Tuesday, February 14, 2012

Tips untuk kekal sihat daripada seorang kawan


Semalam, beberapa orang rakan telah datang dan berkumpul di meja kerja saya. Saya kira ini bukanlah kali pertama orang bertanya perkara yang sama. Sebelum inipun sudah ramai yang bertanya dan untuk itu saya memutuskan untuk mencatatkannya di sini sebagai rujukan jika masih boleh diguna sewaktu saya sudah tiada. Sambil saya membuat kerja.. mereka bertanya tentang diet pemakanan saya. Saya dulu sebenarnya agak berisi tetapi dalam masa setahun saya telah berubah kepada saiz yang lebih kecil lagi. Daripada segi rupa.. saya bukanlah tergolong dari kalangan yang cantik yang mempunyai begitu banyak wow factortetapi ramai yang tidak menyangka usia saya sudah menghampiri 40. Tiada apa yang rahsia sebenarnya. Selain menjaga pemakanan dengan meminum air banyak, saya memang suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran (boleh diganti dengan tablet vitamin C yang dibeli dari farmasi). Saya juga menghindarkan makanan berminyak tetapi selalu tewas juga dengan pisang goreng dan keropok lekor.. hahahaaaa... Dan makanan laut yang biasa saya makan adalah ikan.

Semasa saya belajar pada tahun 1995, saya pernah bertanya pada seseorang kawan yang berusia bagaimana dia kelihatan sangat muda, dia memberitahu rahsianya ialah dengan berselawat setiap kali membasuh muka dan saya mengamalkannya. Pada tahun 2003 pula seseorang telah memberitahu saya supaya mengamalkan meminum madu setiap hari supaya muka kelihatan merah dan saya mengamalkannya juga. Pada awal tahun 2009 pula, saya diserang gastrik yang sangat teruk dan untuk itu saya mengamalkan memakan kurma sehingga 7 biji sehari. Pada tahun yang sama juga sewaktu membuat pemeriksaan kesihatan, saya telah dikesan mempunyai had kolestrol yang tinggi, sikit sahaja lagi saya akan diberikan ubat kolestrol. Saya insaf, kesihatan bukannya boleh dijual beli. Sejak itu saya mengamalkan meminum quaker oats vanilla pada setiap pagi ~ sebaiknya oats yang tiada perasa tetapi saya tidak sanggup menelannya.. ~ itu memang kekurangan saya...

Dari segi spiritual saya percaya, apa yang berada di hati akan terpancar cahayanya di muka. Saya sebolehnya tidak mahu berprasangka buruk terhadap orang lain, sentiasa berfikiran positif untuk menjalani kehidupan saya dengan gembira walauapapun yang terjadi kerana hidup ini sangat singkat. Melihat anak-anak membesar juga merupakan satu kegembiraan buat saya. Begitu juga jika terjumpa kawan-kawan yang telah membesar bersama saya, ianya satu kegembiraan juga. Dalam erti kata lain, kita perlu memandang muka insan yang kita sayangi setiap hari dengan sepenuh hati ~ kegembiraan itu akan menceriakan hidup  kita dan akan membuatkan hati kita sentiasa terasa muda.. Itulah rahsia sebenarnya.... Hahahaaaa... ;))