Tuesday, May 31, 2011

Edisi Pencarian Bermula

Since ada orang tu dengan senang hati menipu dan terus menipu tanpa rasa bersalah disebalik miming muka yang manis itu. Saya rasa saya tak sanggup untuk terus bersubahat dengan tipu muslihat orang ini. So pagi ni saya terpaksa memulakan sessi pencarian tempat baru untuk anak2 tercinta.

Ada satu tempat yang saya tengah aim, insyaallah petang ni nak survey the place. Semoga tuhan permudahkan urusan saya dan seandainya tempat tersebut adalah tempat yang terbaik untuk anak2 saya, insyaallah akan saya pindahkan mereka ke situ.


Monday, May 30, 2011

Pemakanan Seimbang

Berikut adalah menu makanan yang sesuai untuk anak2 terutama kanak2 yg diletakkan di taska sebagai panduan untuk ibu bapa dan juga pengasuh taska.

Makanan adalah tuntutan asasi. Terdapat pelbagai tanggapan mengenai makanan. Kebanyakan menganggap makanan dan pemakanan tidak lebih daripada keperluan hidup. Untuk itu dalam mendidik anak , faktor pemakanan adalah perkara paling utama. Kepekaan terhadap perancangan, pembelian, memasak dan menyajikan makanan perlu kerana ia secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan keupayaan dan kecerdasan otak kanak-kanak.

HARI / WAKTUSarapan pagiMinum PagiMakan TengahariMinum Petang
Isnin1 gelas minuman coklat + 1 keping roti telur1 gelas susu + 1 biji pisang½-1 cawan nasi goreng + air minuman1 gelas susu + 3 keping biskut berkrim
Selasa1 gelas susu + 1 mangkuk bijirin sarapan pagi1 gelas susu + 1 potong betik1 cawan sup ayam berlobak + ½-1 cawan nasi putih + air kosong1 gelas susu + 3 keping biskut bersusu
Rabu1 gelas minuman malt + 1 keping pancake1 gelas susu + 1 biji limau1 cawan bihun + air kosongBubur kacang
Khamis1 gelas minuman coklat + 1 keping roti telur1 gelas susu + 1 biji epal½-1 cawan nasi + sup suun dan telur + air kosongBubur gandum
Jumaat1 gelas minuman susu + 2 biji kuih1 gelas susu + 1 potong betik½-1 cawan nasi + ayam + sayur campur1 gelas minuman coklat + biskut kraker

Kebenaran yg pahit ..

Mang agak stress bila kes2 berkaitan pusat jagaan kanak2 nih. Untuk saya, ibu yg bekerja, yg terpaksa meninggalkan anak2 di pusat2 jagaan kanak2 atau dia taman didikan kanak2, mang tak byk choice untuk menghantar anak2 ke pusat2 jagaan yg terdapat berhampiran kawasan rumah kediaman kami.

I sent my kids to this childcare center since the last 3++ years. Skrg tinggal Lisa n Aimy aje yg dok situ since Sarah dah dihantar ke tadika. Alhamdulillah tadika TCM tu dari pandangan mata kasar dan penilaian saya so far mang agak baik.

Cumanya .. semalam masa saya singgah beli goreng pisang di salah satu gerai2 penjaja di area deret kedai dkt ngan umah tu, saya sempat bersembang dengan salah seorg bekas pekerja di taska where my 2 little princess are placed currently. From the conversation tu, i was told that, the nursery owner did not give the kids breakfast in the morning. Kadang2 je dia masak n prepare untuk bg bekfes kat budak2 tu. Dgn alasan dia kata ramai parent dah bawakkan budak2 tu bekal. Hello, kalau tak silap saya, masa nk anto anak2 ke situ, memang dia mention bg makan 3 kali, pagi bekfes, tghari makan and petang plak minum petang.

Tp bila pikir balik mang saya dah lama gak dok ada persepsi "Dorang ni tak bagi makan ke budak2 nih??? " .. sebab apa tau
  1. Tiap2 ari amik budak2 ni balik petang tu, sampai umah jek dah dok kejor makanan. Tak pun dah mintak susu. Macam tak makan plak kat taska tu.
  2. Pepagi, si lisa dah siap mintak abah dia belikan mee or others nk bawak bekal g taska tu.
  3. Bekalan susu yg selalu abis 1 week ++, lately tak sampai seminggu dah abis.
Further to that discussion, i found out that owner ni dah buat perangai lama, tak jaga sgt kebajikan staf dia. I admit bukan senang nak dpt orang yg nak keja jaga budak2. Tu pasal i prefer kalau yg jaga tu ada anak. At least dia faham cemana perangai budak2 and dia tau cemana nak uruskan budak2. Tp dengan satu lagi syarat la, dia mesti jenis sukakan budak2. Kalau jenis yg tak suka ni, yg takat keje nak dapat duit jek, mang parah gak. So boss kena laa jaga kebajikan staf dia, jangan laa main amik mudah jek.

After that sembang2 saya nekad g jumpa staf yg ada yg tinggal kat taska tu. The story is quite the same. Here i found out, the additional money that i pay her to prepare meal for my baby aimy, was not used to do so. Instead dia bagi je, bubur yg extra amount yg parent lain bawak tu utk baby2 yg lain. Dah tu duit tu buat pe, dia simpan je ker. Ni dah kira tipu kann .. am i right or i should just leave it like that. Susu pun, dia siap boleh amik susu budak2 n bagi anak dia minum susu tuh. Iskk tak amanah ler namanya tuh. Halal ke amik2 camtuh.

Huhhhhh ... am stress. Naper laa dia ni buat perangai camni. What should i do. Aku la ni malas laaa nak amik pendekatan drastik pull out my kids from there. Bukan senang nak cari tempat lain. I was tinking nak pantau tgk lama mana dia nak buat lagu ni. Staf tinggal sorang tu pun dia dok kedekut gaban. Siap potong lagi gaji org tu. Padahal org tu pepagi buta dah kena bgn since ada budak yg dihantar seawal kol 6 pagi and petang lak ada gak yg budak balik lewat. Cam tak fair jek aaarr dia ni. Kena buat edisi siasat lebih detail lagi nih...




Friday, May 27, 2011

Fadhilat daripada surah Al-Fatihah

Dari Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah saw bersabda:

"Allah telah berfirman,

'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi 2 bahagian, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta',
  • Apabila dia membaca, "Segala puji bagi allah, Tuhan semesta alam', Allah akan membalasnya dengan berfirman "Hambaku telah memujiku'
  • Apabila dia membaca, 'Tuhan yg maha pemurah lagi maha penyayang', Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memujiku'
  • Apabila dia membaca, 'Yang menguasai hari pembalasan', Allah berfirman, 'Hambaku telah mengagungkan-Ku', lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-ku telah memasrahkan urusannya kepada-Ku'
  • Apabila dia membaca, 'Hanya engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada engkaulah kami meminta pertolongan,' Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'
  • Apabila dia membaca, 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang2 yang telah Engkau beri nikmat(iman) kepada mereka, bukan jalan mereka yang engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Allah berfirman,' Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta."

(HR. Muslima, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah)

Sesungguhnya surah Al-Fatihah ini adalah ummul-quran dan tersangat banyak lah fadhilatnya untuk setiap Hamba Allah dimuka bumi ini.

Hambamu - OST Imam Muda

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Thursday, May 26, 2011

Cakes

This is one of my faveret cakes maker. Sedapppp ... for those yg dok mencari2 mana tempat nak tempah kek utk any event, besday ke, anniversary ke etc etc .. leh laa g blog ni and contact kakak ni



Farewell Lunch Session

Today, kitorang kat opis ni sibuk dengan event untuk farewell my boss. Dia dah nak bersara akhir bulan ni. Hmm sedih gak since i was reported to him for the last 2 years. He is indeed a good and understanding boss.

To my boss, selamat bersara. U r the coolest boss ever ..