Thursday, August 12, 2010

Citer2 Hari Pertama di Bulan Ramadhan 1431H /2010

Semalam hari pertama umat islam di Malaysia ni menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah aku dapat menjalani ibadah puasa tahun ni dengan baik. Walaupun aku masih continue BF untuk aimy n still doing the EBM project kat opis, smlm aktiviti2 tu berjalan dengan baik. Produk pun alhamdulillah tak merundum. Insyallah, dan aku berdoa semoga ada rezeki SI untuk aimy lagi dan moga ditambahkan lagi.

Semalam gak ada tazkirah ramadhan by Ustazah Fatima Az-Zahra kat opis ni. Seronok mendengar ceramah dia walaupun at the same time aku dok tersengguk2 ngantuk. Tp masuk gak kat telinga tu apa yg dia cakap. Antara yg aku ingat dia kata, org perempuan seelok2nye buat terawih di rumah. Pahalanya sama je jika dia buat di surau2 or masjid. Sebab apa dia kata elok buat kat rumah. Antaranya sebab kalau keluar ke surau tu maybe on the way pegi or balik ada terbuat perkara2 yg dilarang samada kite sedari or tidak. So dah jadi kurang pahala kat situ. Lagi satu dia pesan "Jangan bawa kanak2 ke surau. Nabi dah berpesan dlm hadisnya mengatakan jgn dibawa kanak2 ke surau atau masjid kerana ia akan mengganggu jemaah yg ingin melakukan ibadah di surau @ masjid2 tersebut". So sesapa yg ada anak kecik tu, takyah laa nak bawak anak g surau selagi dia belum pandai dan faham apa dia hukum hakam dan ibadah dalam islam.

Petangnya pulak .. ni dia time nak balik. Mang berdebar2 gak rasa sebab as usual selalunya time2 awal puasa ni jam yg teramat gilerrss. Then walllaaa .. "MANG JAM PUNNNNNNNNNN............". Memula tu aku ingat nak masuk kol terowong bwh tu tetiba time nak masuk situ dah jam. So aku pun amik jln atas nak U-Turn depan TH tu. Huhhhh lagi jam ropernya nak menyampaikan ke U-Turn tuh. Pas u-turn je, ok laa kira flow laa keta2 tu. Iskk tensen beb. Nak melepaskan u-turn tu jek dah dkt 5.45. Aku smpi tol sg besi dah kol 6. Sib baik kat tol tu smooth je, kalau kat situ pun jam, mau ler kol baper nak smpi umah. Smpi je area umah, aku singgah kat bazaar ramadhan kat BSP coz takut kalau straight je g BBM takde plak BR tuh. Tgk keta2 punya laa byk, jam lagi... haiiii jam sokmo je laa. Kat bazaar je org dah mcm semut. Ditambah plak ngan kepala aku yg tetiba sakit sesangat ... aku beli 3 jenis je brg.. then balik. Tu pun dah smpi umah kol 6.50. Hmm esok aku g beli kat BR yg kat BBM je la.

Harap2 ari ni ok laa traffic kat KL ni. Lotih ehhh ..

3 comments:

pizli.mw said...

Cuba guna MEX, keluar dekat Bukit Jalil.

Mus5h said...

PW
Mang guna MEX pun. Tp nak sampai ke MEX tu yg buleh amik sampai 40 minit dok ngadap jam .. hoho

pizli.mw said...

Hahaha, ok ok, tak dapat nak menolong..