Monday, January 31, 2011

Menuju Keluarga Sakinah - Part 4: Cara Mendidik Anak-Anak

Post kali ini merupakan kompilasi ilmu yang saya dapatkan daripada beberapa sumber di internet untuk dikongsikan bersama rakan maya dan sahabat2 yang melawat blog saya ini. Fokus utama adalah bagaimana untuk kita, ibu bapa akhir zaman ini yang terlalu sibuk dengan urusan harian tentang bagaimana caranya untuk kite mendidik anak-anak yang kita sayangi seperti yang dipesankan oleh para kekasih Allah.



Anak-anak adalah zuriat dan pewaris kita di masa hadapan. Meskipun kita telah meninggal dunia, saham yang dilakukan oleh anak-anak masih sampai kepada kita. Saham yang dimaksudkan ialah dosa dan pahala.

Seorang blogger ada menceritakan tentang beberapa tahun yang lepas beliau pernah mendengar seorang ustaz mengajar. Ustaz itu menceritakan kisah Luqman Al Hakim. Sebagaimana yang kita semua tahu, Luqman adalah seorang hamba yang sangat taat kepada tuhan, beliau juga mempunyai anak yang baik budi pekertinya, elok akhlak dan kuat imannya. Bagaimanakah Luqman mengajar anaknya? Soalan ini pernah ditanya oleh sahabat Luqman sendiri. Lalu Luqman menjawab:

“Saya mendidik anak saya sebelum mereka lahir lagi, bahkan sebelum saya berkahwin!”

Ehem, bagaimana ya ingin mendidik anak sebelum mereka dilahirkan? Luqman menjawab lagi:

“Didiklah diri kamu dahulu. Jadilah seperti mana anak yang kamu inginkan!”

Kadangkala kita inginkan yang terbaik daripada orang lain, sebaliknya kita sendiri tidak berubah ke arah itu. Begitu juga dengan anak-anak, kita mahukan anak-anak yang baik, rajin, berhati mulia, dihormati, disayangi dan disukai oleh sesiapa sahaja, namun kita sendiri tidak pernah memperbetulkan diri untuk menjadikan diri kita sentiasa lebih baik dari hari ke hari.

Jika mahukan anak yang sentiasa bersembahyang jemaah di masjid, bersembahyanglah kita ke masjid mulai hari ini, jika mahukan anak-anak yang cemerlang, cemerlangkanlah diri kita mulai hari ini, jika mahukan anak yang suka bersosial, hiduplah kita dengan bersosial dan bebas tanpa memikirkan apa yang bakal berlaku di masa hadapan.

Pesanan Saidina Ali:

Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.

7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.

7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.

7 tahun ketiga, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh meroksakkan akhlak.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Ada juga persoalan yang ditimbulkan oleh ibu bapa berhubung “Umur Paling Lewat Untuk Mendidik Anak-anak”.

Seperti yang dinyatakan dalam sebuah blog, sebenarnya tidak ada istilah terlambat untuk membentuk perangai seseorang. Yang ada hanyalah usaha. Yang menentukan kejayaan usaha itu bukan masa, bukan umur, bukan kita dan bukan juga mereka tetapi hanyalah Allah.

Kurang sabar dan suka menengking ada kaitan dengan sikap garang. Sikap garang tidak semestinya sikap yang buruk. Yang menjadikan sikap itu buruk adalah kerana garang pada sesuatu yang salah. Kita imbas kembali sikap saidina Umar Al-Khattab. Beliau adalah seorang yang garang sebelum memeluk Islam dan masih merupakan seorang yang garang selepas memeluk Islam. Tetapi dengan Islam, beliau garang menentang musuh Allah, beliau garang dengan orang-orang yang cuba menyakiti Rasulullah.

Sekiranya pada masa ini kita menggunakan pendekatan memarahi anak2 dengan cara meninggikan suara dan menengking2 mereka. Kita akan dapat lihat, perbuatan itu akan diikuti oleh anak2 kita dan mereka akan mengulangi cara kite itu untuk memarahi pula adik-beradik yang lain. Memang sikap ini kurang baik, tetapi semua sikap buruk dalam dunia ini boleh diperbetulkan dengan nilai-nilai Islam.

Ada 3 perkara perlu dilakukan.

1 – Ubah Diri Sendiri.

Kadang-kadang kita sering berfikir bagaimana hendak mengubah sikap anak-anak. Tetapi kita sering terlupa bahawa anak kita adalah cermin kepada diri kita sendiri. Bagaimana mereka melihat kita, begitulah sikap mereka. Adalah kurang baik untuk kita cuba mengubah sikap anak kita sepertimana yang kita mahu sedangkan kita sendiri tidak berubah ke arah itu.

Jangan sesekali terfikir yang kita sudah terlambat untuk mengubah sikap, kerana untuk mengubah sikap ia bergantung kepada kemahuan dan usaha kita sendiri. Tiada kaitan dengan masa atau umur. Jika kita sendiri rasa bahawa kita sudah terlambat, maka sikap yang ada pada anak-anak kita itu sudah tentu tidak dapat diubah lagi.

2- Marah dengan menyebut kebesaran Allah dan dengan nada yang sederhana.

Apabila marah, marahlah dengan menyebut nama Allah. Biasanya apabila kita marah kita sering terlupa bahawa apa yang berlaku itu adalah ketentuan dari-Nya. Dengan menyebut nama Allah kita akan kembali ingat kepada-Nya meskipun dalam keadaan marah. Usah menengking-nengking dengan kuat kerana perbuatan itu hanya akan menyebabkan hati kita semakin panas membakar. Bercakap dengan nada yang sederhana dan tegurlah dengan baik.

3- Banyakkan berzikir, selawat dan mempelajari ilmu agama bersama-sama anak. Tanamkan ke dalam hati kita dan hatinya rasa cinta kepada Allah dan rasul-Nya.
Hanya diri yang kuat ingatannya pada ilahi dan kuat imannya akan menjadi seorang yang tenang. Begitu juga anak-anak. Mereka akan melihat bagaimana kita menghadapi sesuatu situasi. Jika kita sering kelihatan tenang dan bersahaja, mereka juga akan terikut-ikut dengan sikap itu. Namun untuk bersikap tenang kita perlu menyucikan hati dengan selalu mengingati Allah.

Dari persoalan ini jelaslah kepada kita bahawa tiada istilah terlewat dalam mendidik anak-anak mahupun mendidik diri sendiri. Sebab itu Allah sentiasa membuka pintu taubat dan sudi mengampunkan dosa mana-mana sahaja hambanya yang ingin bertaubat. Tidak kira berapakah umur mereka. Manusia sentiasa boleh berubah.

Ketahuilah bahawa Allah mengurniakan ganjaran yang besar untuk mereka yang menyayangi anak-anak. Di bawah adalah 9 fadhilat mendidik anak yang dipetik dari blog Anakkusoleh.com:
  1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

  2. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

  3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

  4. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

  5. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”

  6. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

  7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

  8. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

  9. Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Subhanallah..Begitu banyak ganjaran yang Allah kurniakan kepada mereka yang menyayangi anaknya. Semoga kita semua mendapat fadhilat yang dinyatakan di atas. InsyaAllah…



Friday, January 21, 2011

The Journey - Part 4 : Peringatan Untuk DIRI Yang LALAI

Oleh : AKHISALMAN

Hai Diri semakin lupa dengan dengan kehidupan akhirat dan sentiasa terpedaya dengan kehidupan dunia yang semantara sedangkan hakikat kehidupan dunia adalah seperti apa yang digambarkan oleh Allah swt:

“ Dan kehidupan dunia adalah semata-mata keseronokan dan bermain-main. Dan sesungguhnya kehidupan yang sebenar adalah kehidupan akhirat. Ini sekiranya mereka benar-benar mengetahui”

Orang yang benar-benar mengetahui tentang kehidupan akhirat tidak tertipu kehidupan dunia yang melekakan. Orang yang jahil adalah yang tertipu dengan kehidupan dunia, ini menunjukkan diri ini amat jahil oh tuhan.

Saat-saat kematian semakin menghampiri tetapi diri ini sentiasa lalai untuk mendapat amal akhirat. Apabila mendapat nikmat dunia, rasa seronok sehingga terlanggar perintahnya dan meninggalkann ketaatan sedikit demi sedikit.

Apabila Allah menguji dan menarik nikmat tersebut, amat sedih dengan kehilangan nikmat dunia tetapi sebenarnya Allah hendak mengembalikan diri ini kepadanya. Bersedihlah dengan kehilangan amal akhirat bukannya kehilangan dunia. Ingatlah Allah ingin member I peluang untuk kembali kepadanya sebelum datangnya saat kematian. Rebutla peluang ini sebaik-baiknya sebelum terlambat. Nabi saw bersabda:

“Bersegeralah kamu beramal sebelum datangnya tujuh perkara:

1. Adakah kamu menanti sehingga kamu fakir yang menyebabkan kamu lupa.

2. Adakah kamu menanti sehingga kamu kaya sangat yang menyebabkan kamu melampaui batas.

3. Adakah kamu menanti sehingga kamu sakit yang merosakkan badan kamu.

4. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu.

5. Adakah kamu menanti sehingga mati yang semakin menghampiri kamu.

6. Adakah kamu menanti sehingga tibanya dajal. Dajal adalah seburuk2 benda gaib yang dinanti.

7. Adakah kamu menanti sehingga datangnya kiamat. Kiamat adalah perkara yang menakutkan dan amat pahit.”

Hadis riwayat imam Tirmizi.

Ingatlah wahai diri bahawa setiap apa yang kamu buat akan dihisab oleh tuhan. Jangan seronok dan leka melakukan apa saja tanpa sedar Allah murka dengan dirimu. Firman Allah swt:

“Adakah manusia meyangka dia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dihisab dan dibalas)?”

Ayat 36 surah al-Qiamah

Ingatlah kematian sentiasa mengekori mu. Setiap saat masa berlalu semakin hampir i dan akhirnya kamu pasti akan bertemu dengannya. Firman Allah swt:

“ Katakanlah hai Muhammad, sesungguhnya kematian yang mana kamu lari daripadanya , ia pasti akan menemuimu.”

Ayat 8 surah al-Jumaah

Walaupun diri sentiasa melihat kematian tetapi mengapa tidak menambahkan keimanan kamu dan mendekatkan diri dengan akhirat. Ini adalah hati yang keras dan hati yang lalai dalam ibadah. Firman Allah swt:

“ Maka celakalah bagi orang-orang yang keras hatinya daripada mengingati Allah. Mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata.”

Ayat 22 surah az-Zumar.

Hati yang keras ini adalah hanya layak untuk neraka sahaja. Allah sentiasa bertanya bilakah hati ini hendak khusyuk kepada tuhan dan patuh segala perintahnya. Firman Allah swt:

“ Bukankah sudah sampai masa bagi orang-orang beriman untuk tunduk khusyuk mereka kepada mengingati Allah dan patuh dengan kebenaran yang Allah telah turunkan…”

Ayat 16 surah al-Hadid

Adakah setelah malaikat mencabut nyawa baru hendak menyesali terhadap perbuatan-perbuatan yang melampau di dunia. Ketika itu tidak ada gunanya. Nasi sudah busuk (jadi bubur sedap lagi). Firman Allah swt:

“ Sehinggalah datang kematian kepada salah seorang mereka. Dia berkata : Hai tuhanku kembalikan aku ke dunia, supaya aku dapat beramal soleh yang mana telah aku tinggalkan. (jawapan tuhan) Tidak sama sekali, itu hanya ucapan yang diucapkan (tidak ada gunanya) dan mereka akan melalui alam barzakh sehinggalah hari mereka dibangkitkan.”

Ayat 99,100 surah al-Mukminun

Ingatlah wahai diri sehebat mana ilmu, sebesar mana mahligai mu, setingga mana pangkat mu, sebanyak mana pengawal mu; itu semua tidak menghalang malaikat maut untuk mencabutn nyawamu. Firman Allah swt:

“ Dimana sahaja kamu berada, pasti kematian akan menemuimu sekalipun kamu berada di dalam bangunan-bangunan yang kukuh dan terkawal.”

Ayat 78 surah an-Nisa

Bila mana kamu sudah ingat mati dan menyesal terhadap perbuatan-perbuatan yang lampau; Ingat penyesalan sahaja tidak berguna, diri ini kena bangun beramal dan tidak hanya berazam tanpa ada perlaksanaan. Nabi saw bersabda:

“ Orang yang cerdik adalah orang yang sentiasa bermuhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Orang yang lemah adalah orang yang sentiasa mengikut hawa nafsunya dan hanya berangan-angan Allah akan membalasnya dengan syurga (sedangkan tidak beramal).”

Hadis riwayat Imam al-Hakim

Ya Allah banyaknya dosa hamba mu ini dan sedikit amalan akhirat.

Amalan yang sedikit entah mencakupi syarat ikhlas atau tidak,

Hati ini semakin jauh dari mu, oleh itu bersihkanlah hati ini dan isilah dengan cahaya-cahaya iman,

Aku tidak peduli samada manusia mengasihi atau membenci, asalkan engkau menerimaku kembali.

Ya Allah sekiranya mati ini lebih baik untuk mengelakkan fitnah dunia dan baik untuk agamaku cabutlah nyawa ini dalam keadaan engkau reda kepadanya.

Sekiranya hidup ini lebih baik untuk menyumbang terhadap agamamu dan menambahkan amal baikku panjangkanlah umurku dalam keredaanmu.

Bila Agaknya Nak Benti Keje ..

This tought selalu datang kat kepala time2 camnih :

  • Bila byk sgt keje kat opis yg tak tersiap
  • Bila anak2 asik sakit je
  • Bila asik keje and dah takde cuti

Tp really laa, as a woman, a working woman, a mother & a daughter mang nak sangat have more time to be spent with family especially the kids yg nak membesar. Tp ntah bila laa boleh dapat that situation.

Wednesday, January 19, 2011

Exhausted

Start this week with reports .. reports. .. reports .. which make me repot.. reput pun ada. Letih dibuatnya bila ur brain is pressed 100% to do all this reports yg merepotkan. Dah siap, kna review, lepas review kena tukau lagi, lepas tukau then update big boss and bagi dia review plak. Pastu dia komen bla bla bla .. kena tukau lagi. Dah tuh .. repeat the cycle again. Kata kena hantar by 18hb last2 till 19hb pun ada yg nk kena tukau kena tambah lagi ...

Hohhhhhh ... letih ler

Monday, January 17, 2011

Vote for my friend - Nestle Fitness Program

Ekceli ni permintaan daripada seorang sahabat saya cum as neighbour blkg umah. So tolong laa yer



"Tolong vote aku please. Hari².. Sehari sekali.. Terima Kasih.. Kalau rajin mintak tolong suruh kawan² korang vote jugak. YES AKU SANGAT DESPERATE!! Hahaha.. "

Link untuk vote: http://contests.thestar.com.my/nestle_fitnesse_14days/shortlist.asp

Terima kasih

Thursday, January 13, 2011

Menuju Keluarga Sakinah - Part 3: Ketidakserasian Pasangan

Apabila perkahwinan sudah menjangkau enam bulan, salah dan silap sesuatu pasangan akan mula diungkit, padahal sebelumnya dibiarkan sahaja, konon masih baru. Lalu suami yang tidak senang hati dengan sikap isteri, cuba menasihati isterinya begitu dan begini. Percayalah ketika itu, nasihat suami sudah tidak bernilai lagi, sebaliknya isterinya menjawab, “dulu tak salah, kenapa baru sekarang salah?”

Ternyata pasangan itu memang sudah tidak serasi. Tetapi demi cinta, mereka tetap mengharungi rumah tangga walaupun dalam keadaan tidak selesa. Walaupun dalam tidak selesa itu, mereka tetap menikmati saat-saat kebahagiaan rumah tangga. Anihnya dalam keadaan benci, isteri tetap mengandung dan mereka terus dikurniakan anak.

Sebab itulah kadang-kadang, kita rasa hairan dan terkejut apabila dalam diam-diam pasangan itu dikatakan bercerai. Lalu orang ramai pun berkata, “kenapa la bercerai, kesian anak terpaksa berpisah dengan ibu atau bapa.” Kita hairan kenapa setelah lama berkahwin, masih tidak temui serasinya.

Itu kata kita, tetapi sebenarnya mereka berdua sudah lama menderita. Namun hati kecil mereka masih ada harapan. Maka walaupun menderita, hidup masih diteruskan di samping mencari penawarnya. Tetapi apabila sampai kemuncak masalah dan penyelesaian masih tidak ditemui, perceraian terpaksalah dipilih.

Sebenarnya mereka sudah menyedari ketidakserasian itu sejak awal pernikahan mereka, namun mereka gagal untuk merawatnya dengan baik. Tetapi percayalah isu ini masih belum terlewat untuk dirawat.

Sebenarnya isu tidak serasi ini hanya ibarat retak mencari belah. Sebab itu jika pasangan yang terlibat tidak dapat mengesan ketidakserasaian itu lebih awal, perceraian boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Jadi, beruntunglah mereka yang berusaha mencari punca penyebabnya.

Sebenarnya punca tidak serasi itu bermula daripada tidak serasinya iman pasangan tersebut. Mungkin suami kuat imannya, tetapi isteri lemah imannya. Apatah lagi kalau kedua-dua mereka tidak ada iman. Hakikatnya mereka tidak meletakkan Allah di dada mereka.

Percayalah mereka yang ada iman, pasti akan takut kepada Allah, iaitu takut untuk melakukan dosa, takut untuk melakukan zalim kepada orang lain apatah lagi isteri dan anak-anaknya. Begitu juga kalau isteri beriman, sudah pasti dia akan takut untuk menderhakai suaminya, dan akan takut untuk meminta cerai daripada suaminya.

Selain itu pasangan yang beriman itu akan melakukan solat lima waktu dan sunat-sunatnya. Malah mereka yang taat solat, akan berasa tenang sewaktu berhadapan dengan pasangan. Malah jika sesekali mereka berkesempatan melakukan solat berjemaah, pasti hati pasangan itu mudah disatukan Allah.

Percayalah apabila pasangan itu boleh berasa takut kepada Allah, dan dapat pula mendirikan solat dengan sempurna, bibit perceraian tidak akan terjadi. Keserasian pasti akan diperoleh oleh pasangan tersebut semasa berkahwin bahkan sampai bila-bila.
Sungguh pun begitu, jumlah golongan ini tidak ramai. Di sana sini kita temui mereka yang lemah iman, buktinya ramai yang tidak melakukan asolat dengan sempurna, dan ramai juga suami yang takut kepada isteri. Mereka ini kalau pun kelihatan seperti serasi, tetapi hakikatnya mereka mahu hidup secara bebas, berseronok suka dalam kancah dosa dan maksiat.

Peranan Suami Didik Isteri

Mana-mana pasangan yang boleh mengekalkan iman dan taqwa dan boleh melaksanakan solat dengan sempurna, pasti suami dan isteri mampu berperanan dalam rumah tangga seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Inilah pasangan yang serasi malah boleh berkekalan sehingga ke dalam syurga.

Suami dalam keadaan ini perlu berperanan sebagai pendidik selain memimpin isteri ke jalan yang selamat. Maknanya pada malam pertama perkahwinan mereka, suami perlu menjelaskan pantang larang yang perlu isteri taati. Dalam pada itu kalau isteri tersalah dan tersilap, segeralah menegurnya dengan penuh hikmah.

Isteri juga perlu diingatkan agar sentiasa mematuhi kehendak suami dan meminta izin sebelum melakukan sesuatu pekerjaan yang luar jangkaan. Peringatan ini penting dalam membina kehamonian rumah tangga. Semua ini akan memudahkan suami memimpin isteri ke arah jalan yang bahagia.

Manakala rumah tangga yang telah didapati tidak serasi perlulah menamatkan sengketa itu dengan saling memaafkan kesalahan masing-masing. Percayalah setelah kedudukan telah menjadi kosong-kosong, suami bolehlah membuat penjenamaan baru dengan menyenaraikan garis panduan, pantang larang seperti yang dinyatakan di atas.

Ingatlah selagi mereka mampu mengikut garis panduan dan pantang larang yang ditetapkan Allah dan Rasulullah, mereka akan terdorong ke arah hidup yang bahagia selama-lamanya.

Wednesday, January 12, 2011

Doa Harian - Menghilangkan Rasa Malas

Rasanya tiap2 hari saya mendengar keluhan perkataan "Malas" either from me myself or from my colleague in the office or else from my family members and people surrounding me. Kenapa laa ada perasaan malas ni kan. Tapi rasanya titik permulaannya mesti laa daripada bisikan2 iblis dan syaitan laknatullah tu yang memang nak menjahanamkan umat manusia nih.

Dalam pada sama2 dok melayan rasa malas ni .. terpikir gak kat kepala nih cemana aarr cara nak atasi masalah ni. Takkan selamanya nak malas. Takkan sepanjang hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya selama2nya nak bermalas-malasan. Then one day masa balik keja tu, i tuned in to radio IKIM. Hmm lately ni macam terarah sket kalau time balik keja petang2 tuh automatik akan dgr channel radio ni. Selalunya time petang2 ni byk program yg membina di radio IKIM nih. Saya tak ingat apa program ari tu tp yang saya ingat sangat ustaz jemputan tu ada mention

"Kalau kite rasa malas atau risau dengan hutang2 yang ada, selalulah bacakan doa ini" .. doanya seperti doa dibawah ni.

Do’a yang pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Ummamah:


Allohumma innii a’uudzubika minal hammi wal hazan wa a’uudzubika minal ’ajzi walkasal, wa a’uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a’uudzu bika min gholabatid-daini wa qohrirrijaal.

“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan sifat malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kebakhilan, aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud 4/353)




Further detail of this doa, saya jumpa pula petikan menarik daripada sebuah artikel di sini nukilan daripada saudara Rudi Sisyanto:

Dalam hadits tersebut ada 8 penyakit jiwa yang sangat berbahaya, sehingga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memohon perlindungan dari Allah swt:

1.Penyakit suka berkeluh kesah atau merasa susah (hamm) yang dapat menimbulkan rasa sedih (hazan); kita memohon agar Allah memberikan petunjuk (al huda).
Hidup akan terasa indah jika kita mengisinya dengan rasa syukur, bukan denga keluh kesah. Cuma memang sifat manusia sering suka berkeluh kesah. Jika kita dapat menghindarkan sifat ini; maka nikmat Allah akan senantiasa melimpah. Jika ujian hidup disikapi dengan ratapan keluh kesah, bukannya masalah tambah terang, namun biasanya malah bertambah runyam. Sebaliknya hati akan tenang ketika rasa syukur mampu kita hadirkan dalam perjalanan hidup kita. Sehingga hilanglah rasa sedih. Bukankah Allah SWT telah berjanji akan menambah nikmatNya jika kita bersyukur dan memberi peringatan akan siksaNya yang pedih atas sifat kufur nikmat kita.

2.Penyakit Lemah(’ajz) yang dapat memicu munculnya penyakit malas (kasal); penyakit ini hanya bisa disembuhkan dengan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Orang yang lemah terutama lemah dalam kemauan biasanya akan malas dan tidak kreatif dalam menjalani perjuangan hidup. Ia akan mudah dikendalikan oleh nafsu (yang biasanya menyuruh kepada kejelekan). Orang terkendali nafsu akan muncul penyakit malas yaitu malas untuk berbuat kebaikan.

3.Penyakit Pengecut (jubn) yang dapat menyebabkan penyakit kikir (bukhl); penyakit yang bisa disembuhkan dengan cara memelihara kehormataan dan kemuliaan diri (‘ataf).
Syetan menakut-nakuti manusia dengan dibayang-bayangi kefakiran supaya seseorang tidak mau infaq, shodaqoh, zakat. “Syetan menjanjikan kefakiran kepadamu dan menyuruh yang jahat, dan Alloh menjanjikan kepadamu pengampunan dan keutamaan dariNya, Alloh itu maha luas rezekinya dan maha mengetahui.” (Al Quran Surah Al Baqarah : (2) : 268). Padahal dengan jelas Alloh menjanjikan kebahagiaan bagi orang yang tidak bakhil. “Barangsiapa dijaga dari kekikiran dirinya maka mereka itulah orang-orang yang berbahagia.” (QS Al Hasyr : 9)

4.Penyakit Lilitan utang (ghalabatuddayn) yang menyebabkan tekanan manusia (qahrirrijaal); supaya terhindar dari penyakit ini maka kita harus selalu merasa cukup (ghina) terhadap setiap pemberian Alllah Subhanahu Wa Ta’ala

Conclusionnya, saya menasihati diri saya sendiri dan rakan2 yg mungkin membaca dan mengikuti post2 tak seberapa saya ni, if you feel down or you have problem or u feel bored and lazy to do things that u need to do, then let us recite this doa' and tawakkal to Allah with usaha also. Mudah-mudahan Allah kurniakan rahmat pada kite untuk menjalankan kerja kite dengan baik dan rezeki yang kite perolehi diakhir bulan nanti lebih berkah .. insyaallah.

Monday, January 10, 2011

Alhamdulillah ..

Rasanya for the last 2 days keje last week aku cam not in the mood kan .. and my post also confirm on that. Tapi alhamdulillah, by mid day last Friday, some of the things yg make my life miserable that 2 days suddenly been addressed and a lil bit solved with the help of my immediate boss n my bg boss. Thanks to them. Meeting ngan user pun doing quite well.

Then nearly at the end of that day, at the end of the meeting actually. On of the colleague asked me "Have you get the letter?" .. me then asking him back "What letter?? " .. "The **&^%% letter la". Ooops its never cross my mind that the letter will be that soon. But later on back to my place at 22nd Floor, things so quiet and normal as usual. 5 minutes before going back home time, the division boss came back from his meeting and then we heard his footsteps coming with a bunch of letters at his hand.

So that late evening i received my letter. The increment is not so much but anyway i feel blessed and thank god for it. So that letter ends up my moody and miserable day of last week. I went back home with a smile and looking forward for my weekend with family.

Thursday, January 06, 2011

Hujan di pagi hari

Petang semalam balik dpd opis ... hujan ... terkocoh2 gak laa nak mengejar amik budak2 kat nurseri n tadika. Then i call my hubby to ask him to pick up Sarah sebab takut i might be late due to heavy rain and jam.

Lagipun semenjak dua menjak ni my car not feeling very well. Satu satu sakit dia kuar. Last 2 months dah betulkan drive shaft. Melayang gak 300. Then last 3 weeks tetiba masa tgh drive saya rasa something wrong with the car, feels like the it had flat tyre. Tp bila check tayar ok jek. That weekend i bring the car to the workshop nearby my house area. Mang sah .. dia kata drive shaft yg baru tukau tu tak fit and ada mende lain lagi yg rosak. Last2 melayang gak 800++. Haiii cam tau2 jek keta ni aku dpt duit extra. Tp tu laa .. lepas betulkan tu lepas 2 3 ari rasa lagi cam bergegar keta bila i drive even at low speed. Cettt .. nak kena bawak balik keta nih.

Pagi tadi masa pegi keje and hujan yg lebat, saya pun drive slow2 jek laa takut karang ada problem lak keta tu. End up, hujan .. jalan jam .. sampai lambat kat opis. Tak pasal2 dah dpt warna merah in the beginning of the year..

Hujan2 ni mang buat i felt not happy la. End up mang ari ni many unwanted things happens. Gloomy jek rasa ..

Wednesday, January 05, 2011

Falsafah Lebah vs Falsafah Mr Pig

Rujukan: From Blog Haji Arshad

Falsafah Mr Pig

Kita jangan jadi macam babi! Sebab babi apabila pergi ke sesebuah taman, walaupun di sana ada bunga mekar nan indah, buah-buahan yang enak-enak dan makanan yang baik-baik, tapi babi akan sentiasa tetap mencari najis dan kotoran.

Pengajaran : Jangan kita jadi macam babi, yang sentiasa asyik mencari kekotoran dan najis saja. Justeru, kita janganlah suka mencari keburukan dan bercakap tentang keburukan saudara-saudara kita saja.

Sebaliknya, fahami dan praktikkan falsafah ini.

Falsafah lebah

Kita kena jadi macam lebah! Sebab lebah apabila mencari manisan dia akan pergi ke setiap bunga, samaada bunga itu wangi atau busuk, tapi dia tetap akan mengambil manisan daripada bunga tersebut. Dan akhirnya manisan dapat dikumpul di dalam sarangnya, dan terjadilah apa yang dinamakan MADU (ubat bagi segala penyakit) yang memberikan manfaat kepada makhluk lain.

Pengajaran : Jadilah kita seperti lebah. Kita harus mencari kebaikan setiap saudara kita supaya kebaikan akan terkumpul dalam diri kita.

Saya dapati kita sekarang ni suka sangat SUUZZON (sangka buruk) dengan orang lain.

Sepatutnya kita semua ni kena ikut falsafah atau resmi lebah. Sentiasa mencari manisan hatta pada bunga yang busuk. Mencari manisan bukan untuk dirinya sahaja, tetapi memberi manfaat juga kepada makhluk-makhluk yang lain.

Saya sarankan agar kita semua menilai kembali semua tingkah laku, percakapan dan perangai kita dengan lebih rasional. Kalau ada kawan-kawan atau orang yang kita tidak suka pun, jangalah kita hanya pandang keburukan dan kelemahan mereka saja.

Jangan sekali-kali memaki hamun atau merendah-rendahkan orang lain.

Cubalah lihat yang positif berbanding yang negatifnya. Kita semua adalah manusia biasa.

Ada banyak kelemahan dan dosa. Yang penting, kita kena manfaatkan yang positif, buangkan yang buruk, walaupun orang tu adalah musuh kita.

Semoga saya dan sahabat-sahabat semua dapat ambil iktibar dan amal 2 falsafah yang saya kongsikan ini, insyaAllah

Day 3 of School

Malam tadi puas saya dok pujuk dia ..


"Esok nak nangis tak pepagi?" dia jawab "Tak nak" ... ok


"Esok pegi sekolah ngan abah ye .." dia jawab "Alaaa mama laa hantar sarah pegi school. Taknak pegi ngan abah" ... this not ok


"Mama tak buleh anta Sarah sebab mama kena pegi work pagi2 lagi, hari gelap lagi, sekolah Sarah tak bukak lagi. Sarah pegi laa ngan abah. ." dia jawab "Alaaa tukar2 laa plak, mama plak yg hantar Sarah" ...huhu jenuh gak nak bagi dia agree to go to school with her father.


"Kan mama dah belikan bekas bekal yg princess tuh, esok boleh laa Sarah bawak g school. Makan ngan kawan2 sosej n nugget kat school" ... dia diam je.


Before masuk tido malam tadi saya dah siap2kan pack of nugget and sosej to be fried and cook tomorrow morning. Masa tgh pack2 tu dia datang. Saya pun tunjukkan pada dia "Haa ni mama dah siapkan nugget ngan sosej untuk Sarah esok. Esok pagi nnt nenek tolong gorengkan untuk Sarah kalau mama tak sempat ye". Dia mengangguk saja. So the conversation end like that for the night.


Pepagi tadi before saya pegi kerja, saya gerakkan dia sekejap and cakap "Sarah, mama nak pegi work nih, nanti Sarah pegi school ngan abah ye..". Dia tak buka mata tapi hanya mengangguk2 kan kepala saja. Half way to work, i call my hubby "Dia dah bangun. Dah turun bawah..".


So i call my mom handphone. "Haa ni ada ni haa tgh tgk nugget ngan sosej dia. Nenek dah siap masakkan."

Then i spoke to her "Sarah dah bangun yer. Dah mandi belum?" dia jawab "Belum"

I said again "Nanti Sarah pegi school dengan abah yer. Haa nanti bawak nugget ngan sosej tu dalam bekas princess Sarah pegi school. Makan ngan kawan2 ye.." dia jawab "Ok"

Lega for a while that takde objection for today untuk pegi sekolah.


At the office, lepas saya breakfast, tengok2 jam dah pukul 8.05. Ehh kena call ni tanya dia dah pegi sekolah ke belum. So i call my hubby again "Cemana .. dia dah g skolah ke ?" Hubby jawab "Dah .. ok jek".


Then i called Cikgu Ana plak since semalam saya dah minta contact number dia masa amik Sarah. "Cemana cikgu, sarah ok ke?" .. She reply "haa dia ok". Lega sekali lagi. Saya pesan juga kat Cikgu ni that Sarah ada bawa bekal untuk makan pagi nih which is inside her bag. Takut jadi macam semalam, dia tak tau dia ada bekal since hubby tak remind her. Petang after balik baru dia makan sosej tuh ..


So hari ni harap2nyer dia makin ok laa ...

Tuesday, January 04, 2011

Arini Dia Tak Nak Pegi Skul

Today i have to go to work since i don't have leave anymore. Hmm actually i do have 1 more day leave but since i have to spare it for any other event as that is the only leave that is available for me this month so i think i don't wanna use it. Yesterday, luckily i got the MC from the doctor since i'm still having the flu and cough. And since she was ok yesterday, i tought that she will go to school easily today without any hiccups like yesterday morning.



Tgh2 on the way to work pagi tadi tetiba dpt call dpd hubby .. ada sora org melalak kat belakang tuh .. "Nak mama anto g sekolah ... mama balik laaa .. tak nak g sekolah ngan abah ... " iskkkk ...



Ada laa 2 3 kali phone call to entertain the crying kid nih. Sampai opis i call her back again and ask her to take her shower and prepare to go to school. Oredi request nenek to masak sosej untuk dia bawak bekal ke sekolah. Lastly dia mintak apa tau ... "Nak bekal yg barbie atau power puff girl tuh ... " ..... Budak skrg ni demand dia macam laaa ... iskkk .. So i have to agree laa sebab nak pujuk dia pegi sekolah ... haiiii ... lebur laa duit mak dia lagi ..

Monday, January 03, 2011

2011 - First Post - Sarah's First Day @Tadika Celik Minda

Nak pegi dengan muka nih ..


03-January-2011


Hari ni Sarah mula bersekolah tadika di Tadika Celik Minda. Dekat jek tadika ni dgn umah kami. Jalan kaki pun sampai, dlm 5 minit laa. Tapi alang2 ada keta so tak laa jalan kaki. Tp pagi tadi terpaksa gak saya jalan kaki since Mr.R dah bergerak dulu nak ke spital untuk buat fisio.


Arini pepagi lagi Sarah dah bangun and i directly ask her to mandi. Dia quite eager nak pakai baju sekolah tadika yg kami dapat masa mendaftar 3 minggu lepas. Pink kaler gitu, suka laa dia. Lepas hantar 2 org budak kenit ke nurseri lama dia, saya pun siap2kan Sarah untuk ke tadika. Tadika ni start kelas pukul 8, so sebab rumah dekat jek so kami keluar rumah dalam pukul 7.50 gitu. Owhh hari ni saya cuti sebab nak hantar dia ke sekolah, hari pertama kan. Walaupun tak berapa sihat sgt dengan batuknya n selsema tapi have to jugak la.


All this while i'm confident jek that Sarah will easily mix around with the kids at the kindergarten. Tp last minute thinking, risau gak that she will not be as expected. Sebab saya tau lately ni dia dah pandai malu dengan orang yang dia tak kenal. So mang last minit laa pikir nak amik cuti or maybe can get MC since i am not feeling so well these few days.


Last2 mang betul jangkaan saya, memang jadik laa perangai malu dia tuh. Sampai je kat tadika tu dia dah mula buat perangai. Mula laa tgk2 org dengan mata semacam dia tuh. Haiii ..


Bila cikgu tadika tu ajak menyanyi2 .. memula dia tak nak ikut. Then lelama baru laa ikut tu pun tak sepenuh hati. Asik2 nak lari ke arah saya dan kata "Tak nak .. tak nak buat .. nak balik..". Huhuhu mama dia dah bayar yuran tu ada hati dia nak kata balik. So i have to stay lil bit longer laa to monitor her progress.


After aktiviti nyanyi2 tu habis, then cikgu bagi kertas warna dan kaler untuk aktiviti mewarna. Now i can see that she start to focus. She really like it, as colouring mang her faveret aktiviti kat umah nih. Turn out that she is the fastest one who complete the colouring activity.. hahah .. cikgu pun cakap "Ehhh sarah dah abis kaler dah ... ".


Then came the time to breakfast ... dalam kol 9 lebih laa gitu. At this moment also i can see that she start to mis around. Sama2 baca doa makan n makan ngan kawan2. Abis je sessi makan tu i come to her and told her that i have to leave. Said that i have to go to work (tipu sunat nih), and she said ok if i want to go. I told her i will meet her back and pick her up this evening. Pastu dia join her frens and continue with the next activity with Cikgu Ana. Dia ni adik owner tadika tu - which i see that she is a good teacher since pendekatan dia ngan budak2 amat baik. So far laa .. harap2 nyer berterusan laa macam tuh. Last thing that i heard Cikgu Ana said "macamana semua, seronok tak kite?" and saya dengar Sarah pun sama2 menjerit kuat dengan kawan2 dia "Seronokkkkkk ... ".


So with that saya pun angkat kaki and mula melangkah keluar daripada tadika dan perlahan2 berjalan balik ke rumah, since keta tinggal kat umah n tadi datang hantar Sarah with hubby. Huhuhu .. berpeluh gak jalan balik tu .. so that is the story of Sarah first day @ Tadika Celik Minda. Laporan seterusnya ... tunggu la lepas amik dia petang nih .. :D