Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta
benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat
1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat
Berkubu
v. Ayat
Penggerak
1.0 AL-MUAWWIZAT
(PELINDUNG-PELINDUNG)
Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas
BACAAN
1. Lunjurkan kaki ke
arah Qiblat
2. Mengangkat dua
tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat
Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian
tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas
kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang
boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali
sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari
2.0 AYATUL KURSI
BACAAN
Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia
Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan
tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat
memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di
hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari
ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat
memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat
255)
CARA
1. Baca Ayatul
Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi
diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan
tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi
rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut
pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.
3.0 AYAT 1 HINGGA 9
DALAM SURAH YAASIN
BACAAN
Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3)
sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas
jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa
lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang
bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7)
Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap
kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang
belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena
itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di
belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka
tidak dapat melihat.
CARA
1. Untuk memegar
diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu
penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru
rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin
ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut
arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu
penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini
sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.
4.0 AYAT BERKUBU
BACAAN
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi
Muhamad RasululLah.
CARA
1. Berdiri menghadap
kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke
hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah
kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga
habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3. Lakukan perkara
yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula
ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi
kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5. Akhir sekali
(bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa
lama yang boleh kemudian hembus.
5.0 AYAT PENGERAK
BACAAN
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu
dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.
CARA
1. Bila hendak pergi
kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik
kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang
kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini
tujuh kali.
2. Jika bacaan
tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu.
Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan
perjalanan atau perkerjaan tersebut.
Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya. Insyaallah.
Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment