Monday, April 30, 2012

Sesungguhnya

Artist: Raihan


Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga


Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga


Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri


Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar


Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah


Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu



Friday, April 13, 2012

Merawat Hati Yang Gundah: Tips & Adab Menghadapinya

Baru-baru ini saya diceritakan berkenaan seorang teman yang hatinya sering dan sedang dilanda perasaan gundah gulana yang mana beliau sendiri tidak dapat mengenalpasti apakah yang menjadi penyebab kepada perasaan tersebut.

Saya ada juga memberikan nasihat kepada beliau agar tidak terlalu menuruti hati yg berperasaan tersebut tapi saya pasti ramai juga diluar sana yang mungkin sedang atau pernah mengalami keadaan yang sama dengan teman saya ini. Dan tidak dinafikan saya juga pernah mengalami keadaan tersebut. Perkara pertama yang memang terlintas difikiran adalah bila kita menghadapi masalah hati yang tidak keruan ini, memang sebaik2nya lah kita terus mendekatkan diri kepada Allah. Kerana hanya dialah yang selayaknya untuk kita mengadu dan memohon pertolongan.  Agar kita diberi hidayah dan jalan petunjuk untuk menyelesaikan masalah ini.

Dalam pada itu, saya juga cuba2 untuk mencari maklumat yg ada di internet tentang cara2 mengubat penyakit hati yang sebegini. Internet ini walaupun dikatakan hanya mendatangkan kerosakan dek kerana yang menciptanya adalah Yahudi tapi kita sebagai umat Islam haruslah pandai menggunakannya untuk kebaikan dan bukan turut sama dengan mereka yang berniat untuk mencipta internet dengan tujuan kerosakan.  Dari sini saya dapati banyak yang boleh kita lakukan daripada perkongsian ilmu yang ada tersangat banyaknya di ruang maya ini. Cumanya kita perlu bijak menapis samada ilmu ini dapat kita gunakan untuk manfaat kita dan umat Islam yang lain atau sebaliknya. Dan yang penting sekali ilmu itu hendaklah benar2 berteraskan Quran dan Hadis dan bukanlah ciptaan mereka2 yang jahil yang cuba untuk menyesatkan kita.

Berbalik kepada pencarian asal saya untuk mencari tips2 bagi menghadapi masalah hati ini, saya ketemukan sebuah web/blog yang agak menarik isinya seperti tajuk di atas.  Justeru itu saya ingin sekali berkongsikan ilmu ini untuk teman saya dan diri saya juga agar dapat dijadikan panduan dan peringatan untuk saya di masa2 hadapan.

Marilah sama2 kita menghayati penulisan ini:


"Hatinya hiba. Duduk beralaskan surat khabar di penjuru rumah bersandarkan dinding kayu yang usang. Kosong jiwanya. Fikirannya tidak tentu arah. Wajahnya nampak sugul dengan terdapat kesan lebam di bawah mata kerana terlalu banyak menangis. Malamnya sering terjaga dan tersentak. Sesekali, dia memandang ke langit. Melihat lintasan si merpati di awan gemawan yang kebiruan. Jauh di sudut hatinya mengenang nasib yang menimpanya kebelakangan ini. Dia tunduk kembali melihat ke tanah. Sayu di hatinya tidak bisa ditanggung lagi, maka mengalir deraslah airmata kesayuan…"

Cerita yang digambarkan melalui penulisan di atas adalah keadaan hati seseorang yang gelisah dan gundah hatinya. Memang sukar digambarkan betapa peritnya kisah insan di atas. Berat kita yang melihat atau mendengar, berat lagilah bahu yang menggalas bebannya sendiri. Islam ada caranya tersendiri untuk mengubat hati yang resah gelisah. Berikut ialah antara tips & adab tatkala menerima musibah.

Solat

Solat adalah suatu terapi yang baik buat manusia. Sesuatu yang baik tidak terhasil dengan perlaksanaan yang sambil lewa. Kebaikan berbuah daripada kesungguhan dan keikhlasan. Lakukanlah solat wajib tanpa melupakan yang amalan yang sunat sebagai ibadah sampingan. Intipati di dalam ibadah solat sebenarnya sudah mencukupi untuk mengubati perasaan dukacita, resah gelisah dan sebagainya. Hal ini kerana, bacaan dan doa yang terdapat didalamnya sekiranya dihayati, amat-amat menginsafkan diri.

Perlu diingat, bahawa resah gelisah boleh jadi datang daripada dosa kita. Apabila solat kita mampu menginsafkan diri, maka, InsyaAllah, ketenangan pasti hadir. Kebahagiaan pasti berbunga dan kehidupan pasti lagi indah dan mudah.

Lakukanlah qiyamulail dengan melaksanakan solat taubat, tahajjud dan ibadah-ibadah lain. Rasulullah s.a.w pernah bersabda di dalam hadis sahih, antara lain maksudnya ialah, bahawasanya, sekiranya seseorang hamba bangun malam, lalu mengingati Allah (samada lisan atau hati), kemudian berwudhuk dan melakukan solat, dengan izin Allah, ia akan menjadi bersemangat dan bersih jiwanya. Kebersihan jiwa mampu menghilangkan gundah di dalam dada. InsyaAllah.

Membaca & Tadabbur Al Quran

…sesungguhnya telah datang kepadamu sebuah pelajaran daripada tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) di dalam dada…
(Yunus : 57)
Al quran mengandungi hikmah. Itulah antara kata-kata hikmah yang dipetik daripada Al quran. Ya, terlalu banyak hikmah yang terdapat di dalamnya. Namun jika hanya pembacaan sahaja, tanpa dihayati isinya, maka tidaklah dapat kita merasai kemanisan kalamullah tersebut. Untuk menghayatinya, sebagai golongan yang tidak memahami bahasa Arab, kita hendaklah membaca Al Quran bersama-sama terjemahannya.
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), Kitab yang mempunyai banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayat-Nya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna sebagai peringatan dan iktibar.
(Shaad: 29)


Tadabbur Al Quran. Bagaimana? iaitu dengan menghayati isi kandungan sehingga mampu mengalirkan airmata. Berikut ialah contoh-contohnya :

Ketika membaca ayat-ayat mengenai azab Allah :

Rasakan diri kitalah yang dimaksudkan oleh Allah Taala. Kitalah yang diazab, kitalah yang termasuk golongan-golongan yang berdosa. Sekiranya, terdapat ayat mengatakan putus asanya orang-orang yang berdosa pada hari Qiamat, maka, bayangkanlah kita sedang berputus asa sehingga melahirkan keinsafan.
Ketika membaca ayat-ayat mengenai nikmat :

Rasakan bahawa kita tidak layak untuk menerima semua nikmat yang tersebut kemudian berdoa agar Allah menyelamatkan kita daripada azab-azabnya.

Perbanyakkan berzikir.

Mengingati Allah mendekatkan kita dengan Dia pemilik segala cinta. Ketenangan seseorang hamba hadir ketika ia dekat dengan tuhannya. Hal ini kerana ketenangan wujud lantaran kestabilan hati dan perasaan aman dan tenteram. Dr Sheikh ‘Aidh Bin Abdullah Al Qarni menulis di dalam kitabnya mengajak kita mengingati Allah :
Berzikir kepada Allah adalah syurga Allah di bumi-Nya. Maka sesiapa yang tidak pernah memasukinya, ia tidak akan dapat memasuki syurganya di akhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa daripada pelbagai kerisauan dan kegundahan, kekesalan dan goncangan, dan zikir merupakan jalan yang paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagiaan yang haqiqi.

Redha.

Sabda Rasulullah S.A.W :

Terimalah dengan keredhaan dengan apa yang telah Allah berikan kepadamu, nescaya kamu menjadi manusia paling kaya. (Al Hadith)

Belajarlah untuk redha terhadap ketentuan Allah. Belajarlah untuk redha sekalipun sekecil-kecil musibah atau nikmat yang dikurniakan Allah terhadap kita. Ingatlah bahawa, Kesusahan, keperitan hidup, dan musibah itu sememangnya pahit kerana syurga itu manis. Allah Swt bersabda :

… sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur.
(Al A’raf : 144)

Wallahu’alam.

Semoga kita sama2 mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu ini. Insyaallah.


Benteng Pertahanan Diri, Keluarga dan Harta Benda

Ilmu ini diperolehi daripada website Darul Syifa. Semoga berguna untuk amalan kita bersama dalam menjalani kehidupan seharian dan mengelakkan diri kita daripada anasir2 jahat yang sentiasa ada untuk merosakkan kita.


Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;

i.              Al-Muawwizat
ii.             Ayatul Kursi
iii.            Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv.            Ayat Berkubu
v.             Ayat Penggerak

1.0  AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas

BACAAN




CARA
1.   Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2.   Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3.   Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4.   Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5.   Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6.   Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari


2.0  AYATUL KURSI

BACAAN



Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.  Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat  255)

CARA
1.    Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2.    Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3.    Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.


3.0 AYAT  1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

BACAAN
      

Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
          
CARA
1.   Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda
2.   Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.


4.0 AYAT BERKUBU

BACAAN


Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA
1.   Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2.   Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3.   Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4.   Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5.   Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0  AYAT PENGERAK

BACAAN



Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA
1.   Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2.   Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.


Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya. Insyaallah.


Doa Untuk Anak-Anak

Lately ni agak pening dengan perangai anak2 yang semakin membesar dan semakin pandai dengan macam2 jenis karenah.  Yang paling memeningkan bila terpaksa menegur mereka berkali2 disebabkan karenah mereka yang suka bergaduh. Di saat keadaan diri yang tidak berapa sihat ni memang hati sangat cepat sangat panasnya. Kesabaran itu amat tipis membuatkan kadang2 tu rasa macam give up dan gagal untuk mendidik anak2 dengan baik.


Lantas apa yang terpikir di minda saat ini, mencari jalan penyelesaian atau pun option2 yang boleh dilakukan untuk mencegah agar keadaan ini tidak berterusan sementelahan anak2 masih kecil. Mereka memerlukan bimbingan dan sokongan daripada mama dan abahnya. Tiada lain yang berlegar dikepala melainkan harus mencari doa2 yang dapat dibacakan untuk anak2 ini dan ibadat2 lain yang perlu mama dan abah lakukan agar dapat mendidik ketiga-tiga puteri tercinta agar mereka menjadi anak yg solehah dan hamba allah yang sentiasa mengingati allah..


Alhamdulillah terjumpa the valuable info from the world of blogs .. harap2 ilmu ini dapat dikongsi bersama ibu2 diluar sana yang mengalami masalah yang serupa. Insyallah.


TIPS DOA UNTUK ANAK-ANAK

Doa untuk melembutkan hati.  Seelok2nya dibacakan ayat2 dibawah semasa anak nak tido.  Sebab masa tu lah minda kita berada pada tahap separa sedar dan masa tu jugalah otak kita akan senang menerima kata2 nasihat yang positif.

Dibaca semasa anak nak tido

a) Baca Surah Al-Fatihah (1 kali)



b) Baca Ayat Kursi (1 kali)
Yang maksudnya:
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.  Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat  255)


c) Baca Surah Al-Insyirah (1 kali)


Yang maksudnya:
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
dan Kami telah meringankan bebanmu daripadamu:(menyiarkan Islam) -
Yang memberati tanggunganmu,
dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Maka apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),
dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).

d) Baca Surah Toha, ayat 1 -5 (1 kali)

Yang maksudnya:
Thaahaa.
Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
(yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.

Hembuskan di ubun2 kepala anak2 kita dan niatkan supaya anak menjadi anak soleh/solehah, cemerlang didunia dan akhirat, lembut hati, rajin belajar, rajin bersolat dan lain-lain.

ATAU boleh juga amalkan seperti dibawah

Baca Surah Al-Fatihah (1 kali), 
Baca Surah Taha, ayat 1 -5 (1 kali),
Diikuti dengan doa Nabi Daud (3 kali), doanya, 
                          
"Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya), sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi".

Kemudian hembuskan pada makanan atau minuman anak2 atau sekiranya anak2 masih menyusu, hembuskan pada susu.

Boleh juga amalkan zikir Ya Latif dan Ayat 19, Surah As-Syura seperti dibawah


Yang maksudnya:
"Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa"




Tuesday, April 10, 2012

Adab Sebelum Tidur




Marilah sama-sama kita amalkan.