hal2 akhirat.
2 - Lelaki yang suka dan bangga dengan status mereka sebagai LELAKI yg kununnya khalifah dalam dunia ni. Yang darjatnya lebih tinggi daripada perempuan, yg kununnya dengan 9 akal itu lebih baik dan bagus daripada kaum perempuan. Maka memberikan dia kuasa untuk membuat apa saja dengan kelebihan yang dia ada.
3 - Bahawa kununnya dengan gurauan2 memuja perempuan lain selain isterinya adalah gurauan semata dan bukan merupakan satu perbuatan yang akan dikotakan. Padahal mereka tidak sedar atau sengaja memejamkan mata bahawa perbuatan mereka itu, imaginasi2 yang mereka reka itu mengundang padah seandainya diikuti oleh lelaki2 lain yang kurang kewarasan fikirannya.

Banyak lagi yang aku nak citer tapi sampai part ni pun aku dah rasa sedeh. Aku hanya mampu berdoa dan berharap agar kaum LELAKI ini sedar, mereka dicipta oleh ALLAH untuk melindungi kaum wanita bukan untuk menyakiti mereka. Menyakiti bukan dengan mendera fizikal semata, bahkan meliputi hati dan perasaan kaum wanita yg ada 9 emosi dan 1 akal tuh. Masih tak sedarkah mereka.

Cuba bagitau kat aku, ada baper banyak kes, org LELAKI kena cabul, kena rogol, kena culik, kena dera dsb???? Cuba citer????? Sedeh kerana dalam kebanggan mereka mengatakan diri mereka "LELAKI" dan lebih khususnya "LELAKI ISLAM" tapi dalam masa yang sama mereka dengan sukahatinya membenarkan diri mereka untuk menyakiti perempuan sewenang2nyer.

Astaghfirullahalazimmmmmmmmmmmmmmmmmm .............

Lelaki Oh Lelaki

Dua tiga ari kebelakangan ni aku mang cukup hot, panas, hangin jek dengan hamba allah bernama "LELAKI" nih. Nak kata aku yg cari pasal tak jugak. To be specific aku hangin sebab thread yg melampau2 sangat kat satu forum nih pasal memuja sorg minah tol nama dot dot. Korang bayangkan laa sumer post dalam thread tu asik2 dok berkisar pasal manusia bernama LELAKI ni dok tergila2 and angau kat si minah dot dot tuh. Aku rasa bila ada sang isteri yang dok baca post2 macam tuh sure tak banyak, sikit pun akan terasa hati dengan perangai suami yg berjantina LELAKI nih. Aku malas laa nak explain detail2 sangat sebab nanti aku gak yg naik darah. Sakit ati beb, bila kite tegur baik2 dia kata, kite ni menyibuk la tu tempat dorang nak berhibur la, sekadar main2 jek bukan buat betul2 pun.

Excuse me .... kalau dah boleh dok tulis, membayangkan mende2 macam tuh, bukan ke niat tuh. Kalau sekadar sekali dua cakap tu boleh dimaafkan lagi, ni dah sampai tahap masing2 berlumba nak tunjukkan kehebatan masing2 and sampai kata mengaku bujang lagi. Mang tu sekadar tulisan di alam cyber, tapi aku nak tanya laa korang, nowadays, baper banyak kes2 keruntuhan rumahtangga yang bermula daripada alam cyber??? Byk beb ... jgn laa nak menafikan. For those yg dah berkahwin tuh berhati2 la. Jangan take it easy jek mende2 nih.

Yang aku hanginn sangat tuh, bila ditegur bukannya nak terima, dengan cepat jek melenting. Kalau memang dia tak buat, or sekadar suka2 jek, apa kes nak melenting. Tuh sure laa sebenarnya mang dah ada terdetik perasaan tu dalam hati, tapi saje tak nak mengaku. I forward this issue to my behalf, his reply korang nak tau apa "Alaa .. orang lelaki, dorang tu suka2 jek dorang tak buat betul2 pun, biasa laa ... orang lelaki". Haaa ... so sebab mereka2 tuh bernama "LELAKI" dengan sewenang2 nyer dorang buleh buat apa yang dorang suka. Tak pikir pun perasaan orang lain especially sang isteri.

My question la:
- Apa yang orang lelaki buat, sumer betul ke?? Or orang perempuan tak boleh mempersoalkan apa juga yang orang lelaki buat.

Pada aku, kalau buat mende yang betul or baik, sure aku tak akan persoalkan. Tapi kalau buat mende yang ngarut2 macam tuh, or menggalakkan perbuatan yang mengarut2 macam tuh BAIK SANGATTT ke??

Patut laa sekarang ni macam2 jenayah makin hebat berlaku. Kes ragut, kes rogol, kes culik, kes pecah umah, kes bunuh. Most of the cases tu melibatkan main player by orang "LELAKI".

Kadang aku terpikir, agaknya sebab selama ni kite dengan selambanya membiarkan orang2 lelaki buat apa yg dorang suka, so last2 macam ni laaa jadiknya.

Dunia akhir zaman sememangnya, makin banyak harta dan kemewahan, makin kurang kewarasan fikiran dan akhlak.

Tuesday, June 16, 2009

They agreed to continue the COLA

Alhamdulillah. Hari ni ada sessi perjumpaan dengan Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan company. Kami rakan sekerja (as they used here for staff) berdebar2 gak nak tau samada COLA yg diberi dan dijangka tamat bulan lepas akan disambung or not.

Sebenarnya aku mang berharap (bukan aku jek, aku rasa sumer staf pun) that the COLA to be continued forever or paling tak pun lagi setahun ke 2 tahun ke at least. Bukan apa ditengah2 zaman gawat sekarang nih, adanya COLA ni mang agak banyak membantu dalam menguruskan bab2 financial keluarga nih. Especially bab2 nak mensetelkan hutang2 yang agak merimaskan tuh kannn ..

Lama gak la Tan Sri berucap, sampai aku siap leh terlelap2 lagi tuh. Mang ngantuk tahap gaban rasanya even though aku rasa Tan Sri siap ada buat lawak lagi. Dalam pada aku leh sama2 ketawa dengan lawak yg dia buat tuh, still tahap ngantuk aku tuh tak leh nak elak. Cuma bila sampai part2 in the end tu baru laa mata aku ni boleh dikawal sket. Lagi plak masa tu dia dok baca text script from the HR Head dengan cara lawak dia. Nih berdebar nih, bila laa Tan Sri nak announce pasal COLA nih. Then at last he announce that "....COLA akan disambung setahun lagi ... ". Alhamdulillah. Masa dia dok cakap tuh, aku tak tau, tetiba jek rasa cam sedey sgt, maybe sebab sedey gembira dengan berita tuh. Cam rasa .... ntah cemana nak describe pun aku tak reti. Apapun aku bersyukur ke hadrat tuhan kerana memberikan rezeki ni buat aku dan rakan2 sekerja yang lain.

Setahun pun setahun laa .. at least by next year insyallah aku dah kurangkan banyak hutang2 aku by the time COLA tuh expired. Insyallah. Asalkan aku tak tambah hutang lagi sudah ler .. well ... i learnt from my previous mistake. Really hope i will not repeat the same mistake again.

Monday, June 15, 2009

Latest Happening

Hmmm ... cuaca teruk laa skrg nih. Anak2 satu family kena demam, batuk n selsema. 6 hb ari tu aku balik kg kat Johor. Lama dah tak balik sana. Lagipun ada kenduri kawen sepupu aku, alaaa .. ex-singer kumpulan Al-Jawaher tuh .. hahaha (sesekali nak gila glamor gak ... wakakakaka). Since mak aku dah book awal2 jadual kitorang, so kena gak laa pegi kenduri tu. Tapi ok gak, sebab selain hari raya, time2 kenduri kawen camni laa baru nak jumpa sedara mara.

Balik tu aku singgah BP dulu umah abang aku. Siap anto tempah baju raya lagik. Kat KL ni mana laa nak cari tailor yang ok. Dah ler harga mahal, kualiti jahitan tak tentu lagi. So since aku penah anto jahit baju kat tailor kakak ipar aku nih, tahun ni aku dok plan anto jek laa kat dia. Mahal ke tak pe laa asal puas ati.

Then abang aku dok bgtau, tengah musim durian skrg ni kat kampung. Apa lagi my hubby pun seronok ler. Tu favourite dia. Kat KL ni kalau kata durian tak yah tunggu musim laa, ada jek sentiasa. Tapi mahal laa ... alaaa KL ... apa mende pun mahal, mana ada yg murah puuuuunnn.

Petang tu sebelum kami bertolak ke JB, my hubby ikut abang aku g cari durian. Dorg pegi kat dusun member abang aku. Dapat laa sekilo rm2. Lama gak dorang pegi. Konon nak bertolak ke JB kol 5 last2 dok tunggu dorang balik, bertunda gak ler jadinya. Balik jek dpd dusun, tuhhh dia byk gak dorg dpt. Apa lagi, sessi menjamu durian ler. Aku makan sikit jek since tekak aku dah pun menunjukkan tanda2 tak berapa sihat. Terliur gak le sebab tgk durian tu sumer sedap2 jek. Abis jek jamuan durian, kami pun terus jek bertolak ke JB.

Malam tu badan aku dah mula tak berapa sedap. Adik, khalisah mang dah mula demam daripada hari khamis lepas. Tak selesa jek dia tido, asik merengek je. Esok paginya kami bersiap2 ke jamuan kenduri kawen tu. Buat kat dewan, almaklum ler, tak muat rumah ramai org nak datang. Tapi cam tak best jek, macam tak happening jek laa buat kat dewan nih. Moden sgt pada aku. Aku still prefer style buat kat rumah, gotong royong or org jawa kata REWANG. Baru rasa cam rapat jek. Ni buat kat dewan, org dtg pastu balik. Nak lepak2 dok tunggu sedara mara lain dtg pun tak de tempat. So last2 kami pun beransur ler. Tapi sempat gak laa jumpa sepupu, mak n pak sedara aku in between that time.

Petang tu cuaca tak berapa baik, hujan plak. Kononya nak g Danga Bay sebab selama ni aku asik dengar je org citer psl Danga Bay tp aku tak penah2 sampai pun. Sib baik hujan kejap jek, kami pegi gak le ke Danga Bay. Siap naik ketapi dia tu laa ... alaa saje je bawak budak2 naik. Lagipun senang, tak yah nak jalan2 pun. OK laa takde laa happening sgt pun OR maybe sebab aku dtg siang. Kalau malam lain laa kot pemandangan nye. Alaaa aku tak kisah sgt pun, as long as aku dah sampai. At least kalau org tanya "Dah pegi Danga Bay?" or "Kat Danga Bay tu ada apa ekk " aku dah leh jawab "Dahhhhh" or "Macam macam adaaa ..." hahahaha. Lagipun badan aku dah start tunjuk kenaikan temperatur yg agak tinggi, tu pasal aku malas nak sambung jenjalan lagi dah. Balik tu pun siap cari klinik, tak tahan dah rasa nak pensan pun ada.

Pagi Isnin bertolak balik ke KL. Sebelum bertolak tu aku dah telan ubat batuk, demam n selsema. Kononnya sepjg jalan nnt leh laa aku rest tido since ubat selsema tu quite kuat. Tapi takde maknanyer pun. Since aku kesian nak tglkan hubby aku drive sorang2, sesekali tu aku terpaksa gak menyengkang mata sebab nak make sure dia tak ngantuk. Tuh ler dia citer terkini. Punya laa aku menunggu saat nak balik kg ni tp last2 ... it was not as per expected. Dgn masing2 tak sihat, mang tak best ler nak berjalan2 ... huhuhu .. Takpe laa next time insyallah leh balik lagi.

Thursday, May 28, 2009

Good News

Today, i received one good news from a friend of mine. Congrats mauze for the incoming. Hehehe .. jgn sedey2, tuh sumer rezeki tuhan nak bagi.

But early of this morning i actually received one not so good news. My favourite team lost one of the biggest match against my other lil less favourite team. Still i can accept the news since we already won 3 other trophies. So not a big deal with this loss. Well we still have next season to come back although maybe that time without CR or CS. There are plenty of other talented players to replace them.

I have a busy week this week. Got so many things to do and prepare for tomorrow event. 1 more day to go, hope that the event tomorrow will be smoothed without so many issues or fights .. hahaha

Thursday, May 21, 2009

Nasi Ambeng


Sejak dua tiga ari nih aku pun kurang ler faham ntah kenapa tiba2 aku rasa rindu kat satu hidangan yang aku biasa makan masa kecik2 dulu. Tiap kali kenduri kat umah nenek @ nyai, kat umah pakcik2 or makcik2 aku belah arwah abah laa esepcially nyer, sure diorang akan sediakan menu ni which is the famous Nasi Ambeng (sebutan style jawa).

Aku ni mang anak orang jawa pure tapi amat le malu byk sebab aku tak reti nak cakap jawa .. sikit2 boleh laa sekadar .. arek mangan, ngombe, wes turu, wes ngelih, warek tu buleh la. Nak cakap satu complete ayat jawa tuh mang agak susah le aku nak nyebut dengan betul. Kalau makcik2 pure jawa tu mesti dok gelakkan aku kalau aku cakap jawa. Sure dorg kata aku jawa menchret ... waakakakka. Tak apa laa .. nanti aku cari cikgu jawa. Tapi aku nak cakap jawa dengan sapa kat umah tu. Hubby aku orang tenghanu, mak aku pun bukan cakap jawa sangat dah. Tuh pasal ler, dah makin kurang kejawaan dalam diri aku. Tapi aku rasa aku nak kena polish balik ni, mana boleh biarkan keturunan jawa aku hilang macam tu aje.

Berbalik pasa kisah nasi ambeng nih, well juadah ni biasanya disediakan masa kenduri doa selamat or org jawa sebut "selametan". Nasi ambeng ni biasanya diletak dalam dulang/talam dan dimakan bersama-sama 3,4 or 5 orang untuk setiap dulang tuh. Tuh yang seronoknya, mengeratkan silaturrahim tuh.

Menu utama nasi ambeng ni biasanya terdiri daripada

Nasi putih
Ayam masak kicap (selalu nya 1/4 setiap hidang)
Sambal goreng jawa (yg ada tempe, tahu, sohoon, kentang, kacang panjang,letak kicap)
Serunding kelapa
Mee Hoon goreng
Ikan kering bulu ayam digoreng (ikan yang kecil2 bila digoreng rangup)

Cara hidangan nasi ambeng ni, biasanya nasi putih tu akan disi terlebih dahulu dalam dulang tu, then sumer lauk2 tu akan diletakkan diatas daun pisang and kemudiannya diletakkan pula atas nasi putih tadi. Macam gambo kat atas tuh.

Selalunya tetamu yang datang kenduri tu makan sikit je dan selebihnya akan dibungkus untuk dibawa balik ke rumah. Ni kitorang selalu sebut "Berkat" or "Bonjrot/Bontrot". Kadang2 tu sebelum makan, diorang akan ketepikan sikit portion yang nak dibungkus tu and then dorang makan le. Pihak tuan rumah biasanya akan memnyediakan plastik or bekas untuk tetamu membungkus nasi tadi untuk dibawa balik ke rumah. Kalau arwah abah g kenduri umah orang, bila dia balik je, kami dah tak sabar2 menunngu bontrot nih. Bukan apa, bila buka jek bungkusan tu, aroma dia .. fuhhhh ... membuatkan rasa nak makan tu tak terkata laa .. hehehe

Dah lama rasanya aku tak merasa hidangan ni. Even masa kenduri arwah abah pun my family tak buat this dishes. Aku sebenarnya dah mengidam nasi ambeng ni since mengandungkan lisa, tapi tak penah dapat. Bila balik kampung and ada kenduri pun, tetiba tengok dorang buat nasi minyak... hampa siott .. Bila dah balik KL ni jangan harap le nak dapat dishes ni kat mana2 kenduri kat KL. Sib baik laa anak aku si lisa tu tak meleleh jek air liur dia sebab mama dia tak dapat makan nasi ambeng ni masa peknen dulu. ahhahah .. well mende ni takde fakta pun yg kata kalau kite tak dapat apa yg kita ngidam masa peknen tu then anak kita akan sentiasa meleleh jek air liur dia ... karut jek tuh. Wakakakaka.

Aku miss sangat this dishes ... i dunno why but thinking of it will bring back the memories that i had masa kecik2 dulu. Aku mang ada niat nak buat kenduri doa selamat kat umah tu sempena beberapa events cuma date tak fix lagi bila. Cadang2 nyer before puasa nih la kan. Tu yang dok ingat nak jek buat menu nasi ambeng ni. Tapi orang2 bandar ni nak ke makan kat dulang. Iskk ... hubby lak nak wat akikah lisa skali. Harap2 dapat ler aku merasa nasi ambeng nih ..

Monday, May 18, 2009

Another Monday OR Moanday

Agak lama gak aku tak menulis kat blog nih. Leceh laaa ... byk sgt keje lately ni, tak done nak menaip2 hapdet. Paling tak pun aku lepak kat FB jek la sbb kat situ takyah nak mengarang ayat bagai .. Tp miss ler plak blog ni.

Pagi ni aku dok jump g blog fara, panjang lebar citer dia and the thing that makes me tercabar is, dia tulis blog tu pepagi b4 g keje tu .. haaaiii caiiyooorrkkk ler sifu aku nih. Ari tu dok sok sek kata mood nak berblog dah makin pudar .. iskkk .. tak dek nyer laaa fara ehhh ... hahhahah..

Set aside dulu pasal keje, aku nak story things that happen during the weekend.

First of all - the great news of the week. Yeah .. my old times fav team Manchester United FC menang League title again. There goes the red, gunners and le blues fan. Eat your word k .. hahaha.

Second - AF7 Final. Haa citer pasal AF ni aku nak habaq mai sket. Aku rasa AF kali ni tak baper menyengat sangat le. Aku ni boleh dikatakan quite fanatik gak bila tiba pasal AF ni. Tapi kali ni cam takde big aura la.. Before this aku tak penah miss diary AF yg dok siar hari2 tu. Tapi kali ni everytime aku buka channel astro ria time diari tu, tak sampai 5 minit aku dah tukau channel lain. Tak de stopper yg buat aku dok stay kat situ. Bosann jek .. melainkan mang dah takde citer kat channel2 lain, so aku biar je laa tapi aku bukan tgk pun. Saja bagi si sarah tu dok layan Fantasshia dia. Time konsert tu aku tgk la gak. Cuma disebabkan macam aku kata tadi, takde aura penarik dlm AF kali nih, everytime tgk sure aku akan terlelap. Sedor2 dah abis dah siaran konsert tuh. Then tetiba sedor dah konsert final.

Sib baik ler budak hafiz tu jadik juara AF7 ni. Aku expect si Akim tu sbb 2 3 konsert before final tu mang nampak improvement dia. Hafiz ni mang tak dapat dinafikan laa favourite sejak minggu2 awal lagi. Suara mang power cuma penampilan je kena tukau sket kot. Kena groom lagik. Skrg ni nak jadik artis takleh nak bergantung pada suara jek. Cam si Aril tu, errr sorry aarr peminat aril kat luar tu. Aku rasa sora dia takde ler sedap mana, improve pun takde le sgt tp dia tu lebih pasa penampilan kot. Tu pasal org suka dia. Handsome, comey, sedap mata memandang .. well jenis typical yg org pompuan especially budak2 remaja pompuan suka .. tp well aku tak berkenan pun .. hahahah. So kira aku puas ati laa hafiz menang. Even though akim tu #3. Ok la. Apa pun kite tgu dan lihat je la perkembangan dorg ni samada dorg dpt bersaing dlm dunia seni ni dan bertahan. Byk dah artis2 AF yg terkubur dan ada gak juara tapi tak ke mana pun lepas tuh. Yang tak juara pulak lebih menonjol macam si haizat tu. Aku mang respek betul kat dia. Dulu masa kat AF dia mang bagus pun cuma tak tau ler naper org tak vote dia. Agaknya masa tu dia chubby kot. Biasa aarr takde x-factor cam si Aril tuh kan..

Dan yang paling best, this week aku dok umah je, rehat2 ... ada laa kuar ari sabtu tu dok bawak budak2 g jumpa Paeditrician kat An Nur, then g cari kipas and lampu, replace those yg rosak kat umah tu. Nak renovate umah berjanggut ler lagi .. belum ada rezeki. Tukau je laa mana2 yg rosak tu. Other than that aku lebih byk habiskan masa kat umah. Ok gak ..

So today monday come again. Ada byk list dah mende nak kena buat yg aku dah prepare jumaat lepas. So abis je hapdet ni aku sambung ler keje aku dok settlekan satu2 task from that list tuh. Okehh .. got to do the task .. later on harap2 dapat ler hapdet lagik ..

Thursday, May 14, 2009

The Kebaya Kid


Semalam masa aku sampai kat nurseri utk amik my dotter tu, i got a surprise. Sampai je kat nurseri and park keta kat porch nurseri tu, aku nampak dah budak2 berlari ke arah pintu grill nurseri. Ibu, the owner of nurseri tu pun ada gak.

Then .. i saw one kid, gaya badan cam anak aku, khalisah. Tapi aku tak perasan lagi sebab budak tu yg aku perasan la, pakai baju kurung. Tetiba dia sengih2 sambil panggil mama .. mama .. Aku terus jer sengih dan yang menambahkan lebar lagi senyuman aku disertakan dengan
gelak kecil ialah .. lisa pakai baju kebaya, macam makcik2 jek .. hahaha .. comel .. tapi i just dunno what word to describe it .. seems funny and at the same time so cute ..


so balik umah aku tak lepaskan peluang terus je sambar kamera n snap gambo makcik kecik kebaya nih ..



Monday, April 20, 2009

The Weekends ..

This is the 2nd weekend my hubby is not around. To avoid of the feel of missing him around in the house, this week i already make a plan on what to do for the 2 days of weekend.

On saturday, after discussion and plan with my ex-PNC colleague, we set to have a small gathering of the 4 of us with family in Mauze's house. Alhamdulillah the gathering turn out as excellent. Hehehe .. it has been a long time since the 4 of us can sit down together and chatting, eating and gossipping on the latest things that happen in our lives. We use to hang around together during our working years together but since everybody is on their own path now, it is really difficult for us to meet even for a lunch date. I bought a SR cake, mauze prepare a nice lunch for us with soto aka mee sup aka bihun sup (3 in 1). Really a complete set .. hehe.. Fara with her "Mee Goreng". Delicious .. sedappp .. Elin, we gave her an excuse la since she is 8 months pregnant. So tak payah ler susah2 .. datang makan je.

The kids are really happy because Mauze's house have all the things that kids like to do. All the toys are there .. hahaha .. so you don't have to worry for your kids to feel bored while the mothers are busy chatting and gossipping with each others hahahha.

So at last it is nearly 7pm only we make a move from Mauze's house with each of us carrying "berkat" to bring it back home.

But before i went to Mauze's place for the gathering that day, early that day i went to visit Kak Arn at the An Nur hospital. She just gave birth of their 3rd child, a lovely daughter, so cute with a thick hair.

Because of the exhaustion of one day travelling and gathering activity, we end up spending the night at my sister's house at BBB. Both my dotters are happy as they can play with their cousins but because of the hot weather that day, they keep making noise even in the sleep as they are not comfortable with the humidity.

On Sunday, early in the morning we went back home as i need to fix my hubby's car. His car's tyre got punctured so i ask my neighbour help to fix it since i cannot drive a manual car. Hahaha that is the disadvantage of auto-driver. Unluckily, the tyre shop was closed when we went to the shop. So i just ask my neighbour to pump the air at petronas and bring it back home. Hope it can wait till next weekend to be fixed.

So today is Monday already, working day, routine as usual. Send the kids to the nursery and i went straight to work. Feel sooo sleepy and how i wish the weekend can be extended to more that 2 days.

By the way, on my husband part, the weekend, he travelled to Amsterdam. So the very best of him, got to travel here and there. Hahah .. jeles le nih tak dapat pegi. Takpe la, when he come back we will make sure he bring us one family for Cuti Cuti Malaysia travel plak ... Fair right ...

Wednesday, April 08, 2009

What A Wonderful World

Besday Sarah





Semalam 07 April 2009, genap ler 3 tahun puteri sulung aku. Sekejap je masa berlalu. Sekarang Sarah dah petah bercakap. Macam2 mende dia tanya and cakap. Even sometimes aku quite surprise gak dengan ayat yg kuar dari mulut dia. Dia dah pandai menyusun ayat dan at the same time kami parent ni kena berhati2 dengan apa yg kuar dpd mulut kami. Sebab dia akan perhati dan dengar aje. Bukan dia tak faham, tapi sebenarnya dia dok dengar dan input masuk kepala dia and then one of lucky day .. apa yg kite ckp tu dia akan ulang balik .. hahaha

Tapi ada satu benda laa yang aku ingat sangat. Dulu dia ada basikal ... alaa yg roda tiga kecik tu. Yang siap ada pengayuh kat depan tu. Tapi basikal tu dah rosak, dah patah .. gara2 abang sepupu yg lasak tahap bulldozer tuh. So dulu aku ada kata kat dia, nanti mama beli basikal lain la ye. So sejak kebelakangan ni dia selalu mention pasal nak basikal. Aku pulak masa tu dalam keadaan kurang mampu nak belikan those kind of things to my kids. So my answer to her request is "Nanti laa kita beli ye, kalau mama ada duit " and then she reply back "Beli basikal kecik aje" sambil tunjukkan jari telunjuk dan ibu jari tanda kecik dia tuh.

Later on when dia mention lagi pasal basikal tu, aku akan bagi jawapan yang sama but what surprise me is her new answer "Beli basikal kecik aje ... " ditambah dengan "nanti bila ada duit ye" ... hahaha .. pandai sungguh anakku ini.

Alhamdulillah bulan ni kami dikurniakan rezeki yang lebih sikit dan aku dah pun belikan dia basikal yang diminta. Semalam pulak aku belikan kek untuk kami sama2 meraikan hari lahir dia. Even though abah tak de disisi kami buat masa ini, at least with this it will make her happy and bright up her day.

"HAPPY BIRTHDAY NUR MAISARAH .. Semoga membesar menjadi anak yg solehah dan diberkati Allah hendaknya .. AMIN "

Friday, April 03, 2009

Dan Sebenarnya ... By Me

Seminggu nih aku teramat ler letih dan takde mood nak wat keje. Tak tau ler kenapa. But through out the days, semalam baru aku realize the factors maybe because of 2 conditions.

The first one maybe sebab cuaca minggu ni amat ler panas. Even nak tido malam pun tak selesa. Bukan aku aje, budak2 pun asik meragam je especially Sarah. Every 1 or 2 hours asik bangun and meragam. So pepagi bila bangun nak g keje mang ler amatttss mengantuk.

Secondly, aku rasa factor terbesar yang menyumbang pada kehilangan mood ni maybe sebab asik terpikirkan yang my other half will be away for nearly 5 weeks. Bukan dekat pulak tu, even not in Malaysia or Asia. He will be on working a.k.a training trip to Europe. To be specific he will travel to Luxembourg. Jauh tuhh. The thought of not having him by my side ... oopps by our side really make me sooo nervous. Even though aku tau aku ni sebenarnya quite tough, i can handle my family in his absence, TAPI deep down inside tu macam rasa tak confident plak. Sorang2 nak dok melayan karenah 2 org princess yg makin mengganas tuh .. takut tak terlayan nanti ... huhuhu

Aku berharap sangat masa akan cepat2 berlalu for the next 5 weeks so that aku tak akan terus-terusan terbawa mood yg tak healthy ni. Not healthy for my family who i had to take care of, not healthy for my work that i need to do and most of all not healthy for me.

Dear god, give me the strength and courage to go through all this ... AMIN

So nak layan lirik ni sat ...

"dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyumanmu itu
kau juga merindui aku ..

dan sebenarnya .... aku rindu .... "

Tuesday, March 24, 2009

Alhamdulillah ... March gives us blessing

I would like to say that this year, so far is really a good and blessing year. Even though we were test with so many hurdles but again, he give us blessing in our lives. We received a good news yesterday evening and confirmed it today.

What i can say this month is a balance month for us. The journey begins with our lost of MIL but near the end, we get the good news of my half get employed again. So i do hope that the future will be fine and that more good news is yet to come. Insyallah ... amin.

Time to think ...

Hmmm ... after gone through some of latest story of my frens .. i decided to sort of "muhasabah diri". Sorry to those that i might hurt or accidentally feeling hurts with my behaviour. Belief me, i'm not the one who easily forget those who helps me during my bad times. You can count on me if you need helps and advice to go through during your bad times. Sorry that i might ignore some of my closest frens lately.

From the deep of my heart .. again ... Sorry dear ...

Thursday, March 19, 2009

Dan Sebenarnya - By Yuna

I like this new artist and her songs. Baru gone thru 2 of her songs but already fell in love with her voice. Hope some of you who does not know her yet can share this lovely music and voice with me .....

Enjoy ...........




Yuna-Dan Sebenarnya

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain
[Dan Sebenarnya Lirik]

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh

Wednesday, March 18, 2009

Sebuah Kisah Untuk Teladan ...

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY


Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Tuesday, March 17, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah. At last. Yesterday i received my confirmation letter from HR. Actually the letter was sent to my HOD last week. I was MC that time. I was hoping that i can get the letter on last Friday when i came back to work. But since the HOD PA was on leave, i did not know where the letter was. So i just wait until the boss give it to me.

But actually i was the one who trick the big boss asking the whereabout of my letter. I told him HR ask me to submit the PRD form quickly. But the truth is, i want to see the letter and fill up the form quickly and submit it back to HR before end of this week. Before payday time. The main agenda is actually ... inspite of getting the confirmation .. i need to make sure and to be sure that i am elligible for the "FRUITS" that everybody keep asking me.

Insyallah ... with god wills, i hope to get the "FRUITS". And above all ... i want to say ALHAMDULILLAH, praise to ALLAH again for getting the confirmation.

Tuesday, March 10, 2009

The Lost ...

Last tuesday 03-03-2009, around 3.15pm i received a phone call from my husband and follow by an sms saying that my Mother-In-Law had passed away. Inspite of we actually expect the news but of course that we hope and pray that she will getting better. But i'm sure that Allah love her more so that she call her back to be with him rather than she suffered with her illnesses.

Even though i'm not too close with my MIL, but still i feel sad of this lost.

I pray to Allah to bless her soul and to seek his forgiveness for any sin that she might have in this world. Amin.

Tuesday, March 03, 2009

Exam ler plak ... interbiu lerr bagaiiii

Last thursday aku dapat email daripada HR saying that aku kena sit for an exam for my job confirmation. Aku mang dah tau daripada awal yang akan ada exam nih and later on follow by an interview with senior management. Tapi selama nih aku buat dekk jer and berdoa mintak2 tak ada laa mende2 nih sumer.

Last week masa my supremo panggil aku and tunjuk form pengesahan jawatan tuh aku dah mula berdebar dah.. Arghhh sudah, nak kena isi. Apa aku nak isi ekk ... So aku kais2 ler info daripada Project Charter pasal scope of work PMO nih campur2 plak ngan apa yg bos aku penah discuss ngan aku pasal scope of work yg dia nak aku buat. So aku isi jer laa form tu and pass balik kat bos. Yang best nyer ada part isi point tuh .. hok tu aku dok isi ikut suka dan juga ikut tahap penilaian aku pada diri sendiri la macamana aku buat keje selama 4 bulan nih. Aku isi jer point tinggi2 with expectation that my boss nnt panggil aku semula untuk argue kenapa aku letak point tinggi and then after nego baru ler agree nak maintain the point or reduce sket ke. Sebab biasa laa process nih bila buat appraisal dgn bos zaman doulu2. Tak sangka plak aku bos aku la ni tak panggil pun untuk nego. Dia agree jek dgn point yang aku letak tuh. Bagus betul laa bos aku ni.

Then friday comes, aku mang tak abis study pun sebab lately nih sibuk. Byk report nak kena prepare. Balik umah toksah cakap laa .. anak2 tak sihat asik nak berkepit jek. Lately nih plak petang2 asik hujan lebat jek. Jalan dah sah ler jam and sah2 ler aku dok stuck kat heavy jam KL nih. Bila sampai umah dah layu semacam.

So pagi tu sampai opis terus je selak2 kertas yang ada info related to the company. Aku baca gak laa sikit2. Pastu aku nekad je pegi je la kat HR dept tuh and bawak sekali kertas2 tu. Alaa sort of macam open book nyer exam hahahaha. Aku jumpa sorang budak nih, Nik kat HR Dept. Dia pun dulu masuk sama ngan aku and now sama2 nak sit for the confirmation exam. Then the time comes for us to sit for the exam. After HR staf tu bagi kitorang exam form and brief on what to do then she left us alone. Kami apa lagi, siap discuss apa jawapan tuh ... punya laa bagus exam nih .. ahhaha .. Mana soklan yg aku & Nik tak dpt jawap tu kami pun gunakan ler talian hayat. I call my dept PA and ask her assistant for the answer. Overall kitorang salah satu soklan jer, pasal jumlah gaji yang otomatik buat pekerja layak untuk mencarum ke SOCSO. Haaa takper laa ada 2 jek salah.

Then isnin plak datang, the day for interview. Cuak gak sebab mang tak ready langsung. Weekend tak leh cakap laa sibuknya kat umah tuh. So aku as usual tawakkal je laa apa pun soklan dorg nak tanya aku. Sampai kat HR Dept tu, ada 2 org termasuk aku nak menunggu turn. Then sampai plak Nik. Ada sorang lagi dah masuk kat bilik interbiu tuh. Punya laa lama kami tunggu dekat sejam budak tu kena ngan ahli panel. Aku and the other 2 dah mula cuak. Apa laa yang dorg nak tanya aku sampai ke sejam nih .. taun bila aku punya turn nak sampai nih .. uhuhuhu. At last pukul 12 baru sampai turn aku. Fuhhhh ... berdebau2 dah. Tapi bila masuk tu, alhamdulillah macam2 soklan yang aku dapat tapi sumernya dapat aku jawab dengan baik.

Kuar je daripada bilik interbiu tuh aku terus ler join the corum makan kat Manhattan Fish Market kat Ampang Park. Lunch treat by my X-Boss ... bulehhh ... Well orang invite takkan aku nak tolak pulak kann .. nanti apa kata dia pulak.

So .. gitu ler citernyer serba sikit pasal path yg aku kena lalu nak confirm kat company nih. Semoga aku dapat keputusan yang baik .. hehehe .. aminnn ...

Monday, February 23, 2009

Kisah Kawan Kawan

Agak lama jugak aku tak hapdet blog dan tak menjengah ke blog kawan2 aku. Entah ler sejak kebelakangan nih nak kata busy sesangat tu tak ler jugak. Nak kata free sangat pun tak jugak. Maybe sebab since cuti CNY lepas aku sibuk dengan urusan keluarga. Sesi angkut barang umah mak pindah umah aku, then sesi balik kampung dungun melawat MIL yg tak sihat. Then balik lagi dungun sebab MIL critical kat spital KT. Pastu balik keje dengan sambung keje yg tak sikit dan tak banyak tuh berbekalkan badan yg tak berapa sihat. So aku rasa faktor2 tuh yang jadi penyebab aku kurengg sket perhatian kat blog nih.

Then ari nih masa aku chat ngan Elin, dia bagitau aku pasal latest news Nurin (anak Mauze). Aku pun terus je zass ke blog mauze untuk baca kisah dia. So sad to hear what Nurin gone through. Aku harap dan berdoa Mauze n family sabar dengan dugaan tuhan nih. Insyallah dengan usaha, doa dan tawakkal segala kesusahan itu akan beransur baik. (Hehe cakap/menulis mang senang, realitinya agak susah gak nak praktikal ... ) Apa pun aku betul2 berharap agar Nurin cepat sembuh. Tak payah laa nak operate .. kesian dia. Tapi kalau betul operate tu amat diperlukan untuk proses penyembuhan dia, semoga mauze n family dipermudahkan atas segala urusan berkaitan.

Menjengah ke blog Fara pulak, banyak gak citer2 baru yang aku tak sempat baca before this. Hmmm idlan dah setahun ropernya. Kejap je kan fara ... so the next one bila lagi... hahahah. Dapat kimono tuh as valentine present. Bagus betul la Mr. Pisang nih. So the very concern gitteww .. (but that doesn't mean my Mr.R tuh tak concern cuma dia kurengg sket bab cenggini .. hahaha). Anyway i like to read about this family everytime i visit her blog.

Elin plak .. aku tak tau teknikal error apa .. aku tak leh masuk blog dia .. so any new hapdet aku tanya direct jer kat dia .. hahaha. She's pregnant the 4th one now. So hope that dia sihat and deliver a healthy and cute baby the coming May 2009. Among the 4 of us, she's the eldest ... since she had 3 kids already and soon to be 4. Hehehe .. Aku and Fara baru 2, tp kira Fara laa paling muda sebab anak 2nd dia baru je setahun, my 2nd dotter dah setahun 3 bulan. Mauze is the 2nd elder laa sebab anak dia dah 3.

Masz (my new VAF a.k.a my opismate) lately memang busy giloss kat opis nih. Aku nak tegor pun tak berani. Selalu kacau2 thru YM je la. Blog dia pun baru jer hapdet 2 minggu lepas .. heheh .. once a month hapdet yer Masz ..

So ari nih disebabkan my supremo tak de kat opis, aku pun amik laa kesempatan yg sejengkal nih dok hopping sana sini blog kengkawan dan hapdet blog sendiri .. Niat ati nak tengok citer Geng: Pengembaraan Bermula Upin n Ipin tp ntah bila ler dapat nyer tuh.

Debaran

Tak sangka dalam diam tengok2 dah nak abis bulan Februari 2009 dah. Dalam diam2 gak ropernya aku dah hampir 6 bulan bekerja di sini. Insyallah kalau tak ada apa2 patutnya by 2 March nih aku confirm laa kat sini. Berharap sangat tak ada apa2 halangan untuk aku confirm. Amin.

Tuesday, February 03, 2009

Out of the blue

Lorrr .. baru aku perasan, ari nih dah 3 Feb 2009. Last posting aku kat blog nih last day of year 2008 >> 31 December 2008. Awat ler tetiba aku busy gilosss smpi tak done nak hapdet blog nih ... hahaah aku pun tak dapat ler nak trace.

Anyway ... 2009 come with so much work to do. As at now laa .. this is good thing actually. Becoz with more work done means that aku mang boleh buat keje laa kan. So OUT of all those critisize from those people yg dok kutuk aku dulu tuh .. well .. aku ni mang kuat gak dok simpan grudge kat org ... especially org yg dok buat aku mcm hampeh jek dulu tuh. Apa pun .. aku mang dah lama maapkan dorg. Cuma in a sense tu .. sket2 still ada gak teringat2 kisah lama tuh...

So ... takleh citer pjg2 sgt .. nnt next time aku sambung lagi ngan kisah lain ...