Thursday, May 28, 2009

Good News

Today, i received one good news from a friend of mine. Congrats mauze for the incoming. Hehehe .. jgn sedey2, tuh sumer rezeki tuhan nak bagi.

But early of this morning i actually received one not so good news. My favourite team lost one of the biggest match against my other lil less favourite team. Still i can accept the news since we already won 3 other trophies. So not a big deal with this loss. Well we still have next season to come back although maybe that time without CR or CS. There are plenty of other talented players to replace them.

I have a busy week this week. Got so many things to do and prepare for tomorrow event. 1 more day to go, hope that the event tomorrow will be smoothed without so many issues or fights .. hahaha

Thursday, May 21, 2009

Nasi Ambeng


Sejak dua tiga ari nih aku pun kurang ler faham ntah kenapa tiba2 aku rasa rindu kat satu hidangan yang aku biasa makan masa kecik2 dulu. Tiap kali kenduri kat umah nenek @ nyai, kat umah pakcik2 or makcik2 aku belah arwah abah laa esepcially nyer, sure diorang akan sediakan menu ni which is the famous Nasi Ambeng (sebutan style jawa).

Aku ni mang anak orang jawa pure tapi amat le malu byk sebab aku tak reti nak cakap jawa .. sikit2 boleh laa sekadar .. arek mangan, ngombe, wes turu, wes ngelih, warek tu buleh la. Nak cakap satu complete ayat jawa tuh mang agak susah le aku nak nyebut dengan betul. Kalau makcik2 pure jawa tu mesti dok gelakkan aku kalau aku cakap jawa. Sure dorg kata aku jawa menchret ... waakakakka. Tak apa laa .. nanti aku cari cikgu jawa. Tapi aku nak cakap jawa dengan sapa kat umah tu. Hubby aku orang tenghanu, mak aku pun bukan cakap jawa sangat dah. Tuh pasal ler, dah makin kurang kejawaan dalam diri aku. Tapi aku rasa aku nak kena polish balik ni, mana boleh biarkan keturunan jawa aku hilang macam tu aje.

Berbalik pasa kisah nasi ambeng nih, well juadah ni biasanya disediakan masa kenduri doa selamat or org jawa sebut "selametan". Nasi ambeng ni biasanya diletak dalam dulang/talam dan dimakan bersama-sama 3,4 or 5 orang untuk setiap dulang tuh. Tuh yang seronoknya, mengeratkan silaturrahim tuh.

Menu utama nasi ambeng ni biasanya terdiri daripada

Nasi putih
Ayam masak kicap (selalu nya 1/4 setiap hidang)
Sambal goreng jawa (yg ada tempe, tahu, sohoon, kentang, kacang panjang,letak kicap)
Serunding kelapa
Mee Hoon goreng
Ikan kering bulu ayam digoreng (ikan yang kecil2 bila digoreng rangup)

Cara hidangan nasi ambeng ni, biasanya nasi putih tu akan disi terlebih dahulu dalam dulang tu, then sumer lauk2 tu akan diletakkan diatas daun pisang and kemudiannya diletakkan pula atas nasi putih tadi. Macam gambo kat atas tuh.

Selalunya tetamu yang datang kenduri tu makan sikit je dan selebihnya akan dibungkus untuk dibawa balik ke rumah. Ni kitorang selalu sebut "Berkat" or "Bonjrot/Bontrot". Kadang2 tu sebelum makan, diorang akan ketepikan sikit portion yang nak dibungkus tu and then dorang makan le. Pihak tuan rumah biasanya akan memnyediakan plastik or bekas untuk tetamu membungkus nasi tadi untuk dibawa balik ke rumah. Kalau arwah abah g kenduri umah orang, bila dia balik je, kami dah tak sabar2 menunngu bontrot nih. Bukan apa, bila buka jek bungkusan tu, aroma dia .. fuhhhh ... membuatkan rasa nak makan tu tak terkata laa .. hehehe

Dah lama rasanya aku tak merasa hidangan ni. Even masa kenduri arwah abah pun my family tak buat this dishes. Aku sebenarnya dah mengidam nasi ambeng ni since mengandungkan lisa, tapi tak penah dapat. Bila balik kampung and ada kenduri pun, tetiba tengok dorang buat nasi minyak... hampa siott .. Bila dah balik KL ni jangan harap le nak dapat dishes ni kat mana2 kenduri kat KL. Sib baik laa anak aku si lisa tu tak meleleh jek air liur dia sebab mama dia tak dapat makan nasi ambeng ni masa peknen dulu. ahhahah .. well mende ni takde fakta pun yg kata kalau kite tak dapat apa yg kita ngidam masa peknen tu then anak kita akan sentiasa meleleh jek air liur dia ... karut jek tuh. Wakakakaka.

Aku miss sangat this dishes ... i dunno why but thinking of it will bring back the memories that i had masa kecik2 dulu. Aku mang ada niat nak buat kenduri doa selamat kat umah tu sempena beberapa events cuma date tak fix lagi bila. Cadang2 nyer before puasa nih la kan. Tu yang dok ingat nak jek buat menu nasi ambeng ni. Tapi orang2 bandar ni nak ke makan kat dulang. Iskk ... hubby lak nak wat akikah lisa skali. Harap2 dapat ler aku merasa nasi ambeng nih ..

Monday, May 18, 2009

Another Monday OR Moanday

Agak lama gak aku tak menulis kat blog nih. Leceh laaa ... byk sgt keje lately ni, tak done nak menaip2 hapdet. Paling tak pun aku lepak kat FB jek la sbb kat situ takyah nak mengarang ayat bagai .. Tp miss ler plak blog ni.

Pagi ni aku dok jump g blog fara, panjang lebar citer dia and the thing that makes me tercabar is, dia tulis blog tu pepagi b4 g keje tu .. haaaiii caiiyooorrkkk ler sifu aku nih. Ari tu dok sok sek kata mood nak berblog dah makin pudar .. iskkk .. tak dek nyer laaa fara ehhh ... hahhahah..

Set aside dulu pasal keje, aku nak story things that happen during the weekend.

First of all - the great news of the week. Yeah .. my old times fav team Manchester United FC menang League title again. There goes the red, gunners and le blues fan. Eat your word k .. hahaha.

Second - AF7 Final. Haa citer pasal AF ni aku nak habaq mai sket. Aku rasa AF kali ni tak baper menyengat sangat le. Aku ni boleh dikatakan quite fanatik gak bila tiba pasal AF ni. Tapi kali ni cam takde big aura la.. Before this aku tak penah miss diary AF yg dok siar hari2 tu. Tapi kali ni everytime aku buka channel astro ria time diari tu, tak sampai 5 minit aku dah tukau channel lain. Tak de stopper yg buat aku dok stay kat situ. Bosann jek .. melainkan mang dah takde citer kat channel2 lain, so aku biar je laa tapi aku bukan tgk pun. Saja bagi si sarah tu dok layan Fantasshia dia. Time konsert tu aku tgk la gak. Cuma disebabkan macam aku kata tadi, takde aura penarik dlm AF kali nih, everytime tgk sure aku akan terlelap. Sedor2 dah abis dah siaran konsert tuh. Then tetiba sedor dah konsert final.

Sib baik ler budak hafiz tu jadik juara AF7 ni. Aku expect si Akim tu sbb 2 3 konsert before final tu mang nampak improvement dia. Hafiz ni mang tak dapat dinafikan laa favourite sejak minggu2 awal lagi. Suara mang power cuma penampilan je kena tukau sket kot. Kena groom lagik. Skrg ni nak jadik artis takleh nak bergantung pada suara jek. Cam si Aril tu, errr sorry aarr peminat aril kat luar tu. Aku rasa sora dia takde ler sedap mana, improve pun takde le sgt tp dia tu lebih pasa penampilan kot. Tu pasal org suka dia. Handsome, comey, sedap mata memandang .. well jenis typical yg org pompuan especially budak2 remaja pompuan suka .. tp well aku tak berkenan pun .. hahahah. So kira aku puas ati laa hafiz menang. Even though akim tu #3. Ok la. Apa pun kite tgu dan lihat je la perkembangan dorg ni samada dorg dpt bersaing dlm dunia seni ni dan bertahan. Byk dah artis2 AF yg terkubur dan ada gak juara tapi tak ke mana pun lepas tuh. Yang tak juara pulak lebih menonjol macam si haizat tu. Aku mang respek betul kat dia. Dulu masa kat AF dia mang bagus pun cuma tak tau ler naper org tak vote dia. Agaknya masa tu dia chubby kot. Biasa aarr takde x-factor cam si Aril tuh kan..

Dan yang paling best, this week aku dok umah je, rehat2 ... ada laa kuar ari sabtu tu dok bawak budak2 g jumpa Paeditrician kat An Nur, then g cari kipas and lampu, replace those yg rosak kat umah tu. Nak renovate umah berjanggut ler lagi .. belum ada rezeki. Tukau je laa mana2 yg rosak tu. Other than that aku lebih byk habiskan masa kat umah. Ok gak ..

So today monday come again. Ada byk list dah mende nak kena buat yg aku dah prepare jumaat lepas. So abis je hapdet ni aku sambung ler keje aku dok settlekan satu2 task from that list tuh. Okehh .. got to do the task .. later on harap2 dapat ler hapdet lagik ..

Thursday, May 14, 2009

The Kebaya Kid


Semalam masa aku sampai kat nurseri utk amik my dotter tu, i got a surprise. Sampai je kat nurseri and park keta kat porch nurseri tu, aku nampak dah budak2 berlari ke arah pintu grill nurseri. Ibu, the owner of nurseri tu pun ada gak.

Then .. i saw one kid, gaya badan cam anak aku, khalisah. Tapi aku tak perasan lagi sebab budak tu yg aku perasan la, pakai baju kurung. Tetiba dia sengih2 sambil panggil mama .. mama .. Aku terus jer sengih dan yang menambahkan lebar lagi senyuman aku disertakan dengan
gelak kecil ialah .. lisa pakai baju kebaya, macam makcik2 jek .. hahaha .. comel .. tapi i just dunno what word to describe it .. seems funny and at the same time so cute ..


so balik umah aku tak lepaskan peluang terus je sambar kamera n snap gambo makcik kecik kebaya nih ..