Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts
Wednesday, December 21, 2011
9 Waktu Mustajab Nasihatkan Anak-anak
Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :
1-Sebelum anak tidur.
2-Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
3-Selepas anak bangun tidur.
4-Selepas anak mandi.
5-Selepas anak solat.
6-Selepas anak membaca al-Quran.
7-Selepas anak berdoa.
8-Selepas anak beriadah.
9-Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).
Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :
Surah al-Baqarah (apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).
Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”
Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”
Insyallah....Wallahualam..
Wednesday, November 02, 2011
Doa Ringkas Selepas Solat
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Tuesday, November 01, 2011
Renung-Renungkan
Manusia hanya akan berubah dengan pendidikan (ILMU)
Manusia jahil tanpa ilmu payah untuk berubah, bahkan akan menjadi penentang kebenaran. Akhirnya menjadi pendokong kebatilan.
Pendidikan Islam harus menjadi keutamaan semua pihak. Cita-cita pendidikan Islam harus didokongi bersama agar lahir generasi yang kenal ALLAH dan mencintai RASULULLAH.
Manusia jahil tanpa ilmu payah untuk berubah, bahkan akan menjadi penentang kebenaran. Akhirnya menjadi pendokong kebatilan.
Pendidikan Islam harus menjadi keutamaan semua pihak. Cita-cita pendidikan Islam harus didokongi bersama agar lahir generasi yang kenal ALLAH dan mencintai RASULULLAH.
"Jika pun kita diuji oleh Allah belajar dgn ujian yg dilalui oleh Rasulullah,
Kalau pun kita sukar, kita tidak mampu menandingi kesukaran Rasulullah,
Kalau pun kita susah, ditekan dan di tekan dalam hidup,
kita tidak mampu menandingi tekanan demi tekanan yg dilalui oleh Rasulullah s.a.w.."
Thursday, October 27, 2011
Jaga Hati dan Lidah
Rasulullah s.a.w. pernah mengingatkan umatnya supaya menjaga lidah dengan sebaik-baiknya kerana ia mendatangkan kesengsaraan kepada manusia jika salah digunakan.
‘Barangsiapa beriman kapada Allah dan hari akhirat hendaklah bercakap perkara baik atau diam.”
Keengganan atau kelalaian kita untuk menjaga lidah kita dengan baik boleh menjuruskan kita melakukan dosa.
Justeru itulah Rasulullah mengingatkan bahawa “Barangsiapa banyak bercakap banyak pula salahnya dan barangsiapa banyak salah banyak pula dosanya,maka api neraka lebih utama baginya.”
Berdasarkan kepada hakikat itulah, berhati-hatilah ketika bercakap dan peliharalah kesucian kita dengan sebaik-baiknya.
Wednesday, October 12, 2011
Doa Dhuha
Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...
Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah
Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh
Compliment from UNIC
Wednesday, September 14, 2011
Tazkirah Hari Ini - 16 Syawal 1432H
UMMATAN WASATA – 044
by Abdullah Yasin on Monday, September 12, 2011 at 12:07am
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُوْنُوا شُهَدَآءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُوْنَ الرَّسُوْلُ عَلَيْكُمْ شَهِيْدًا ، Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. ( Al-Baqarh / 2 : 143 )
Pengajaran Ayat :
1. Dalam keghairahan kita ingin kembali kepada agama Islam yang asal sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW, ( Sila Lihat Nota 043 : Falsafah Eid Al-Fitry ) kita jangan sekali-kali perpegang kepada agama Islam secara berlebih-lebihan atau sebaliknya terlalu longgar. Ayat diatas menjelaskan bahawa Allah SWT telah menetapkan bahawa umat akhir zaman, umat Nabi Muhammad SAW dijadikan-Nya sebagai “ Ummatan Wasata “. Ummatan : Umat ; Wasata : Makna asalnya adalah “ pertengahan “. Tapi dalam kitab-kitab Tafsir Al-Quran selalu diartikan dengan makna “ Adil dan Pilihan “. Dan kerana keadilan, maka mereka layak menjadi saksi bagi seluruh manusia di akhirat nanti. Dan makna pilihan pula, umat Muhammad SAW adalah umat yang terbaik. Ini sebagaimana firman Allah : Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk umat manusia. (Ali Imran/3 : 110).
2. Umat Islam adalah umat yang adil. Makna adil pula ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Mereka berbeza dengan Yahudi dan Musyrikin yang terlalu kebendaan (materialistic) dan terlalu mementingkan factor jasmani, lalu mengabaikan factor rohani. Umat Islam juga tidak seperti Nasrani yang terlalu mementingkan factor kerohanian (spiritualistic), lalu mengabaikan factor jasmani. Umat Muhammad SAW adalah Umat Pertengahan. Hal ini seperti perkataan Abdullah Ibnu Abbas RA : ( خَيْرُ الأَعْمَالِ أَوْسَطُهَا ) : Sebaik-baik amalan adalah pertengahan. (Kasyf Al-Khafa’ ; Hal. 391). Rasulullah SAW ketika menafsirkan makna ( أُمَّةً وَسَطًا ) dalam ayat diatas bersabda : (عَدْلًا ) : Adil. (HR Tarmidzi ; Hadis Hasan Sahih). Jadi makna ayat diatas : Kami jadikan umat Islam umat yang adil lagi pilihan. Merekalah umat pertengahan dalam semua urusan mereka, tidak ifrat (berlebih-lebihan) dan tidak pula tafrit (longgar), sama ada dalam hal agama ataupun dalam hal keduniaan. Contoh : Dia tidak akan solat sepanjang hari sehingga mengabaikan kewajipannya terhadap dirinya, keluarganya, masyarakatnya dan negaranya. Dia juga tidak hanya solat jika sempat saja sehingga kurang dari lima kali sehari semalam atau solat tanpa tumakninah dan lain-lain. Tetapi dia akan meletakkan setiap tuntutan agama pada tempatnya.
3. Imam Al-Auza’iy berkata : ( مَا مِنْ أَمْرٍ أَمَرَ اللهُ بِهِ إِلَّا عَارَضَ الشَّيْطَانُ فِيْهِ بِخَصْلَتَيْنِ لَا يُبَالِي أَيَّهُمَا أَصَابَ الغُلُوَّ أَوِ التَّقْصِيْرَ ) : Tidak ada satupun perintah dari Allah (kepada manusia) melainkan syaitan pasti berusaha agar mereka melakukan dua perkara, dan dia tidak peduli yang mana dari dua itu yang umat manusia lalui, sama ada berlebih-lebihan atau longgar. Jadi umat Islam yang ideal dan contoh, akan sentiasa meletakkan sesuatu pada tempatnya. Selain mereka layani kehendak jasmani seperti makan, minum, pakaian, kahwin, memperbaiki hubungan dengan sesama insan, mereka juga tidak lupa melayani kehendak rohani seperti menekuni ibadat dan bertaqarrub mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Selain melayani kehendak jasmani mereka juga melayani kehendak rohani. Demikian sebaliknya. Selain mereka jaga makanan jasmani agar jasmani sihat, mereka juga menjaga makanan rohani agar rohani juga sihat. Mereka bangga dijadikan Allah sebagai umat manusia, mereka bukan makhluk malaikat dan bukan pula makhluk binatang ternak.
4. Sifat “ Wasata “ atau adil atau pilihan atau sederhana pada umat Muhammad SAW dituntut dalam semua bidang, apakah dalam bidang muamalat, ibadat hatta dalam bidang aqidah. Sungguh banyak dalam Al-Quran dan Al-Hadis yang menunjukkan perinsip ini. Sebagai contoh Al-Quran bukan hanya melarang sikap bakhil kedekut tetapi juga melarang sifat boros, tetapi Islam menyuruh supaya berada diantara keduanya. (Surah Al-Furqan) ; Nabi SAW melarang sahabat bernama Abdullah Bin Amru Bin ‘Ash berpuasa sunat setiap hari, solat malam tanpa tidur dan tidak menggauli isterinya lagi, lalu bersabda : Allah ada hak yang mesti kamu tunaikan, demikian juga dirimu dan ahli keluargamu juga mempunyai hak yang mesti kamu tunaikan. (HR Imam Muslim ). Dalam bidang aqidah umpamanya : Kita wajib beriman dengan semua sifat Allah sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya dan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasul-Nya dalam hadisnya yang sahih tanpa takwil, tanpa tamthil, tanpa tasybih, tanpa takyif. Dalam hal-hal ghaib kita wajib percaya saja tanpa takyif yakni mempersoalkan bagaimana ia. Berpeganglah dengan panduan Salaf Soleh yang mengatakan dalam hal ini ( إِثْبَاتُ الوُجُودِ وَلَا إِثْبَاتُ الكَيْفِيَّةِ ) :Kita ithbatkan (tetapkan) kewujudannya, tanpa mengithbatkan bagaimana dia. Contoh : Kita yakini saja akan adanya dua malaikat yang mencatat amal perbuatan dikiri dan dikanan kita tetapi kita tidak perlu tahu bagaimana rupa dan cara mereka mencatatnya. Sebagaimana kita yakini saja bahawa Allah SWT memang bersemayam di atas ‘Arasy-Nya tanpa perlu mengetahui bagaimana cara Dia bersemayam.
5. Disebabkan mendapat keistimewaan “ Ummatan Wasata “ yakni umat yang adil, maka umat Muhammad SAW layak menjadi saksi ke atas semua umat di Akhirat nanti. Daripada Sa’id Al-Khudriy bahawa Rasulullah SAW bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari : Nabi Nuh AS dipanggil oleh Allah pada hari kiamat lalu bertanya : Apakah engkau sudah sampaikan risalahku ? Nuh AS menjawab : Sudah. Kemudian Allah bertanya pula kepada umat Nuh AS : Apakah dia (Nuh) sudah sampaikan kepada kamu risalah-Ku ? Kaum Nuh menjawab : Tidak ada seorangpun datang kepada kami menyampikan risalah-Mu. Selanjutnya Allah bertanya kepada Nuh AS : Siapakah yang akan menjadi saksi bagimu wahai Nuh ? Nabi Nuh AS menjawap : Muhammad dan Umatnya. Selanjutnya Abdullah Al-Mubarak (133-177H) menambah : Umat Nuh berkata : Ya Allah, bagaimana umat Muhammad menjadi saksi ke atas kami sedangkan mereka hidup tidak sezaman dengan kami ? Lalu Allah bertanya kepada umat Muhammad : Bagaimana kamu boleh menjadi saksi ke atas umat Nuh yang kamu sendiri hidup tidak sezaman dengan mereka. Umat Muhammad menjawab : Ya Allah, Engkau telah utus kepada kami seorang Rasul (Muhammad) dan Engkau juga telah turunkan kepada kami kitab-Mu (Al-Quran) yang mengandungi kisah tentangt Nabi-Nabi dan umat terdahulu. Lalu Allah SWT menjawap : ( صَدَقُوا ) : Sungguh benar mereka (umat Muhammad SAW). Hadis sahih ini memperkuatkan lagi kebenaran ayat diatas. Kita wajib bersyukur - Al-Hamdilillah - kita dijadikan oleh Allah sebagai umat Muhammad SAW.
6. Adapun maksud ayat “ dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi ke atas (perbuatan) kamu “ bahawa Nabi Muhammad SAW kelak pada hari kiamat akan diminta oleh Allah SWT agar menjadi saksi ke atas akidah, ibadah dan akhlak umatnya, sebagaimana juga Rasul-Rasul yang lain akan menjadi saksi ke atas amalan kaumnya masing-masing. Oleh itu, kita selaku umat akhir zaman wajib merasa terikat dengan ketentuan bahawa amal perbuatan kita tidak akan diterima oleh Allah kecuali jika memenuhi dua syarat utama amal soleh, iaitu : 1. Lakukanlah amalan itu dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah ; 2. Lakukanlah amalan itu sesuai dengan cara yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW. Kita mesti yakin bahawa dalam Mahkamah Ilahiy di akhirat nanti, yang bertindak sebagai Hakimnya adalah Allah SWT sedangkan yang dipanggil sebagai saksinya adalah Nabi Muhammad SAW, bukan imam mazhab dan bukan pula tuan guru. Oleh itu, jika ingin selamat ketika amalan dihisab kelak, jangan fanatic atau ta’assub tuan guru. Pandangan ulama atau tuan guru perlu dihormati dan malahan boleh diikuti, tetapi dengan syarat selama ia tidak bercanggah dengan Sunnah Rasul SAW. Berfikirlah secara waras sebelum menyesal !!!
7. Untuk mencapai tahap “ Ummatan Wasata “ yakni Umat Yang Adil adalah mustahil jika kita tidak memiliki ilmu pengetahuan, khasnya tentang selok belok dan hukum-hakam agama Islam. Mengapa demikian ? Sebabnya : Maksud sebenar perkataan“Adil“ dalam Islam adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bagaimana anda akan meletakkan sesuatu hukum pada posisi yang sebenarnya andaikata anda tidak mempunyai ilmu tentangnya. Islam bukan saja melarang kita merubah hukum Allah dari Haram kepada Halal atau sebaliknya dari Halal kepada Haram ; malahan Islam juga melarang kita merubah hukum Allah daripada Makruh kepada Haram atau daripada Sunat kepada Wajib, atau sebaliknya. Dengan berbekalkan Ilmu Pengetahuan Agama, khasnya yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah, maka hidup kita akan tenang tenteram serta yakin ketika beramal. Hanya dengan cara demikian kita dapat melawan musuh utama kita yakni Iblis atau Syaitan Laknatullah. Rasulullah SAW menjamin bahawa umatnya tidak akan sesat buat selamanya dalam sabdanya : Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara. Selama kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya, maka kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya, iaitu Al-Quran dan Sunnahku. ( HR Imam Malik dalam kitabnya Al-Muwatta’ )
Tuesday, March 22, 2011
Adik Adikku Musim Ke-2 - FINAL
Adik adik anak soleh



Adik adik serba boleh
Adik adik akhlak yang mulia
Senyum ceria
Semua orang suka
Berkasih sayang
Sesama kita
Taat Allah dan Rasul
Kasihkan Ibu Bapa
Beramal soleh
Dimana saja
Berjuang dan berkorban
Untuk agama
Adik-adikku Insyaallah Boleh!!!
Lagu ni dah jadik satu trend baru kat rumah since kami tengok siri Adik-adikku musim ke 2 nih. Ekceli musim pertama dulu pun dah tengok program ni tp cuma start masa siaran final, then baru tengok semula siaran ulangan kat tv9 kalau tak silap la. Start musim ke-2 ni mang saya dan anak2 dok ikuti siaran dia tiap hari kol 6.30 petang. Seronok tengok anak2 kecil yang berbakat besar sebagai Dai'e atau pendakwah muda nih. Sejuk perut ibu2 yang mengandungkan mereka nih.
Even tho my dotters lebih fokus pada lagu tema program ni daripada menghadam apa yg disampaikan oleh dai'e2 kecil nih, but takpe laa from the song insyaallah sikit sebyk akan ada juga pengisian kat jiwa mereka. Terdetik gak dalam hati ni seandainya my dotter can be like that alangkah bahagianye rasa.
So malam tadi start kol 9 dah mula laa melepak depan TV tgk siaran akhir program ni. Amat kagum dengan cara penyampaian mereka berpidato, bersajak, berpantun dan yg paling penting membaca ayat2 al-quran. Dekat pukul 11 baru habis sessi berpidato 7 orang peserta akhir ni. Time tu mang dah agak mengantuk tp cekalkan mata gak nak tunggu keputusan dia. Last2 bila dia panggil DSRM tu naik pentas bagi ucapan before majlis pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah, i cannot wait laa just to hear that lady punya speech. Anak2 pun dah layu jek coz dah kol 11++. So ends up tak tau laa sapa pemenang dia.
Pepagi ni google internet cari pemenang. Even tho i think adik siha tu lagi power persembahan dia, tp well dah rezeki adik munir sebagai juara. 2 years in a row anak didik ustazah asni mendapat gelaran juara. Berkat doa ustzh asni di mekah ni agaknya since dia tak dpt bersama dan sedang menunaikan umrah di mekah 2 hari lepas. Apapun ini lah dia wajah2 pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga program Adik-adikku Musim ke-2.
JUARA
Muhammad Amirul Munir Azlin
NAIB JUARA
Syafiqah Fasiha Ahmad Safri
TEMPAT KE-3
Zaid Najmuddin Zul Akmal
Thursday, February 24, 2011
Kenapa Solat Kita Tak Khusyuk
Antara faktor solat tidak khusyuk:
PERTAMA : tidak ada keinginan atau keghairahan mendirikan solat. Buat seperti dipaksa-paksa menyebabkan solat menjadi sambil lewa dan dengan tidak tulus. Walaupun solat adalah amalan yang ringan sahaja tetapi menjadi sangat berat dek kerana tiada kesungguhan. Main bola berjam-jam boleh tapi solat beberapa minit dah jadi gelisah. Bergayut telefon berjam-jam dengan penuh kesungguhan tapi solat sekejap macam pikul batu 10 tan. Jika tahap keinginan bersolat tak ditingkatkan selama itulah solat tidak akan menjadi ”pengubah” bagi diri seseorang itu. Nak tingkatkan "kemanisan" untuk bersolat ialah dengan banyak membaca al Quran, ingat mati dan selalu ambil tahu tentang kelebihan khusyuk dalam solat.
Sebab KEDUA tak dapat khusyuk solat ialah memakan makanan yang haram. Memakan makanan yang haram bermaksudi menentang Allah. Orang yang menentang Allah adalah orang yang tidak takut Allah. Dan benda-benda yang haram ini akan menjadi darah daging manakala darah daging inilah yang akan menghsulkan "tenaga dan gerakan". Kalau memakan yang haram Ia akan menggerakan dan mendorong perbuatan jahat dan maksiat, Akibatnya hati menjadi kotor dan hati yang kotor mesti sukar untuk beribadat. Solat untuk mendekatkan diri dengan Allah manakala benda maksiat pula menjauhkan kita dari Allah. Orang yang berjauhan dengan Allah tak seronok bertemuNya dalam solat. Dan apabila dah tak "layan" perintah Allah, akibatnya kene "pelangkung" dari Allah.
Sebab KETIGA ialah keras hati dan takabbur. Orang yang takabbur ialah orang yang tidak berupaya untuk merendah diri di hadapan Allah. Rasa diri besar walaupun tak besar mana pun. Kalau perut aje besar buat ape. Manakala hati yang keras pula tidak akan terkesan dengan nilai tarbiah kehambaan yang dilahirkan dalam solat.bila ruku dia tak rasa hina, bila sujud tak terasa kebesaran Allah. Orang besar sangat dihurmati tetapi lupa untuk menghormati Allah tuhan yang maha besar. Orang kaya-kaya sangat dilayani dan dihurmati tetapi lupa untuk menghormati Allah sebagai tuhan yang paling kaya. Hati jadi keras kerana 3 perkara. Iaitu makan makanan yang yang haram,tak dengar majlis ilmu dan banyak dosa.
Sebab yang KEEMPAT ialah ”lagha” iaitu banyak melakukan perbuatan yang sia-sia. Apalagi kalau membawa kepada haram. Cakap banyak yang tak ada faedah, perkataan pula lucah dan cabul serta kotor, bergurau senda yang melampau, umpat fitnah. Sudah tentu perbuatan ini akan membuatkan hati jadi kotor. Bila hati kotor maka isinya adalah maksiat, bila maksiat penuh di hati, zikrullah tak akan masuk. Mendengar muzik dan lagu-lagu yang cabul hanya menjadi ejen kepada syaitan untuk melalaikan solat dan kalau dah bila lalai solat, tak punya ”roh” lagi.
PERTAMA : tidak ada keinginan atau keghairahan mendirikan solat. Buat seperti dipaksa-paksa menyebabkan solat menjadi sambil lewa dan dengan tidak tulus. Walaupun solat adalah amalan yang ringan sahaja tetapi menjadi sangat berat dek kerana tiada kesungguhan. Main bola berjam-jam boleh tapi solat beberapa minit dah jadi gelisah. Bergayut telefon berjam-jam dengan penuh kesungguhan tapi solat sekejap macam pikul batu 10 tan. Jika tahap keinginan bersolat tak ditingkatkan selama itulah solat tidak akan menjadi ”pengubah” bagi diri seseorang itu. Nak tingkatkan "kemanisan" untuk bersolat ialah dengan banyak membaca al Quran, ingat mati dan selalu ambil tahu tentang kelebihan khusyuk dalam solat.
Sebab KEDUA tak dapat khusyuk solat ialah memakan makanan yang haram. Memakan makanan yang haram bermaksudi menentang Allah. Orang yang menentang Allah adalah orang yang tidak takut Allah. Dan benda-benda yang haram ini akan menjadi darah daging manakala darah daging inilah yang akan menghsulkan "tenaga dan gerakan". Kalau memakan yang haram Ia akan menggerakan dan mendorong perbuatan jahat dan maksiat, Akibatnya hati menjadi kotor dan hati yang kotor mesti sukar untuk beribadat. Solat untuk mendekatkan diri dengan Allah manakala benda maksiat pula menjauhkan kita dari Allah. Orang yang berjauhan dengan Allah tak seronok bertemuNya dalam solat. Dan apabila dah tak "layan" perintah Allah, akibatnya kene "pelangkung" dari Allah.
Sebab KETIGA ialah keras hati dan takabbur. Orang yang takabbur ialah orang yang tidak berupaya untuk merendah diri di hadapan Allah. Rasa diri besar walaupun tak besar mana pun. Kalau perut aje besar buat ape. Manakala hati yang keras pula tidak akan terkesan dengan nilai tarbiah kehambaan yang dilahirkan dalam solat.bila ruku dia tak rasa hina, bila sujud tak terasa kebesaran Allah. Orang besar sangat dihurmati tetapi lupa untuk menghormati Allah tuhan yang maha besar. Orang kaya-kaya sangat dilayani dan dihurmati tetapi lupa untuk menghormati Allah sebagai tuhan yang paling kaya. Hati jadi keras kerana 3 perkara. Iaitu makan makanan yang yang haram,tak dengar majlis ilmu dan banyak dosa.
Sebab yang KEEMPAT ialah ”lagha” iaitu banyak melakukan perbuatan yang sia-sia. Apalagi kalau membawa kepada haram. Cakap banyak yang tak ada faedah, perkataan pula lucah dan cabul serta kotor, bergurau senda yang melampau, umpat fitnah. Sudah tentu perbuatan ini akan membuatkan hati jadi kotor. Bila hati kotor maka isinya adalah maksiat, bila maksiat penuh di hati, zikrullah tak akan masuk. Mendengar muzik dan lagu-lagu yang cabul hanya menjadi ejen kepada syaitan untuk melalaikan solat dan kalau dah bila lalai solat, tak punya ”roh” lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)



