Wednesday, June 22, 2011

Apa pun tak boleh ..

Lately ni mang tak sempat nak singgah hapdet kat sini. Ntah ler asik busy manjang jek. Bosan gak. Tapi nak buat cemana, dah keje namanya. Kalau tak buat nnt tak berkat lak gaji dapat akhir bulan. Hmmmm .. so for the past few weeks ni I just visit and read my frens blog jek. And comment on their entry .. tu pun kalau sempat.. huhuhu ..

Tuesday, June 07, 2011

Bengkak Gusi

Saya perasan since jumaat lepas, gusi aimy belah atas tu macam bengkak. Risau gak. Since klinik gigi kat area umah tu tutup sebab minggu lepas kan Agong besday, so kami bawak g klinik biasa jek. Doc just bagi ubat ulcer mulut tu untuk sapu kat gusi dia.

Then semalam balik nurseri dia diam jek. Malam pun dia byk merengek n baring. Pehtu saya nampak cam gusi dia tuh berdarah. Alahaiii kesiannya anak kecikku sorang ni. Kecik2 dah sakit gigi. Saya rasa saya mang terpaksa mengakui saya fail bab2 jaga gigi anak2 nih. Tp tgk keadaan gigi gak la. Cam sarah, gigi dia mang jenis tak tahan tu pasal belah atas sumer dah rongak je. Tinggal tunggul. Lisa plak gigi mang marvellous. Sampai sekarang gigi dia masih cantekkkk lagi.

Aimy ni plak umur dia dlm 5 bulan ++ dah tumbuh gigi. Maybe gigi dia pun jenis cam sarah sebab masa dekat setahun ari tu saya perasan cam ada karies dah kat gigi dia. I try to cuci gigi dia ngan berus gigi baby yg plastik lembik tu je tp mang agak susah. Dia akan kemam mulut dia kuat2 everytime saya cuba untuk mencuci gigi dia tu. End up saya selalu biarkan saja gigi dia tak bercuci. Hmmmm rasa failed sesangat bab ni.

La ni kesian tgk dia cam having pain. I think la since dia tak reti lagi nak bgtau dia sakit apa. But last night dia tunjuk kat area atas kat gusi tuh. I need to take leave to bring her to the doctor but my cuti is limited. But really .. i have to take a leave to bring aimy and sarah for a visit with dentist. Pity my girls ..


Monday, June 06, 2011

Santapan Jiwa

Since few days back jiwa dah kacau. Pagi tadi lagi laa kroniknya. Tetiba bila tengok balik blog ni, my muhasabah diri link tu tak dibetulkan lagi. Masa tengah cari2 balik link yg i put on the list under that part, terjumpa plak entry ni from Ustaz Arshad. Tetiba rasa kebetulan je, macam2 tau jek i am facing the problem. Then i realise, besar sungguh kuasa Allah memberikan jalan untuk mengubati jiwa yg sedang kacau ini.

Tanda-Tanda jiwa yang sihat dan tenteram sebagaimana yang disebutkan oleh al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah di dalam kitab Ighatsatul Lahfan min Mashayid asy-Syaithan.،¨

Di antara tanda-tanda tersebut adalah mampu memilih segala sesuatu yang bermanfaat dan memberikan ketenteraman kepada jiwanya. Dia tidak memilih perkara-perkara yang berbahaya atau yang menjadikan jiwanya sakit atau menderita.

Tanda jiwa yang sakit adalah sebaliknya. Santapan jiwa yang paling bermanfaat adalah keimanan dan ubat yang paling mujarab adalah al-Quran. Firman Allah s.w.t:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآَنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. [Al-Israa`:82.]

Selain itu Syaikh Ali bin Hasan bin Ali al-Halabi dalam kitabnya Mawaridul Aman al Muntaqa min Ighatsatil Lahfan fi Mashayid asy-Syaithan menyebutkan beberapa sifat yang dimilik oleh jiwa yang sihat, iaitu:
  1. Matlamatnya akhirat
  2. Keinginan menuju Allah s.w.t.
  3. Tidak bosan berzikir
  4. Menyesal jika tertinggal dari berzikir
  5. Rindu untuk beribadah
  6. Khusyu' dalam shalat
  7. Keinginannya hanya kepada Allah
  8. Menjaga waktu
  9. Muhasabah dan memperbaiki diri


Jiwa Kacau

Today morning rasa amat ler letih dan penat, rasa sekejap sgt cuti weekend. Tak sempat merasa hari Sabtu dan Ahad tetiba dah balik semula hari Isnin. Sabtu n Ahad tu cam sekelip mata jek. Always cross to my mind to just resign and stay home, at one point mang its really good to have more time with the kids during this raising up time tp on the other hand tak leh laa benti gitu2 jek coz i need to have some site income if i resign from my current job. Dulu dah penah benti keje 6 bulan. Mang agak tak menarik kalau dok rumah tanpa income.

Bila tanya my other half "Bila laa boleh benti keje nih, tak larat laa nak bangun pepagi get ready g keje ... bla .. bla.. bla..". His only reply "Jual rumah ni, beli umah lebih kecik leh aarr benti keje".. Hmm thats not the answer i wanna hear. Sedih gak bila dpt answer camtuh.

Keje plak makin lama makin too pack. Stress pun datang skali. This month i have to stay back due to new project. Lama dah tak buat keje stayback2 ni. Nak kena buat semula ni mang agak berat lagi plak dok pikir anak2 yg kecik2 tu. Dah ler lately nursery buat hal. I dun think amik maid will solve this problem. So option buat masa ni, mang letak dorang dulu kat situ. Mb aarr bulan depan cam move them out to a new place. Dilemma lagik nih.

Sampai bila aarr leh bertahan ni ... dilema lagi kah .. have to search again kahh .. apa kahh ..

Friday, June 03, 2011

Keje Bodoh

Pepagi ni dah buat keje yang tak memberi manfaat pun .. dok godek2 template blog nih .. tetiba dah ilang link yg bermanfaat tuh .. haiii takde masa laa nak membetulkan balik .. kena laa cari balik. iskk ... dah ler keje official ni melambak2 n tak cukup tangan .. pe haaalll laa ku buat mende2 nih.

Thursday, June 02, 2011

2nd Chance ???

Kesinambungan dpd entry yg lepas, ari selasa lepas saya dah pergi survey nurseri yg saya dok aim tuh. My analysis from the visit and conversation ngan owner tuh,

  1. Persekitaran rumah - ok [bersih, teratur]
  2. Alat bantu mengajar (utk budak2 3 thn ke atas) - ok [dia kata ada ajar membaca n mengenal huruf guna buku Bacalah Anakku tu].
  3. Makanan - ok [Dia kata baby memang dia sediakan makanan, no additional cost kena add and parent tak perlu bawakan makanan melainkan parent sendiri yang nak bekalkan]
  4. Jadual makan - ok [dia kata still sama, pagi around 8.30-9am, tgahri 11.30-12pm, ptg 4pm]
  5. Tenaga pekerja, 3 orang, muda semuanya - my rating for this, so so sbb cam kurang confident je tgk gaya dorang ni untuk jaga budak.
  6. Kemudahan permainan/rekreasi anak2 - ok [ada 2 jenis gelongsor, satu std utk budak2 kecik 1-2 years, satu lagi utk budak age 3 years and above + satu buaian + mainan macam blok2 LEGO tu pun ada]
  7. Tilam kena bawak sendiri and dia akan advise soh bawak balik tilam bila weekend untuk parent basuh or jemur.
  8. Charge per kids same rate - 250 per head [ada laa diskaun sket tp tak byk laa banding taska skrg, but still acceptable la for me]
  9. Overtime still same rate, cumanya timing dia start 6.30 ptg. Hari Sabtu dan Ahad pun dia boleh buka kalau ada request from parent. Charge sama ngan overtime charge cuma kalau lebih 5 jam dia add rm1 lagi untuk cover makanan dan elektrik.
  10. Registration charge rm20 per head, kalau anak umur 3++ ada satu lagi fee for stationary rm30 per year - [untuk buku2 mengaler and alatulis dan kaler]
Nampak dari cara gaya owner tu citer mang laa agak lebih teratur pengurusannya dan agak confiden. Tapi tu laa masalah n dilema saya skrg, bila dah jadik byk kali kes camni, susah nak caya. Manusia skrg ni manis bila didepan, belakang tak tau cemana.

Nak teruskan budak2 tu kat tempat skrg rasa bersalah, nak tukarkan ke tempat baru ni pun rasa bersalah gak. Lisa cam dah berkenan je tempat tu. Main thing sebab dia nampak ada gelongsor n buaian (well typical kids punya mind kan .. asal ada tempat main sure best). Tapi ntah laaa kenapa rasa berat plak nak decide untuk hantar anak2 ke situ. Maybe kena lanjutkan lagi edisi siasat kot.