Thursday, August 12, 2010

Citer2 Hari Pertama di Bulan Ramadhan 1431H /2010

Semalam hari pertama umat islam di Malaysia ni menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah aku dapat menjalani ibadah puasa tahun ni dengan baik. Walaupun aku masih continue BF untuk aimy n still doing the EBM project kat opis, smlm aktiviti2 tu berjalan dengan baik. Produk pun alhamdulillah tak merundum. Insyallah, dan aku berdoa semoga ada rezeki SI untuk aimy lagi dan moga ditambahkan lagi.

Semalam gak ada tazkirah ramadhan by Ustazah Fatima Az-Zahra kat opis ni. Seronok mendengar ceramah dia walaupun at the same time aku dok tersengguk2 ngantuk. Tp masuk gak kat telinga tu apa yg dia cakap. Antara yg aku ingat dia kata, org perempuan seelok2nye buat terawih di rumah. Pahalanya sama je jika dia buat di surau2 or masjid. Sebab apa dia kata elok buat kat rumah. Antaranya sebab kalau keluar ke surau tu maybe on the way pegi or balik ada terbuat perkara2 yg dilarang samada kite sedari or tidak. So dah jadi kurang pahala kat situ. Lagi satu dia pesan "Jangan bawa kanak2 ke surau. Nabi dah berpesan dlm hadisnya mengatakan jgn dibawa kanak2 ke surau atau masjid kerana ia akan mengganggu jemaah yg ingin melakukan ibadah di surau @ masjid2 tersebut". So sesapa yg ada anak kecik tu, takyah laa nak bawak anak g surau selagi dia belum pandai dan faham apa dia hukum hakam dan ibadah dalam islam.

Petangnya pulak .. ni dia time nak balik. Mang berdebar2 gak rasa sebab as usual selalunya time2 awal puasa ni jam yg teramat gilerrss. Then walllaaa .. "MANG JAM PUNNNNNNNNNN............". Memula tu aku ingat nak masuk kol terowong bwh tu tetiba time nak masuk situ dah jam. So aku pun amik jln atas nak U-Turn depan TH tu. Huhhhh lagi jam ropernya nak menyampaikan ke U-Turn tuh. Pas u-turn je, ok laa kira flow laa keta2 tu. Iskk tensen beb. Nak melepaskan u-turn tu jek dah dkt 5.45. Aku smpi tol sg besi dah kol 6. Sib baik kat tol tu smooth je, kalau kat situ pun jam, mau ler kol baper nak smpi umah. Smpi je area umah, aku singgah kat bazaar ramadhan kat BSP coz takut kalau straight je g BBM takde plak BR tuh. Tgk keta2 punya laa byk, jam lagi... haiiii jam sokmo je laa. Kat bazaar je org dah mcm semut. Ditambah plak ngan kepala aku yg tetiba sakit sesangat ... aku beli 3 jenis je brg.. then balik. Tu pun dah smpi umah kol 6.50. Hmm esok aku g beli kat BR yg kat BBM je la.

Harap2 ari ni ok laa traffic kat KL ni. Lotih ehhh ..

Friday, July 23, 2010

Soooo not in the mood

Since smlm petang i lost my mood. Rasa down gilerss .. balik umah lagi laa .. ikutkan ati malas nak balik umah. Nak jek rasa g memana .. resting my mind. Ari ni pun satu keje tak sentuh. Ya tuhan berdosanya aku tak buat keje. Tak berkah gaji aku nanti .. tp mang aku tak tau bgaimana lagi nak buat. Aku pasrah pada mu ya tuhan ..

Tuesday, July 20, 2010

Apa laa problemnyer

Aku nak upload gambo2 tp asik tak lepas jek .. So kalau korang nak tgk gambo2 latest my dotter .. (sbb aku tak letak gambo aku kat online ... certain cases je laa .. hahaha) so korang pegi laa melawat FB aku. Tu pun aku letak on limited period laa .. pastu aku remove. Hehehe

Monday, July 19, 2010

Hospital Lagi ...

Haii .. penat2 aku taip tetiba ilang ..

So aku buat summary je la.

Aimy admitted to hospital last tuesday, 13th July due to acute broncholitis ... ala2 sebab batuk then jangkitan kat kerongkong then paru2 gitteew. Then due to that dia demam panas. Tiga2 anak aku kena sakit ni n the physiotherapist tu pun dah kenal muka aku. Balik2 masuk spital tu sbb anak aku sakit, sakit yg sama.

6 hari aku dok kat spital jaga dia. Sumer macam rasa ada. Aku dah tak pikir pasal apa jadik kat rumah sbb main focus nak make sure aimy baik. Budak2 dua tuh pun malam2 sama tido kat spital. Dah jadik mcm hotel plak dibuatnya. Siang aku hantar dorg kat rumah kakak aku yg dok nearby the hospital so tak yah la my hubby nak berulang alik anto dorg ke nurseri kat umah aku tu.

Semalam alhamdulillah dapat kuar tp at the same time sbnrnya aku risau gak sbb batuk dia ada sket2 lagi. Aku cuma berdoa dan berharap aimy sihat. Really doa dan tawakkal je ari ni sbb kena anto dia ke nurseri tu. Ikut ati mang nak je berenti keje jaga anak2 sendiri tp apa kan daya.

Thursday, May 13, 2010

Anak Abah

Dlm minggu ni aku mang agak letih sgt. Tak tau kenapa. Maybe penangan balik keje setelah 2 bulan berseronok berehat kat umah. Skrg ni hari2 kol 5 or 5.30 am dah bangun. Mandi, solat, susukan Aimy then make sure sumer brg anak2 dah ready utk hubby bawak bila anto anak2 ke nurseri nanti, pastu baru laa aku amik brg2 aku n gerak nak pegi keje. By right patutnya 6.30 aku dah patut kuar. But sometimes tu lewat gak sbb nak make sure brg anak2 ada. Paling lewat pun aku make sure aku kuar around 6.40 am. Kalau lewat je dpd tu, sure dah jam kat tol sg besi tuh and seterus2nya ... mau sampai opis lewat nnt and kuar ler tanda merah kat attendance report tuh .. haru dibuatnya nanti

Dah 2 malam ni aku perasan, aimy kalau dia nak tido, dia nak abah dia pegang. Waima aku mang kalau dah kol 10 mlm tu dah cam zombie, dah abis bateri mang tak larat sgt nak buka mata. So bila nak dodoikan aimy tu pun mang tak larat sgt and dia pun asik dok nangis cam tak nak tido. So last2 abah dia amik dia and dokong sambil dodoi2kan dia tido. And surprisingly mang dlm 5 minit tuh dia akan tido. Aku apa lagi torus laaa pejam mata n tido. Mlm tadi pun dia dok menangis sekuat rasa time org nak ajak tido. Nangis cam ala2 sakit perut kembong tuh tp aku dah sapu minyak yuyi sumer dan dah usap2 perut dia still gak dia melalak. Last2 abah dia bangun amik dia and dokong cam selalu tu, tak lama tu terus tido. Lena plak tuh.

So aku assume yg sorg ni mang anak abah ler. Nak tido cari abah. Tapi pun skrg ni sumer anak2 aku bila nak tido cari abah dia soh tepuk .. hahaha .. Cuma lisa je laa lately ni nak tido cari mama. She surely miss me sebab selalu before aku get the 3rd one nih mang aku yg tidokan budak2 2 tu. Tp nak wat cemana kan ... bila anak bertambah rutin hidup pun have to change gak. Itu lah hidup ..