Monday, June 06, 2011

Santapan Jiwa

Since few days back jiwa dah kacau. Pagi tadi lagi laa kroniknya. Tetiba bila tengok balik blog ni, my muhasabah diri link tu tak dibetulkan lagi. Masa tengah cari2 balik link yg i put on the list under that part, terjumpa plak entry ni from Ustaz Arshad. Tetiba rasa kebetulan je, macam2 tau jek i am facing the problem. Then i realise, besar sungguh kuasa Allah memberikan jalan untuk mengubati jiwa yg sedang kacau ini.

Tanda-Tanda jiwa yang sihat dan tenteram sebagaimana yang disebutkan oleh al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah di dalam kitab Ighatsatul Lahfan min Mashayid asy-Syaithan.،¨

Di antara tanda-tanda tersebut adalah mampu memilih segala sesuatu yang bermanfaat dan memberikan ketenteraman kepada jiwanya. Dia tidak memilih perkara-perkara yang berbahaya atau yang menjadikan jiwanya sakit atau menderita.

Tanda jiwa yang sakit adalah sebaliknya. Santapan jiwa yang paling bermanfaat adalah keimanan dan ubat yang paling mujarab adalah al-Quran. Firman Allah s.w.t:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآَنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. [Al-Israa`:82.]

Selain itu Syaikh Ali bin Hasan bin Ali al-Halabi dalam kitabnya Mawaridul Aman al Muntaqa min Ighatsatil Lahfan fi Mashayid asy-Syaithan menyebutkan beberapa sifat yang dimilik oleh jiwa yang sihat, iaitu:
  1. Matlamatnya akhirat
  2. Keinginan menuju Allah s.w.t.
  3. Tidak bosan berzikir
  4. Menyesal jika tertinggal dari berzikir
  5. Rindu untuk beribadah
  6. Khusyu' dalam shalat
  7. Keinginannya hanya kepada Allah
  8. Menjaga waktu
  9. Muhasabah dan memperbaiki diri


No comments: