Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Wednesday, December 21, 2011
9 Waktu Mustajab Nasihatkan Anak-anak
Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :
1-Sebelum anak tidur.
2-Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
3-Selepas anak bangun tidur.
4-Selepas anak mandi.
5-Selepas anak solat.
6-Selepas anak membaca al-Quran.
7-Selepas anak berdoa.
8-Selepas anak beriadah.
9-Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).
Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :
Surah al-Baqarah (apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).
Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”
Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”
Insyallah....Wallahualam..
Wednesday, October 12, 2011
Nasyid Dhuha
I was attracted to this nasyeed group called Dhuha since the first time I heard their album promo at radio IKIM. The song that I like the most called To The Zoo as the lyric and rhythm is really suitable to the kids. I got my first copy of the CD and play it in our family car. Kids really love it even my youngest one, Aimy can sing the song with her pelat accent. Thanks for the producer for producing this cd and having this group to sing the song. I would like to share some of the songs included inside the CD so those of you might wanna sing along together with these kids.
01 - Alu-aluan
*ألسلام عليكم , تحية وسلاما.
وعليكم السلام , أهلا وسهلا.
صباح الخير.
صباح النور.
ما إسمكَ يا أحي؟
إسمي هزنان.
صباح الخير.
صباح النور.
ما إسمكِ يا أحتي؟
إسمي نسيبه.
(عائد*)
مساء الخير.
مساء النور.
ما إسمكَ يا أحي؟
إسمي إقبال.
مساء الخير.
مساء النور.
ما إسمكِ يا أحتي؟
اسمي رمّان.
(عائد*)
الأغنيه: شاذلي
الكلمات: عائدة
المغني: ضحى
02 - Kebersihan Adalah Sebahagian daripada Iman
(ni aimy nyer faveret)
(ni aimy nyer faveret)
*ألنظافة من الإيمان , من الإيمان , من الإيمان
ماذا تفعل؟
أكنس الأرض.
ماذا تفعلين؟
أرتّب الكتب.
ماذا تفعل؟
أنظف النوافذ.
ماذا تفعلين؟
أرمى المهملات.
الأغنيه: شاذلي
الكلمات: عائدة
المغني: ضحى
03 - Dirumah Kami
في بيتنا, في بيتنا, في بيتنا نحى
في بيتنا نحي بالحبِّ والهدِّ
وكلّنا, وكلنا, وكلنا نسعى
وكلنا نسعى بالخير والسّعد
في الغرفة الضيوب نجلس معا
في الغرفة الطّعام نتناول العشاء
في غرفة النوم نستريح ليلة
في بيتنا نعيش بالسّرور والأمان
الأغنيه: شاذلي
الكلمات: عائدة
المغني: ضحى
07- Ke Zoo
(ni laa lagu faveret saya n anak2)
نذهب إلى حديقة الحيوانات
لنشاهد عجائب خلق الاله
أنظروا يا أصدقاء, هناك أسد
أنظروا يا أصدقاء, هناك قردٌ
أنظروا يا أصدقاء, هناك فيلٌ
أنظروا يا أصدقاء, هناك طيرٌ
ألأسد كبير, القردُ صغيرٌ
الفيل كبير, الطير صغيرٌ
كبيرُ, صغيرُ, كبيرُ, صغيرُ
!سبحانالله
(عائٍد*)
أنظروا يا أصدقاء, هناك بقرةٌ
أنظروا يا أصدقاء, هناك سلّحفاة
أنظروا يا أصدقاء, هناك زرافة
أنظروا يا أصدقاء, هناك بطّة
البقرة كبيرة, السّلّحفاة صغيرةٌ
الزرافة كبيرةٌ, البطّة صغيرةٌ
كبيرةٌ, صغيرةٌ, كبيرةٌ, صغيرةٌ
!سبحانالله
الأغنيه: شاذلي
الكلمات: عائدة
المغني: ضحى
Choose the right environment for your child
If a child lives with criticism, he learns to condemn.
If a child lives with hostility, he learns to fight.
If a child lives with ridicule, he learns to be shy.
If a child lives with fear, he learns to be apprehensive.
If a child lives with shame, he learns to feel guilty.
If a child lives with tolerance, he learns to be patient.
If a child lives with encouragement he learns to be confident.
If a child lives with acceptance, he learns to love.
If a child lives with recognition, he learns it is good to have a goal.
If a child lives with honesty he learns what truth is.
If a child lives with fairness, he learns justice.
If a child lives with security, he learns to have faith in himself and those about him.
If a child lives with friendliness, he learns the world is a nice place in which to live to love and be loved.
Wednesday, August 03, 2011
Marhaban Ya Ramadan
Hari ni dah hari ketiga umat islam di Malaysia dan around the world menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan untuk tahun 2011 nih. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik untuk kami sekeluarga untuk menghadapi ramadhan tahun nih. Anak2 pun dah bertukar ke taska baru dah alhamdulillah setakat ni hati saya masih lagi tenang dah harapnya akan terus tenang without new kejutan2 mcm yg dulu.
First day posa, anak2 sibuk kata nak posa nak posa. Tp by pukul 11 tu sarah dah sibuk melembikkan diri dan mintak susu... "Penat laaa mama ... ". So there it goes her posa. Same goes yesterday bila dia pegi sekolah n pepagi dia dah minum air even tho tadika tu is trying to train the kids of age 5 and 6 years old utk berpuasa. Takpe laa pelan2 laa i told them. Lagipun budak2 ni belum wajib lagi untuk berpuasa tak boleh laa kite nak paksa2 dorang puasa satu hari terus. But i hope within days dia akan learn on apa sebenarnya erti berpuasa nih.
Thursday, June 02, 2011
2nd Chance ???
Kesinambungan dpd entry yg lepas, ari selasa lepas saya dah pergi survey nurseri yg saya dok aim tuh. My analysis from the visit and conversation ngan owner tuh,
- Persekitaran rumah - ok [bersih, teratur]
- Alat bantu mengajar (utk budak2 3 thn ke atas) - ok [dia kata ada ajar membaca n mengenal huruf guna buku Bacalah Anakku tu].
- Makanan - ok [Dia kata baby memang dia sediakan makanan, no additional cost kena add and parent tak perlu bawakan makanan melainkan parent sendiri yang nak bekalkan]
- Jadual makan - ok [dia kata still sama, pagi around 8.30-9am, tgahri 11.30-12pm, ptg 4pm]
- Tenaga pekerja, 3 orang, muda semuanya - my rating for this, so so sbb cam kurang confident je tgk gaya dorang ni untuk jaga budak.
- Kemudahan permainan/rekreasi anak2 - ok [ada 2 jenis gelongsor, satu std utk budak2 kecik 1-2 years, satu lagi utk budak age 3 years and above + satu buaian + mainan macam blok2 LEGO tu pun ada]
- Tilam kena bawak sendiri and dia akan advise soh bawak balik tilam bila weekend untuk parent basuh or jemur.
- Charge per kids same rate - 250 per head [ada laa diskaun sket tp tak byk laa banding taska skrg, but still acceptable la for me]
- Overtime still same rate, cumanya timing dia start 6.30 ptg. Hari Sabtu dan Ahad pun dia boleh buka kalau ada request from parent. Charge sama ngan overtime charge cuma kalau lebih 5 jam dia add rm1 lagi untuk cover makanan dan elektrik.
- Registration charge rm20 per head, kalau anak umur 3++ ada satu lagi fee for stationary rm30 per year - [untuk buku2 mengaler and alatulis dan kaler]
Nampak dari cara gaya owner tu citer mang laa agak lebih teratur pengurusannya dan agak confiden. Tapi tu laa masalah n dilema saya skrg, bila dah jadik byk kali kes camni, susah nak caya. Manusia skrg ni manis bila didepan, belakang tak tau cemana.
Nak teruskan budak2 tu kat tempat skrg rasa bersalah, nak tukarkan ke tempat baru ni pun rasa bersalah gak. Lisa cam dah berkenan je tempat tu. Main thing sebab dia nampak ada gelongsor n buaian (well typical kids punya mind kan .. asal ada tempat main sure best). Tapi ntah laaa kenapa rasa berat plak nak decide untuk hantar anak2 ke situ. Maybe kena lanjutkan lagi edisi siasat kot.
Tuesday, May 31, 2011
Edisi Pencarian Bermula
Since ada orang tu dengan senang hati menipu dan terus menipu tanpa rasa bersalah disebalik miming muka yang manis itu. Saya rasa saya tak sanggup untuk terus bersubahat dengan tipu muslihat orang ini. So pagi ni saya terpaksa memulakan sessi pencarian tempat baru untuk anak2 tercinta.
Ada satu tempat yang saya tengah aim, insyaallah petang ni nak survey the place. Semoga tuhan permudahkan urusan saya dan seandainya tempat tersebut adalah tempat yang terbaik untuk anak2 saya, insyaallah akan saya pindahkan mereka ke situ.
Monday, February 28, 2011
26 February - She formally turn 1
Before this i had posted 1 entry on her birthday. But that one is based on Islamic calendar. So her actual besday is on 26th February. Luckily tahun ni jatuh masa hari cuti. Awal2 lagi dah oder kek kat kedai kek sebelah umah ni, hehehe bukan ler kedai benonya, cuma jiran sebelah umah ni dah bukak business buat kek laa plak skrg so senang oder je laaa kat dia. Kek buatan dia pun sedap, ala2 taraf secret recipe pun gak. Yg penting kite tau halalan toyyiba dia kan.
Mang takde laa plan nak buat makan2 pun. Just nak buat potong kek jek since last week mang amats ler busy ngan keje and anak2 plak tak sihat kat umah tuh. But since dah ajak my sisters with her group of kids tuh, so mang nak kena buat sometin yg boleh dimakan2 laa kan. Almaklum my nieces and nephews tu mang angkatan kuat makan ... hahaha .. so pagi tu we ols g Giant Nilai je cari stok. Yerr yer En PW, Giant .. sebab TESCO tak bukak lagi. :D
Cari stok yg senang jek, we decided to buy the rosted chicken, then beli fruits and salad to make a fruits salad, potato fries, campbell chicken soup cream, french bread. Sort of cam english style menu ler lunch besday ari nih.
Since kuar ke Giant tu pun dah kol 10, sampai umah jek dah kol 12. Sib baik laa mende2 ni senang jek nak prepare. Baru masuk umah tak sampai 10 minit, my sister n her kids dah sampai. Huhhh jadi pesilat ler saya dibuatnya. Tp sib baik laa my sister pun tolong sama kalau tak mang lambat ler nak siap lunch ari tu. Ditambah pula, mak sibuk nak balik ke JB ikut my cousin since Ahad esoknya ada wedding my cousin kat JB. We ols tak balik sebab ari tu dah ikut rombongan cik kiah ke Lipis. Adil la tu kan. Kalau sumer nak kena pegi, kopak ler kocek nih.
Halfway around prepare the foods, kena kuar lak kejap anto mak ke tol Putra Mahkota tu since my cousin dah sampai. Then balik singgah jap beli air. Sampai umah dah kol 1.15. Bebudak masing2 dah tak sabar, lapau pun yer, nak tiup kek pun yer. So siap2 .. then we kumpul around the table, with Aimy there, as usual sing the besday song, n tiup ler lilin tuh. Alaaa yg tiup pun bukan Aimy, Sarah n the cousins jek yg lg excited tiup. Apalagi after that terus lerr serbu makanan since dah kelaparan ..
Untuk kengkawan n jiran terdekat tuh, nnt laa ekk lenkali kite buat combo besday celebration. Insyallah.
Untuk my dear dotter Aimy, semoga menjadi anak yg solehah dan insan yg berguna, berakhlak baik dan berjaya di dunia dan akhirat. Insyallah ... Aminnn

Thursday, February 17, 2011
5th February - The 6th Anniversary
Oooopss mang agak lewat untuk buat post about the anniversary of our marriage. Since during the date tu kami sibuk dengan rombongan cik kiah menghantar pengantin ke Lipis, so mang tak dan ler nak buat hapdet on this.
Apapun, sungguh cepat laa masa berlalu. Sekejap je dah 6 tahun we live together as husband and wife. Now there are 3 princesses in our family. Live quite hectic with the additional of new family members but apapun i felt happy with their presence. Semoga perjalanan yg panjang ini akan sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Allah. Semoga kami sama2 mendapat berkah daripada keluarga ini.

Monday, January 31, 2011
Menuju Keluarga Sakinah - Part 4: Cara Mendidik Anak-Anak
Post kali ini merupakan kompilasi ilmu yang saya dapatkan daripada beberapa sumber di internet untuk dikongsikan bersama rakan maya dan sahabat2 yang melawat blog saya ini. Fokus utama adalah bagaimana untuk kita, ibu bapa akhir zaman ini yang terlalu sibuk dengan urusan harian tentang bagaimana caranya untuk kite mendidik anak-anak yang kita sayangi seperti yang dipesankan oleh para kekasih Allah.

Anak-anak adalah zuriat dan pewaris kita di masa hadapan. Meskipun kita telah meninggal dunia, saham yang dilakukan oleh anak-anak masih sampai kepada kita. Saham yang dimaksudkan ialah dosa dan pahala.
Seorang blogger ada menceritakan tentang beberapa tahun yang lepas beliau pernah mendengar seorang ustaz mengajar. Ustaz itu menceritakan kisah Luqman Al Hakim. Sebagaimana yang kita semua tahu, Luqman adalah seorang hamba yang sangat taat kepada tuhan, beliau juga mempunyai anak yang baik budi pekertinya, elok akhlak dan kuat imannya. Bagaimanakah Luqman mengajar anaknya? Soalan ini pernah ditanya oleh sahabat Luqman sendiri. Lalu Luqman menjawab:
“Saya mendidik anak saya sebelum mereka lahir lagi, bahkan sebelum saya berkahwin!”
Ehem, bagaimana ya ingin mendidik anak sebelum mereka dilahirkan? Luqman menjawab lagi:
“Didiklah diri kamu dahulu. Jadilah seperti mana anak yang kamu inginkan!”
Kadangkala kita inginkan yang terbaik daripada orang lain, sebaliknya kita sendiri tidak berubah ke arah itu. Begitu juga dengan anak-anak, kita mahukan anak-anak yang baik, rajin, berhati mulia, dihormati, disayangi dan disukai oleh sesiapa sahaja, namun kita sendiri tidak pernah memperbetulkan diri untuk menjadikan diri kita sentiasa lebih baik dari hari ke hari.
Jika mahukan anak yang sentiasa bersembahyang jemaah di masjid, bersembahyanglah kita ke masjid mulai hari ini, jika mahukan anak-anak yang cemerlang, cemerlangkanlah diri kita mulai hari ini, jika mahukan anak yang suka bersosial, hiduplah kita dengan bersosial dan bebas tanpa memikirkan apa yang bakal berlaku di masa hadapan.
Pesanan Saidina Ali:
Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.
7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.
7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.
7 tahun ketiga, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh meroksakkan akhlak.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ada juga persoalan yang ditimbulkan oleh ibu bapa berhubung “Umur Paling Lewat Untuk Mendidik Anak-anak”.
Seperti yang dinyatakan dalam sebuah blog, sebenarnya tidak ada istilah terlambat untuk membentuk perangai seseorang. Yang ada hanyalah usaha. Yang menentukan kejayaan usaha itu bukan masa, bukan umur, bukan kita dan bukan juga mereka tetapi hanyalah Allah.
Kurang sabar dan suka menengking ada kaitan dengan sikap garang. Sikap garang tidak semestinya sikap yang buruk. Yang menjadikan sikap itu buruk adalah kerana garang pada sesuatu yang salah. Kita imbas kembali sikap saidina Umar Al-Khattab. Beliau adalah seorang yang garang sebelum memeluk Islam dan masih merupakan seorang yang garang selepas memeluk Islam. Tetapi dengan Islam, beliau garang menentang musuh Allah, beliau garang dengan orang-orang yang cuba menyakiti Rasulullah.
Sekiranya pada masa ini kita menggunakan pendekatan memarahi anak2 dengan cara meninggikan suara dan menengking2 mereka. Kita akan dapat lihat, perbuatan itu akan diikuti oleh anak2 kita dan mereka akan mengulangi cara kite itu untuk memarahi pula adik-beradik yang lain. Memang sikap ini kurang baik, tetapi semua sikap buruk dalam dunia ini boleh diperbetulkan dengan nilai-nilai Islam.
Ada 3 perkara perlu dilakukan.
1 – Ubah Diri Sendiri.
Kadang-kadang kita sering berfikir bagaimana hendak mengubah sikap anak-anak. Tetapi kita sering terlupa bahawa anak kita adalah cermin kepada diri kita sendiri. Bagaimana mereka melihat kita, begitulah sikap mereka. Adalah kurang baik untuk kita cuba mengubah sikap anak kita sepertimana yang kita mahu sedangkan kita sendiri tidak berubah ke arah itu.
Jangan sesekali terfikir yang kita sudah terlambat untuk mengubah sikap, kerana untuk mengubah sikap ia bergantung kepada kemahuan dan usaha kita sendiri. Tiada kaitan dengan masa atau umur. Jika kita sendiri rasa bahawa kita sudah terlambat, maka sikap yang ada pada anak-anak kita itu sudah tentu tidak dapat diubah lagi.
2- Marah dengan menyebut kebesaran Allah dan dengan nada yang sederhana.
Apabila marah, marahlah dengan menyebut nama Allah. Biasanya apabila kita marah kita sering terlupa bahawa apa yang berlaku itu adalah ketentuan dari-Nya. Dengan menyebut nama Allah kita akan kembali ingat kepada-Nya meskipun dalam keadaan marah. Usah menengking-nengking dengan kuat kerana perbuatan itu hanya akan menyebabkan hati kita semakin panas membakar. Bercakap dengan nada yang sederhana dan tegurlah dengan baik.
3- Banyakkan berzikir, selawat dan mempelajari ilmu agama bersama-sama anak. Tanamkan ke dalam hati kita dan hatinya rasa cinta kepada Allah dan rasul-Nya.
Hanya diri yang kuat ingatannya pada ilahi dan kuat imannya akan menjadi seorang yang tenang. Begitu juga anak-anak. Mereka akan melihat bagaimana kita menghadapi sesuatu situasi. Jika kita sering kelihatan tenang dan bersahaja, mereka juga akan terikut-ikut dengan sikap itu. Namun untuk bersikap tenang kita perlu menyucikan hati dengan selalu mengingati Allah.
Dari persoalan ini jelaslah kepada kita bahawa tiada istilah terlewat dalam mendidik anak-anak mahupun mendidik diri sendiri. Sebab itu Allah sentiasa membuka pintu taubat dan sudi mengampunkan dosa mana-mana sahaja hambanya yang ingin bertaubat. Tidak kira berapakah umur mereka. Manusia sentiasa boleh berubah.
Ketahuilah bahawa Allah mengurniakan ganjaran yang besar untuk mereka yang menyayangi anak-anak. Di bawah adalah 9 fadhilat mendidik anak yang dipetik dari blog Anakkusoleh.com:

- Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
- Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
- Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
- Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
- Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
- Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
- Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
- Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
- Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
Subhanallah..Begitu banyak ganjaran yang Allah kurniakan kepada mereka yang menyayangi anaknya. Semoga kita semua mendapat fadhilat yang dinyatakan di atas. InsyaAllah…
Subscribe to:
Posts (Atom)