Friday, May 27, 2011

Fadhilat daripada surah Al-Fatihah

Dari Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah saw bersabda:

"Allah telah berfirman,

'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi 2 bahagian, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta',
  • Apabila dia membaca, "Segala puji bagi allah, Tuhan semesta alam', Allah akan membalasnya dengan berfirman "Hambaku telah memujiku'
  • Apabila dia membaca, 'Tuhan yg maha pemurah lagi maha penyayang', Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memujiku'
  • Apabila dia membaca, 'Yang menguasai hari pembalasan', Allah berfirman, 'Hambaku telah mengagungkan-Ku', lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-ku telah memasrahkan urusannya kepada-Ku'
  • Apabila dia membaca, 'Hanya engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada engkaulah kami meminta pertolongan,' Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'
  • Apabila dia membaca, 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang2 yang telah Engkau beri nikmat(iman) kepada mereka, bukan jalan mereka yang engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Allah berfirman,' Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta."

(HR. Muslima, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah)

Sesungguhnya surah Al-Fatihah ini adalah ummul-quran dan tersangat banyak lah fadhilatnya untuk setiap Hamba Allah dimuka bumi ini.

No comments: