Wednesday, March 29, 2006

The JOE World

Joe Bangla ... satu nama yang tak asing lagi bagi aku dan beberapa kawan2 rapat ku di dunia cyberspace nih. Sejak diperkenalkan pada spesis nih nearly setahun yang lalu, rutin sehari2 aku memang mesti akan singgah ke perantauan ini dan sudut gebang2 yang ada disediakan disitu.

Sejak mula menyinggah kat situ yang pada mulanya just singgah2 sekejap, akhirnya jadi satu kemestian plak untuk aku setiap hari dari hari Isnin ke Jumaat untuk berada di perantauan tuh. Sorang demi seorang warga sembang kat situ aku kenali and some of them dah jadi mcm kawan yang dah kenal lama plak. Padahal baru jer kenal di sudut sembang tuh. Mula2 dulu aku tak join pun sesi gebang tuh, aku more on baca kisah2 si bangla nih dari awal sampai ler yang terkini. Bila dah abis baca sumer (errr abis ker aku baca sumer ekkk .... :D) baru ler aku mula berjinak2 menebengkan diri kat sudut gebang tuh.

Dari situ aku kenal lebih ramai org yang kebanyakannya bukan laa jenis kaki chat yg tak de keja lain selain chat jer. Tapi most of it warga kerja and most of them are coming from professional working group. Ada yang muda dan ada juga yang veteran seperti gang2 aunties. But they are really friendly and nice and pro. Kat sini jugak ler aku kenal lebih lagi dengan tuan rumah perantauan nih. Mang pun dia tgh merantau nunnnn kat US tuh. (hmmm bila laa dia nak balik nih... ) Tuan rumah nih banyak perangai nyer but aku tak nak laa komen lebih2 .. nanti dia ngajuk susah lak aku. Tak pasal2 nak carik tiket kapal terbang g US cari dia dok pujuk (which tak kosa aku nak buat ehhh ... heeheeh). But deep inside aku tau he's a nice person. It's just the situation that he face now make him turn out like that.

From this sudut gebang jugak aku terjumpa balik org2 yang aku kenal from my study years or meet someone yang duduk searea dengan aku (kecik nyer dunia ...) Bersambung kembali la dan bertambah laa lagi persahabatan aku dengan orang2 nih. Then pada 18hb Mac lepas dorang buat gathering kat Manhattan Fish Market, Ikano. Walaupun tak sumer taggers dapat dtg kat gath tuh (include aku ler tuh) tapi dari citer dan report yang dorang bawak balik lepas gath tuh, nampak nya meriah betul perjumpaan tuh. Lagi plak Joe yang sponsor sesi makan utk gathering kali nih even though dia tak de kat situ. (kira kes kirim duit jer kat coco) Haaa rugi aku tak join ... heheh ... tp tak pe laa, aku tunggu Joe balik Mesia nih nanti baru join the gath laa... haahah ntah bila laa tuh.

Lately nih plak kisah mat bangla nih banyak berkisar pada kisah dia nak berenti keje at his current job place. Aku pun tak tau pasal apa aku jadik risau bila dia kata nak berenti keje. Siap mimpi lagik tuh pasal dia (oittss nih kena sensor nih ... mau tau laki aku parah nanti plak) Tapi bukan arrr mimpi yg tuh tuh .. aku siap mimpi bad things happen kat dia, and ada gak good things nyer after those bad things tuh happen. The good things is at last dia balik ke tanahair dia nih .... sort of happy ending laa tuh. Boley gitu. Ntah laa apa2 pun aku harap dia tau apa yang dia buat. Nak advice pun dia lebih tua dari aku and aku pun bukannye baik sgt pun (tp baik sket laa dari dia tuh ... heeheh). Just hope he will not stop his blogging activity and boleh laa aku tau apa perkembangan seterusnya dia kat bumi asing tuh.

Mr Parjoe ... peace ...

Rumah Oh Rumah ...........

Agak lama jugak aku tak menjenguk ke blog aku nih. Hmm apa nak jadik agaknya. Dah bersarang rumah aku nih dibuatnya. Kesian lak aku tengok.

Citer pasal rumah nih plak, haa actually kisah rumah nih jugak laa yang buat aku tak de mood nak update blog aku disebabkan kesibukan menguruskan hal2 berkaitan ngan rumah yang aku beli tuh. On 4hb lepas kami dah pegi project site amik kunci rumah and buat defect inspection and report kat rumah tuh. Site supervisor tuh kata sumer defect akan settle in 1 and a half month. Masa pegi ari tuh meter elektrik tak pasang lagi and aku query laa bila nak pasang and nak masuk bekalan elektrik nih ke rumah aku tuh. Supervisor tuh cakap TNB janji nak settlekan mende tuh on the 10th of March. Hmmm bila dengar lega laa .. boleh laa aku mula pasang grill or lampu nanti. Tak laa terkocoh kacah kalau nak pindah bulan 4 tuh.

The next week plak aku sibuk ngan check up on my pregnancy kat klinik tempat aku g check selalu tuh, then terus balik kampung sebab mak aku buat kenduri. So this week aku tak g jenguk site rumah laa. Aku assume tak per laa dorg pun mesti tgh buat keje betulkan defect umah aku tuh. Malas nak kacau. So berlalulah minggu tu and the next week nya aku call developer lak utk dapatkan perkembangan hal CF rumah tuh. Hmmmm pelik jugak kan developer2 rumah nih .. lain developer lain plak dia punya prosedur. Patut nya bila serah kunci tuh sumer dah settle, api air and CF sekali. Nih ada plak bagi kunci dulu, CF nanti baru dapat. Suka ati dia jek. Hmm jawapan yang aku dapat pun tak menggembirakan aku, ari tuh masa tanya kata sekejap jer nak dapat dalam 2 3 minggu. nih dah dekat 3 minggu tak dapat lagi.

That weekend aku and husband pegi ler tgk rumah. Lerrrr tak pasang lagi pun meter elektrik tuh. Then aku dpt citer dari one of buyer kat situ which i know thru ym (kebetulan plak), dia kata masa dia amik kunci tuh supervisor tuh kata lambat lagi TNB nak pasang... kena tunggu sebulan lagik. Iskkk nih apa kes lak nih. Penipu betul laa ... haaa angin aku and my blood pressure dah go up laa time nih. Nak tipu pun tgk org aaarr .. macam laa aku nih tak sekolah. Perghhhhh ... Liar Liar ... u will be burn in the fire ... (jadik witch plak aku nih karang)

So start from that date, keje aku ari2 dok kejar sana sini ... sapa2 yg bertanggungjawab nih. So korang jgn ler nak dok menipu aku ... silap org laa ... tp yang paling aku geram is TNB .. yess ... Tenaga Nasional Berhad. The biggest liar here. Harap jer nama, buat keje hampeh ... Boleh tak kalau aku mintak balik deposit yang aku dah bayau kat dorang untuk penyambungan elektrik ke rumah aku tuh ... surely jawapannya tidak kan ... korang bayang laa .. aku dah settle sumer payment tuh last year bulan 9, but up till now dorang tak buat keje... boleh bagi reason cable kena curi laa ... tak cukup stok meter laa .. bahagian bekalan belum masukkan lagi bekalan kat substation yang kat rumah aku laa .... such a S**T reason. Takkan dorg nih nak tunggu aku panggil TV3 baru nak buat keje kot.

If by end of this week dorang tak settlekan lagik. Mau nyer aku pegi opis TNB tuh nanti dok serang dorang. Be responsible sket laa korang nih pun. (tgh meletup nih .... )

Tuesday, March 07, 2006

Bersamamu

Image hosting by Photobucket


Malam tadi kami menonton siri Bersamamu yang popular di TV3 yang merupakan sebuah program realiti penuh emosi yang memaparkan kisah kehidupan insan yang kurang bernasib baik akibat masalah kemiskinan, kesihatan, penganiayaan, nasib si ibu tunggal dan pelbagai lagi. Siri ni memang ada setiap hari isnin jam 9.00 mlm.

Episod malam tadi lebih kepada Special Edition dimana kesemua episod dalam Musim Kedua dan Ketiga dikompilasikan dan ditunjukkan semula kepada penonton disamping memaparkan perkembangan terkini kesemua peserta siri Bersamamu ini. Rancangan malam tadi pun dibuat secara langsung daripada kediaman Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya.

Aku sebenarnya tidak laa mengikuti siri ini sepenuh masa sebab ada jugak episod2 yang aku skip tak tengok sebab nak tgk siaran tv yang lain. Bukan apa, selalunya kalau tengok siri ni, aku automatically jadik sensitif laa .. mesti hujan renyai turun punya. Ye lah, melihatkan kepayahan hidup mereka nih buat kite rasa sebak dan pilu. At the same time tuh insaf laa skejap... (hmm sekejap tuh ler Image hosting by Photobucket ... ). Walau macamana kite kata kite susah, lagi laa dengan harga itu ini naik, minyak lagi naik 30 sen. Tapi ada lagi orang lain diluar sana yang hidupnya lebih susah dari kite, yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang or even makan sekali jer sehari. Itupun nasi sejumput aje. Kalau nak dibandingkan dengan kite yang masih boleh makan 3 kali sehari aku rasa sepatutnya aku rasa bersyukur dengan apa yang aku ada. Tak patut laa aku dok mengeluh kesah saja.

Malam tadi dipaparkan juga perkembangan terbaru setiap peserta bagi siri ini. Alhamdulillah aku tengok kebanyakan daripada mereka telah pun diberi bantuan baik dari segi tempat tinggal yang lebih sempurna, kehidupan yang lebih selesa dan juga diberi kursus kemahiran dan ceramah motivasi untuk memantapkan dan meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik lagi. Tempat kursus dan ceramah motivasi pun bukan calang2 tempat, tuhhh dekat Shangri-La Putrajaya tuh. Aku yang duduk dekat nih pun tak penah nak bermimpi menjejakkan kaki kat hotel bertaraf 5 bintang tuh.. Hmmm bertuah sungguh mereka tuh.

Aku harap semoga mereka sumer tuh tidak alpa dengan bantuan yang diberi dan terus berusaha untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan jalan yang telah ditunjukkan kepada mereka. Hopefully mereka akan lebih berdikari lagi untuk meneruskan kehidupan mereka dan tidak terlalu bergantung harap kepada bantuan daripada orang lain berterusan. Pihak2 yang bertanggungjawab menjaga kebajikan nasib orang2 seperti mereka ini sepatutnya lebih prihatin dan lebih peka dengan masalah2 yang melanda mereka ini. Jangan laa bila dah keluar tv baru la menonjolkan diri untuk memberi bantuan. Jika tidak disiarkan di TV, langsung tak ambil kisah dengan nasib mereka yg serba kekurangan ini.

Di akhir episod khas malam tadi ada dijemput penyanyi2 terkenal negara utk menghiburkan para tetamu antaranya Ning Baizura, Siti Nurhaliza dan Jacklyn Victor(penyanyi rasmi siri ini dengan lagunya Wajah). Bila Jac start nyanyi lagu Wajah nih aku pun dah ready nak hujan renyai la. Bukan apa, lirik lagu ciptaan Habsah Hassan ni memang mencuit hati dan perasaan terutama bila dikaitkan dengan cerita dan keadaan setiap peserta yang dipaparkan di dalam setiap episod siri ini. Tapi bukan aku jer yang hujan renyai, aku tgk Jac pun skali kena hujan renyai tuh, sampai dia tak boleh menyanyi dan tersasul2 lirik lagu tuh sebab nak cover perasaan pilu dia tuh.

Apa-apa pun semoga rancangan ini berterusan dan terus memaparkan kisah org2 susah nih agar nasib mereka dapat dibela oleh pihak2 yang bertanggungjawab yang sepatutnya menyalurkan bantuan kepada mereka.


Monday, March 06, 2006

Those Were The Days

Tiba2 teringat pulak kisah2 kat zaman sekolah dulu-dulu. Terutamanya zaman sekolah menengah. Ntah kenapa ekk .. .tetiba termimpi kisah2 zaman sekolah. Kuar sumer karakter kawan2 dulu.

Aku rasa zaman yang paling happening masa time sekolah nih was masa aku form 4 and 5. Time tuh best sebab kawan2 sumer gile2 jer. Walaupun aku skolah sumer pompuan tapi aku rasa lagi seronok dari dok sekolah campur nih. Start dari form 4 memang aku seronok sebab kawan satu kelas aku nih macam2 jenis perangai ada dan dari macam2 jenis bangsa. Ada melayu, cina, india dan mat salih pun ada ... tuh kejap aje la exchange student. Seronoknya walaupun ada berbagai bangsa dalam kelas nih tapi sumer dah macam geng baik jer takde laa dok beza2 sebab lain bangsa or agama.

Tak kisah laa bila2 masa pun, sumernya mcm satu kepala jer. Time huhaa sumer dok huhaa .. time study masing2 serius jer. Haaa yg paling best time nak siapkan homework ... heheh masa tuh kira time passing2 buku laa... sapa yg dah siap tuh mang mangsa laa buku dia jadi pinjaman yg tak siap2 lagi. But sumer world, tak kisah pun. Tak de laa lokek2 ilmu gitu. Share jer ngan sumer org.

Tapi abis jer SPM masing2 bawa haluan masing2. Ada yang ke utara, ada yang ke selatan (still stay kat selatan), ada sambung g oversea. Tiba2 aje sumer org dah lost contact. Padahal before kami berpisah tuh kami siap ada buat satu scratch book where sumer org tulis pasal karekter setiap org dlm kelas tuh and each of us dapat satu copy of that book. Aku tak tau laa mana aku letak buku tuh. Rasanya masa aku nak pindah umah kat kampung tuh aku jumpa buku tuh and simpan. Tapi tak ingat lak kat mana aku letak. Balik kg nnt aku nak cari la. Seronok plak dok baca kisah2 zaman dulu tuh.

Dan tetiba jer aku teringatkan kawan2 aku tuh sumer. Mungkin sekarang masing2 dah ada karier masing2, family masing2 dan tanggungjawab masing2. Tak kurang juga ada yang sudah pergi menyahut seruan tuhan. Kepada mereka aku hanya mampu mensedekahkan al-fatihah dan berdoa semoga roh nya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama2 org yang solehah. Aminn....