Showing posts with label Frens. Show all posts
Showing posts with label Frens. Show all posts

Monday, January 17, 2011

Vote for my friend - Nestle Fitness Program

Ekceli ni permintaan daripada seorang sahabat saya cum as neighbour blkg umah. So tolong laa yer



"Tolong vote aku please. Hari².. Sehari sekali.. Terima Kasih.. Kalau rajin mintak tolong suruh kawan² korang vote jugak. YES AKU SANGAT DESPERATE!! Hahaha.. "

Link untuk vote: http://contests.thestar.com.my/nestle_fitnesse_14days/shortlist.asp

Terima kasih

Wednesday, December 01, 2010

Memilih Sahabat

Sekali lagi artikel dipetik daripada Blog Tuan Haji Arshad



ISLAM merupakan agama yang lengkap dalam semua aspek kehidupan sama ada dari segi ilmu pengetahuan, ekonomi, politik dan juga sosial. Oleh itu, dalam kehidupan sosial, kita telah disediakan beberapa garis panduan yang kalau diikuti boleh mendatangkan kebaikan dan menghindarkan keburukan.

Contoh kehidupan bersosial ialah soal mencari sahabat. Kita dinasihatkan supaya berhati-hati memilih sahabat kerana Islam menegah kita mancari sahabat yang boleh membawa kepada kemungkaran.

Seperti fiman Allah SWT dalam surah Kahfi ayat 29 yang bermaksud :

"Janganlah engkau mengikuti orang yang telah Kami lupakan hatinya untuk mengingat-ingat (berzikir) pada Kami dan ia suka mengikuti hawa nafsunya."

Sekiranya kita memilih sahabat yang terlalu cintakan dunia dan mementingkan hawa nafsunya, sahabat itu akan merugikan kita. Malah, lambat-laun, kita mencari sahabat yang soleh yang paling ingat-mengingati ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud :

"Seseorang itu menurut agama (aturan) kekasihnya, maka oleh sebab itu baiklah seseorang dari kamu semua itu meniliti orang yang dikasihi."

WASIAT AL-QAMAH

Sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang yg ingin kita jadikan sahabat bolehlah kita contohi daripada wasiat yang diberikan oleh al-Qamah kepada anaknya.......

Katanya :

"Hai anakku, jikalau engkau rasa perlu bersahabat dengan seseorang maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini iaitu :

Jikalau engkau melayaninya, ia suka melindungi, jika engkau bersahabat dengannya, ia akan merupakan hiasan dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu.

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menghitung-hitungkan.

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, dan dianggap sangat berguna, sedangkan jikalau ia mengetahui tentang keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya.

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, ia mulai menyapamu dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat, ia suka mengusahakannya dan jikalau engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu."

Saiyidina Ali KWJ menjelaskan tentang sahabat yang baik. Antara lain, beliau menyatakan...

"Sahabat yang sebenar-benarnya ialah orang yang ada di sampingmu. Ia suka membabitkan dirinya sendiri dalam bahaya demi untuk kesejahteraanmu."

Saiyidina Ali KWJ bukan setakat bercakap kosong, malah telah membuktikan kata-katanya dengan mengambil alih tempat tidur Rasulullah SAW sewaktu baginda bersama Saiyidina Abu Bakar merancang untuk berhijrah ke Madinah.

Walaupun Saiyidina Ali KWJ tahu risiko yang terlalu tinggi akan dihadapinya kerana pemuda-pemuda Quraisy bercadang untuk menyerbu rumah Rasulullah SAW dan membunuhnya, tetapi Saiyidina Ali KWJ sanggup menghadapi bahaya itu atas dasar kepentingan keselamatan sahabatnya. Atas pengorbanan dan kesetiaan beliau, Allah telah menyelamatkan beliau daripada dibunuh oleh pemuda-pemuda Quraisy itu.

Contoh persahabatan lain yang boleh diteladani ialah persahabatan Saiyidina Abu Bakar dengan Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar sentiasa mempercayai dan mengiakan apa yang Rasullullah SAW katakan. Sebagai contoh, sewaktu Rasulullah SAW menceritakan perjalanan Isra' dan Mi'raj kepada semua orang di Kota Mekah, mereka tidak mempercayai cerita Rasulullah SAW malah mengejek-ngejek dan menuduh baginda sebagai pembohong.

Mereka yang tidak percaya kepada cerita Rasulullah SAW telah pergi berjumpa dengan Saiyidina Abu Bakar untuk menanyakan sama ada cerita tersebut benar atau sebaliknya. Tujuan mereka adalah untuk mentertawakan Saidina Abu Bakar yang menjadi sahabat baik Rasulullah SAW.

Apabila Saiyidina Abu Bakar mendengar mendengar pertanyaan mereka, dengan tenang beliau bertanya semula apakah benar Rasulullah SAW bercerita sedemikian. Mereka mengatakan begitulah cerita Rasulullah SAW lalu tanpa ragu-ragu Saiyidina Abu Bakar menyatakan apa yang Rasulullah SAW katakan itu semuanya benar.

Saiyidina Abu Bakar bukan setakat mempercayai apa yang sahabatnya katakan tetapi juga sanggup berkorban harta untuk kepentingan perjuangan agama Islam yang dibawa oleh sahabatnya.

PENGORBANAN SAHABAT NABI.
Di samping itu, pengorbanan yang paling besar yang diberikan oleh Saiyidina Abu Bakar kepada Rasulullah SAW ialah apabila sanggup bersama-sama dengan sahabatnya sewaktu berhijrah ke Madinah.

Penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah bukanlah satu perjalanan yang selamat kerana orang-orang Quraisy sentiasa memusuhi dan ingin membunuh baginda.

Sewaktu dalam perjalanan dari Makkah ke Madinah, Saiyidina Abu Bakar sentiasa berada di hadapan dan di belakang Rasulullah SAW. Apabila baginda bertanya akan hal itu, Saidina Abu Bakar menjawab...

"Aku berjalan di hadapan untuk memilih jalan yang baik dan selamat sementara aku berjalan di belakangmu untuk menjaga keselamatanmu dari serangan musuh yang mengejarmu."

Sebagai kesimpulan, marilah kita perhatikan nasihat Abu Sulaiman tentang pentingnya memilih sahabat seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Katanya...

Janganlah sesekali engkau bersahabat melainkan salah satu daripada 2 orang ini :

Pertama, orang yang dapat engkau ajak bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur.

Kedua, orang yang dijadikan sahabat itu dapat menambahkan kemanfaatan duniamu untuk urusan akhiratmu.

Jika engkau bersahabat selain daripada 2 orang ini, pastinya engkau memiliki kebodohan yang luar biasa besarnya.

Friday, December 26, 2008

Lunch Date @ KL Sentral

Rabu lepas, Hanis (my ex-SCB fren) email aku citer2 pasal tepon aku yang hilang tu. Then we come out of with sort of planning nak wat lunch date @ KL Sentral (hehe mana lagi tuh ler tmpt paling strategik utk we ols jumpa). So I ask her to ask the others whether they can join in sekali.


Today, pepagi lagi aku dah sms Hanis, dok tanya jadik ker plan lunch date kitorang tuh. Then she reply my sms saying that it is ON. Terus jek rasa best and seronok sbb since aku tinggalkan SCB aroun 4 months ago, mang tak penah pun kitorang jumpa even utk lunch date. Well, cemana nak jumpa ... ahli corum tak cukup. By september Aiesas dah start cuti bersalin, October Fina take the turn bersalin plak. November busy with works at the office and Fina pun tak naik keje lagi so rasanya mang the date yang kitorang plan ni kira cantek la. Wa & Ja (Dorg nih boleh dijadikan shortform JA-WA) pun since awal bulan ari tu takde. Dorg g melancong ke Jepun. Bestnyer.


Aku dulu2 masa lepas belajo mang teringin sangat nak g Jepun. Konon nak apply buat master kat Jepun since masa final sem kat U*M dulu aku amik Japanese Languange as one of elective subject. Dapat result execellent lak tuh ... tu yg berangan lebey jek tuh ... hahaha berangan jek laa. Sampai ke sudah tak sampai2 pun. Last2 angan2 aku tu dah beku sesejuk salji kat puncak Gunung Fuji tu rasanya.


Kitorang janji jumpa kat KL Sentral dalam kol 12++. By kol 12, dorang dah gerak from SCB. Aku around 12.20 baru gerak dari sini. Takpe sempat lagi .. I got the train at 12.30 then at 12.45 i arrived at KL Sentral. Torusss saje ke KG sebab dorg dah sampai dah. Sampai je dah nampak dorang melambai2 tangan kat aku. We ols have lunch together and apalagi sambil makan sambil borak. Pasal the 2 new moms, pasal trip JA-WA ke jepun, pasal ex-team aku kat SCB .. etc. Tgk wa, perut dah besau .. heheh .. ni first baby dia. Fina and Aiesas dah selamat jadik mak budak, aku ngan fara moms with 2 kids, tinggal hanis and ja jek yg belum.. Well i hope they will experience it too when the proper times comes.


Around 2, masing2 dah mula angkat punggung .. heheh bukan apa, nak mengejar train masing2. Apa2 pun i'm happy got the chance to meet them again.


Masa sampai kat booth jual majalah tu, we ols berenti kejap. Wa dok beli Pa&Ma keluaran Januari 2009. Then aku tengok Fara pun beli. Aku dah rekey Pa&Ma ni dpd ari tu, tp bila aku tgk content dia lebey kurang sama jek ngan apa yg ada dlm koleksi aku, so aku malas nak beli. Tetiba aku nampak, ada dpt free table calendar 2009. Terus aku pun nak beli gak, tetiba mamak tu kata tak ada dah, kalau nak kena pegi kedai dia kat level atas. Hmm takde maknernyer ler aku nak g kedai dia kat level atas semata2 nak beli majalah tu sebab nak dapat calendar. Lagipun dah kol 2 lebey. Takut lambat lak sampai opis. (Walaupun kucing2 tak ada, still aku kena jaga attendance aku .. hahah .. tak confirm lagik kan ... )


So aku decide nanti kat Ampang Park station aku singgah aje laa kat kedai majalah kat situ. Harunya sampai situ, takde nampak bayang pun majalah Pa&Ma tuh. Huhuh .. tensen jek. Tp at the same time kat kepala aku kata takper la .. save duit aku. Masa dah dekat sampai opis tu, aku terpandang plak kat taxi stop kat depan opis tu. Kat situ ada booth newspaper and ada gak jual majalah. Kaki aku terus jek melencong ke situ dengan harapan ada laa majalah Pa&Ma nih. Luckily, hahaha at last dapat gak aku majalah tu with the calendar inside. Tuhh dia, table calendar punya pasai naaa ..





Friday, November 14, 2008

November Besday




Minggu nih dah jadik macam minggu besday. Starting with my dotter nyer besday on monday. I bought her a big cake to celebrate. Then i share the cake with Maz and Kak Tun. Well because they are the one who sit nearby me and most of all they are the one who always give me support and motivation during my bad times with my ex-LB. Not that i forgot the support from my default 3 advisors, no occay. But the 3 of you are not nearby me so i cannot pass the cake to you mommies .. hahaha .. maybe next time occay we set for a big besday party for Sarah or Lisa then we can share the cakes and cookies together2 ..

Ari nih plak besday my opismate >> Maz, and also my Reban Geng >> Limah. I sent them my besday wish. Limah hope for a baby boy as her besday wish and Maz i think she has her own agenda and wish but i actually does not have the chance to ask what she wish of for her besday as i'm busy attending the project meeting since morning up till noon. I am sure she also hope for a good things to happen. Aminnn.

Also this morning while attending the project meeting as usual on each Friday, i received a message from one of my closest neighbour saying that she had delivered a baby boy. This is her first child. Alhamdulillah at last they were blessed with a child after waiting for nearly 3 years. See what a good news to have on one good day >> Friday.

Later on next 17 is Amirah birthday, my niece whom i stay with during my bachelor day and also the coming 23 will be a birthday for my other niece, Fadlin Nazurah who turn 1, same age as Khalisah.

One of the manager in my office told me this morning, those who get birth in November are said to be a cute person and also a person with good at heart. So to whoever celebrate his/her birthday this month, i wish the person to be happy, blessed with whatever good thing he/she does and all the good things to happen to him/her. ( But i think most of us are good at heart .. right frens ... :D )

So ... today is Friday, tomorrow is Saturday, weekend times, time to spent the quality and happy day with my kids and family. And also, tomorrow there will be a sport carnival at Petronas Permata Training Center, Bangi. I hope i can bring my kids to the carnival and enjoy ourselves there. Cheesee ...


Wednesday, November 05, 2008

Contribute to SCB-Scope ISCN Buddies


Aku dapat offer keje kat sini after a long period of hibernation kat rumah jaga anak. Well bersyukur yang amat sebab selepas 7 bulan dok tanam anggur kat rumah, akhirnya dapat jugak aku keje. First time masuk keje, kena attend induction course for 2 days. Actually 1 1/2 hari jek. Second day tu dah start dok tempat sendiri and team mate dah brief keje apa kena buat .. hahahah.



Memula sampai kat department aku tu, quite shock gak. Mana taknyer ... hampir kesemua staf dalam dept tuh are from Bollywood dan Mollywood. Mau tak terperanjat. Apart from that ada gak yang datang daripada Pangako Sayo. Really rasa macam dok luar negara ler plak. Well multinational company, mang ler macam tu kan .. aku jek yg terjakun kejap.Takpe kejap jek, sib baik tak lama sangat .. harus error aku nanti keje situ.



Then aku realise, dlm dept tu ada 2 orang jek malay, aku ngan sorang budak nih, nama dia Zuliany Hafiz. Bagus budak zul nih. Susah gak tak ramai melayu nih, tak de click susah gak. hahahah. Later on aku terserempak dengan a few other budak melayu from other department. Yg paling dekat dengan tempat aku duduk tu ada sorang budak melayu, her name Shafina. Dia nih laa yang dok perkenalkan aku dengan geng dia yang lain. Then aku kenal laa Ainen Salwa, Aiesas, Hanis, Ija and few others. (Aku mention nama geng2 aku jek nih .. leh gitu .. hahaha)



These ladies mang baekk punya geng la. Mang seronok sangat dapat kenal dorg. Fina and aiesas dua orang mak buyung with their first baby. Dua2 sibuk tanya cemana rasa nak bersalin, cemana nak jaga anak kecik, baper banyak baju nak beli etc yang berkaitan dengan nak dapat anak. Almaklum ler aku nih dah ada anak 2. Diorang siap tak caya aku dah ada 2 anak. Well bak kata fara, anak 2 muda lagik .. sapa anak 3 tu kira paling tua laa kan .. ehhehe ...



Friday lunch time mesti pegi lunch luar. Paling best rasanya g lunch kat KL Sentral. Hanis experience her first trip to KL Sentral. Tak penah sampai katanya. Ni ler lunch paling jauh yg aku penah pegi ngan dorg. Kalau tak aku pegi Amcorp Mall ke or dekat2 situ jer la.



Then aku dapat offer ke company aku berada sekarang ni. Susah hati betul. Dalam pada gembira dapat offer tapi hati ni dalam dilema gak sebab rasa keje kat sini dah ok. Kawan2 pun ok. Aiesas keep urging me not to leave SCB ISCN. Tapi apa kan daya dalam pada berat hati tu rasa terpaksa gak pegi. Due to certain circumstances yang aku have to choose for the sake of family. Dalam pada tu rasa bersalah pun ada sebab aku ajak Fara join the company and she got the offer. Pastu aku lak nak tinggalkan dia. Again... Sorry banget sih Fara.



Apapun aku rasa, walaupun aku keje sekejap sangat kat company nih. Only 3 months, but i felt that the experience and the time spent here is very much worth it and this is the best company yang aku penah keje. (But the first best frens come from PNC .. hehehe ) Good team-mate (ye ker fara dorg nih baik lagi tak, ker lepas KM kuar dorang buli Fara??? ), good frens, and good working place environment. Macam2 aktiviti ada yang dorg buat utk balancekan between keje dan life. If there i a chance to work there again one day, i might consider to do so.



Thanks to all my frens, thanks for accepting me and i really appreciate the time we had together.




Farewell lunch sponsor by Aiesas - thanks mom :D