Monday, June 12, 2006

Detik Itu

Tanggal 6hb April 2006

Aku demam. Sepanjang aku peknen nih tak penah plak aku kena demam & batuk nih. Aku ingat antibodi aku ok ler agaknya disebabkan aku peknen nih. Tetiba lak aku kena demam nih. So pagi nih aku ajak hubby temankan aku g klinik amik ubat ngan MC. Kalau boleh mang aku malas nak cuti2 nih esok mang aku dah apply cuti sebab nak g buat blood test check up. Manyak ler cuti ... bosan lak cuti banyak2 kali nih (hehehe nih konon pekerja contoh ler nih ... )

Lepas amik ubat, aku balik umah and makan ubat. Lepas makan ubat aku as usual laa berselubung ... ingat bior cepat berpeluh, cepat ler baik demam nih. But .. kejap jer panas aku tuh reda, tak lama lepas tuh naik balik panas. Jantung aku makin kuat berdenyut, aku rasa baby dalam perut pun sama. Risau gak aku. Tiba2 aku rasa pinggang aku sakit... sakit yg teramat. Hmmm naper lak ler pinggang aku sakit nih.. (Masa nih tak terlintas pun kat kepala aku yg nih salah satu simtom contraction nak bersalin). Aku diamkan aje, aku cuba tido untuk hilangkan sumer rasa sakit tuh. Alhamdulillah terlelap gak aku.

Petang tuh rasa demam aku masih tak kebah lagi. Kejap ada, kejap takde. Then sakit pinggang tuh datang lagi. Pun macam choc fudge jugak. Petang tuh tgh tgk drama indonesia kat astro ria tuh tiba2 sakit pinggang tuh datang lagi. Kali nih kerap sangat lak. Terdetik juga kat hati nih, "ini ker rasa nak bersalin, tapi tak kan laa .. awal lagi nih, aku due akhir bulan 5" .........Aku call husband "Bang, sakit la pinggang nih .. kenapa nih ekk ... boleh tak abang balik awal sikit". Husband aku lak ari tuh kena balik lambat ... polisi bagus company soh siapkan keje which is kena stayback sampai kol 12 malam for 2 days every week until jobs done, sapa tak stay kena show cause letter. Geram gak aku masa first time dengar polisi mengong tuh. Tapi nak buat cemana company tuh bukan aku yg punya. Kite anak2 ikan bilis nih kena laa ikut jer cakap jerung2 buntal tuh.

Berbalik citer tadi, husband aku kata dia try to get back early by 8pm. Ok laa aku kata, ingat leh tahan lagi la. By 6.30pm tuh aku dah tak tahan sakit datang kerap sangat. Aku agak2 by this time kakak aku dah sampai rumah dah ni (my sister duduk dekat jer ngan rumah sewa aku tuh). Aku call kakak aku and tanya dia apasal aku rasa sakit nih, dia pun suggest pegi jer klinik tempat aku selalu g check up tuh. Dia datang umah aku and aku pun capai jer apa2 yg patut in case aku kena masuk ward. Tak terlintas pun nak mencapai beg bayi yang aku dah sediakan seawal kandunganku masuk usia 7 bulan. Sebab tak terfikir pun nak bersalin. Sampai klinik doktor check, dia kata laluan dah buka 4 cm .. mak ooiii. Doktor yg bertugas tuh terus suruh nurse call doktor aku(yg selalu check aku monthly) and inform my case nih. This time aku dah call hubby soh dtg klinik sekarang gak ... hahaha kuar dah kosa veto tuh.

Lepas maghrib doktor aku sampai and so do my husband, after do the checking, dia kata u must deliver tonight. But disebabkan aku tak cukup bulan and baru 32 minggu diorang tak leh accept untuk bersalin kat situ. Tak cukup kelengkapan .... lerrr .. so aku kena refer ke hospital lain. Nasib baik aku dah register kat hospital putrajaya untuk bersalin (ni sebab case diabetes tuh laaa) so doktor aku terus call sana and ask them to make preparation terima case aku nih. Kami pergi sendiri ke putrajaya hospital sebab kalau nak tgu ambulan mau sebulan .. so nak jimat masa dan duit pergi ler sendiri. 8.30 pm kami sampai ke spital putrajaya and daftar masuk. Aku terus dipanggil masuk ke wad bersalin, bilik yg khas untuk pre-mature delivery. Masuk wad, nurse check, then doktor check, "lambat lagi" dorg kata. Then masuk air lak sebab aku demam kannn so nak redakan demam and heart beat baby yg laju tuh kena laa masuk air and dorg bagi aku satu injection.

Dari saat aku masuk wad sampai ler ke pukul 12 tgh malam tuh husband aku sentiasa ada di sisi kecuali at one time tuh nurse soh kuar dulu sebab dia kata husband leh masuk time nak deliver jer.. chehhh ...

Tanggal 7 hb April 2006

Dlm pukul 12 lebih ( i mean tgh malam ye) nurse masuk and bagitau aku boleh call husband aku soh masuk wad sebab dorang nak push aku soh bersalin kejap lagi. Hmmm berdebar aku dengar. Tapi bila nampak jer muka husband aku yang masa tuh mcm baru je bangun tido, lega sikit rasanya. Dalam pada tuh rasa sakit pinggang tuh (which i discover at last is the "contraction") makin bertambah cuma tak ler kerap sangat .. tapi sakit ler jugak and tiap kali sakit aku pegang ler tangan husband aku or besi katil kat tepi tuh. Tiba pukul 2 pagi, nurse masuk lagi, kali nih ramai lak yg datang. Aku makin berdebar ... ermmm dah masa ker aku nak kena bersalin nih... terdetik dalam hati aku. Diorang pecahkan air ketuban aku, mula2 releks jer rasa, pastu rasa sikit2 air kuar, then makin banyak plak, then sakit pun makin kerap dan sakitnya masyaallah tak dapat aku nak bayangkan. Husband aku plak sentiasa berada disisi aku and at one time tuh aku rasa aku nampak dia menitiskan air mata. Tak tau ler aku kenapa dia sedih tuh. Aku berzikir dan berdoa banyak2 kerana masa tuh mang dah tak leh nak pikir mende lain pun.

Dalam lebih kurang pukul 3 doktor pun datang dan mula la proses kelahiran anakku bermula. Doktor and nurse suruh aku push. Aku pun push laa .. kali pertama .. tak berjaya. Then disuruh lagi push .. diorang kata "cuba buat macam nak buang air sembelit tuh " aku pun buat ler macam tuh masa aku push. Dikatanya plak "salah tuh, bukan macam tuh, tuh push dengan muka, tak boleh, awak kena teran kat sini, kat perut". Cheh doktor ngan nurse nih, aku mana laa tau, kan ker ini first time aku nak melahirkan. Dah ler aku tak ada attend mana2 kelas bersalin sebabnya mang tak ada pun. Penat aku survey sana sini cari kelas tuh tapi takde (or aku yang tak jumpa). Then berulang ler proses push push tuh ntah sampai kali ke berapa agaknya aku pun tak kira. At last setelah melalui acara pushaton tuh akhirnya aku selamat melahirkan bayi perempuan ku pada pukul 3.20 pagi. Alhamdulillah ke hadrat tuhan kerana telah memberikan aku rezki yg tak terhingga ini dan melindungi kami berdua. Kerana terlalu keletihan aku tak dapat memandang dengan jelas wajah bayi ku semasa dia diletakkan ke atas perut ku selepas lahir. Hanya setelah dia dibersihkan dan diselimutkan dengan selimut hospital tu, baru laa aku dapat melihat wajah comelnya.


Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting

Ini lah dia permata hatiku -- Nur Maisarah

3 comments:

Anonymous said...

syukur, dah selamat. bila maisara nak dapat adik?

Mus5h said...

amboi cik womm .. tgu ADQ dapat adik dulu laa baru maisarah nak dapat adik :D

ellyn said...

alhamdulillah segalnya selamat...melengkapi kehidupan sbg sebuah keluarga....yeah