Wednesday, March 28, 2012

Anakku Solehah - Part 1


Didiklah anak-anak perempuan kita untuk menjadi:

1. Dai'eyah (داعية)

Mengajak anak-anak,ahli keluarganya dan muslimah yang dijumpainya kepada kebaikan dgn menceritakan kebesaran dan janji-janji Allah dan kejayaan dlm sunnah Rasulullah saw. Dengan tujuan, untuk memperbaiki diri kepada IMAN yang sahih, dan AMAL yang mengikut sunnah Rasulullah saw. 

Dan dalam masa yg sama, menggalakkan suami dan mahramnya utk memperbaiki diri mereka juga dgn membuat pengorbanan diri, harta dan masanya, untuk berjumpa dgn umat di serata alam.

2. A'limah (
عالمة)

Fasih dalam ilmu pengetahuan agama, mengetahui selok belok ilmu masaiel (hukum ahkam agama) dan fadhaiel (kelebihan amalan agama), dan berusaha untuk menghidupkan majlis taa'lim di dalam rumahtangganya dan untuk wanita & anak-anak di kawasan kejiranannya.

3. A'bidah (
عابدة)

Melapangkan masa hariannya, untuk beribadah kepada Allah dengan mengamalkan zikir-zikir, doa-doa, dan memperbanyakkan bacaan Al Quran. Dan yang paling penting, dia menjaga solatnya supaya ditunaikan di awal waktu, memperbanyakkan solat sunat (terutama tahajud) dan menggalakkan mahramnya untuk solat berjemaah di masjid.

4. Khodimah (
خادمة)

Mahir dan suka berkhidmat untuk suami, anak-anak, ibubapa, keluarga dan masyarakat. Pandai memasak, menjahit, mengemas rumah, mengurus anak-anak dll. Sifat ini akan mendekatkan seseorang dengan Allah serta menjadikan anak kita lebih tawaddhu' dan taat.

5. Solehah (
صالحة)

Mentaati perintah Allah, Rasul, suami dan ibubapanya serta menjauhi laranganNya. Mempunyai akhlak yang mulia, menuturkan bicara yang benar dengan sopan, menutup auratnya dengan sempurna, menundukkan pandangannya, menjaga batas pergaulannya, berhias hanya untuk suaminya, menjaga maruah diri, suami dan keluarganya, menjaga penglihatan dan pendengarannya dari mendengar dan melihat perkara yg tidak disukai Allah.

6. Murobbiyah (
مربية)

Menjadi pendidik buat anak-anaknya, kerana sekolah yang pertama buat anak-anak ialah ibunya. Mendidik anak-anak nya dengan cara sunnah, hidup sederhana, dan menjadikan Rasulullah saw & sahabat-sahabat r.ahum sebagai idola kejayaan mereka. Kerana matlamat kejayaan yg dikehendaki olehnya adalah matlamat kejayaan di sisi Allah iaitu, taat perintah Allah mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw :)

InsyaAllah, semoga Allah swt kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkannya dan menyampaikan pada orang lain. Aamin


Tuesday, February 14, 2012

Tips untuk kekal sihat daripada seorang kawan


Semalam, beberapa orang rakan telah datang dan berkumpul di meja kerja saya. Saya kira ini bukanlah kali pertama orang bertanya perkara yang sama. Sebelum inipun sudah ramai yang bertanya dan untuk itu saya memutuskan untuk mencatatkannya di sini sebagai rujukan jika masih boleh diguna sewaktu saya sudah tiada. Sambil saya membuat kerja.. mereka bertanya tentang diet pemakanan saya. Saya dulu sebenarnya agak berisi tetapi dalam masa setahun saya telah berubah kepada saiz yang lebih kecil lagi. Daripada segi rupa.. saya bukanlah tergolong dari kalangan yang cantik yang mempunyai begitu banyak wow factortetapi ramai yang tidak menyangka usia saya sudah menghampiri 40. Tiada apa yang rahsia sebenarnya. Selain menjaga pemakanan dengan meminum air banyak, saya memang suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran (boleh diganti dengan tablet vitamin C yang dibeli dari farmasi). Saya juga menghindarkan makanan berminyak tetapi selalu tewas juga dengan pisang goreng dan keropok lekor.. hahahaaaa... Dan makanan laut yang biasa saya makan adalah ikan.

Semasa saya belajar pada tahun 1995, saya pernah bertanya pada seseorang kawan yang berusia bagaimana dia kelihatan sangat muda, dia memberitahu rahsianya ialah dengan berselawat setiap kali membasuh muka dan saya mengamalkannya. Pada tahun 2003 pula seseorang telah memberitahu saya supaya mengamalkan meminum madu setiap hari supaya muka kelihatan merah dan saya mengamalkannya juga. Pada awal tahun 2009 pula, saya diserang gastrik yang sangat teruk dan untuk itu saya mengamalkan memakan kurma sehingga 7 biji sehari. Pada tahun yang sama juga sewaktu membuat pemeriksaan kesihatan, saya telah dikesan mempunyai had kolestrol yang tinggi, sikit sahaja lagi saya akan diberikan ubat kolestrol. Saya insaf, kesihatan bukannya boleh dijual beli. Sejak itu saya mengamalkan meminum quaker oats vanilla pada setiap pagi ~ sebaiknya oats yang tiada perasa tetapi saya tidak sanggup menelannya.. ~ itu memang kekurangan saya...

Dari segi spiritual saya percaya, apa yang berada di hati akan terpancar cahayanya di muka. Saya sebolehnya tidak mahu berprasangka buruk terhadap orang lain, sentiasa berfikiran positif untuk menjalani kehidupan saya dengan gembira walauapapun yang terjadi kerana hidup ini sangat singkat. Melihat anak-anak membesar juga merupakan satu kegembiraan buat saya. Begitu juga jika terjumpa kawan-kawan yang telah membesar bersama saya, ianya satu kegembiraan juga. Dalam erti kata lain, kita perlu memandang muka insan yang kita sayangi setiap hari dengan sepenuh hati ~ kegembiraan itu akan menceriakan hidup  kita dan akan membuatkan hati kita sentiasa terasa muda.. Itulah rahsia sebenarnya.... Hahahaaaa... ;))

Wednesday, January 25, 2012

2012 Yang Lembab

2012 rasanya bukanlah satu tahun yg agak menarik untuk dimulakan. For me laa kot. Since cam takde jump start je nak mulakan tahun ni. Mendatar je even tho mang ada laa event-event yang dinantikan pada tahun ni. Tapi saya cam rasa takde mood nak hapdet blog (ni laa especially nyer).

Agaknya kena tukat tajuk ni kot "2012 tahun yg lembab untuk hapdet blog" baru laa sesuai kann .. hehe ..

Wednesday, January 11, 2012

Hidung berdarah (epistaxis)



Pengenalan
Kanak-kanak dan remaja sering mengalami perdarahan hidung atau epistaxis (epis-tek-sis) dengan tiba-tiba. Ibu bapa tidak mengetahui apa puncanya ia berlaku tanpa kecederaan. Ia boleh berlaku di mana-mana. Kalau di sekolah, mungkin ia disalah anggap yang kanak-kanak ini dipukul oleh murid lain. Kalau di rumah mungkin di salah anggap yang kanak-kanak ini didera oleh ibu bapa mereka.
Struktur hidung
Di dinding tengah hidung (nasal septum), iaitu di bahagian bawahnya, banyak saluran darah berkumpul di sini. Tempat ini dikenali Little’s Area. Kawasan inilah yang biasanya membuatkan hidung berdarah dengan tiba-tiba (spontaneous nosebleeds) di kalangan kanak-kanak.  Saluran darah di Little’s Area ini sangat rapuh di mana bila berlaku radang (inflamation) saluran darah tersebut mengembang dan pecah dengan senang.
Punca radang (inlamation) yang buatkan hidung berdarah secara tiba-tiba (spontaneous) ialah:
  1. Selsema
  2. Alahan pada hidung (resdung atau allergy)
  3. Terdedah terhadap angin atau udara yang panas dan kering terlalu lama.
  4. Terlebih guna ubat titis hidung (steroid)
  5. Bersin yang terlalu kuat dan kerap
  6. mengorek lubang hidung
  7. lain-lain
  • darah tinggi
  • cerdera pada hidung akibat pukulan atau terjatuh
  • jangkitan kuman pada hidung
  • sesuatu terlekat dalam lubang hidung
  • selepas pembedahan hidung
  • pengambilan ubat pencair darah
  • penyakit hati (liver)
  • penyakit buah pinggang
  • masalah pembekuan darah
Pertolongan Cemas (first aid)
Sekiranya hidung kanak-kanak atau dewasa tiba-tiba berdarah tanpa tanda kecederaan, ibu bapa tidak perlu cemas atau panik walaupun darah menitik jatuh kerana sebenarnya ia tidaklah banyak sehingga boleh membawa maut.
  1. bertenang, jangan panik
  2. duduk tegak, cuma bongkok ke depan sedikit. Jangan baring atau mendongakkan kepala kerana dengan ini anda akan menelan darah tersebut dan membuatkan anda loya dan muntah.
  3. kepitkan hidung di bahagian bawah (di mana Little’s Area terletak) dengan kuat dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk selama 10 minit. Dengan cara ini darah yang mengalir akan terhenti bila ia ditekan (direct pressure).
  4. untuk mengelakkan ia kembali berdarah cuba hindarkan dari bersin atau menghebus hidung dengan kuat selama 24 jam.
  5. elakkan dari udara yang panas dan kering.
Sekiranya perdarahan tidak berhenti juga, bawalah dia ke klinik atau hospital di mana hidung akan disumbat dengan kain gauze untuk hentikan darah. Kebiasaannya darah akan terhenti dengan menggunakan kaedah di atas.

Wednesday, December 21, 2011

9 Waktu Mustajab Nasihatkan Anak-anak


Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :

1-Sebelum anak tidur.
2-Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
3-Selepas anak bangun tidur.
4-Selepas anak mandi.
5-Selepas anak solat.
6-Selepas anak membaca al-Quran.
7-Selepas anak berdoa.
8-Selepas anak beriadah.
9-Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).

Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :

Surah al-Baqarah (apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).

Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”

Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”

Insyallah....Wallahualam..