Wednesday, September 07, 2005
That's It For Today .....
So for all my frens out there who come across this blog, i wanna say welcome and please leave ur comments before u go to other website. And also, a very very very and lots of thanks to SIFU FARA .... byk soklan dpd budak novis nih utk improve blog ni. Hehehe THANKS ye ...
To G-BUMP keep up learning and improving ur blog page ... :D
Apa Apa Saja - Continued For August 2005 blog
Ogos 2005
Family Day Company @ FRIM
(Sebab tak sempat amik gambar aktiviti lain... aku tunjuk jer aktiviti kitorang >> amik gambo family with those cute children :D)
Aktiviti Ogos dimulakan dengan "Hari Keluarga Company" di FRIM (Forest Research Institute Malaysia) di Selayang. Lama dah company tak buat family day nih. Kali ni aku tak nak melepaskan peluang untuk join lagi. (Sekadar join datang jer laa .. aktiviti tu aku selalunya jadi pemerhati jer :D)
Tahun ni company macam kena penangan Zahid AF2 jer apabila memilih kaler oren untuk t-shirt rasmi family day. Ada macam2 acara yang disediakan tapi most of it is for kanak2 la. Sebab selalunya occasion macam ni memang le yang seronok nyer bebudak daripada mak and bapak budak :D. Kami pilih port kat atas tebing padang tu untuk melihat acara2 yang dijalankan. Siap bentang tikar lagi haa ... nyesal lak aku tak bawak tikar sekali.. so tumpang jer laa tikar opismate (Hazlan & wife).
Dekat FRIM ni ada macam2 tempat ... so sambil menunggu acara yg tak abis2 tuh and utk lunch aku amik keputusan ajak hubby and colleague aku Fara & family dia cari air terjun. Sebab orang kata kat area ni ada air terjun. Kitorang ni plak memang kaki mandi air terjun. Tak jauh berjalan dah jumpa dah area air terjun tuh. Kitorang pun mula laa cari port nak landing. Hmmm air tak banyak sgt ... agaknya sebab time tu hujan kurang .. .so tu pasal laa air cetek jer .... tak de jeram pun ... Si tembam Lydia (anak Fara) lak mcm tak selesa jer... takut air ... mak dia kata laa ...:D. So lepas relak2 kat area air terjun yg sejuk dan dingin tu around half and hour, kitorang pun balik semula ke padang tempat Family Day berlangsung. Nak lunch :D
Lepas penat beratur amik makanan ... apalagi .... cari port laa nak makan. Abis jer makan, aku pun ajak hubby balik la. Lagipun acara pun dah tak banyak and ramai gak pun yg dah beransur balik. Ada cabutan bertuah, but as usual aku memang tak bertuah pun dalam hal cabutan nih. So malas nak tunggu lagi kami pun vrrrrroooooooommmm BALIKKKKK ...............
Kelas Membuat Kek With Chef Zaidah
Hmmm .... join kelas memasak??? Macam laaa tak reti masak .... tapi join kelas macam ni bukan laa bermakna kite tak reti memasak langsung, cuma maybe ada certain2 resepi yang kite belum penah try lagi so dengan mengikuti kelas macam ni especially yang ajar tu bukan calang2 chef ... so kite akan lagi clear camana nak buat :D ... (alasan jer tuh)
Actually aku pun tak tau camana aku boleh bagi nama utk join kelas nih. Sebab sebelum ni tak penah teringin pun nak ikut kelas2 macam ni. Masa bagi nama dulu tak tau pun yang mengajar tu nanti Chef Zaidah which is one of the top name in Cooking kat Malaysia ni other than Chef Wan tu. Then that day, during the class ... hmm rasa berbaloi gak aku bagi nama untuk join.
Tengok Chef Zaidah tu buat kek ... macam senang jer. Bila nampak senang ni, rasa mcm confident jer aku boleh buat bila balik umah nnt. Hehehe tapi bila balik pun aku masih tak leh buat jugak sebab aku tak de peralatan nak buat kek tu sumer :D .... Nanti laa aku try pujuk hubby belikan all those gadget .... kalau dia murah hati laaa ... kan banggg ...
So inilah antara kek2 yang aku belajar resepi nyer dan cara2 membuatnya ari ini.
Black Forest cake
Chocolate Cake
Apple Crumble CakeSesapa nak resepi kek2 ni .... u can contact me ....
Apa Apa Saja - Continued for July 2005 blog
Julai 2005
Hmmm ... Julai ... tak banyak sangat yg happening bulan nih. Kali ni balik kampung Johor plak. Then time balik KL semula, my parent ikut sekali. Dah lama diorang tak datang sini katanya. Takpe laa keta pun kosong. Diorang pun bosan gak dok kampung tuh berdua jer :D. At least kat sini dapat laa dok bermain2 ngan cucu2 dia yang 4 org tuh ... yang tengah nakal2 sumernya dan petah2 berkata belaka.
<<<<< (Mira, Teera, Amie & Ajiq - anak buah yg keletah) Cuma bila sampai KL nih, aku terpaksa laa hantar mak abah aku kat rumah kakak, sebab rumah aku nunnnn kat tingkat 3. Kesian lak nanti diorang kena panjat tangga tinggi2 tuh. Diorang pun bukan kuat sangat sekarang.
Weekend that week, kami bawak mak abah g melawat rumah pakcik kat Klang and Shah Alam. Well, itu memang lokasi wajib pegi kalau mak abah datang sini. :D Then hari ahad tu kami hantar mak abah ke Pudu. Diorang balik naik bas. Abah beriya nak balik minggu tu sebab dia kata ada hal penting nak buat kat kampung tuh. Hmmm ABAH ..... memang macam tu dari dulu lagi. Ada aje program dia. Apa program nyer .. aku pun tak tau. Tak apa laa asalkan dia suka sudah la.
Actually abah aku ni dulu aktif dengan program kesenian kat negeri johor tu. Dia terlibat dengan kumpulan ghazal sejak dari aku kecil lagi. Teringat lagi masa kecil2 dulu. Rasanya tiap2 ari telinga aku ni disumbat dengan lagu2 ghazal abah. Either time dia mainkan kaset lagu2 ghazal or time kumpulan dia buat latihan kat rumah aku. Aku siap bolah hafal lagu2 tuh sumer. Itu dulu laa ... .sekarang ni jarang aku dengar lagu2 berentak ghazal or asli. Stesen2 radio jangan harap laa nak putarkan lagu2 mcm tu. Yang ada rata2 sumer lagu2 rock, pop, rap etc. Sesekali dengar lagu2 asli ni best tau. Especially aku laa ... mesti akan teringat kembali zaman masa kecik dan remaja dulu. :D
Abah dan kumpulan pun pernah masuk pertandingan ghazal peringkat kebangsaan satu ketika dulu and diorang menang. Hmmm aku lupa laa plak nama kumpulan dia. Kalau tak silap ... SRI KENANGAN GHAZAL kot. Sekarang ni dia boleh kata dah bersara laa dari aktiviti tu. Kesihatan tak berapa mengizinkan. Rasanya kalau dia sihat tu, maunyer dia join group ghazal yang ada kat kampung tu pegi buat persembahan kat mana2.
JOHOR .... MEMANG TAK DAPAT DIPISAHKAN DENGAN SENI GHAZAL NYA ...
Hmmm bangga gak aku sebenarnya jadi anak johor nih.
31 Julai 2005 - Hmmmm ni tarikh penting. Actually ni tarikh lahir hubby aku. Happy Birthday Sayang ....
Friday, September 02, 2005
Apa Apa Saja
Actually dah lebih 3 bulan aku tak tulis apa2 kat blog nih. Rasa tak sedap pulak sebab macam rasa tinggalkan rumah kosong jer tak berpenghuni. So ari ni aku rasa i have to write something. Tulis jer laa apa2 yang boleh dikongsi bersama sesapa jer kat dunia blog nih :D Aku rasa aku nak summarize of what had happen and been done for the last 3 months.
Jun 2005
Balik Kampung
This month sibuk ngan projek baru and handover kerja2 projek lama kat org lain. Bulan ni gak sibuk ngan balik kampung belah hubby kat Dungun, Terengganu. Adik ipar nak kawin. Mula2 tuh plan nak balik either one of the kenduri, either balik masa kenduri belah pengantin perempuan or balik masa kenduri belah adik ipar aku. Dah dekat ngan time nak kenduri tu, hubby kata "kite balik la masa kenduri belah perempuan. Boleh tengok camana dorang punya kenduri". Aku OK jer. Tak kisah balik yang mana2 pun. Agaknya sebab hubby aku tuh adik beradik dia mostly lelaki, tu pasal dia nak plak tgk kenduri kat belah pompuan di terengganu tuh :D.
So when the time come, kitorang pun balik laaa. Pendekkan citer, hari nikah tu pun tiba, kitorang pun pegi ler beramai2 ke kuala terengganu utk acara tuh. Seronok gak sebab ramai betul yang pergi. Adik beradik jer dah 7 keta sumernye. Campur lagi sedara mara ... macam rombongan cik kiah lak jadinye.
Masa nak dekat sampai rumah pengantin perempuan tuh, aku perasan macam ada asap jer kat depan keta hubby aku tuh. Dia kata dia pun nampak, tapi nanti la check.
Abis jer acara nikah dan bersanding dan makan2. Kami pun mula laa nak beransur balik. Aku remind hubby soh dia check keta tuh sebab ada asap tadi. Kitorang pun buka laa but enjin tuh, tengok2 air keta dah kering. Tu pasal laaa dia berasap. Abang2 ipar and adik ipar aku pun terus datang join sekaki. Dah jadi macam citer lain lak kat situ. Sumer org berkumpul tengok. :D After isi air kat keta tuh, kitorang pun balik laa semula ke dungun. Mula2 tu hajat hati nak laaa singgah kat pasar payang kat kuala terengganu tuh or jejalan memana kat situ sebab aku pun tak penah sampai KT nih. Tapi dah sebab keta tuh ada problem, tak jadi laa ke mana pun. Balik laa dungun terus.
Keesokkan ari nyer, kakak ipar aku ajak pergi KT sebab dia tau aku teringin nak g pasar payang tuh. So last2 jadi gak aku pegi KT ngan hubby dan kakak ipar dan family dia. Smpi sana, borong sakan laa. Almaklum orang pompuan :D. Balik jer dari KT, kena bersiap2 plak nak balik KL sebab esoknye kami ada appointment ngan finance rumah nak sign agreement. Sebelum balik tuh mak mentua dah sound, "Minggu depan kena balik gak sebab ni last kenduri kawin". Aku senyum jer tengok hubby. Insyaallah laa kalau tak de apa halangan, kitorang balik ler. :D
So next week nyer, kami pun balik laa ke kampung semula. Fuhh ... 2 minggu berturut balik ke terengganu. Terrer betul laa hubby aku sebab dia jer sorang yang bawak keta tuh. Aku boleh bawak keta, tapi manual sorry laa ... aku tak reti dah. Mana tak nyer lama dah bawak keta auto jer kat KL nih. Dah tak ingat nak drive keta manual nih :D. Kesian hubby aku, penat betul dia lepas kenduri tu. Apa pun Luv u hubby.
Air Oh Air
Bulan ni gak, banyak kawasan kat area selangor ni mengalami masalah bekalan air. Mana taknyer hujan lama tak turun. Air kat empangan pun dah sikit. Then one weekend tu, actually dah ada notis kat tv laa kata bekalan air kat kawasan aku akan dihentikan selama 12 jam berikutan kerja2 maintenance yang akan dibuat oleh PUAS. Aku and hubby only perasan notis ni thru Berita Terkini late that night. Dah ler malam tuh aku basuh baju banyak. Disebabkan letih sangat keje ari ni aku dah terlelap awal and terlupa nak remind hubby soh tadah air kat mana2 basin or baldi yang ada utk simpanan selama air tak ada nanti.
Pagi sabtu tu kami terpaksa laa catu air takut tak cukup lak nanti. Aku ajak hubby kuar ke mana2 after breakfast sebab kalau dok umah pun air tak der, nak masak pun tak best, leceh ler. Aku mang pantang sket kalau bab takde air nih. Tak sedap duduk dibuatnya. Kami pun kuar la berjalan2 memana and tengok movie kat Warta. :D (Murah and selesa) That day, my sis ada call kata nak g PD ari nih sebab dia kata dok umah pun tak best sebab takde air. Dia lagi laa dgn 4 org askar kenit2 tuh. Susah ler kalau tak de air nih. Dia ada ajak we all join, tapi aku kata tak per kot. Malas rasa nak g jejauh nih walhal ... setakat PD tu jauh mana aje laa ngan Bangi nih.
Balik umah petang tuh, tengok2 air takde lagi. Laaa kata 12 jam jer. Nii dah lebih 12 jam tapi tak ada air lagi. Air yang ada kat umah ni pun cukup nak buat amik air sembahyang. Nak sedapkan ati, aku kata takpe la, malam ni ada kot. Hmmm hampeh ... sampai malam and ke pagi ahad esoknya air masih tak ada. Last2 aku kata kat hubby pagi tuh, kite pegi PD jer laa bang ... join kakak .. boleh mandi pantai sekali. So at last, pegi PD gak ler kami nih. Sampai PD ... apalagi .... pantai laa destinasi yang dituju.
Seronok gak mandi pantai, dah lama tak pegi ke pantai nih. Tapi dlm best2 tu, ada gak perasaan takut bila tengok ombak kuat menghempas ke pantai. Teringat kejadian tsunami yang melanda bulan Disember 2004 lepas. Dalam pada bersuka ria tu berwaspada jugak la. Dah puas berendam akhirnya aku, hubby and my sis family pun get ready laa nak balik. Rasa cam tak puas lak ... hehehe ..
On the way balik, doa2 moga2 ada laaa air kat umah tuh. :D Sampai umah, terus jer meluru kat paip air dekat sinki. Dengar jer bunyi air and ada air kuar dari paip tuh, lega rasa. Hmmm lepas tuh apa lagi ... Keja membasuh laa plak :D
Tuesday, August 16, 2005
Besday Amie & Ajiq
Hari ni genap 4 tahun umur anak buah aku yg kembar nih. Sekejap jer rasanya diorang ni membesar. Macam baru semalam jer diorang ni lahir. Tup ... tup ... dah 4 tahun. . dah makin berakal dan tak kurang juga nakalnya.
Tahun ni aku tak dpt nak belikan hadiah yang grand2 utk budak 2 orang nih. So dengan kederat yang ada .... aku dok perah otak yang kreatif tak berapa nih tapi kekadang tu over kreatif gak hahahaha ... dok pikir apa nak buat jadi hadiah diorang nih .... Pikir punya pikir last2 aku teringat yang diorang ni selalu kacau kakak mira (kak long dia) bile time si kakak tu dok kaler Coloring Book dia. So at last aku dapat idea .... PROJECT COLORING BOOK as a present for their birthday this year.
So the first step of the project that i have to do ... cari sumber2 gambar kartun kesukaan mereka untuk diisi dalam buku mewarna tu. Jenuh jugak nak mencari rupanya walaupun internet ni luas, tapi kena pandai2 jugak cari site yang boleh bagi aku sumer sumber2 tu dalam satu site aje. Bukan apa, aku kekurangan masa nak cari banyak2 site. Dapat satu site yang ok, then tak payah laaa nak mencari lagi :D.
Dah dapat sumer gambar kartun yang aku nak especially kartun Bob The Builder (ni fav kartun diorang), aku pun mula la next step >>> turn it into the colouring book. Then whallllaaaa ... .dah siap .. siap binding lagi, kos pun tak de laa banyak sgt. So petang ni aku plan balik kerja aku nak singgah rumah diorang deliver hadiah yg tak seberapa dari mak cu dia nih. Apa2 pun untuk my kenit2 .....


