Wednesday, September 28, 2005

MOVE ....MOVE ..... Movin Again

Moving again. Starting from tomorrow kitorang dah kena pindah opis lagi. Ikut projek baru. Dari October 2004 ntah dah berapa banyak kali pindah opis dah kitorang ni gamaknya. Mula2 pindah dari project office balik ke HQ. Then dari bangunan baru kat HQ tuh kami kena pindah plak ke bangunan lama sebab company dah bertukau. Now kena pindah balik project office for the new project lak. Pindah ... pindah.... pindah .... Pindah umah, pindah opis .... agaknya word 'P-I-N-D-A-H' ni dah synonim ngan aku or mcm dah kena badi Joe jer ni :-D asik pindah randah jer ...... (jgn marah aaarr joe ...)

Dari semalam petang lagi dah kena berkemas. Amik kotak, put in all the files and things that is needed. Mana yg rasa tak berkenaan tuh ... tong sampah ler jawabnya destinasi akhir mereka. :-D Hari ni sambung lagi sket kemas itu kemas ini. Hmmm rasa sedey laa plak nak pindah dari opis sedia ada nih. Agaknya sebab dah rasa seronok dok sini tu pasal dia rasa malas jer nak pindah opis sana tuh. Dah laa kat area opis baru tu area jam. Pagi petang jam... minggu depan dah nak mula posa. Lagiiiii laaaaa jammmmmmm .......

Hari ni plak kat opis ni, ada celebration Birthday Mr Tan. Our company Account Manager. Sibuk betul mereka2 tuh buat preparation makan2 untuk the celebration. Hehehe .... makan lagi....

Anyway .. starting from tomorrow until maybe next week. Aku maybe takde connection ngan dunia internet nih. Nak buat camana opis baru line internet tak settle lagi. So terpaksa laaa aku meninggalkan blog Joe Perantau yang aku memang tak penah miss everyday membacanya, email aku, ym ngan geng2 kamcing and bla ..bla... blaa.. Hopefully nanti cepat laa ada internet. Hmmm rasa bosan jer kalau tak de internet connection nih sebab projek pun lom start betul2 lagi. Asik meeting jer yg tak kemana tuh .. user still tak faham2 pun apa tugas2 diorang. Pi mai pi mai camtuh gak ... stagnant ... tak bergerak gerak pun .. Takde improvement langsung ... Tu pasal semenjak dua menjak ni aku lebih byk abis masa kat dunia blog nih. :-D

To my pembaca blog yg tetap .... will c u later. Adiosss .... Sayonara .... for now laaa ... :D

Monday, September 26, 2005

Penangan Joe

Last week aku diperkenalkan pada satu blog >> Joe Perantau <<

Aku jadik macam terpukau jer dan ralit membaca citer joe nih. Hebat betul penangan cerita Joe, sampai weekend pun rasa bosan sebab tertunggu2 hari isnin nak sambung baca blog Joe. Maklum la kat umah aku tak de internet. Hahahahah ... Rasanya Joe ni sesuai jadi penulis skrip movie or lakunlayar. So sesapa nak join aku menjelajah pemikiran dan cerita menarik (bg aku la) dari si Joe nih, meh laa kite beramai2 ker


Anyway to Joe ... take care, kalau dah puas dok Amerika tuh, balik la .... I'm sure your mother is waiting for you, tak kira susah or senang.

Friday, September 23, 2005

割り当てられる日本語を話しなさい

こんにちは皆。私のblog のページへの歓迎。

今日私は国際的な言語日として日を扱うことにした。私はスペイン語の1 つのblog を掲示した。私が日本語でする今日のそう次のblog 。私がちょうどあなたのすべてに基本的な単語をもたらしたいと思う始動機ように私達に日本語でそのような物がようにある。

おはよう。
会えてうれしい。
あなたの名前は何であるか。
私は愛する。

The story goes like this:

Hi everybody. Welcome to my blog page.

Today i decided to treat the day as international language day. I have posted one blog in Spanish language. So the next blog for today i will do in Japanese. As a starter i just want to introduce to all of you the basic word we have in Japanese such as ..

Good Morning.
Nice To Meet You.
What is your name?
I love you.

Hola! Buenos Días

Buenos días. No sé hoy qué escribir en mi blog. Decido tan traducir mis notas para hoy en español.

La lengua española es una del idioma extranjero que me interesa durante mi día de la universidad. Con excepción de ése es japonés. Tengo el cambio para aprender esta lengua de una manera formal durante mi estudio de la universidad. Es realmente interesante. Estoy alegre que tomé a ésos curso.

Aunque no estoy practicando lo este día, sino por lo menos me puede entender algunas de las palabras cuando lo oí. En el último tengo tan hoy la idea en qué si pongo en mi blog. Palabras españolas. Aclamaciones

Tuesday, September 20, 2005

Cowboy Town

Ni actually sambungan kisah yang lepas which is partner boot camp di A Famosa. Kali ni aku nak bercerita tentang leisure time yang kitorang spend during that 3 days.

Siang hari tak payah cerita la sebab pack dengan attending presentation from the organizer. So waktu malam saja la yang kitorang free untuk pergi ke mana2 saja. Memandangkan pihak organizer iaitu Symantec ada memberi voucher entry pass ke Cowboy Town yang terdapat di sini, maka kami tidak melepaskan peluang untuk ke situ selepas selesai makan malam di hotel.

Cowboy Town ni terletak berhampiran dengan hotel di mana kami menginap selama 3 hari ni. Kalau diikutkan jalan kaki aje pun boleh ... tapi sebab dah letih sangat, kami tunggu aje kenderaan yang disediakan untuk membawa kami ke situ. Sampai jer kat entrance cowboy town tuh, kami pun tunjuk laa entry ticket untuk masuk ke situ .. then mamat yg jaga entrance tu terus amik tiket tu and pasang kat tangan aku.... Ehhh .. aku rasa macam baby or patient ler plak ... siap kena tag kat tangan ...


Sampai kat dalam tuh, kitorang pun sibuk ler mencari tempat menarik yang ada life events dalam cowboy town ni. Mana la tau ada cowboy naik kuda kejar penjahat ker ... ala ala macam citer cowboy dalam tv tuh. Tapi harapan tu meleset .. tak ada pun. Yang ada cuma Red Indian buat performance. Tapi dorang sumer tu bukan ler red indian betul ... local people pun ... just acting like red indian and perform the red indian fire action/stunt. Pastu ada pulak parade performer2 yang ada dalam cowboy town ini or to be specific all performer yang involve any performance dalam A Famosa Resort ni. Siap ada animal parade, kereta berhias even belly dancer pun ada ... fuhhhh ... nasib baik yang tuh aku tak amik gambo ... :D


After watching all those events kitorang balik bilik terus. Apa lagi .. bukan ada apa2 sangat yang boleh dibuat or dilawati kat situ time memalam nih. Kalau siang banyak gak laa tempat yang boleh pergi ... waterpark dia or animal safari. So sebab tak leh kemana ... balik bilik laa .... and terusssssssssss TIDOOOOO .... ehheheheh ... coz tomorrow got another day to attend the seminar.

Monday, September 19, 2005

Hospital, Doktor, Jururawat dan ........

Akhir2 ni kita sering membaca dan mendengar berita tentang "unprofessional behaviour" yang berlaku di salah sebuah hospital kerajaan di utara semenanjung malaysia ni. Kebetulan pula ke empat2 kes yang berlaku tu berkaitan dengan wanita bersalin dan bayi yang baru lahir.

Kes pertama : Bayi yang baru dilahirkan hilang dari wad kanak-kanak. Akhirnya dikenalpasti telah diculik oleh salah seorang jururawat hospital berkenaan.
Kes kedua : Pasangan suami isteri mendakwa bayi lelaki bertukar bayi perempuan.
Kes ketiga : Hospital gagal mengesan jantina bayi yang baru dilahirkan.
Kes keempat : Ibu diminta bersalin di tempat terbuka di hadapan pesakit lain dan bukannya di bilik bersalin.

Bila dilihat dan diamati kesemua kes tersebut, rasa kecut juga hati ni dan diri ni nak bersalin di hospital terutamanya hospital kerajaan. Memang la tidak semua hospital kerajaan yang memberikan "unprofessional services" sebegitu kepada pesakit mereka. Tapi apa yang ingin diketengahkan disini, walau macamana susah pun jururawat2 ni terpaksa menghadapi karenah pesakit2 mereka, berhadapan dengan pesakit2 mereka yang berbagai ragam itu, tapi mereka tidak sepatutnya sesuka hati lalai dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dan bertindak mengikut perasaan mereka sahaja.

Walaupun mereka2 yang selalunya mendapatkan perkhidmatan perubatan di hospital kerajaan ini hanya membayar sejumlah amaun yang kecil sebagai kos perubatan mereka, tidak bermakna mereka boleh diperlekehkan sebegitu rupa. Kebanyakan dari mereka berasal dari kumpulan masyarakat yang berpendapatan rendah dan hanya hospital kerajaan sajalah tempat yang dapat mereka tujui berbanding hospital swasta yang ada di merata tempat tetapi meletakkan kos perkhidmatan yang tidak termampu ditanggung oleh golongan tersebut. Para doktor, jururawat dan petugas2 hospital bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas2 yang telah diamanahkan kepada mereka untuk dijalankan dengan sebaik mungkin. Tidak kira apa juga profesion kerja seseorang itu, samada dia suka atau tidak, samada dia yang memilih atau terpaksa memilih kerja tersebut .. individu tersebut haruslah menjalankan tanggungjawab mereka untuk melaksanakan kerja mereka. Terutamanya yang berkaitrapat dengan bidang perkhidmatan kepada orang awam.

Memang laa ada pepatah yang mengatakan "Kerana nila setitik rosak susu sebelanga". .. kerana satu hospital kerajaan yang melakukan kesilapan, semua hospital kerajaan yang lain dan jururawat serta para doktor nya juga dilabelkan sedemikian. Memang tidak adil tanggapan seperti ini. Tetapi fenomena seperti ini sudah berlaku sejak sekian lama. Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah mendapatkan perkhidmatan perubatan di hospital2 sedemikian, pastinya ramai akan memberikan cerita yang hampir sama. Di herdik, ditengking oleh jururawat perkara biasa. Doktor yang bersikap acuh tak acuh sewaktu merawat dan memeriksa pesakit juga cerita biasa. Adakah kerana kebiasaan ini, memberikan mereka HAK untuk terus bersikap sedemikian walaupun setelah 48 tahun kita MERDEKA. Nampaknya mungkin jiwa mereka masih belum merdeka.

Mengapakah petugas2 dan staf2 di hospital lain boleh memberikan perkhidmatan yang lebih baik berbanding mereka2 ini? Adakah kerana mereka itu dibayar dengan gaji yang lebih sedikit berbanding mereka yang berada di sektor awam ini. Tapi jika dilihat, kedua2 sektor mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri untuk para staf mereka. Oleh itu rasanya faktor gaji tidak bolah dijadikan penentu yang utama untuk tidak memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan. Apatah lagi pelanggan yang terbabit adalah mereka yang tidak berdaya upaya .. orang sakit .. dan tidak dalam kondisi yang sihat.

Justeru itu harapan ini agar mereka2 yang terbabit, segera sedar bahawa mereka harus segera berubah demi menjaga kebaikan bersama. Bukan hanya untuk kebaikan para pesakit tapi juga untuk kebaikan diri mereka sendiri. Ingatlah . . .rezeki, kesihatan, hidup, mati ... semuanya kuasa tuhan. Hari ini mungkin anda sihat dan melakukan kerja anda melayan pesakit2 yang memerlukan bantuan dan khidmat anda dengan cara anda tersendiri. Jika baik alhamdulillah, tetapi jika sebaliknya .. wallahualam. Satu hari nanti kita tak akan tahu nasib diri kita sendiri di kala kita pula terlantar di katil sebagai pesakit. Apakah kita suka dilayan sebagaimana kita melayan pesakit kita suatu waktu dulu. Tepuk dada tanya selera .....

Friday, September 16, 2005

Last 3 Days

Mana aku pegi 3 ari lepas ?????? Ada gak orang yg bertanya .... hmmm ada gak orang yg perasan ketiadaan aku ropernyer. Aku ingat aku nih invisible person... hahahah

Actually for the past 3 days yang lalu, aku kena attend Symantec Partner Boot Camp kat A Famosa Resort, Melaka. Boot Camp??? Apa menatang tuh ... ada kena mengena ngan pakai boot masuk camp ker ???? Hahahah ... iskk takde ler macam tuh. Actually dia more on product update and presentation on Symantec dan Veritas product untuk semua partner dan customer mereka.

3 hari yang memenatkan. Mana tak nyer, 2 ari full ngan attending those presentation... sampai tertido-tido. Pastu last day tu siap ada exam lagi lak. Dah ler lama bebeno meninggalkan aktiviti2 exam nih. Jenuh gak aku ... terkial2 lak tuh even though open book.

Overall aku rasa, ada pro and cons gak pegi 3 ari nyer camp nih. Pro nyer ... ada la gak info baru yang aku dapat, walaupun ada masa tuh aku lebih banyak belayar daripada berjaga :D. Cons nyer lak ... letih, sebab event dia full sangat. Nak jejalan tak leh la, malam tu just pegi cowboy town jer. Itupun sebab tu aje la yg paling dekat and itu jer laa free voucher yg kitorang dpt. Anyway details on our leisure time there will coming soon in this blog. Tunggggggguuuuuuuuuuuuu ....

Monday, September 12, 2005

September Besday

September datang lagi .... Aku rasa cepat betul masa berlalu tahun ni. September ni ramai kawan2 dan kaum kerabat yang menyambut hari kelahiran masing2. Antaranya adalah >>>>>
8 September - Kinchan (opismate)
9 September - Syahmi (member kat projek lama)
12 September - Harith Izzudin (anak buah)
13 September - Womlah (member study + ex-housemate)
15 September - Bapak Tommy (team leader current project)
20 September - Ellyn (opismate)
22 September - Nomang (opismate)
24 September - Along (anak buah yg sulong)
So to you all .......... HAPPY BIRTHDAY !!!!!!!!!!!!!!

Sunday, September 11, 2005

Sehari di Dungun ......

Weekend ni aku and hubby balik ke kampung di Dungun. Hubby kata lama tak balik kampung. Hmmm bila laa agaknya nak balik kampung kat Batu Pahat pulak ye bie ... :D

Last day di Dungun, hubby ajak jalan2 tepi pantai. Actually semalam petang pegi gak pantai tapi lupa nak bawak kamera. So hari ni, kena laa amik gambar pemandangan pantai dan kawasan sekitar yang menarik perhatian aku di sini ...




Untuk gambar yang lain lagi boleh laa ke >> http://nurilhuda.fotopages.com

Friday, September 09, 2005

Life ....

Life .... what is wrong with life???? Hmmmm sometimes life can be good but sometimes it can be cruel too.
Any idea to share about your life experience? Maybe by sharing it we can together feel the good thing and the bad thing, and feeling that we are not alone in this world. PEACE .......

Wednesday, September 07, 2005

That's It For Today .....

Setelah sekian lama blog page ni tak terisi, akhirnya hari ni byk jugak improvement yang aku buat kat blog ni ari nih. Hmmm rasa proud gak and tak sangka aku boleh menulis macam tuh dan secepat tuh. Well apa2 pun sesuatu benda tu kalau tak dimulakan sampai bila pun dia statik je .. . am i right??

So for all my frens out there who come across this blog, i wanna say welcome and please leave ur comments before u go to other website. And also, a very very very and lots of thanks to SIFU FARA .... byk soklan dpd budak novis nih utk improve blog ni. Hehehe THANKS ye ...

To G-BUMP keep up learning and improving ur blog page ... :D

Apa Apa Saja - Continued For August 2005 blog


Ogos 2005

Family Day Company @ FRIM


(Sebab tak sempat amik gambar aktiviti lain... aku tunjuk jer aktiviti kitorang >> amik gambo family with those cute children :D)

Aktiviti Ogos dimulakan dengan "Hari Keluarga Company" di FRIM (Forest Research Institute Malaysia) di Selayang. Lama dah company tak buat family day nih. Kali ni aku tak nak melepaskan peluang untuk join lagi. (Sekadar join datang jer laa .. aktiviti tu aku selalunya jadi pemerhati jer :D)

Tahun ni company macam kena penangan Zahid AF2 jer apabila memilih kaler oren untuk t-shirt rasmi family day. Ada macam2 acara yang disediakan tapi most of it is for kanak2 la. Sebab selalunya occasion macam ni memang le yang seronok nyer bebudak daripada mak and bapak budak :D. Kami pilih port kat atas tebing padang tu untuk melihat acara2 yang dijalankan. Siap bentang tikar lagi haa ... nyesal lak aku tak bawak tikar sekali.. so tumpang jer laa tikar opismate (Hazlan & wife).

Dekat FRIM ni ada macam2 tempat ... so sambil menunggu acara yg tak abis2 tuh and utk lunch aku amik keputusan ajak hubby and colleague aku Fara & family dia cari air terjun. Sebab orang kata kat area ni ada air terjun. Kitorang ni plak memang kaki mandi air terjun. Tak jauh berjalan dah jumpa dah area air terjun tuh. Kitorang pun mula laa cari port nak landing. Hmmm air tak banyak sgt ... agaknya sebab time tu hujan kurang .. .so tu pasal laa air cetek jer .... tak de jeram pun ... Si tembam Lydia (anak Fara) lak mcm tak selesa jer... takut air ... mak dia kata laa ...:D. So lepas relak2 kat area air terjun yg sejuk dan dingin tu around half and hour, kitorang pun balik semula ke padang tempat Family Day berlangsung. Nak lunch :D

Lepas penat beratur amik makanan ... apalagi .... cari port laa nak makan. Abis jer makan, aku pun ajak hubby balik la. Lagipun acara pun dah tak banyak and ramai gak pun yg dah beransur balik. Ada cabutan bertuah, but as usual aku memang tak bertuah pun dalam hal cabutan nih. So malas nak tunggu lagi kami pun vrrrrroooooooommmm BALIKKKKK ...............

Kelas Membuat Kek With Chef Zaidah

Hmmm .... join kelas memasak??? Macam laaa tak reti masak .... tapi join kelas macam ni bukan laa bermakna kite tak reti memasak langsung, cuma maybe ada certain2 resepi yang kite belum penah try lagi so dengan mengikuti kelas macam ni especially yang ajar tu bukan calang2 chef ... so kite akan lagi clear camana nak buat :D ... (alasan jer tuh)

Actually aku pun tak tau camana aku boleh bagi nama utk join kelas nih. Sebab sebelum ni tak penah teringin pun nak ikut kelas2 macam ni. Masa bagi nama dulu tak tau pun yang mengajar tu nanti Chef Zaidah which is one of the top name in Cooking kat Malaysia ni other than Chef Wan tu. Then that day, during the class ... hmm rasa berbaloi gak aku bagi nama untuk join.

Tengok Chef Zaidah tu buat kek ... macam senang jer. Bila nampak senang ni, rasa mcm confident jer aku boleh buat bila balik umah nnt. Hehehe tapi bila balik pun aku masih tak leh buat jugak sebab aku tak de peralatan nak buat kek tu sumer :D .... Nanti laa aku try pujuk hubby belikan all those gadget .... kalau dia murah hati laaa ... kan banggg ...

So inilah antara kek2 yang aku belajar resepi nyer dan cara2 membuatnya ari ini.

Black Forest cake

Chocolate Cake

Apple Crumble Cake


Sesapa nak resepi kek2 ni .... u can contact me ....


Apa Apa Saja - Continued for July 2005 blog


Julai 2005

Hmmm ... Julai ... tak banyak sangat yg happening bulan nih. Kali ni balik kampung Johor plak. Then time balik KL semula, my parent ikut sekali. Dah lama diorang tak datang sini katanya. Takpe laa keta pun kosong. Diorang pun bosan gak dok kampung tuh berdua jer :D. At least kat sini dapat laa dok bermain2 ngan cucu2 dia yang 4 org tuh ... yang tengah nakal2 sumernya dan petah2 berkata belaka.

<<<<< (Mira, Teera, Amie & Ajiq - anak buah yg keletah)

Cuma bila sampai KL nih, aku terpaksa laa hantar mak abah aku kat rumah kakak, sebab rumah aku nunnnn kat tingkat 3. Kesian lak nanti diorang kena panjat tangga tinggi2 tuh. Diorang pun bukan kuat sangat sekarang.

Weekend that week, kami bawak mak abah g melawat rumah pakcik kat Klang and Shah Alam. Well, itu memang lokasi wajib pegi kalau mak abah datang sini. :D Then hari ahad tu kami hantar mak abah ke Pudu. Diorang balik naik bas. Abah beriya nak balik minggu tu sebab dia kata ada hal penting nak buat kat kampung tuh. Hmmm ABAH ..... memang macam tu dari dulu lagi. Ada aje program dia. Apa program nyer .. aku pun tak tau. Tak apa laa asalkan dia suka sudah la.

Actually abah aku ni dulu aktif dengan program kesenian kat negeri johor tu. Dia terlibat dengan kumpulan ghazal sejak dari aku kecil lagi. Teringat lagi masa kecil2 dulu. Rasanya tiap2 ari telinga aku ni disumbat dengan lagu2 ghazal abah. Either time dia mainkan kaset lagu2 ghazal or time kumpulan dia buat latihan kat rumah aku. Aku siap bolah hafal lagu2 tuh sumer. Itu dulu laa ... .sekarang ni jarang aku dengar lagu2 berentak ghazal or asli. Stesen2 radio jangan harap laa nak putarkan lagu2 mcm tu. Yang ada rata2 sumer lagu2 rock, pop, rap etc. Sesekali dengar lagu2 asli ni best tau. Especially aku laa ... mesti akan teringat kembali zaman masa kecik dan remaja dulu. :D

Abah dan kumpulan pun pernah masuk pertandingan ghazal peringkat kebangsaan satu ketika dulu and diorang menang. Hmmm aku lupa laa plak nama kumpulan dia. Kalau tak silap ... SRI KENANGAN GHAZAL kot. Sekarang ni dia boleh kata dah bersara laa dari aktiviti tu. Kesihatan tak berapa mengizinkan. Rasanya kalau dia sihat tu, maunyer dia join group ghazal yang ada kat kampung tu pegi buat persembahan kat mana2.

JOHOR .... MEMANG TAK DAPAT DIPISAHKAN DENGAN SENI GHAZAL NYA ...
Hmmm bangga gak aku sebenarnya jadi anak johor nih.

31 Julai 2005 - Hmmmm ni tarikh penting. Actually ni tarikh lahir hubby aku. Happy Birthday Sayang ....

Friday, September 02, 2005

Apa Apa Saja

Actually dah lebih 3 bulan aku tak tulis apa2 kat blog nih. Rasa tak sedap pulak sebab macam rasa tinggalkan rumah kosong jer tak berpenghuni. So ari ni aku rasa i have to write something. Tulis jer laa apa2 yang boleh dikongsi bersama sesapa jer kat dunia blog nih :D Aku rasa aku nak summarize of what had happen and been done for the last 3 months.

Jun 2005

Balik Kampung

This month sibuk ngan projek baru and handover kerja2 projek lama kat org lain. Bulan ni gak sibuk ngan balik kampung belah hubby kat Dungun, Terengganu. Adik ipar nak kawin. Mula2 tuh plan nak balik either one of the kenduri, either balik masa kenduri belah pengantin perempuan or balik masa kenduri belah adik ipar aku. Dah dekat ngan time nak kenduri tu, hubby kata "kite balik la masa kenduri belah perempuan. Boleh tengok camana dorang punya kenduri". Aku OK jer. Tak kisah balik yang mana2 pun. Agaknya sebab hubby aku tuh adik beradik dia mostly lelaki, tu pasal dia nak plak tgk kenduri kat belah pompuan di terengganu tuh :D.

So when the time come, kitorang pun balik laaa. Pendekkan citer, hari nikah tu pun tiba, kitorang pun pegi ler beramai2 ke kuala terengganu utk acara tuh. Seronok gak sebab ramai betul yang pergi. Adik beradik jer dah 7 keta sumernye. Campur lagi sedara mara ... macam rombongan cik kiah lak jadinye.
Masa nak dekat sampai rumah pengantin perempuan tuh, aku perasan macam ada asap jer kat depan keta hubby aku tuh. Dia kata dia pun nampak, tapi nanti la check.

Abis jer acara nikah dan bersanding dan makan2. Kami pun mula laa nak beransur balik. Aku remind hubby soh dia check keta tuh sebab ada asap tadi. Kitorang pun buka laa but enjin tuh, tengok2 air keta dah kering. Tu pasal laaa dia berasap. Abang2 ipar and adik ipar aku pun terus datang join sekaki. Dah jadi macam citer lain lak kat situ. Sumer org berkumpul tengok. :D After isi air kat keta tuh, kitorang pun balik laa semula ke dungun. Mula2 tu hajat hati nak laaa singgah kat pasar payang kat kuala terengganu tuh or jejalan memana kat situ sebab aku pun tak penah sampai KT nih. Tapi dah sebab keta tuh ada problem, tak jadi laa ke mana pun. Balik laa dungun terus.

Keesokkan ari nyer, kakak ipar aku ajak pergi KT sebab dia tau aku teringin nak g pasar payang tuh. So last2 jadi gak aku pegi KT ngan hubby dan kakak ipar dan family dia. Smpi sana, borong sakan laa. Almaklum orang pompuan :D. Balik jer dari KT, kena bersiap2 plak nak balik KL sebab esoknye kami ada appointment ngan finance rumah nak sign agreement. Sebelum balik tuh mak mentua dah sound, "Minggu depan kena balik gak sebab ni last kenduri kawin". Aku senyum jer tengok hubby. Insyaallah laa kalau tak de apa halangan, kitorang balik ler. :D

So next week nyer, kami pun balik laa ke kampung semula. Fuhh ... 2 minggu berturut balik ke terengganu. Terrer betul laa hubby aku sebab dia jer sorang yang bawak keta tuh. Aku boleh bawak keta, tapi manual sorry laa ... aku tak reti dah. Mana tak nyer lama dah bawak keta auto jer kat KL nih. Dah tak ingat nak drive keta manual nih :D. Kesian hubby aku, penat betul dia lepas kenduri tu. Apa pun Luv u hubby.


Air Oh Air

Bulan ni gak, banyak kawasan kat area selangor ni mengalami masalah bekalan air. Mana taknyer hujan lama tak turun. Air kat empangan pun dah sikit. Then one weekend tu, actually dah ada notis kat tv laa kata bekalan air kat kawasan aku akan dihentikan selama 12 jam berikutan kerja2 maintenance yang akan dibuat oleh PUAS. Aku and hubby only perasan notis ni thru Berita Terkini late that night. Dah ler malam tuh aku basuh baju banyak. Disebabkan letih sangat keje ari ni aku dah terlelap awal and terlupa nak remind hubby soh tadah air kat mana2 basin or baldi yang ada utk simpanan selama air tak ada nanti.

Pagi sabtu tu kami terpaksa laa catu air takut tak cukup lak nanti. Aku ajak hubby kuar ke mana2 after breakfast sebab kalau dok umah pun air tak der, nak masak pun tak best, leceh ler. Aku mang pantang sket kalau bab takde air nih. Tak sedap duduk dibuatnya. Kami pun kuar la berjalan2 memana and tengok movie kat Warta. :D (Murah and selesa) That day, my sis ada call kata nak g PD ari nih sebab dia kata dok umah pun tak best sebab takde air. Dia lagi laa dgn 4 org askar kenit2 tuh. Susah ler kalau tak de air nih. Dia ada ajak we all join, tapi aku kata tak per kot. Malas rasa nak g jejauh nih walhal ... setakat PD tu jauh mana aje laa ngan Bangi nih.

Balik umah petang tuh, tengok2 air takde lagi. Laaa kata 12 jam jer. Nii dah lebih 12 jam tapi tak ada air lagi. Air yang ada kat umah ni pun cukup nak buat amik air sembahyang. Nak sedapkan ati, aku kata takpe la, malam ni ada kot. Hmmm hampeh ... sampai malam and ke pagi ahad esoknya air masih tak ada. Last2 aku kata kat hubby pagi tuh, kite pegi PD jer laa bang ... join kakak .. boleh mandi pantai sekali. So at last, pegi PD gak ler kami nih. Sampai PD ... apalagi .... pantai laa destinasi yang dituju.

Seronok gak mandi pantai, dah lama tak pegi ke pantai nih. Tapi dlm best2 tu, ada gak perasaan takut bila tengok ombak kuat menghempas ke pantai. Teringat kejadian tsunami yang melanda bulan Disember 2004 lepas. Dalam pada bersuka ria tu berwaspada jugak la. Dah puas berendam akhirnya aku, hubby and my sis family pun get ready laa nak balik. Rasa cam tak puas lak ... hehehe ..
On the way balik, doa2 moga2 ada laaa air kat umah tuh. :D Sampai umah, terus jer meluru kat paip air dekat sinki. Dengar jer bunyi air and ada air kuar dari paip tuh, lega rasa. Hmmm lepas tuh apa lagi ... Keja membasuh laa plak :D