Wednesday, September 07, 2005

Apa Apa Saja - Continued for July 2005 blog


Julai 2005

Hmmm ... Julai ... tak banyak sangat yg happening bulan nih. Kali ni balik kampung Johor plak. Then time balik KL semula, my parent ikut sekali. Dah lama diorang tak datang sini katanya. Takpe laa keta pun kosong. Diorang pun bosan gak dok kampung tuh berdua jer :D. At least kat sini dapat laa dok bermain2 ngan cucu2 dia yang 4 org tuh ... yang tengah nakal2 sumernya dan petah2 berkata belaka.

<<<<< (Mira, Teera, Amie & Ajiq - anak buah yg keletah)

Cuma bila sampai KL nih, aku terpaksa laa hantar mak abah aku kat rumah kakak, sebab rumah aku nunnnn kat tingkat 3. Kesian lak nanti diorang kena panjat tangga tinggi2 tuh. Diorang pun bukan kuat sangat sekarang.

Weekend that week, kami bawak mak abah g melawat rumah pakcik kat Klang and Shah Alam. Well, itu memang lokasi wajib pegi kalau mak abah datang sini. :D Then hari ahad tu kami hantar mak abah ke Pudu. Diorang balik naik bas. Abah beriya nak balik minggu tu sebab dia kata ada hal penting nak buat kat kampung tuh. Hmmm ABAH ..... memang macam tu dari dulu lagi. Ada aje program dia. Apa program nyer .. aku pun tak tau. Tak apa laa asalkan dia suka sudah la.

Actually abah aku ni dulu aktif dengan program kesenian kat negeri johor tu. Dia terlibat dengan kumpulan ghazal sejak dari aku kecil lagi. Teringat lagi masa kecil2 dulu. Rasanya tiap2 ari telinga aku ni disumbat dengan lagu2 ghazal abah. Either time dia mainkan kaset lagu2 ghazal or time kumpulan dia buat latihan kat rumah aku. Aku siap bolah hafal lagu2 tuh sumer. Itu dulu laa ... .sekarang ni jarang aku dengar lagu2 berentak ghazal or asli. Stesen2 radio jangan harap laa nak putarkan lagu2 mcm tu. Yang ada rata2 sumer lagu2 rock, pop, rap etc. Sesekali dengar lagu2 asli ni best tau. Especially aku laa ... mesti akan teringat kembali zaman masa kecik dan remaja dulu. :D

Abah dan kumpulan pun pernah masuk pertandingan ghazal peringkat kebangsaan satu ketika dulu and diorang menang. Hmmm aku lupa laa plak nama kumpulan dia. Kalau tak silap ... SRI KENANGAN GHAZAL kot. Sekarang ni dia boleh kata dah bersara laa dari aktiviti tu. Kesihatan tak berapa mengizinkan. Rasanya kalau dia sihat tu, maunyer dia join group ghazal yang ada kat kampung tu pegi buat persembahan kat mana2.

JOHOR .... MEMANG TAK DAPAT DIPISAHKAN DENGAN SENI GHAZAL NYA ...
Hmmm bangga gak aku sebenarnya jadi anak johor nih.

31 Julai 2005 - Hmmmm ni tarikh penting. Actually ni tarikh lahir hubby aku. Happy Birthday Sayang ....

No comments: