Tahun ni persediaan raya aidilfitri cukup ala kadar aje. Kuih pun tak beli banyak mcm tahun2 sebelum ni. Ha ahh ... BELI ... bukan buat. Hehehe ... nak buat tak de masa la OR to be more specific ... tak RETI ... Tapi rasanya cukup laa kot. Tahun ni pun maybe tak ada OPEN HOUSE. Mana taknya, rumah pun tak open2 lagik camana nak buat open house. Insyaallah tahun depan kalau ada rezeki lebih lagi and rumah pun dah siap (hopefully laa) ada laa kot open house nya. To all my friends ... heheheh ... tunggu laa until further notice tahun depan. Tahun ni takde notice ekkk .... :D
So sempena kedatangan Aidilfitri tak lama lagi, untuk rakan2 dan sahabat yang mengenali diri ini, aku ingin menyusun sepuluh jari meminta maaf sekiranya ada kesalahan dan kesilapan yang dilakukan. Semoga raya tahun ini kita semua akan beraya dengan hati yang gembira dan tenang, saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi sesama keluarga dan handai taulan di mana saja anda semua berada. Lagi satu pesanan penaja .... BERHATI2 DI JALANRAYA SEMASA MUSIM PERAYAAN NI. Tahun ni kan kite akan celebrate raya sama ngan Deepavali. So faham2 aje la kan. Berhati2 laa ketika memandu atau melintas jalan tuh. Ok sumer .....
SELAMAT MENERUSKAN IBADAH PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN