Wednesday, October 18, 2006

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1427H


Salam Aidilfitri buat semua. Yang balik kampung tuh berhati2 dijalanraya. Yang jauh di perantauan tuh (err ... sapa ekk :D) kami disini tak lupa pun pada kamu. Mohon ampun dan maaf seandainya ada salah dan silap sepanjang bicara kata antara kita.

Tuesday, October 10, 2006

Ermmmm .. Alahaiiiii ....

Ermmm Alahaiiii .....
Lama betul aku tak update blog nih walaupun byk citer yang nak aku storykan kat sini.

Ermmm Alahaiiii .....
Anak aku yg comeyyy tuh (heheh kena laa puji anak sendiri kan ..) skrg dah pandai meniarap dan berpusing2 dah. Seronok jer tgk perkembangan dia yang dari sehari ke sehari macam2 aktiviti dan akal baru yg dia dapat. Tido malam pun dah lasak .. mang kena kepung laa dengan bantal or else mau jatuh katil tuh ..

Ermmm Alahaiiii .....
Kerjaan di kantor waktu ini makin menyebelkan sih.. gi mana harus dibuat dehhh ...

Ermmm Alahaiiii .....
Diam tak diam puasa dah 17 hari, sekejap betul masa berjalan. Minggu depan mesti sibuk dgn persiapan raya mcm tukau2 duit raya kat bank, amik kuih raya yang dah ditempah, kemas2 rumah sebelum balik beraya kat kampung ... hmm kejap betul aje dah 2 tahun aku beraya sebagai seorang isteri kepada Mr.M ... hehehe

Ermmm Alahaiiii .....
Raya tahun nih tak tahu ler jadik ke tak nak buat OPEN HOUSE. Haaa budget lari lagi, rumah pun tak furnish sgt ... segan lak nak ajak org datang. Tapi kalau korang nak datang gak .. well pintu rumah tuh sentiasa terbuka ... (jgn lupa eekkk duit raya utk sarah .. hahahah )

Ermmm Alahaiiii .....
Tahun nih aku beraya kat terengganu .. huarggggghhhhh ... tak balik johor pun .. Alaaa sama jer raya memana pun. Even though tak sama aku nak quote kata2 my blog sifu nih "Tak apa laa asalkan suami berada disamping kite, kat mana2 pun tak apa" ... errrr anak sapa laa tuh yek yg cakap.