Antara faktor solat tidak khusyuk:
PERTAMA : tidak ada keinginan atau keghairahan mendirikan solat. Buat seperti dipaksa-paksa menyebabkan solat menjadi sambil lewa dan dengan tidak tulus. Walaupun solat adalah amalan yang ringan sahaja tetapi menjadi sangat berat dek kerana tiada kesungguhan. Main bola berjam-jam boleh tapi solat beberapa minit dah jadi gelisah. Bergayut telefon berjam-jam dengan penuh kesungguhan tapi solat sekejap macam pikul batu 10 tan. Jika tahap keinginan bersolat tak ditingkatkan selama itulah solat tidak akan menjadi ”pengubah” bagi diri seseorang itu. Nak tingkatkan "kemanisan" untuk bersolat ialah dengan banyak membaca al Quran, ingat mati dan selalu ambil tahu tentang kelebihan khusyuk dalam solat.
Sebab KEDUA tak dapat khusyuk solat ialah memakan makanan yang haram. Memakan makanan yang haram bermaksudi menentang Allah. Orang yang menentang Allah adalah orang yang tidak takut Allah. Dan benda-benda yang haram ini akan menjadi darah daging manakala darah daging inilah yang akan menghsulkan "tenaga dan gerakan". Kalau memakan yang haram Ia akan menggerakan dan mendorong perbuatan jahat dan maksiat, Akibatnya hati menjadi kotor dan hati yang kotor mesti sukar untuk beribadat. Solat untuk mendekatkan diri dengan Allah manakala benda maksiat pula menjauhkan kita dari Allah. Orang yang berjauhan dengan Allah tak seronok bertemuNya dalam solat. Dan apabila dah tak "layan" perintah Allah, akibatnya kene "pelangkung" dari Allah.
Sebab KETIGA ialah keras hati dan takabbur. Orang yang takabbur ialah orang yang tidak berupaya untuk merendah diri di hadapan Allah. Rasa diri besar walaupun tak besar mana pun. Kalau perut aje besar buat ape. Manakala hati yang keras pula tidak akan terkesan dengan nilai tarbiah kehambaan yang dilahirkan dalam solat.bila ruku dia tak rasa hina, bila sujud tak terasa kebesaran Allah. Orang besar sangat dihurmati tetapi lupa untuk menghormati Allah tuhan yang maha besar. Orang kaya-kaya sangat dilayani dan dihurmati tetapi lupa untuk menghormati Allah sebagai tuhan yang paling kaya. Hati jadi keras kerana 3 perkara. Iaitu makan makanan yang yang haram,tak dengar majlis ilmu dan banyak dosa.
Sebab yang KEEMPAT ialah ”lagha” iaitu banyak melakukan perbuatan yang sia-sia. Apalagi kalau membawa kepada haram. Cakap banyak yang tak ada faedah, perkataan pula lucah dan cabul serta kotor, bergurau senda yang melampau, umpat fitnah. Sudah tentu perbuatan ini akan membuatkan hati jadi kotor. Bila hati kotor maka isinya adalah maksiat, bila maksiat penuh di hati, zikrullah tak akan masuk. Mendengar muzik dan lagu-lagu yang cabul hanya menjadi ejen kepada syaitan untuk melalaikan solat dan kalau dah bila lalai solat, tak punya ”roh” lagi.
2 comments:
marila kita bersama-sama lakukannya dgn bersunggug-sungguh dan istiqamah...insya-allah
terimakasih atas posting di atas. mudah2an anda akan dimurahkan rezeki. Amin (kebetulan saya sedang mencari2 sebab kenapa saya tak khusyuk sembahyang)
Post a Comment