Thursday, February 17, 2011
5th February - The 6th Anniversary
Apapun, sungguh cepat laa masa berlalu. Sekejap je dah 6 tahun we live together as husband and wife. Now there are 3 princesses in our family. Live quite hectic with the additional of new family members but apapun i felt happy with their presence. Semoga perjalanan yg panjang ini akan sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Allah. Semoga kami sama2 mendapat berkah daripada keluarga ini.
Wednesday, February 16, 2011
Maulidur Rasul 1432H - Aimy Setahun
Alhamdulillah juga rasanya kelahiran Aimy bersempena dengan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ada sikit2 tempias dia laa. First of all, dari segi air susu, my two kids earlier ni mang tak dapat sangat susu ibu since, Sarah mang takde rezeki due to her jaundice problem, Lisa plak bertahan till 3 months. With Aimy, alhamdulillah sesgt, up till today, she still have her mom's milk (sambil campur2 gak ngan susu formula sket .. huhu). Aimy pun tak byk ragamnya, so far amat memahami. Harap2 aimy terus membesar menjadi insan yg berakhlak baik.
Friday, February 11, 2011
Insya Allah - versi Bahasa Melayu
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang gelap
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Insha Allah Insha Allah
Insha Allah ada jalannya
Insha Allah Insha Allah
Insha Allah ada jalannya
Andainya kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Kembalilah kepada yang Esa
Yakin padaNya panjatkanlah doa
Oh Ya Allah pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Tuesday, February 08, 2011
Duit kat KWSP - untuk apa kegunaannya
Dulu, jenis2 pengeluaran berkaitan perumahan dpd KWSP atau EPF ni ada 2 jek.
- Pengeluaran Membeli/ Membina Rumah
- Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Then kalau tak silap from Belanjawan Negara yg dibentangkan oleh PM Mesia tiap2 tahun tu untuk tahun 2009 kot, dia bagi this new kemudahan which is pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan. Detail of it as follows .....
Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan yang diambil bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.
Pengeluaran ini adalah tambahan kepada pengeluaran perumahan sedia ada iaitu Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan.
Bayaran akan dibuat secara bulanan melalui sistem pengkreditan terus ke akaun bank ahli atau dibayar kepada pihak pemberi pinjaman melalui cek jurubank bagi pinjaman yang tertunggak [’Non Performing Loan' (NPL)].
Kelayakan Memohon
A).
(i) Warganegara Malaysia; ATAU
(ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
(iii) Bukan warganegara Malaysia yang :
* Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
* Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
B). Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP. Umur maksimum yang dibenarkan ialah 54 tahun 6 bulan; DAN
C). Anda masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 sekurang-kurangnya RM600.00
Dokumen2 yang diperlukan untuk memudahkan urusan permohonan pengeluaran ni seperti dibawah:
- Borang KWSP 9P (AHL) - Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Sijil Nikah (just in case - kadang dia mintak kadang tak)
- Buku Bank/Penyata Akaun Simpanan (jenis persendirian)ATAU Penyata Akaun Semasa yang asal (jenis persendirian) ATAU Jenis Akaun Bersama Individu (‘joint account’) bagi jumlah pengeluaran melebihi RM100,000.00.
- Surat Pengesahan/Penyata Baki Pinjaman Perumahan yang asal
• Mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP
• Tarikh surat tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan diterima.
• Lengkap dengan tandatangan, nama pegawai dan cop rasmi pemberi pinjaman - Salinan Surat Perjanjian Jual Beli/Bina Rumah
Kesemua salinan dokumen hendaklah disahkan. Jgn risau pegawai kaunter KWSP tu boleh mengesahkan salinan dokumen2 tersebut. Yang penting jangan lupa bawa bersama salinan asal dokumen2 yg terbabit (Kad Pengenalan, Surat Perjanjian Jual Beli/Bina Rumah, Sijil Nikah)
Borang KWSP 9P (AHL) boleh diperolehi disini, just save as then print it out. Detail of documents yg diperlukan pun ada disenaraikan disitu.
Harap2 info ni dapat difahami dan dapat membantu rakan2 yg nak kuarkan duit EPF tu untuk bayar ansuran bulanan rumah. At least dpt laa mengurangkan perbelanjaan harian isi rumah. Dapat laa juga digunakan untuk disimpan ke or bayau yuran nurseri anak ke etc.
Monday, February 07, 2011
Cuti Cuti Raya Cina 2011
Lain plak saya yg mang terpaksa jaga cuti OR to be specific, kena kumpul cuti melainkan betul2 terpaksa. Sebabnya plan nk amik cuti wajib bulan 5 nnt time cuti sekolah. Plan jek, amik betul2 tu tak sure lagik.
Cuti ari wilayah tu dihabiskan dengan pepagi g anto Sarah ke sekolah, then anto Lisa n Aimy ke nurseri, then terus ke pejabat KWSP Kajang sebab saya dan suami nak kuarkan duit bayar ansuran rumah guna duit EPF tu. At least duit gaji bulan2 yg guna bayau rumah tu boleh digunakan ke urusan lain atau boleh laa disimpan. Alaaa duit dlm EPF tu duit kite gak, bukannya kite amik duit orang lain n guna untuk bayau umah kite kannnn. Dah ada kemudahan tu, guna jek laaa. Urusan agak baik dan cepat. By 10 gitu dah setel. So kena laa tunggu 7 ke 21 hari untuk mendapatkan cek pembayaran tu.
After that we go off to setel other loan kat bank yg warna merah tu, pastu g plak ke kedai Manjaku kat BBB tu beli barang budak kenit kat umah. By 1230 lebih kurang dah balik umah. Konon2 niat ati nak amik bebudak tu tp last dibatalkan. At least dpt laa rehat sket kat umah without the kids around. Leh laa kemas umah yg macam kapal karam tuh haaa..
Cuti raya cina plak, ari Khamis tak ke mana, dok umah je sambil proses mendobi since hari agak cerah selepas hujan berterusan minggu sebelumnya. Sampaikan at certain negeri2 banjir. Jumaat plak kami bertolak ke Kuala Lipis, Pahang. Rombongan cik kiah anto pengantin ler nih. My cousin kat JB tu dpt org Lipis. So kami pun turut serta laa. Kalau tak, takde nye la nak sampai kampung Siti Nurhaliza tuh. Tp takde nyer laa saya nak mencari rumah dia kat Lipis tu.
Abis kenduri on Sabtu petang tu, kami bertolak balik ke KL dalam kol 2.15 petang. Berhenti kejap untuk bersolat then bertolak semula dlm kol 3.30. Tak lama lepas tu sangkut dengan jalan jam sebelum pekan Raub lagi sampai laa on the way ke Bentong. Lepas je pekan Bentong, jalan clear. Tp lepas tu masuk je Highway Karak ... huhhhh jam lagiiii .. Kol 9.30 malam baru sampai rumah. Tu pun singgah jap kat pasar malam area rumah beli makanan. Perut dah lapar, takde maknenyer nak masak2 lak. Harusss sampai umah terus makan.
Ahad pulak ada jemputan kenduri kawen di Club House S6 tu, so takyah le masak tengahari. Anyway petang kena masak gak ... sooo the letih ler. Ari ni mang ler teramat lemau nak pegi keje. Tp have to jugak laa kan.