Friday, December 11, 2009

Edisi Siasat

Dah 2 3 ari ni aku tgk anak2 aku cam tak sihat n ceria jek. Lisa, kat muka dia tu macam kering jek pastu cam naik ruam. Semalam plak aku perasan kat area mata dia, dua2 belah tu merah. Aku suspek dia dok gosok jek mata dia sbb area tu kering. Then aku saje tanya laa dia "Kenapa mata adik merah ni, sapa buat?" Dia jwb "S*** buat", S tu one of the kids yg ada kat nursery tu. Then sarah lak jawab, "Bukan S yg buat, Ibu yg pukul adik" .... huihhhh terkezut aku dibuatnya. Aikk takkan laa kalau nak marah n nak pukul budak2 ni sampai kat mata lak. Aku dok ulang lagi tanya lisa n sarah the same question. Adik with her same answer, Sarah plak ckp "Ibu marah adik lepas adik pukul S" .... ishhhh ... aku dah tak sedap ati. Nak percaya bulat2 cakap budak2 ni tak leh gak. Nak kena tanya gak org yg diperkatakan tuh. Kat ati aku ni terus terdetik, takkan laa sebab aku tegur dia punya service last 2 weeks, terus nak lepaskan geram kat anak2 aku.

Bukan apa, aku tegur sebab nak tau citer sebenarnya sebab aku pun dok dengar macam2 citer dpd parent lain. So nak tau la gak. N at the same time ada laaa mende yg aku tak puas ati sejak dia dok tukau staf dia n tak ada staf tu. But my intention is good, for her to upgrade the services. Orang selalu ckp orang melayu ni suka menjatuhkan keje n business org melayu. Tapi aku bukan niat camtu, niat aku, kalau tak elok baik kite tegur dengan harapan dia dapat perbaiki mutu perkhidmatan dia tuh. Tapi kalau dia tak leh nak terima n lepaskan marah kat anak2 aku tu, tu kira kes serius tuh ..

Coz all this while anak aku tak penah kata Ibu tu garang, selalu kalau aku tanya dia akan cakap org tu baik tak penah marah. Ni for the last 3 days, dia selalu ngadu "Tadi kan ibu marah sarah, ibu tu dah garang sekarang nih" ... iskkk .... should i worry or how?

4 comments:

pizli.mw said...

Aiseh.. Umar pun ada cakap kawan dia pukul dia.. Tapi saya rasa Umar tu pun nakal jugak.. Kalau sesama bebudak rasanya ok lagila kut..

kalau Ibunya tak taula.. tapi kalau tau apa2.. tolong bagitau kitaorang..

apa cerita dari parents lain?

ellyn said...

siasat btul2 mus....sbb my mom pun baby sitter jugakkan...bdak2 dok ngadu kat parents org tu pukul org ni pukul....but actually both sama jer...dorg need attention tu. Tapi yg penting u sud ask ibu....

Fara said...

mmg merisaukan bila fikir pasal anak2 kat jagaan orang tapi points kawan2 di atas pun betul ... kiter yang ngan anak2 cuma kejap pun bleh stress .. apatah lagi dorang ngan anak2 orang lain ... ramai plak tu, pelbagai kerenah .. haruslah ada masa stress kot .. cuma nak bisnes jaga anak orang ni mmg kena betul2 penyabar dan penyayang .. sukar tuh ... apa2pon hopefully tak lah berlarutanlah pasal anak2 akak tu ehhh .. :-)

Mus5h said...

PW - dah call dah ibu tu and the feedback i got from sarah after that day "Ibu baik, tak garang dah" .. the reality i dun know la. Tp hopefully it is true la.

Fara & Elin - betul tu, mang kena check betul2. I pun takde laa nak salahkan org tu 100% sebab bdk2 ni mang nakal gak. Selalu ckp kat dia, org akan marah dia kalau dia buat jahat or nakal. But biasanya Lisa she will say the truth. Dia tak reti lagi korner2 cam sarah tu.

So skrg ni mang make sure i ask the guardian of what happen in the nursery. Cumanya yg payah tu, the kid yg dorg selalu ckp dok pukul dorg tu is the owner nyer anak .. huhuhu .. tu yg payah sket nak ckp. Tp mang bdk tu quite nakal gak laa ..