Tuesday, June 20, 2006

Move ... At Last

Citer nih dah basi actually tapi nak kena update gak kat sini. Nanti orang kata apa lak aku nih, ari tuh bukan main berkobar2 marah pasal rumah tak settle2. Haa nih dah pindah diam aje plak. So aku decide aku mesti citer gak kat sini.

Alkisah sebab terlalu sibuk dengan hal2 yang berkaitan dengan rumah aku tuh sampai aku stress and tension. Tu laa agaknya salah satu penyebab aku bersalin awal. Agaknya baby aku dah tak tahan nak duduk dalam perut mak dia nih asik tegang aje. Hehehe. Sorry laa baby yek.

Seminggu sebelum aku melahirkan bayi comelku itu, memang aku sibuk mengejar ke sana sini (ermmm by phone aje yer bukan aku terkejar2 sort of berlari2 tuh .. ) those people yang responsible dgn masalah tnb yg aku hadapi nih. Sebab geram dengan jawapan yang diorang selalu bagi for the past 2 weeks dengan masalah kelewatan pemasangan dan penyambungan wayar dan bekalan elektrik ke rumah di BBM tuh, aku pun puas mencari saluran mana yang boleh aku gunakan untuk meluahkan rasa tidak puas hati aku dengan servis yang diberikan oleh the MAIN ELECTRIC PROVIDER kat Mesia nih.

At last aku jumpa one link kat dorg punya website untuk feedback or complaint. So aku pun apa lagi mengarang laa case study aku tuh dengan ayat2 yang sehabis power untuk menyatakan ketidakpuasan hati aku and submit the complaint tu thru the website. Aku siap print screen lagi surat yang aku karang tuh and apa2 yang patut laa untuk menunjukkan bukti aku buat complaint tuh. So that kalau dorang tak amik tindakan yang sepatutnya aku pun akan buat tindakan yang selanjutnya laa .. hantar plak complaint ke KPDN HEP lak . ehheheheh ... Tapi tak sampai sehari aku dah menerima email dari seorg pengurus pelanggan dpd cawangan yang mengendalikan kes rumah aku tuh. Jawapan yang diberi memang style standard bhgn customer service laa ... standard laa yg jenis mintak maaf, then dorg akan siasat dan akan hubungi kite semula secepat mungkin dan memberikan penjelasan. Oleh kerana masa tuh aku nih dah tahap mang tak leh nak jelas2 lagi, aku reply laa email dia kata aku tak nak penjelasan lagi dah, aku nak work to be done, else aku hantar another report to the higher level.

Tapi tuh laa janji "will get back to you the soonest" tapi sehari lepas tuh tak ada jugak email or panggilan dari CSM tuh. Dalam pada itu aku ada juga meluahkan rasa tidak puashati dengan servis mereka ini pada kawan2 rapat dan kebetulan pula salah seorang rakan aku tuh ada kenalan yg bekerja di syarikat pembekal elektrik utama Mesia nih. Jawapan yang sama jugak aku terima which is jawapan yang tk logik, bhgn meter tak bagi lagi kat bhgn pemasangan, cable kat site hilang, tak cukup cable. Well that is not my problem... i've done my part and responsibility, they also must do their job and responsibility. Memang angin betul aku dengar alasan tuh sumer.

Kebetulan pulak 2 hari selepas tuh aku tak sihat and aku tak sempat nak check email. Until akhirnya aku end up kat spital sakit nak melahirkan anak. Sabtu sehari selepas aku melahirkan, aku menerima panggilan daripada CSM yang berjanji untuk bagi feedback kat aku the soonest tuh. Disebabkan dia cakap baik2 so aku pun jawab baik2 la. She inform me that diorang akan make sure penyambungan elektrik dan pemasangan meter akan dibuat secepat mungkin dan kalau ada problem pun rumah aku akan diberi prioriti utama utk kerja2 pemasangan dan penyambungan. But at that time aku dah tak kisah. I just informed her "Just do your job, saya dah terbersalin awal dek kerana dok mengejar awak sumer untuk buat kerja". The most important thing on my mind masa tuh is my cute little baby. Anyway aku nak ucapkan Terima Kasih juga lah kepada CSM tuh (she knows who she is) atas usaha dia membantu aku.

By the time aku balik ke kampung menghabiskan pantang selepas bersalin, suamiku sibuk di sini mengemaskan barang2 di rumah lama untuk berpindah ke rumah baru. Dan akhirnya pada 1 May 2006, kami secara rasminya berpindah ke rumah idaman kami. Casa Impian ler gitu. Cumanya kerana aku dah bersalin awal, memang agak kelam kabut jadinya proses perpindahan rumah tersebut. Well plan not according to schedule kan. Apa2 pun alhamdulillah sumernya dah selamat. Aminnn....

2 comments:

Fara said...

Yep, Alhamdulillah ...
(sambil kenyit2 mata, tunggu invitation hse warming plak)

(sambil terintai2 mana gambo rumah baru ni??)

peace!

Mus5h said...

invitation ekk fara .. kan dah lama dah bagi invitation tuh .. datang jer la... gambo umah tuh... tak done nak amik .. alahaiii takde ubah apa pun, sama jer mcm yg dulu nyer gambo tuh :D