Pengenalan
Kanak-kanak dan remaja sering mengalami perdarahan hidung atau epistaxis (epis-tek-sis) dengan tiba-tiba. Ibu bapa tidak mengetahui apa puncanya ia berlaku tanpa kecederaan. Ia boleh berlaku di mana-mana. Kalau di sekolah, mungkin ia disalah anggap yang kanak-kanak ini dipukul oleh murid lain. Kalau di rumah mungkin di salah anggap yang kanak-kanak ini didera oleh ibu bapa mereka.
Struktur hidung
Di dinding tengah hidung (nasal septum), iaitu di bahagian bawahnya, banyak saluran darah berkumpul di sini. Tempat ini dikenali Little’s Area. Kawasan inilah yang biasanya membuatkan hidung berdarah dengan tiba-tiba (spontaneous nosebleeds) di kalangan kanak-kanak. Saluran darah di Little’s Area ini sangat rapuh di mana bila berlaku radang (inflamation) saluran darah tersebut mengembang dan pecah dengan senang.
Punca radang (inlamation) yang buatkan hidung berdarah secara tiba-tiba (spontaneous) ialah:
- Selsema
- Alahan pada hidung (resdung atau allergy)
- Terdedah terhadap angin atau udara yang panas dan kering terlalu lama.
- Terlebih guna ubat titis hidung (steroid)
- Bersin yang terlalu kuat dan kerap
- mengorek lubang hidung
- lain-lain
- darah tinggi
- cerdera pada hidung akibat pukulan atau terjatuh
- jangkitan kuman pada hidung
- sesuatu terlekat dalam lubang hidung
- selepas pembedahan hidung
- pengambilan ubat pencair darah
- penyakit hati (liver)
- penyakit buah pinggang
- masalah pembekuan darah
Pertolongan Cemas (first aid)
Sekiranya hidung kanak-kanak atau dewasa tiba-tiba berdarah tanpa tanda kecederaan, ibu bapa tidak perlu cemas atau panik walaupun darah menitik jatuh kerana sebenarnya ia tidaklah banyak sehingga boleh membawa maut.
- bertenang, jangan panik
- duduk tegak, cuma bongkok ke depan sedikit. Jangan baring atau mendongakkan kepala kerana dengan ini anda akan menelan darah tersebut dan membuatkan anda loya dan muntah.
- kepitkan hidung di bahagian bawah (di mana Little’s Area terletak) dengan kuat dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk selama 10 minit. Dengan cara ini darah yang mengalir akan terhenti bila ia ditekan (direct pressure).
- untuk mengelakkan ia kembali berdarah cuba hindarkan dari bersin atau menghebus hidung dengan kuat selama 24 jam.
- elakkan dari udara yang panas dan kering.
Sekiranya perdarahan tidak berhenti juga, bawalah dia ke klinik atau hospital di mana hidung akan disumbat dengan kain gauze untuk hentikan darah. Kebiasaannya darah akan terhenti dengan menggunakan kaedah di atas.
2 comments:
Punca Hidung Berdarah
http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/07/punca-hidung-berdarah.html
Bahaya sebenarnya kalau kerap berlaku hidung berdarah.
Lebih baik jumpa doktor utk sebarang pemeriksaaan.
Boleh juga ambil suplemen utk vitamin C dan vitamin K
Post a Comment