Wednesday, December 21, 2011

9 Waktu Mustajab Nasihatkan Anak-anak


Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :

1-Sebelum anak tidur.
2-Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
3-Selepas anak bangun tidur.
4-Selepas anak mandi.
5-Selepas anak solat.
6-Selepas anak membaca al-Quran.
7-Selepas anak berdoa.
8-Selepas anak beriadah.
9-Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).

Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :

Surah al-Baqarah (apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).

Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”

Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”

Insyallah....Wallahualam..



Monday, December 12, 2011

Soal Jawab Fiqh: Darah Nifas & Tempohnya



Darah Nifas

Apa yang dimaksudkan darah nifas?

Darah nifas ialah darah yang keluar dari faraj wanita kerana melahirkan anak.

Adakah darah yang keluar sebelum lahirnya anak juga dikira darah nifas?

Sepakat para ulamak menyatakan bahawa darah yang keluar dari kemaluan wanita sebaik sahaja selepas melahirkan anak adalah darah nifas. Namun mereka berikhtilaf berkenaan darah yang keluar bersama dengan bayi atau sebelum kelahiran bayi; adakah termasuk darah nifas atau tidak?;

1. Bagi pandangan mazhab Syafi’ie; Darah nifas ialah darah yang keluar selepas lahirnya bayi sepenuhnya. Oleh demikian, darah yang keluar bersama bayi atau sebelumnya bukan darah nifas. Ia sama ada darah haid (jika ia sedang haid kerana mazhab Syafi’ie berpandangan harus wanita hamil kedatangan haid) atau darah fasad jika bukan haid.[1]

2. Di sisi mazhab Imam Ahmad; darah yang keluar dua hari atau tiga hari sebelum melahirkan anak yang disertai dengan rasa sakit, begitu juga darah yang keluar bersama dengan keluarnya bayi adalah dikira darah nifas sama seperti darah yang keluar selepasnya.

3. Mengikut mazhab Imam Malik pula; darah nifas ialah darah yang keluar ketika bersalin dan selepasnya. Adapun darah yang keluar sebelum bersalin, maka ia bukan darah nifas tetapi darah haid di sisi mereka.

Berapa lamakah tempoh paling pendek bagi darah nifas?

Terdapat khilaf di kalangan ulamak dalam masalah ini;

1. Mengikut mazhab Syafi’ie; tempoh nifas paling pendek (selepas seorang wanita melahirkan anak) ialah ialah seketika atau sedetik (لحظة).

2. Para fuqahak yang lain berpendapat; tidak ada had bagi tempoh minima nifas kerana tidak terdapat nas Syarak menentukannya.

Adalah tidak mustahil seorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah nifas sedikitpun. Terdapat riwayat menceritakan seorang wanita pada zaman Nabi s.a.w. melahirkan anak tanpa keluar darah nifas, lalu ia dipanggil dengan nama Zatil-Jufuf iaitu wanita yang kering.

Berapa lamakah tempoh paling panjang bagi darah nifas?

Masalah ini juga diikhtilafkan oleh ulamak;

1. Jumhur ulamak –merangkumi ulamak-ulamak sahabat, mazhab Imam Ahmad, Abu Hanifah, as-Sauri dan sebagainya- berpandangan; tempoh nifas yang paling panjang ialah 40 hari. Pandangan ini berdalilkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita bersalin pada zaman Nabi s.a.w. menunggu (selepas bersalin) hingga 40 hari” (HR Imam at-Tirmizi).
Berdasarkan pandangan jumhur ini; wanita bersalin jika ia mendapati darah masih keluar dari kemaluannya walaupun selepas 40 hari, maka darah yang keluar selepas 40 hari itu bukan lagi darah nifas, akan tetapi darah penyakit (istihadhah). Oleh itu, selepas 40 hari itu hendaklah ia mandi wajib dan menunaikan solat walaupun darah masih keluar. Keadaannya sama seperti wanita yang istihadhah dan tertakluk dengan hukum-hakamnya sebagaimana yang akan diterangkan nanti.


2. Imam Syafi’ie dan mazhabnya mempunyai pandangan berbeza dari pandangan jumhur di atas di mana menurut beliau; tempoh maksima nifas ialah 60 hari. Jadi, jika seorang wanita darah bersalinnya berlarutan selepas 40 hari, mengikut pandangan ini; darah itu masih dianggap darah nifas sehinggalah 60 hari. Dalam tempoh 60 hari itu jika darah masih keluar, tidak harus ia mengerjakan solat, puasa dan sebagainya lagi dari ibadah-ibadah yang mensyaratkan bersuci. Jika selepas 60 hari darah masih lagi keluar, maka ketika itu barulah ia dianggap darah penyakit dan tertakluk dengan hukum-hakam istihadhah dan sulasul-baul sebagaimana di atas. Imam Syafi’ie berhujjah berdasarkan pengalaman, yakni menurut pengalaman dan pemerhatian beliau; terdapat wanita yang pernah mencapai tempoh nifas hingga 60 hari. Adapun tempoh 40 hari yang disebut oleh Ummu Salamah dalam hadis di atas, itu adalah tempoh kebiasaan nifas bagi kebanyakan wanita, bukan bermaksud tempoh maksimanya.

Bagaimana jika kelahiran melalui pembedahan?

Wanita yang melahirkan anak melalui pembedahan, jika keluar darah melalui farajnya selepas pembedahan itu, darah itu adalah darah nifas. Jika tidak ada darah yang keluar, tidak ada nifas baginya dan ia dikira suci. Kesimpulannya, sama ada seorang wanita itu bernifas atau tidak bergantung kepada keluar atau tidak darah dari farajnya selepas melahirkan anak, bukan bergantung kepada cara melahirkan iaitu melalui jalan biasa atau dengan pembedahan.

Bagaimana dengan suci antara hari-hari nifas? Adakah masih dianggap dalam nifas atau dianggap dalam suci?

Seorang wanita selepas bersalin melihat darah keluar dari farajnya lima hari, kemudian ia mendapati empat hari berikutnya darah berhenti, kemudian datang semula selepas itu selama lima hari; apa kedudukannya pada hari-hari ketiadaan darah itu, adakah ia suci atau masih dianggap bernifas?

Jawapannya; menurut pendapat ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie; jika tempoh berhenti darah itu l5 hari atau lebih, maka ia dikira suci (yakni bersih dari nifas). Darah yang keluar selepas itu dikira darah haid. Adapun jika kurang dari 15 hari, maka ia masih dianggap berada dalam nifas mengikut pandangan yang rajih dalam mazhab. Jika ditakdirkan seorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah sedikitpun selepas bersalinnya dan keadaan itu berterusan hingga 15 hari, maka ia dianggap suci secara keseluruhannya. Jika keluar darah selepas 15 hari itu, maka darah itu dikira darah haid, bukan darah nifas. Dalam kes ini, wanita itu dianggap tidak bernifas.

Bagaimana dengan wanita yang melahirkan bayi kembar?

Bagi wanita yang melahirkan anak kembar, menurut mazhab Syafi’ie; nifasnya dikira selepas kelahiran bayi kedua. Adapun darah yang keluar selepas kelahiran bayi pertama ia tidak dianggap darah nifas, tetapi darah haid jika berbetulan dengan kebiasaan haidnya atau dikira darah fasad/illah jika tidak berbetulan dengan kebiasaan haidnya.

Bagaimana dengan wanita yang keguguran anak? Adakah darah yang keluar selepas gugur itu dikira darah nifas?

Persoalan ini menjadi perbahasan di antara ulamak;

1. Mazhab Syafi’ie berpandangan; tidak disyaratkan untuk dikira darah nifas bahawa bayi yang dilahirkan itu hidup atau sempurna kejadian. Asalkan bidan mengesahkan bahawa yang keluar itu adalah janin manusia maka sabitlah hukum nifas bagi darah yang keluar selepas keluarnya janin itu sekalipun janin itu belum menampakkan rupa manusia iaitu hanya berupa seketul daging semata-mata.

2. Menurut mazhab Imam Malik; seorang wanita dikira bernifas jika janin yang gugur itu telah berumur empat bulan. Jika yang gugur itu baru dalam peringkat ‘alaqah atau mudghah, maka tidak dikira nifas bagi darah yang keluar selepasnya.

Apakah hukum wanita yang berada dalam nifas?

Telah disepakati oleh sekelian ulamak (yakni telah berlaku ijmak) bahawa wanita yang menghadapi nifas hukumnya menyamai wanita yang haid. Oleh itu, dilarang/diharamkan ke atasnya perkara-perkara yang dilarang/diharamkan ke atas wanita yang kedatangan haid. Dan ia wajib mandi apabila kering darah nifasnya untuk membolehkannya melakukan solat, berjimak dengan suaminya dan sebagainya lagi dari perkara-perkara yang tidak harus ia lakukan melainkan setelah mandi wajib.

Nota Hujung;

[1]Para ulamak mazhab Syafi’ie memperincikan syarat darah nifas dengan penjelasan; hendaklah darah itu keluar selepas kosong rahim sepenuhnya dari bayi (yakni bayi telah keluar sepenuhnya dari rahim). Jika sebahagian sahaja badan bayi yang telah keluar dan masih tinggal sebahagian lagi yang belum keluar walaupun sedikit, maka darah yang keluar belum lagi dianggap darah nifas. Disyaratkan juga, darah itu keluar sebaik sahaja selepas kelahiran iaitu dalam tempoh lima belas hari. Adapun selepas 15 hari atau lebih baru darah keluar (yakni sebelum itu darah tidak keluar walaupun setitik), maka darah yang keluar itu tidak dianggap darah nifas. Ia dianggap darah haid.

Sumber:
Maklumat di atas adalah penjelasan yang dibuat oleh USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL dari laman blognya http://fiqh-am.blogspot.com

Friday, November 25, 2011


Shared notes by Nourel Ieman
( 23 November 2011 ) 10.00 to 11.00 am

1)  Fitrah manusia memang serba kekurangan.

2)  Hanya Allah yang sempurna Tanamkan dalam hati "kita mesti menuju kesempurnaan sebelum menghadap Allah". Sempurna dalam kata lain ialah sempurna iman, sempurna tutur kata, akhlak dengan orang keliling, ithqon (lakukan yg terbaik) dalam pekerjaan - ia merupakan 'kualiti hidup'.

3)  2 jenis manusia :
    a) nak dengar apa yang dicakap - mendengar sambil absorb.
    b) tengok siapa yang bercakap - samada org yang bercakap tu buat atau x apa yang dia cakap.

4)  Manusia dipandang berdasar penilaian. Sempurnakanlah iman, bukan hanya fikir nak cantikkan fizikal sahaja.
    a) Syariat  -  Ibarat kulit. Ilmu bagi amalan lahiriah (feqah)m atau ilmu bagi amalan hati. Ia merupakan langkah pertama dalam tertib beramal, melibatkan hukum hakam, halal haram etc. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ibarat biji benih.
    b) Tareqat  -  Peringkat menghidupkan amalan. Ilmu (syariat) yang ada perlu dilaksanakan. Tarikat ibarat biji benih yang bercambah tumbuh menjadi sebatang pokok. cth : amalan zikir, solat etc.
    c) Hakikat  - Merupakan buah. Jika cukup syarat2nya maka pokok akan menghasilkan buah2. Boleh jadi ia mengeluarkan buah sabar, redha, tawakkal, tawaduk, syukur. Syariat & tarekat yang dibuat dgn penuh kefahaman & penuh penghayatan akan menghasilkan getaran perubahan jiwa.
    d) Makrifat - Hasil dari hakikat. Ia dapat dirasai bila kita istiqomah. Ia merupakan satu kemajuanrohani yang paling tinggi (kearah kesempurnaan)

5)  Banyakkan pandang pada yang dalam, bukan sekadar luaran. Lihatlah kisah zaman nabi khidir - cari kisah orang tua yang badannya penuh kudis, yang tidak diendahkan bila pergi kemajlis makan. Tapi sebaliknya bila dia memakai pakaian yang indah, bercelak - dia dihormat, diberi makanan yang banyak dan dilayan dengan bagus sekali. Sehinggalah dia membuka serban, mencampakkan tongkat dan membuka pakaian yang cantik itu, semua hadirin terkejut. Dan lelaki tua itu berkata "sesungguhnya kamu semua telah memberi makan pada pakaianku, bukan kepadaku". Jadi, jangan sesekali kita kita memandang rendah pada orang lain.

6)  Nikmat yang kita rasa hanyalah di hati.

7)  Orang yang selalu melihat dan bercakap tentang keburukan orang adalah orang yang berada di tahap paling rendah sekali. Oleh itu, marilah kita sama-sama melihat roh sendiri. Badan kita hanya tempat parking roh sementara didunia.

8)  Contohilah sifat tawadhuk Imam Ghazali : sentiasa bersangka baik.
    a) Bila jumpa kanak - kanak - akan katakan budak itu bersih, tiada dosa.
    b) Bila jumpa orang tua - banyak ibadah yang dia dah buat
    c) Bila jumpa pemaksiat - akan kata kita punya maksiat mcm mana?
    d) Bila jumpa si kafir - dia bukan kafir selamanya.

Oleh itu, berhentilah daripada menghukum orang. Sibukkanlah diri dengan mencari kekurangan diri sampai tidak ada masa untuk cari salah & aib orang.

9)  Istiqomah - setiap maksiat akan merosakkan ilmu. Pastikanlah taman fikiran ditanam dengan benda yang baik-baik sahaja. Jadikan sekeliling sebagai pemangkin untuk menjadi baik. cth: kawan, buku, tv, cd & etc yang baik2 sahaja.

10) Kesedaran - sentiasa rendah diri. Pandanglah roh kebaikan orang. Jangan mudah menghukum. cth : kalau orang tak tutup aurat, kita jgn pandang rendah. Tapi pandanglah dengan penuh kasih sayang. Kalau nak nasihat, beli dahulu kasih sayangnya.

11) Kalau kita dikritik, satu rezeki / rahmat akan datang dari Allah. Pujian adalah musibah pada kita.

12) Rasailah kesakitan melalui kenikmatan (nikmat ujian dari Allah).

13) Tentukanlah diri kita : hati bersih Vs hati toksik, penuh iman Vs penuh nafsu. Ingatlah mati selalu untuk reset jiwa agar tidak tamak. Pastikan gol setting. Banyak memberi daripada menerima & tuju makrifat (kesempunaan iman)

14) Seimbang ilmu dan akhirat. Ramai orang salah anggap, bila tgk orang banyak harta, akan kata terlalu keduniaan. Bila kita tengok orang kaya, jadikanlah ia sebagai sumber inspirasi, bukan sebagai dengki.

15) Lelaki yang paling kaya adalah lelaki yang mulut sentiasa berzikir dan dapat isteri yang solehah.

17) Orang yang berkualiti, akan mempengaruhi orang lain, bukan orang lain yang mempengaruhi dia.

18) Wanita, jangan berasa diri terlalu bagus. Hormatilah suami. Sedarlah, jika tiada suami, kita tak akan kemana. Syukurlah kerana ada orang yang mahu kawin dengan kita.

19) Para ibu bapa - Binalah anak2 akhirat, bukan untuk dunia. Jika kita cari akhirat, Insya Allah dunia akan ikut kita. Jadikan ucapan syurga neraka, redha Allah, dosa pahala sebagai ucapan lazim di mulut.

20) Orang yang nak berdakwah, mesti bijak. Niatlah kerana Allah, mesti ada rasa kehambaan, jangan sesekali ada niat nak dapatkan penghargaan & rendah diri. Insya Allah, ilmu yang di ajar mudah meresap masuk & mudah diterima orang.

21) Orang yang Allah tarik penglihatannya (buta), jika redha Allah menjanjikan mahligai disyurga.

22) Mesti yakin pada rezeki Allah. Bergantung pada interaksi kita pada diri :
    a) apa yang kita sering ucap pada diri?
    b) apa yang selalu kita fikir?  :: Oleh itu, jangan sesekali kita fikir negatif. Ia akan pengaruh dalaman kita.

23) Jaga balance kita. Jika ada masalah dunia, tgk akhirat - formula : betulkan akhirat kita dahulu, solat.

24) Petua jaga mata : makan carotene - ciri makanan berwarna merah & oren. Carotene berfungsi sebagai sokongan pada retina mata.

25) Bagaimana nak berhadapan dengan bos yang bersikap 'kepahlawanan'?
    a) Mesti ada rasa kasihan pada orang yang macam ini.
    b) Banyakkan doa untuk dia.
    c) Jangan pandang dengan nagatif, sebab pandangan negatif akan kembali kita semula.

26) Jadikan kerja kita sebagai punca untuk berkhidmat dengan orang dan tempat untuk dapatkan pahala. Bukan untuk tunjuk hebat.

27) Menghadapi orang sakit - Lihatlah sakit itu sekadar fizikal. Kuatkanlah dari segi jiwa. Betulkan hati kita. Jangan terlalu stress, sbb kalau stress fizikal akan bertambah teruk.

28) Wanita yang bijak adalah wanita yang baik dengan mertua. Kerana bila kita ada masalah dengan suami, secara tidak langsung mertua akan sama2 nasihat.

29) Bukan senang nak memaafkan - Kemaafan & melupakan merupakan ubat dalam diri. Dendam ibarat asid yang dicurah dalam diri. Kalau kita maafkan orang, mudah-mudahan Allah gerakkan hati orang untuk maafkan kita pula.

30) RUMUSAN - Untuk menuju sempurna kita kena selalu ingat Allah, Allah yang kita tuju. Berhentilah dari merungut, buanglah segala sifat negatif. Berdoalah selalu.

Friday, November 11, 2011

Bersangka Baik Demi Cinta




Dipetik daripada blog Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Usia perkahwinan sudah lebih tiga puluh tahun. Mereka sudah punya tiga orang cucu. Namun siisteri meluahkan rasa hatinya dengan berkata, “saya sudah letih berdepan dengan kerenah suami. Sikap sambil lewanya sangat memeningkan kepala. Saya benar-benar berada di persimpangan, ingin minta agar perkahwinan ini dibubarkan atau meneruskannya. Apa pandangan saudara?”

“Teruskan perkahwinan,” jawab saya dengan pasti. Saya teringat ungkapan lama yang menjadi pegangan diri sejak dahulu. Ungkapan itu berbunyi: “Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Tetapi jika jalan sudah benar namun pelbagai masalah menghalang, jangan berpatah balik, teruskan perjalanan!”

“Mengapa pula?” tanya siisteri.

“Jika puan boleh sabar selama 30 tahun, hanya ada beberapa tahun sahaja untuk terus bersabar. Umur kita tidak lama. Sabarlah dalam bersabar. Yang penting cubalah positifkan pemikiran dan perasaan. Puan di jalan yang betul, cuma rintangannya ada. Puan mesti atasi dan teruskan perkahwinan ini. ”

“Saudara cakap senang tetapi bagaimana hendak terus positif jika dia terus bersikap negatif?”

Saya senyum. Ya, tulisan kali ini saya tujukan untuknya dan untuk saya juga serta untuk kita semua. Sebenarnya pemikiran yang betul adalah syarat untuk kita bersikap positif. ‘Right mental attitude’ sangat penting dalam melayari bahtera rumah tangga. Sikap yang betul perlu untuk menghadapi cuaca rumah tangga yang tidak menentu. Bagaimana untuk tenang dan bahagia di dalam diri tidak kira apa yang sedang dihadapi di luar diri kerana apa yang lebih utama ialah ‘what happens in you’ bukan ‘what happens to you.’

Untuk mengekalkan cinta perlu ada sikap positif. Tanpa sikap yang positif, cinta akan terbarai dan kebahagiaan akan berkecai. Berikut adalah beberapa langkah praktikal untuk membina pemikiran yang positif seterusnya membentuk sikap yang positif:

1.  Fokus pada tanggung jawab, bukan menuntut hak.

Punca hati tidak tenang dan hilang kebahagiaan dalam hidup kebanyakannya manusia ialah perjuangannya untuk mendapatkan hak. Manusia sering marah dan mengeluh dengan berkata, “aku sepatutnya tidak dilayan begini.” Dalam kebanyakan situasi, kita sering tidak mendapat apa yang kita jangkakan dan harapkan. Betul bukan? Selagi kita hidup kita akan alami pelbagai situasi yang mana susu yang kita berikan tetapi tuba kita terima sebagai balasannya.

Di dalam rumah tangga jangan mengharapkan kesempurnaan pada pasangan kita. Bunga yang kita berikan, jangan mengharap bunga sebagai balasannya. Tetapi apakah kerana tidak mendapat balasan lalu kita berhenti menghulurkan kebaikan? Jangan! Fokus pada tanggung jawab – sebagai suami atau isteri kita dituntut oleh syariat untuk melaksanakan tanggung jawab. Tunaikan hak pasangan kita itu lebih utama daripada kita menuntut hak kita. Ah, apakah ini bererti kita akan terus menjadi mangsa?

Jawabnya, tidak. Kita akan lebih tenang, percayalah. Adalah tidak bijak untuk terus membuang masa dan tenaga memikirkan tentang apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa yang perlu dan patut kita lakukan? Ramai orang terseksa dengan kekecewaan dan geramkan pasangannya yang sepatutnya berbuat begini atau begitu… Pada hal, pemikiran yang negatif itu akan memburukkan lagi keadaan. Yang penting fokus kepada apa yang aku boleh lakukan untuk melaksanakan tanggung jawab ku.

Katalah dalam satu pertelingkahan dan kita berada di pihak yang betul dan benar, itu pun bukan jaminan untuk kita dimenangkan dan dibenarkan.  Acap kali pihak pasangannya kita terus berusaha menegakkan benang yang basah. Apatah lagi bila egonya tercabar. Lalu sikap kita bagaimana? Jangan berterusan menuntut hak. Jangan memendam rasa dengan mengecam bahawa keadaan itu tidak adil. Ingatlah, berterusan memperjuangkan kesempurnaan dalam dunia (termasuk rumah tangga)  yang tidak sempurna ini hanya akan menjerumuskan kita ke lembah dendam, marah, kecewa dan kemurungan.

Rasa-rasa yang negatif ini akan ‘menyedut’ tenaga, keceriaan dan akan menyebabkan kedutan pada wajah kita. Kesannya, kita akan ditarik ke belakang. Malah kita akan ditolak ke lorong yang salah dalam kembara kehidupan yang penuh ujian ini. Untuk bergerak ke hadapan dan terus memburu kemajuan dalam diri agar lebih bahagia dan tenang dalam hidup… kita perlu tinggalkan segala keegoan, kepentingan, ketakutan dan sikap tidak memaafkan.

Semua itu hanya boleh dicapai apabila kita fokus kepada tanggung jawab dan selalu berfikir tentang apa yang perlu aku lakukan berbanding dengan apa yang sepatutnya dia (pasangan kita) lakukan. Tumpukan kepada apa yang boleh kita kawal, yakni tanggung jawab kita bukan pada sesuatu yang di luar kawalan kita yakni hak kita yang ada pada kawalan pasangan kita.

Ironinya, mereka yang berjaya melaksanakan tanggung jawab dengan baik sering mendapat haknya sebagai balasan. Dan kalau mereka tidak mendapat balasan daripada pasangannya pun, Allah akan memberikan ketenangan dalam hati mereka seperti mana ketenangan yang dirasai oleh Siti Asiah isteri kepada Firaun.

2.  Sering berdamping dengan orang yang positif.

Siapa kita lima tahun akan datang dicorakkan oleh dengan siapa kita bergaul dan buku apa yang kita baca. Begitu ditegaskan oleh orang bijaksana. Dengan siapa kita meluangkan masa kita sangat menentukan sikap kita. Kata pepatah, burung yang sama bulu akan terbang bersama. Rasulullah s.a.w menegaskan, agama seseorang ditentukan oleh temannya.

Justeru, berhati-hatilah memilih orang untuk kita dampingi. Jauhkan ‘toxic people’ yang sering menusuk jarum-jarum umpatan, adu domba dan rasa pesimis dalam melayari kehidupan berumah tangga. Pernah kita jumpa orang yang sentiasa mengeluh? Asalkan berjumpa sahaja mulalah dia mengeluh tentang badannya yang tidak sihat, dia sering ditipu, dia dilayan dengan buruk sampailah ke rumahnya yang sempit… Apa yang anda dapat daripada orang yang begini?

Oleh itu jika jiran, teman atau kenalan kita ialah dia yang tidak ‘melahirkan’ sesuatu yang baik dan positif daripada diri anda, mengapakah tidak kita buat sedikit perubahan atau penyesuaian? Kita berhak untuk meletakkan satu jarak yang agak jauh untuk tidak dijangkiti oleh sikap negatifnya. Ingat, teman rapat kita ialah mereka yang membantu kita mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri kita. Kaki umpat, mengeluh dan menghasut hakikatnya bukan sahabat kita walaupun kelihatan dia baik dengan kita! Ingat pepatah Melayu lama – sokong yang membawa rebah.

3.  Jadikan sekarang masa paling gembira.

Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup berumah tangga kita, jawablah, “sekarang!” Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa mula-mula kahwin dahulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “bila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil.” Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini.

Ya, memang kita mula-mula kahwin dahulu kita gembira, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu telah berlalu. Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu. Justeru, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!

Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan. Juga jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya, carilah apakah ‘resipi’ yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini!

4.  Cari jalan untuk mengatasi stres.

Stres akan menyebabkan keletihan dalam pemikiran dan perasaan yang lama-kelamaan akan membentuk sikap yang negatif. Oleh itu para suami atau isteri mesti menemukan cara untuk mengawal stres. Antara kaedah terbaik ialah dengan melakukan aktiviti fizikal, hobi atau minat kita. Boleh jadi dengan berkebun, menenun, membaca, berjoging atau bersukan. Lepaskanlah geram, kecewa dan marah kita kepada aktiviti yang menyihatkan dan menceriakan.

Jangan tahan jika anda hendak ketawa, berlari atau melompat sepuas-puasnya. Bebaskan diri daripada belenggu tekanan dan masalah yang menghantui hidup anda. Dengan aktiviti yang aktif dan perlakuan yang memerlukan konsentrasi mental, fikiran, jiwa dan emosi kita akan melalui tempoh ‘pause’ atau istirahat. Lupakah kita bahawa Rasulullah saw berlumba lari dengan isterinya?

Ini akan memberi kekuatan untuk kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Kita akan dapat melupakan seketika masalah yang kita hadapi… bukan untuk eskapisme tetapi untuk kembali menanganinya semula apabila jiwa kita segar, fikiran kita tenang dan emosi kita telah kembali stabil.

5.  Jangan terlalu serius.

Kehidupan berumah tangga ialah sesuatu yang serius tetapi perlu dijalani dengan tidak terlalu serius. Jalanilah kehidupan dengan sedikit gurau senda dan berhibur. Siti Aishah pernah meletak dagunya di bahu Rasulullah s.a.w untuk melihat tarian orang Habsyah.  Hiburan umpama garam dalam masakan. Tidak perlu terlalu banyak, tetapi cukup sekadar keperluan untuk memberi rasa yang enak. Ya, sedangkan Rasulullah s.a.w lagikan bergurau dengan isteri-isterinya, mengapa kita tidak?

Memang banyak perkara yang penting dan kritikal perlu kita selesaikan, tetapi itu tidak menghalang daripada kita berjenaka dan bergurau senda seadanya dengan pasangan kita. Insya-Allah dengan unsur-unsur humor dalam rumah tangga kita, hubungan kita suami isteri akan lebih kukuh dan kita akan mampu bergerak lebih jauh untuk menghadapi cabaran dalam rumah tangga. Ternyata mereka yang menangani kehidupan dengan ceria menjadi individu yang lebih berjaya menyelesaikan konflik dalam berumah tangga seterusnya membina rumah tangga bahagia.

Apabila rumah tangga kelihatan malap atau ‘sindrom bisu’ mula melanda, cepat-cepatlah ubah suasana luaran itu dengan mengubah suasana dalaman kita dengan empat cara yang dicadangkan ini. Insya-Allah, yang penting bukan apa yang kita lihat tetapi bagaimana kita melihatnya. Orang yang positif akan sentiasa melihat sisi positif pada pasangan dan keadaan yang sedang dihadapinya… Mereka sahaja yang layak bahagia kerana sentiasa berfikir untuk membahagiakan orang lain. Sebaliknya orang yang negatif, hanya akan menyeksa dirinya dan membosankan pasangan hidupnya!

Kesimpulannya, bersangka baiklah walaupun kekadang keadaan tidak sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati. Orang yang buruk sangka akan tersiksa dua kali, pertama oleh sangkanya atas keburukan yang belum terjadi. Kedua, oleh derita hatinya apabila yang buruk itu telah benar-benar terjadi.

Apabila kita bersangka baik, hati akan menjadi lebih tenang. Kita punya tenaga dan upaya untuk menghadapi ujian hidup apabila kita hadapinya dengan tenang. Ya, mungkin kita tidak mampu mengubah keadaan, tetapi sekurang-kurangnya kita punya kekuatan untuk menghadapinya. Pada hal yang buruk dan sukar itu kekadang hanya seketika, atau boleh jadi yang buruk itu… tidak buruk sama sekali. Ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Ada kebaikan yang tersembunyi di belakangnya. Begitulah hidup… satu siri misteri yang tidak dapat ditebak dan diduga. Pernah kita membayangkan suami atau isteri kita yang ada ini sebelum ini? Kebanyakkannya tidak! Bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. Itulah misterinya takdir…

Apa yang perlu kita lakukan… bersyukur dengan apa yang ada. Bila bersyukur Allah tambah nikmat. Bersyukurlah dengan pasangan yang ada, Insya-Allah, Tuhan akan menambah kebahagiaan kita. Kalau dia tidak berubah perangai, kita pula yang Allah kurniakan kesabaran untuk menghadapi karenahnya. Itu juga satu anugerah bukan? Ya, kata bijak pandai, “jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”




Wednesday, November 02, 2011

Doa Ringkas Selepas Solat





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.




Tuesday, November 01, 2011

Doa Murah Rezeki


Renung-Renungkan

Manusia hanya akan berubah dengan pendidikan (ILMU)

Manusia jahil tanpa ilmu payah untuk berubah, bahkan akan menjadi penentang kebenaran.  Akhirnya menjadi pendokong kebatilan.

Pendidikan Islam harus menjadi keutamaan semua pihak.  Cita-cita pendidikan Islam harus didokongi bersama agar lahir generasi yang kenal ALLAH dan mencintai RASULULLAH.



"Jika pun kita diuji oleh Allah belajar dgn ujian yg dilalui oleh Rasulullah, 
Kalau pun kita sukar, kita tidak mampu menandingi kesukaran Rasulullah, 
Kalau pun kita susah, ditekan dan di tekan dalam hidup, 
kita tidak mampu menandingi tekanan demi tekanan yg dilalui oleh Rasulullah s.a.w.."





Monday, October 31, 2011

Rezeki Zulhijjah 1432H

Alhamdulillah.  Semoga diberkati dan dipermudahkan sepanjang perjalanan ini.

Thursday, October 27, 2011

Jaga Hati dan Lidah





Apa yang kita perkatakan dan apa yang terkandung dalam hati kita sama ada baik atau buruk sedikit sebanyak pasti menjadi penentu imej kita di hadapan orang lain.  Amat sedih bila diperhatikan pada zaman ini, ramai di antara kita yang tidak mahu memikirkan itu semua, bila bercakap sesuka hati dan bertindak mengikut hawa nafsu seolah2 tiada lagi agama yang dapat menjadi pendinding untuk mereka daripada melakukan kemungkaran.


Rasulullah s.a.w. pernah mengingatkan umatnya supaya menjaga lidah dengan sebaik-baiknya kerana ia mendatangkan kesengsaraan kepada manusia jika salah digunakan. 


‘Barangsiapa beriman kapada Allah dan hari akhirat hendaklah bercakap perkara baik atau diam.”
Keengganan atau kelalaian kita untuk menjaga lidah kita dengan baik boleh menjuruskan kita melakukan dosa. 


Justeru itulah Rasulullah mengingatkan bahawa “Barangsiapa banyak bercakap banyak pula salahnya dan barangsiapa banyak salah banyak pula dosanya,maka api neraka lebih utama baginya.”


Berdasarkan kepada hakikat itulah, berhati-hatilah ketika bercakap dan peliharalah kesucian kita dengan sebaik-baiknya.



Thursday, October 20, 2011

Penawar Syifa Untuk Pesakit Angin Ahmar dan Saluran Darah Tersumbat



Ayat-Ayat Al-Quran yang dibaca selepas Solat Subuh dan Maghrib bagi ikhtiar mengubati sakit angin ahmar dan saluran darah tersumbat, InsyaAllah.


Cara Perubatan berdasarkan kepada 3 amalan utama iaitu:


1. Amalan Bacaan Al-Quran,
2. Berdoa memohon kepada Allah (SWT)
3. Memperbanyakkan Zikir (Laa illa ha illallah)


SURAH AL ISRA 17 : AYAT 40-55


SURAH ANBIYAA 21 : AYAT 74-81


SURAH YUNUS 10 : AYAT 82-95


SURAH FATTAH 48 : AYAT 1-13




- Dari Siaran Astro, Perubatan Syifa Al-Hidayah

Wednesday, October 19, 2011

Serah Hati


Dipetik daripada artikel from ILUVISLAM 
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.
Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.



بَلَىٰ مَنۡ أَسۡلَمَ وَجۡهَهُ ۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٌ۬ فَلَهُ ۥۤ أَجۡرُهُ ۥ عِندَ رَبِّهِۦ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ 
وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ




(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya, maka dia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 112)













Thursday, October 13, 2011

Tips Untuk Jadi Orang Cemerlang - oleh Dr. Fadzilah Kamsah



Berikut ialah tips yang telah dipetik dari DR Fadzilah Kamsah.Semoga kita berusaha untuk mengamalkannya...

Tatacara makan & minum 
1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
2. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yang kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.
3. Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kepada pakar pemakanan, vit C dari buah2an yang dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.
4. Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yang pertama sahaja, biarkan air dalam mulut about 10 second then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sebab air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut, & so on yang akan dibawa oleh air tegukan pertama.
5. Seelok2nya makan malam sebelum maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sebab, bagi yang tengah study (or anak-anak), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tengah malam saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yang mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air 
1. Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak daripada dapat batu karang
2. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak 
1. Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yang terletak sebelah kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.
2. Bagi anak-anak yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan) pakaikan baju warna orange ~ sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

Tatacara didik diri sendiri 
1. Amalkan apa-apa yang baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2
~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yang diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.
2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain-lain yang -ve ~ emosi2 ni akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yang mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc


Ada 3 kategori manusia :- 

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam


"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

Mudah-mudahan ada manfaat untuk kita semua, menjadi iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya. Jadi marilah kita saling ingat mengingati.......

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu dari kelemahan diri saya. Sampaikanlah walau satu ayat...
Wassalam.

[Peringatan untuk diri sendiri dan perkongsian ilmu dengan rakan2 blogger sekalian]

Wednesday, October 12, 2011

Nasyid Dhuha

I was attracted to this nasyeed group called Dhuha since the first time I heard their album promo at radio IKIM.  The song that I like the most called To The Zoo as the lyric and rhythm is really suitable to the kids.  I got my first copy of the CD and play it in our family car. Kids really love it even my youngest one, Aimy can sing the song with her pelat accent. Thanks for the producer for producing this cd and having this group to sing the song.  I would like to share some of the songs included inside the CD so those of you might wanna sing along together with these kids.


01 - Alu-aluan

*ألسلام عليكم , تحية وسلاما.
وعليكم السلام , أهلا وسهلا.
صباح الخير.
صباح النور.
ما إسمكَ يا أحي؟
إسمي هزنان.
صباح الخير.
صباح النور.
ما إسمكِ يا أحتي؟
إسمي نسيبه.
(عائد*)
مساء الخير.
مساء النور.
ما إسمكَ يا أحي؟
إسمي إقبال.
مساء الخير.
مساء النور.
ما إسمكِ يا أحتي؟
اسمي رمّان.
(عائد*)
الأغنيه: شاذلي
الكلمات: عائدة
المغني: ضحى


02 - Kebersihan Adalah Sebahagian daripada Iman
(ni aimy nyer  faveret)

*ألنظافة من الإيمان , من الإيمان , من الإيمان
ماذا تفعل؟
أكنس الأرض.
ماذا تفعلين؟
أرتّب الكتب.
ماذا تفعل؟
أنظف النوافذ.
ماذا تفعلين؟
أرمى المهملات.

الأغنيه: شاذلي
الكلمات: عائدة
المغني: ضحى

03 - Dirumah Kami
في بيتنا, في بيتنا, في بيتنا نحى
في بيتنا نحي بالحبِّ والهدِّ
وكلّنا, وكلنا, وكلنا نسعى
وكلنا نسعى بالخير والسّعد
في الغرفة الضيوب نجلس معا
في الغرفة الطّعام نتناول العشاء
في غرفة النوم نستريح ليلة
في بيتنا نعيش بالسّرور والأمان

الأغنيه: شاذلي
الكلمات: عائدة
المغني: ضحى

07- Ke Zoo
(ni laa lagu faveret saya n anak2)
نذهب إلى حديقة الحيوانات
لنشاهد عجائب خلق الاله
أنظروا يا أصدقاء, هناك أسد
أنظروا يا أصدقاء, هناك قردٌ
أنظروا يا أصدقاء, هناك فيلٌ
أنظروا يا أصدقاء, هناك طيرٌ
ألأسد كبير, القردُ صغيرٌ
الفيل كبير, الطير صغيرٌ
كبيرُ, صغيرُ, كبيرُ, صغيرُ
!سبحانالله
(عائٍد*)
أنظروا يا أصدقاء, هناك بقرةٌ
أنظروا يا أصدقاء, هناك سلّحفاة
أنظروا يا أصدقاء, هناك زرافة
أنظروا يا أصدقاء, هناك بطّة
البقرة كبيرة, السّلّحفاة صغيرةٌ
الزرافة كبيرةٌ, البطّة صغيرةٌ
كبيرةٌ, صغيرةٌ, كبيرةٌ, صغيرةٌ
!سبحانالله

الأغنيه: شاذلي
الكلمات: عائدة
المغني: ضحى




Doa Dhuha





Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

Compliment from UNIC

Choose the right environment for your child


If a child lives with criticism, he learns to condemn.
If a child lives with hostility, he learns to fight.
If a child lives with ridicule, he learns to be shy.
If a child lives with fear, he learns to be apprehensive.
If a child lives with shame, he learns to feel guilty.
If a child lives with tolerance, he learns to be patient.
If a child lives with encouragement he learns to be confident.
If a child lives with acceptance, he learns to love.
If a child lives with recognition, he learns it is good to have a goal.
If a child lives with honesty he learns what truth is.
If a child lives with fairness, he learns justice.
If a child lives with security, he learns to have faith in himself and those about him.
If a child lives with friendliness, he learns the world is a nice place in which to live to love and be loved.

Tuesday, October 11, 2011

Semoga Saya Redha

The last few days and week again we were tested with few things.  Car brokedown again, car got hit, sibling conflicts, death of close relatives and friends.  I feel depressed sometimes, but I prayed to Allah SWT for the strength and guidance to face the trials and solve the problem.  Insyallah.

Petua Murah Rezeki



Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. .

” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…


Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:

- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah

Thursday, October 06, 2011

Apple CEO Steve Jobs has passed away


Apple co-founder and long-time CEO Steve Jobs has passed away today after a long fight with pancreatic cancer.


I would like to share his statement below:


“Your time is limited, so don’t waste it living someone else’s life. Don’t be trapped by dogma — which is living with the results of other people’s thinking. Don’t let the noise of others’ opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary.” – By Steve Jobs



Tuesday, October 04, 2011

Tangani Anak Nakal Menerusi Doa



Rujukan daripada : http://anakkusoleh.wordpress.com/

Anak adalah anugerah kepada setiap ibu bapa.Walau senakal mana pun mereka,pasti ada cara yang sesuai bagi mendidik dan menangani tahap kenakalan bagi setiap tahap umur.  Dalam islam sendiri menggariskan langkah-langkah yang sesuai untuk menangani golongan ini.Paling utama ialah doa yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia ke arah mewujudkan baiti jannati.

Sebagai ibubapa,kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak dan tidak mengatakan perkara yang buruk-buruk kerana kata-kata seseorang ibu adalah doa. Perkataan seperti ‘bodoh’,'malas’,'bangang’,'tak reti diajar’ hanya akan membuatkan seorang kanak-kanak itu memberontak,seterusnya langsung mengingkari setiap arahan dari ibu bapa.
TIP

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan seperti berikut.Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1.Selalu amalkan baca ‘Ya Latif’ sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2.Banyak bersabar dan yang utama,jangan cepat melenting jika anak melakukan sesuatu yang di luar dugaan.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3.Banyakkan berdoa kepada Allah dan minta dilembutkan hati anak-anak.

4.Bila bangun pagi,peluk anak sebanyak tiga kali,usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati(bergantung pada niat kita untuk di anak).

5.Baca ayat daripada surah2 berikut:

   Baca Surah al-Fatihah,
   Surah Taha ayat 1 sehingga 5,
   Diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.  Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku (sebut
   namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”
   Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

6.Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran,
   Baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti
   ayat 19 daripada surah as-Syura bermaksud”Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya;Dia memberi rezeki
   kepada sesiapa yang Dia kehendaki,dan Dialah Yang Maha Kuat,Lagi Maha Kuasa”
  Sebaik-baiknya dibaca selepas Subuh,baca pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

7.Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.  Semua ini Insya-Allah adalah da pelembut hati.

 Begitu juga,Surah Toha ayat 1hingga 8, surah ar-rahman ayat 1 hingga 4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

8.Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik,amalkan ayat 38 daripada Surah Ali Imran iaitu doa Nabi Zakaria yang bermaksud,”Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya,katanya:Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik;sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima)doa permohonan.”

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.Sebaik-baiknya setiap malam ketika anak dalam keadaan baru hendak tidur,ketika ini otak mereka sedang berehat dan lebih cepat mendengar kata.

10.Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74 daripada Surah al-Furqan yang bermaksud,”Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata:Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu)bertakwa.”

Amalkan juga ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud,”Wahai Tuhanku!Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang,dan zurait keturunanku.Wahai Tuhan kami,perkenankan doaku.”
Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak.Doa itu senjata orang mukmin.



Terima Kasih Allah`

For the past few weeks many things happened to me directly and indirectly.  I was infected with Bell's Palsy, my younger kid got infected with HFMD, husband's auntie pass away and few minor2 things.

I don't want to write further of this matter. But i just want to say "Thanks Allah, for reminding me to get back closer to you".  Insyaallah with your permission i will change.


Wednesday, September 14, 2011

Tazkirah Hari Ini - 16 Syawal 1432H

UMMATAN WASATA – 044
by Abdullah Yasin on Monday, September 12, 2011 at 12:07am

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُوْنُوا شُهَدَآءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُوْنَ الرَّسُوْلُ عَلَيْكُمْ شَهِيْدًا ، Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. ( Al-Baqarh / 2 : 143 )

Pengajaran Ayat :
1. Dalam keghairahan kita ingin kembali kepada agama Islam yang asal sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW, ( Sila Lihat Nota 043 : Falsafah Eid Al-Fitry ) kita jangan sekali-kali perpegang kepada agama Islam secara berlebih-lebihan atau sebaliknya terlalu longgar. Ayat diatas menjelaskan bahawa Allah SWT telah menetapkan bahawa umat akhir zaman, umat Nabi Muhammad SAW dijadikan-Nya sebagai “ Ummatan Wasata “. Ummatan : Umat ; Wasata : Makna asalnya adalah “ pertengahan “. Tapi dalam kitab-kitab Tafsir Al-Quran selalu diartikan dengan makna “ Adil dan Pilihan “. Dan kerana keadilan, maka mereka layak menjadi saksi bagi seluruh manusia di akhirat nanti. Dan makna pilihan pula, umat Muhammad SAW adalah umat yang terbaik. Ini sebagaimana firman Allah : Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk umat manusia. (Ali Imran/3 : 110).

2. Umat Islam adalah umat yang adil. Makna adil pula ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Mereka berbeza dengan Yahudi dan Musyrikin yang terlalu kebendaan (materialistic) dan terlalu mementingkan factor jasmani, lalu mengabaikan factor rohani. Umat Islam juga tidak seperti Nasrani yang terlalu mementingkan factor kerohanian (spiritualistic), lalu mengabaikan factor jasmani. Umat Muhammad SAW adalah Umat Pertengahan. Hal ini seperti perkataan Abdullah Ibnu Abbas RA : ( خَيْرُ الأَعْمَالِ أَوْسَطُهَا ) : Sebaik-baik amalan adalah pertengahan. (Kasyf Al-Khafa’ ; Hal. 391). Rasulullah SAW ketika menafsirkan makna ( أُمَّةً وَسَطًا ) dalam ayat diatas bersabda : (عَدْلًا ) : Adil. (HR Tarmidzi ; Hadis Hasan Sahih). Jadi makna ayat diatas : Kami jadikan umat Islam umat yang adil lagi pilihan. Merekalah umat pertengahan dalam semua urusan mereka, tidak ifrat (berlebih-lebihan) dan tidak pula tafrit (longgar), sama ada dalam hal agama ataupun dalam hal keduniaan. Contoh : Dia tidak akan solat sepanjang hari sehingga mengabaikan kewajipannya terhadap dirinya, keluarganya, masyarakatnya dan negaranya. Dia juga tidak hanya solat jika sempat saja sehingga kurang dari lima kali sehari semalam atau solat tanpa tumakninah dan lain-lain. Tetapi dia akan meletakkan setiap tuntutan agama pada tempatnya.

3. Imam Al-Auza’iy berkata : ( مَا مِنْ أَمْرٍ أَمَرَ اللهُ بِهِ إِلَّا عَارَضَ الشَّيْطَانُ فِيْهِ بِخَصْلَتَيْنِ لَا يُبَالِي أَيَّهُمَا أَصَابَ الغُلُوَّ أَوِ التَّقْصِيْرَ ) : Tidak ada satupun perintah dari Allah (kepada manusia) melainkan syaitan pasti berusaha agar mereka melakukan dua perkara, dan dia tidak peduli yang mana dari dua itu yang umat manusia lalui, sama ada berlebih-lebihan atau longgar. Jadi umat Islam yang ideal dan contoh, akan sentiasa meletakkan sesuatu pada tempatnya. Selain mereka layani kehendak jasmani seperti makan, minum, pakaian, kahwin, memperbaiki hubungan dengan sesama insan, mereka juga tidak lupa melayani kehendak rohani seperti menekuni ibadat dan bertaqarrub mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Selain melayani kehendak jasmani mereka juga melayani kehendak rohani. Demikian sebaliknya. Selain mereka jaga makanan jasmani agar jasmani sihat, mereka juga menjaga makanan rohani agar rohani juga sihat. Mereka bangga dijadikan Allah sebagai umat manusia, mereka bukan makhluk malaikat dan bukan pula makhluk binatang ternak.

4. Sifat “ Wasata “ atau adil atau pilihan atau sederhana pada umat Muhammad SAW dituntut dalam semua bidang, apakah dalam bidang muamalat, ibadat hatta dalam bidang aqidah. Sungguh banyak dalam Al-Quran dan Al-Hadis yang menunjukkan perinsip ini. Sebagai contoh Al-Quran bukan hanya melarang sikap bakhil kedekut tetapi juga melarang sifat boros, tetapi Islam menyuruh supaya berada diantara keduanya. (Surah Al-Furqan) ; Nabi SAW melarang sahabat bernama Abdullah Bin Amru Bin ‘Ash berpuasa sunat setiap hari, solat malam tanpa tidur dan tidak menggauli isterinya lagi, lalu bersabda : Allah ada hak yang mesti kamu tunaikan, demikian juga dirimu dan ahli keluargamu juga mempunyai hak yang mesti kamu tunaikan. (HR Imam Muslim ). Dalam bidang aqidah umpamanya : Kita wajib beriman dengan semua sifat Allah sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya dan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasul-Nya dalam hadisnya yang sahih tanpa takwil, tanpa tamthil, tanpa tasybih, tanpa takyif. Dalam hal-hal ghaib kita wajib percaya saja tanpa takyif yakni mempersoalkan bagaimana ia. Berpeganglah dengan panduan Salaf Soleh yang mengatakan dalam hal ini ( إِثْبَاتُ الوُجُودِ وَلَا إِثْبَاتُ الكَيْفِيَّةِ ) :Kita ithbatkan (tetapkan) kewujudannya, tanpa mengithbatkan bagaimana dia. Contoh : Kita yakini saja akan adanya dua malaikat yang mencatat amal perbuatan dikiri dan dikanan kita tetapi kita tidak perlu tahu bagaimana rupa dan cara mereka mencatatnya. Sebagaimana kita yakini saja bahawa Allah SWT memang bersemayam di atas ‘Arasy-Nya tanpa perlu mengetahui bagaimana cara Dia bersemayam.

5. Disebabkan mendapat keistimewaan “ Ummatan Wasata “ yakni umat yang adil, maka umat Muhammad SAW layak menjadi saksi ke atas semua umat di Akhirat nanti. Daripada Sa’id Al-Khudriy bahawa Rasulullah SAW bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari : Nabi Nuh AS dipanggil oleh Allah pada hari kiamat lalu bertanya : Apakah engkau sudah sampaikan risalahku ? Nuh AS menjawab : Sudah. Kemudian Allah bertanya pula kepada umat Nuh AS : Apakah dia (Nuh) sudah sampaikan kepada kamu risalah-Ku ? Kaum Nuh menjawab : Tidak ada seorangpun datang kepada kami menyampikan risalah-Mu. Selanjutnya Allah bertanya kepada Nuh AS : Siapakah yang akan menjadi saksi bagimu wahai Nuh ? Nabi Nuh AS menjawap : Muhammad dan Umatnya. Selanjutnya Abdullah Al-Mubarak (133-177H) menambah : Umat Nuh berkata : Ya Allah, bagaimana umat Muhammad menjadi saksi ke atas kami sedangkan mereka hidup tidak sezaman dengan kami ? Lalu Allah bertanya kepada umat Muhammad : Bagaimana kamu boleh menjadi saksi ke atas umat Nuh yang kamu sendiri hidup tidak sezaman dengan mereka. Umat Muhammad menjawab : Ya Allah, Engkau telah utus kepada kami seorang Rasul (Muhammad) dan Engkau juga telah turunkan kepada kami kitab-Mu (Al-Quran) yang mengandungi kisah tentangt Nabi-Nabi dan umat terdahulu. Lalu Allah SWT menjawap : ( صَدَقُوا ) : Sungguh benar mereka (umat Muhammad SAW). Hadis sahih ini memperkuatkan lagi kebenaran ayat diatas. Kita wajib bersyukur - Al-Hamdilillah - kita dijadikan oleh Allah sebagai umat Muhammad SAW.

6. Adapun maksud ayat “ dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi ke atas (perbuatan) kamu “ bahawa Nabi Muhammad SAW kelak pada hari kiamat akan diminta oleh Allah SWT agar menjadi saksi ke atas akidah, ibadah dan akhlak umatnya, sebagaimana juga Rasul-Rasul yang lain akan menjadi saksi ke atas amalan kaumnya masing-masing. Oleh itu, kita selaku umat akhir zaman wajib merasa terikat dengan ketentuan bahawa amal perbuatan kita tidak akan diterima oleh Allah kecuali jika memenuhi dua syarat utama amal soleh, iaitu : 1. Lakukanlah amalan itu dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah ; 2. Lakukanlah amalan itu sesuai dengan cara yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW. Kita mesti yakin bahawa dalam Mahkamah Ilahiy di akhirat nanti, yang bertindak sebagai Hakimnya adalah Allah SWT sedangkan yang dipanggil sebagai saksinya adalah Nabi Muhammad SAW, bukan imam mazhab dan bukan pula tuan guru. Oleh itu, jika ingin selamat ketika amalan dihisab kelak, jangan fanatic atau ta’assub tuan guru. Pandangan ulama atau tuan guru perlu dihormati dan malahan boleh diikuti, tetapi dengan syarat selama ia tidak bercanggah dengan Sunnah Rasul SAW. Berfikirlah secara waras sebelum menyesal !!!

7. Untuk mencapai tahap “ Ummatan Wasata “ yakni Umat Yang Adil adalah mustahil jika kita tidak memiliki ilmu pengetahuan, khasnya tentang selok belok dan hukum-hakam agama Islam. Mengapa demikian ? Sebabnya : Maksud sebenar perkataan“Adil“ dalam Islam adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bagaimana anda akan meletakkan sesuatu hukum pada posisi yang sebenarnya andaikata anda tidak mempunyai ilmu tentangnya. Islam bukan saja melarang kita merubah hukum Allah dari Haram kepada Halal atau sebaliknya dari Halal kepada Haram ; malahan Islam juga melarang kita merubah hukum Allah daripada Makruh kepada Haram atau daripada Sunat kepada Wajib, atau sebaliknya. Dengan berbekalkan Ilmu Pengetahuan Agama, khasnya yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah, maka hidup kita akan tenang tenteram serta yakin ketika beramal. Hanya dengan cara demikian kita dapat melawan musuh utama kita yakni Iblis atau Syaitan Laknatullah. Rasulullah SAW menjamin bahawa umatnya tidak akan sesat buat selamanya dalam sabdanya : Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara. Selama kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya, maka kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya, iaitu Al-Quran dan Sunnahku. ( HR Imam Malik dalam kitabnya Al-Muwatta’ )

Friday, August 26, 2011

Salam Aidil Fitri


Ikhlas daripada kami sekeluarga. Untuk semua, berhati2 sepanjang meraikan hari raya tahun ini.

Wednesday, August 24, 2011

Salam Aidil Fitri




Tinggal lebih kurang 5 hari saja lagi untuk kite berada dibulan Ramadhan ini. Syawal bakal tiba dipenghujungnya nanti. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat meneruskan lagi ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri pada sekalian umat islam terutama kepada handai taulan dan sahabat2 sekalian. Maaf Zahir Batin seandainya ada salah silap antara kite sepanjang persahabatan perkenalan kite selama ini.

Pada yg balik ke kampung yg jauh, berhati2 dijalanraya tak kira samada anda memandu atau anda menaiki kenderaan yg dipandu orang lain. Bagi yang memandu sendiri tuh, kalau ngantuk dinasihatkan berhenti sebentar untuk berehat sebelum menyambung semula perjalanan ke kampung. Macam yg selalu kuar kat iklan tuh, saya pun nak remind everybody sekali lagi

"Hari raya hari untuk kite bergembira, bukan hari untuk kite berduka"

Untuk semua ..... SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MINAL AIDIL WAL FAIIZIN

Tuesday, August 23, 2011

10 terakhir Ramadan

Kejap je rasanya masa berlalu .. ari ni dah ari ke 23 Ramadhan 1432 Hijrah. Saya rasa ibadat saya di bulan ramadhan ni masih sikit lagi masih tak cukup lagi, tp ramadhan berlalu dengan cepat sangat dan dah nak menuju ke penghujungnya. Walaupun dipenghujungnya tu ada cahaya aidil fitri tp entah kenapa rasa sayu dan sedeh sangat bila mengingatkan yg ramadhan akan berakhir tak lama lagi.

Apapun semoga ibadah ramadhan tahun ini diterima allah dan semoga dapat bertemu lagi ramadhan di tahun mendatang. ..

Wednesday, August 03, 2011

Marhaban Ya Ramadan

Hari ni dah hari ketiga umat islam di Malaysia dan around the world menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan untuk tahun 2011 nih. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik untuk kami sekeluarga untuk menghadapi ramadhan tahun nih. Anak2 pun dah bertukar ke taska baru dah alhamdulillah setakat ni hati saya masih lagi tenang dah harapnya akan terus tenang without new kejutan2 mcm yg dulu.

First day posa, anak2 sibuk kata nak posa nak posa. Tp by pukul 11 tu sarah dah sibuk melembikkan diri dan mintak susu... "Penat laaa mama ... ". So there it goes her posa. Same goes yesterday bila dia pegi sekolah n pepagi dia dah minum air even tho tadika tu is trying to train the kids of age 5 and 6 years old utk berpuasa. Takpe laa pelan2 laa i told them. Lagipun budak2 ni belum wajib lagi untuk berpuasa tak boleh laa kite nak paksa2 dorang puasa satu hari terus. But i hope within days dia akan learn on apa sebenarnya erti berpuasa nih.

Thursday, July 28, 2011

Kepalaku Pusing

Pagi ni pegi keje, i was like a zombie .. all the ways to work tu cam tak rasa apa2 pun bawak keta. Sbb my mind dok asik ligat berpusing dgn isu yg satu nih. Whether or not to send my kids to a new nursery. Esok, will be the last of S pekerja yg boleh diharap kat taska budak2 tu skrg. Dia akan berpindah mengikut suaminya bekerja ke Johor.


The cycle will start again for the kids sbb org lama berhenti, nnt tukau org baru. Kalau org baru tu masuk awal tak pe gak, tp selalunya mang owner ni agak susah nak dapatkan staf utk taska ni. Dpd pemerhatian saya yg dah anto budak2 tu since tiga tahun setengah yg lalu, owner ni agak kedekut nak bagi gaji yg sepatutnya kat staf dia. Kalau bg pun, dia sure akan potong sana potong sini. Last2 staf tu dpt gaji seciput jek. Ini bukan ler tuduhan, tp dah 3 4 org ex-staf dia dok citer mende yg sama. Kalau citer2 dorg tu tak sync takkan laa saya nak buat kesimpulan yg macam nih.



Saya dok serabut pikir mende ni lagi plak sbb smlm saya cuba confront the owner thru sms ler pasal some of the TnC yg dia set utk taska dia tu. The main TnC yg saya question is dia ada tulis "Anak bawah setahun, taska tak menyediakan makanan. Makanan perlulah disediakan oleh ibu bapa. Seandainya ibubapa mahu taska menyediakan makanan, tambahan rm20 dikenakan". So i just reconfirm laa dgn dia, my youngest tu dah setahun 5 months and i still pay the rm20 tu. So how?? Dia leh jawab, takpe laa dia akan mansuhkan TnC yg tu start bulan nih and fees bulan ni yg kami dah bayar tu dia akan refund for that 20 portion. Dah tu yg balance2 bulan tu pe citer. Duit tu masuk mana??? Well saya cuma nak tau sincerity dia je. Saya tak de laa kisah sgt duit 80 yg dah terbayar kat dia for the last 4 months. I just nak tgk how sincere she is. Nampak gaya mang dia buat tak tau je. Entah2 yg dia kata mansuhkan tu just utk kami jek, ngan org lain mb term tu still terpakai. Haiii walluhualam ler.



So last night i had a discussion with my husband regarding whether to move our kids from there or not. Actually byk lagi mende lain yg buat saya rasa berat utk meneruskan menghantar anak2 ke situ tp tak nak laa saya citer lebih2 in this open space. Mang the fees kat taska yg berdekatan dgn rumah saya ni agak mahal sket berbanding taska sekarang tp tak sanggup dah rasanya untuk terus anta anak ke taska nih. Pusing dibuatnya.



Kenapalah pengusaha2 taska ni just pikir business je dlm kepala tp tak pikirkan kepentingan kami as client to them. Sbnrnya kalau dilihat, taska ngan ibubapa & kanak2 ni saling bergantung. Kalau takde ibubapa bekerja tak de laa keperluan utk ditubuhkan taska ni. Why laa both tak saling bekerjasama and instead take advantage to one another. haiiiii ... ni yg rasa nak benti keje jek nih ..