Wednesday, May 12, 2010

Return of Hand Phone Story

Lama dah tak cite pasal HP nih. Last citer was on end of 2008. Lepas tepon kesayangan aku tu hilang. Then terpaksa laa cite ni muncul lagi sebab aku dah tukau lain plak .. (macam laa ada org nak tau aku tukau hp ke tak .. well ada aku kesah apa org nak ckp ... hahahah).

Nak dijadikan citer, masa aku cuti berpantang ari tu, 2 org power puff gurls yg semakin mengganas kat umah tu telah meranapkan handphone Nokia 3500 aku tuh. Yorr laa aku tau hp tu tak le secanggih tepon2 yg kawan2 aku pakai or semahal tepon dorg tuh. Tapi aku suka tepon tu. Budak2 2 org ni suka berebut tepon tu nak dgr lagu or nak tgk video gambo dorg dok nyanyi2 depan tv tuh. Ntah cemana aku pun tak perasan bila jadiknya, aku tgk tepon aku tu dah kat lantai. Padahal memula tu masih ada lagi kat atas meja then pindah kat atas sofabed aku tuh. Tetiba tgk dah kat atas lantai. Pastu aku soh laa Sarah or Lisa amik tepon tu bagi kat aku. Sarah as usual kalau dah kat depan TV tu mang dia buat tak dengar je laa apa aku cakap. She's too focus to the TV screen. Sometimes kena ckp 10 kali soh dia dok jauh sket dpd screen tv tu, takut nnt mata dia cepat rosak.

So yg jadik tukang amik as usual is Lisa. Then dia amik tepon tu and baling jek kat aku yg tgh dok kat sofabed tu. Kalau sampai takpe gak, ni tepon tu terus menghempaskan diri kat lantai .. berderau laaa darah aku .. iskkkk .. anak2 nih .. Bila aku bangun n amik tepon tu aku terus je tekan nak aktifkan screen dia. Tgk2 tak kuar pun, yg nampak black screen with garis melintang putih mcm LED pecah tuh. Huhuhuhuh .. aku pun apa lagi .. jadik hulk laa kejap. Pastu menyesal plak sebab marah anak2 aku yg comey tuh .. huhuhuhu ..

Hubby balik aku terus report ler .. alahaiiii .. abis sumer contact number yg rest kat dlm tepon tu. Tak dpt nak retrieve. So utk korang yg rasa2 aku tak call tu mintak maaf ler kot2 number korang termasuk dlm number2 org yg aku tak dpt retrieve tu. Aku terkilan tu bukan apa, selain dpd number tepon, list of events cam besday and anniversary sumer ada dlm tu. Huhuhu cemana laa nak retrieve and terpaksa aaarr salin semula or ingat2 semula date2 penting DOB kawan2 n sedara mara.

Then here comes by Birthday ... kebetulan tahun ni jatuh masa ari sabtu. Aku kenen laa kat hubby pasal tepon tu. Luckily .. hehehe .. since dia dpt bonus bulan tu, dapat ler aku merasa hadiah tepon dpd dia. Niat ati tu nak gak ler request tepon i-Phone 3GS tuh. Yer laa dah lama aku setia kat Nokia ni, kot2 laa nak berhijrah ke Apple plak. Tapi mengenangkan kesian plak kat hubby. Dah ler baru tambah sorg lagi umat. So aku just hint2 phone yg aku rasa affordable utk dia belikan laa ... At least ... dapat laa gak hadiah tepon and ada tepon untuk aku call org n simpan important dates dan yg penting kena ada camera, music player, leh connect intenet. Tu pun dah cukup.

So finally ni ler tepon yg aku dapat. Ok laa ni. Alhamdulillah ... Thanks dear.


Me and My BF/EBM Story

Haa ... ni bukan mengeluh tapi nak mulakan citer pasal BF and EBM ni mang panjang sket kisahnya ...

Skrg aku dah ada 3 org Charlie's Angel OR Power Puff Gurls ... tp time anak ke-3 ni laa baru ada kesedaran sivik sket pasal BF ni. Masa Sarah dulu tak sempat nak BF pun. Aku rasa dia sempat minum susu aku pun 2 3 ari jek. Teruk kannnn .. Masa tu lepas je aku bersalin, aku terus balik kampung. Ye laa biasakan utk perempuan yang baru dapat anak, especially anak pertama, sure nak terus balik kampung berpantang kat rumah mak sendiri. So that mendapat jagaan mak sendiri semasa dalam tempoh berpantang tuh. Tapi mungkin nasib aku kurang baik. Hari ketiga sarah lahir dia kena penyakit kuning, which mang common akan kena kat org2 Asia nih. Sebab kat kampung, so kena la admit kat spital BP tuh. Masa tu company aku n hubby takde laa benefit macam sekarang ni which give us option to go to specialist or private hospital. Kena laa admit kat spital gomen. The service and facility there mang boleh dikatakan not so satisfied la berbanding spital gomen yg ada skrg. Masa sarah kat spital mang aku tak ada susu lagi, almaklum first time then tak berurut lagi. Bila kuar spital, baru laa start berurut dan kuar laa susu tu. Tapi that time, sarah dah kuat minum dan dia taknak susu aku. Aku masa tu kira kesedaran sivik pasal BF ni mang agak kurang dan takde sapa plak yg bagi galakan so aku teruskan saje bagi formula milk kat sarah. Rasa terkilan gak sebab bila susu ada, sarah tak nak minum. Sedey pun ada gak. Dah la dia lahir pre-matured. Org kata lagi bagus kalau bagi susu ibu. Tapi tuh laa citernye.

Bila time adik, which is Lisa plak (kitorg tak leh fine tune lagi nak tukau panggil dia dpd adik ke kakak .. ), masa tu aku tak keje. Mang aku bagi BF kat dia. Mcm aku kata tadi, sebab time tu gak aku nyer kesedaran sivik tu still lagi kurang n tak de laa sgt org yg menggalakkan aku untuk BF baby aku tu. So aku BF dia smpi lebih kurang 3 bulan. Then dah continue je ngan formula milk. Naif sungguh aku kan. Kesian 2 org anak2 aku tuh.

Time peknen Aimy ni plak. Alhamdulillah aku dah bekerja di sebuah company yg agak kukuh dengan benefit yg agak baik termasuk cover utk maternity. Hubby pun alhamdulillah mendapat keje ditempat yg lebih baik dgn benefit yg lebih baik. Dkt opis ni plak ada sorang opismate tu yg mang core BF/EBM. Dia mang tak campur pun susu anak dia ngan formula milk even tho dia keje. Kira mang full BF/EBM laa. Aku sikit sebanyak tu kira respect dgn dia. Time break tu selalu aku tgk dia pump BM dia. Dia pun dok galakkan aku join skali cam dia. So mang from that point of time tu kira dah ada laa kesedaran sivik aku ttg pentingnya BF ni. Tp tak laa 100% lagi masa tu.

Then masa Aimy dah lahir and dia kena kuning jugak... err lupa plak time Lisa dulu pun kena, kira sumer anak aku mang high probability kena kuning. Doc kat HPAN tu kata kalau mak darah O dan anak pun darah O mang akan kena kuning. Aku tak carik lagi whether sahih ke kenyataan doc tu sebab masa Aimy admitted kena kuning tu ada gak patient lain mak ngan anak darah sama tp bukan O la .. tetap gak anak kena kuning .. (ni kena buat further research ni).
So masa ni laa baru tahap kesedaran aku tu meningkat agak tinggi. Aku terus jek beli breast pump AVENT tuh. Tak kisah laa dia mahal mana pun, aku nak cuba gak bagi anak aku BF. Kalau boleh aku tak nak campur ngan formula milk even tho mang dah kena campur sbb susu aku mang lambat sket kuar. Tp akhirnya berjaya gak aku pump susu dan bagi Aimy minum sepjg dia kena admit tu.

From that moment, aku terus berusaha untuk bagi dia minum susu aku everyday and everytime. Then kena dugaan lagi bila aimy tak berak lebih dpd sehari dan asik meragam. Time tu plak susu aku dah mcm kurang. Terpaksa lagi aku campur ngan susu formula yg khas utk baby yg bermasalah.

Sekarang ni aku dah mula bekerja, aku bawak pump tu pegi keje sebab aku nak make sure aku tetap beri Aimy susu aku eventho dia dok kat nurseri. Rasa bangga gak dapat buat stock utk bagi Aimy bawak ke nurseri utk diminum. Tapi bila balik opis ni dan dapat contact ngan kawan2 lain yg sama2 tegar utk BF/EBM anak ni, aku rasa tercabar gak. Tgk dorg leh bagi kuantiti yg byk pada baby everyday, aku rasa cam sedey pun ada. Tiap ari aku kalau sekali pump dpt 4 oz jek paling max. Org lain 7 - 11 oz. Sungguh mengagumkan. Kalau laa aku dpt pump that amount sure aku tak yah bagi susu formula dah kat aimy utk dia bwk g nurseri. Sure bertambah jimat kos bulanan kami dan insyallah anak bertambah sihat.

So lately ni aku byk browse blog kawan2 dan blog yg ada info pasal BF/EBM utk ibu2 bekerja ni. Byk gak info yg aku dpt. Cuma nak kena praktikkan laa. Kebetulan sejak 2 3 ari ni susu aku mcm berkurang. Each pump dah jadik 2 or max pun 3 oz. Risau gak aku dibuatnya. Aku baru berkobar nak cuba bg full BF/EBM kat aimy tp susu dah kurang lak. Iskkk ... kawan2 meh laa tolong bg sokongan kat aku. Any info or advice???? Aku pun nak success gak membesarkan anak2 aku dengan baik dan pastikan dorang sentiasa sihat.


Monday, May 10, 2010

Hapdet .. Hapdet ..


Mang ler teramat susah betul aku nak hapdet blog aku nih. Since the last hapdet tuh, mcm2 hal jadik. Antaranya aku tak leh access blog sbb dah kena blok kat opis. Kat umah plak aku takde intenet access. Then aku dah sort of kemalasan sbb dah semester akhir peknen. Then lagik aku deliver my baby and on maternity leave for 2 months.

So terbior je laa blog aku di bersama sawang2 yg semakin tebal meliputinya.
Lately lepas aku balik keje nih aku tgk all the block mcm telah dibebaskan. So aku amik peluang ni untuk hapdet blog ni dan bebaskan plak dia dpd sesawang2 yg makin cantek nih.

All these while, the best part is aku selamat melahirkan sorang lagi puteri yg comeyyy. Kami namakan dia Nur Aimy Afiqah. Nama ni hubby aku dah lama chop lebih kurang since 2nd trimester aku peknen. Tapi dia pilih nama "Aimy". Nur yg depan tu mang standard nama utk anak2 perempuan kami. Tapi aku rasa macam pendek jek nama Nur Aimy tuh. Pening gak nak jadikan panjang sket nama tu utk same standard ngan kakak2 dia. Haahaha .. Last minute before hubby g register nama tu, last2 baru aku confirm kat dia aku nak tambah dengan nama "Afiqah". So jadi laa Nur Aimy Afiqah.


Dlm pada tu, ada gak laa citer2 terkini, cam ... hehehe .. kami dah letgo saga merah kami tu dan tukau ke grey livina ... alhamdulillah, rezeki anak2. Detail on that insyallah will come in other hapdet (kalau ada laa ... )

Aku rasa post ni dulu laa .. nnt post lagi other. Nak berkejor nak balik nih .. Skrg ni balik kena on-time. Anak dah 3, tak terkejor kalau balik lambat nnt ..


Tuesday, January 05, 2010

2010 - twenty ten or two thousand ten (mana2 laa)

2010 datang menjelma ... 2009 dah pun mengucapkan selamat tinggal.

Hope tahun ni byk yg boleh diceritakan dan dikongsi bersama. Harap2 aku takde laa tulis entry 2 3 kerat je or tulis entry 3 4 bulan sekali ... harap2 laa ..

Friday, December 11, 2009

Edisi Siasat

Dah 2 3 ari ni aku tgk anak2 aku cam tak sihat n ceria jek. Lisa, kat muka dia tu macam kering jek pastu cam naik ruam. Semalam plak aku perasan kat area mata dia, dua2 belah tu merah. Aku suspek dia dok gosok jek mata dia sbb area tu kering. Then aku saje tanya laa dia "Kenapa mata adik merah ni, sapa buat?" Dia jwb "S*** buat", S tu one of the kids yg ada kat nursery tu. Then sarah lak jawab, "Bukan S yg buat, Ibu yg pukul adik" .... huihhhh terkezut aku dibuatnya. Aikk takkan laa kalau nak marah n nak pukul budak2 ni sampai kat mata lak. Aku dok ulang lagi tanya lisa n sarah the same question. Adik with her same answer, Sarah plak ckp "Ibu marah adik lepas adik pukul S" .... ishhhh ... aku dah tak sedap ati. Nak percaya bulat2 cakap budak2 ni tak leh gak. Nak kena tanya gak org yg diperkatakan tuh. Kat ati aku ni terus terdetik, takkan laa sebab aku tegur dia punya service last 2 weeks, terus nak lepaskan geram kat anak2 aku.

Bukan apa, aku tegur sebab nak tau citer sebenarnya sebab aku pun dok dengar macam2 citer dpd parent lain. So nak tau la gak. N at the same time ada laaa mende yg aku tak puas ati sejak dia dok tukau staf dia n tak ada staf tu. But my intention is good, for her to upgrade the services. Orang selalu ckp orang melayu ni suka menjatuhkan keje n business org melayu. Tapi aku bukan niat camtu, niat aku, kalau tak elok baik kite tegur dengan harapan dia dapat perbaiki mutu perkhidmatan dia tuh. Tapi kalau dia tak leh nak terima n lepaskan marah kat anak2 aku tu, tu kira kes serius tuh ..

Coz all this while anak aku tak penah kata Ibu tu garang, selalu kalau aku tanya dia akan cakap org tu baik tak penah marah. Ni for the last 3 days, dia selalu ngadu "Tadi kan ibu marah sarah, ibu tu dah garang sekarang nih" ... iskkk .... should i worry or how?