Haa ... ni bukan mengeluh tapi nak mulakan citer pasal BF and EBM ni mang panjang sket kisahnya ...
Skrg aku dah ada 3 org Charlie's Angel OR Power Puff Gurls ... tp time anak ke-3 ni laa baru ada kesedaran sivik sket pasal BF ni. Masa Sarah dulu tak sempat nak BF pun. Aku rasa dia sempat minum susu aku pun 2 3 ari jek. Teruk kannnn .. Masa tu lepas je aku bersalin, aku terus balik kampung. Ye laa biasakan utk perempuan yang baru dapat anak, especially anak pertama, sure nak terus balik kampung berpantang kat rumah mak sendiri. So that mendapat jagaan mak sendiri semasa dalam tempoh berpantang tuh. Tapi mungkin nasib aku kurang baik. Hari ketiga sarah lahir dia kena penyakit kuning, which mang common akan kena kat org2 Asia nih. Sebab kat kampung, so kena la admit kat spital BP tuh. Masa tu company aku n hubby takde laa benefit macam sekarang ni which give us option to go to specialist or private hospital. Kena laa admit kat spital gomen. The service and facility there mang boleh dikatakan not so satisfied la berbanding spital gomen yg ada skrg. Masa sarah kat spital mang aku tak ada susu lagi, almaklum first time then tak berurut lagi. Bila kuar spital, baru laa start berurut dan kuar laa susu tu. Tapi that time, sarah dah kuat minum dan dia taknak susu aku. Aku masa tu kira kesedaran sivik pasal BF ni mang agak kurang dan takde sapa plak yg bagi galakan so aku teruskan saje bagi formula milk kat sarah. Rasa terkilan gak sebab bila susu ada, sarah tak nak minum. Sedey pun ada gak. Dah la dia lahir pre-matured. Org kata lagi bagus kalau bagi susu ibu. Tapi tuh laa citernye.
Bila time adik, which is Lisa plak (kitorg tak leh fine tune lagi nak tukau panggil dia dpd adik ke kakak .. ), masa tu aku tak keje. Mang aku bagi BF kat dia. Mcm aku kata tadi, sebab time tu gak aku nyer kesedaran sivik tu still lagi kurang n tak de laa sgt org yg menggalakkan aku untuk BF baby aku tu. So aku BF dia smpi lebih kurang 3 bulan. Then dah continue je ngan formula milk. Naif sungguh aku kan. Kesian 2 org anak2 aku tuh.
Time peknen Aimy ni plak. Alhamdulillah aku dah bekerja di sebuah company yg agak kukuh dengan benefit yg agak baik termasuk cover utk maternity. Hubby pun alhamdulillah mendapat keje ditempat yg lebih baik dgn benefit yg lebih baik. Dkt opis ni plak ada sorang opismate tu yg mang core BF/EBM. Dia mang tak campur pun susu anak dia ngan formula milk even tho dia keje. Kira mang full BF/EBM laa. Aku sikit sebanyak tu kira respect dgn dia. Time break tu selalu aku tgk dia pump BM dia. Dia pun dok galakkan aku join skali cam dia. So mang from that point of time tu kira dah ada laa kesedaran sivik aku ttg pentingnya BF ni. Tp tak laa 100% lagi masa tu.
Then masa Aimy dah lahir and dia kena kuning jugak... err lupa plak time Lisa dulu pun kena, kira sumer anak aku mang high probability kena kuning. Doc kat HPAN tu kata kalau mak darah O dan anak pun darah O mang akan kena kuning. Aku tak carik lagi whether sahih ke kenyataan doc tu sebab masa Aimy admitted kena kuning tu ada gak patient lain mak ngan anak darah sama tp bukan O la .. tetap gak anak kena kuning .. (ni kena buat further research ni).
So masa ni laa baru tahap kesedaran aku tu meningkat agak tinggi. Aku terus jek beli breast pump AVENT tuh. Tak kisah laa dia mahal mana pun, aku nak cuba gak bagi anak aku BF. Kalau boleh aku tak nak campur ngan formula milk even tho mang dah kena campur sbb susu aku mang lambat sket kuar. Tp akhirnya berjaya gak aku pump susu dan bagi Aimy minum sepjg dia kena admit tu.
From that moment, aku terus berusaha untuk bagi dia minum susu aku everyday and everytime. Then kena dugaan lagi bila aimy tak berak lebih dpd sehari dan asik meragam. Time tu plak susu aku dah mcm kurang. Terpaksa lagi aku campur ngan susu formula yg khas utk baby yg bermasalah.
Sekarang ni aku dah mula bekerja, aku bawak pump tu pegi keje sebab aku nak make sure aku tetap beri Aimy susu aku eventho dia dok kat nurseri. Rasa bangga gak dapat buat stock utk bagi Aimy bawak ke nurseri utk diminum. Tapi bila balik opis ni dan dapat contact ngan kawan2 lain yg sama2 tegar utk BF/EBM anak ni, aku rasa tercabar gak. Tgk dorg leh bagi kuantiti yg byk pada baby everyday, aku rasa cam sedey pun ada. Tiap ari aku kalau sekali pump dpt 4 oz jek paling max. Org lain 7 - 11 oz. Sungguh mengagumkan. Kalau laa aku dpt pump that amount sure aku tak yah bagi susu formula dah kat aimy utk dia bwk g nurseri. Sure bertambah jimat kos bulanan kami dan insyallah anak bertambah sihat.
So lately ni aku byk browse blog kawan2 dan blog yg ada info pasal BF/EBM utk ibu2 bekerja ni. Byk gak info yg aku dpt. Cuma nak kena praktikkan laa. Kebetulan sejak 2 3 ari ni susu aku mcm berkurang. Each pump dah jadik 2 or max pun 3 oz. Risau gak aku dibuatnya. Aku baru berkobar nak cuba bg full BF/EBM kat aimy tp susu dah kurang lak. Iskkk ... kawan2 meh laa tolong bg sokongan kat aku. Any info or advice???? Aku pun nak success gak membesarkan anak2 aku dengan baik dan pastikan dorang sentiasa sihat.
2 comments:
Yeahhh!!!! I support u !
Fara ... tak cukup takat support u tuh .. meh bagi advice sket cemana nk jadik cam awak .. ehhehe
Post a Comment