Mood malas nak hapdet blog ni dah mula melanda .. bila byk idea dlm kepala, takde plak PC online depan aku, time bila dah ngadap PC with internet online, hilang plak sumer idea2 tuh.. huhuhuh ...
OK laa aku rasa just nak hapdet what happening since my last hapdet kat sini.
08 October 2009
Petang semalam balik keja n amik budak2 tu, aku perasan mata anak2 aku merah dan bertaik mata. Mula2 tu aku tgk kat lisa jek, tak terperasan pun kat sarah. Bila tgk sarah, lorrr sblh mata dah sepet dah. Sure n konpem laa budak2 ni kena sakit mata. Ptg tu gak aku tepon hubby soh balik cepat sebab nak bawak budak2 g klinik. Skrg ni tahap ultraman aku dah makin kurang. Kalau dulu aku tak kisah pun nak bawak budak2 ni g klinik or mana2 pun sorang2. Tapi since peknen kali ni mang rasa amat tidak kelaratan and sumer ultra power tu dah kena serap dek baby ni agaknya. So harap2 nnt bila bb ni kuar dia leh jadik superman laa kot ... ahhahaha
So ari ni aku terpaksa amik EL sebab nak jaga 2 org princess nih. Dorang ni nama jek sakit, tp takde maknernya dia nak dok diam kat umah tu. Main jek laa kejenya. Bila dorg tido tu laa baru aku dpt rehat.
09 October 2009
Aku g keje ari nih. Pepagi bangun check mata, confirm ok, takde kena jangkit budak2 nih.. senang ati aku. Tp hubby lak mata dah merah. Dia mang amik cuti ari ni sebab adik dia dpd Ganu nak datang. Risau gak aku org nak datang ni tp kat umah budak2 tgh sakit mata. Aku doa je laa dorg tak terjangkit nnt.
So dgn senang ati aku g keje. Ikut ati mang aku nak cuti jek sbb tak sedap le ada tetamu jauh nak dtg tp aku takde kat umah. Tp nak wat cemana, masa aku cuti smlm opismate aku dah call kata ada dokumen yg aku kena siapkan. Nak tak nak kena laa g jugak. Sampai opis terus jek aku siapkan dokumen yg aku kena edit tu. Tiba2 jek aku rasa mata aku gatal2 ... Aku perati kat cermin sebelah monitor aku ni, sah ler mata dah merah, jap lagi mata satu lagi pun mula gatal2 n merah. Aku bgtau bos aku cam nak kena sakit mata jek n terus g klinik atas ... So mang sah le aku kena jangkit dh.. dpt ler MC ari ni. Before that kena laa siapkan dokumen td kot ada changes ke n pass to my opismate utk sambung kot2 ada changes lain n masa tu aku sambung MC lagi ke.
Ari ni Kak Tun (opismate aku, group lain) jemput dtg makan lunch umah dia sempena mood raya ni. Nak tolak segan, so dgn sakit2 mata ni, yg masih minimize, aku pegi gak laa ... bukan apa, kesiannn .. org dah jemput tak baik kite tolak .. kannnnnnnn ... So abis je sesi makan2 aku terus pecut keta balik umah.
Sabtu - dok umah jek laa sbb mata tgh merah. Sepupu aku invite g umah dia kat Bdr THO pun aku tak g, takut jangkit kat org lain plak nnt. Mlm ni mak n family abang aku nak dtg, esok ada kenduri kawen sepupu kat Shah Alam.
Ahad - Pepagi lagi dah bgn sebab mak aku n abg aku tak jadik dtg malam tadi coz dah lambat sgt katanya sebab ada org datang beraya umah dia. So pepagi ni dorg akan bertolak dpd BP. Memandangkan mata aku pun dah beransur baik, so leh aaarr aku bgn pepagi ni nak siapkan sarapan. Nanti dah sibuk lak nak pegi kenduri kawen. Kol 7.15 dorang dah sampai rumah aku. Tak siap lagi sarapan yg aku nak masak .. hahaha .. almaklum laa aku ni slow sket kalau bab masak ni.
Kol 9.30 kami dah bersiap2 nak ke Shah Alam. Pakcik aku ni buat majlis kat Dewan SIRIM. Ni menantu pertama dia so maybe sebab tu dia kena buat style kat dewan ni kot. Atau maybe untuk yg seterusnya pun dia buat kat dewan kot sebab dia kena jemput sedara mara belah makcik aku dpd Jakarta, Indonesia tuh. Apa2pun aku tak kisah. Yang penting kami anak2 sedara datang bila dijemput. Bukan apa, time2 kenduri kawen camni laa baru dapat kumpul sedara mara and jumpa those yg dah lama tak jumpa. Nak harapkan time raya pun tak leh gak sebab since abah dah takde ni, mang dorg tak dtg le umah kami. Lagipun mak dah tak duduk rumah tu lagi and umah pun dah org lain duduk - sewakan...
Lepas makan2, pengantin datang n sesi jumpa2 sedara mara tu, kol 12 lebih aku dah mula beransur. Mak n other siblings still stay sampai majlis abis. Hubby ajak kuar awal sebab opismate dia jemput g his open house raya. Biasa laa masih musim raya ni so byk ler invitation open house yg diterima. Menjajau laa gak cari umah kawan dia tu kat Taman Tasik Prima Puchong tu... haiiii ... Then aku lak ajak hubby g umah Mimi(my best fren) kat Bdr Baru Bangi. After that baru kami balik umah... fuhhh flat gilerrrr rasanya. Malam tu mak n abg aku g tido umah kakak aku lak.. so releks laa sket tak payah nak masak . .. ehehhehe .. bukan apa, aku mang dah flat gilerrrr tak larat dah nak masak.
12 October 2009Aku MC lagi sbb mata tak fully recover. Nak jadik citer, smlm ptg aku g klinik bawak mak aku sebab dia batuk2 and tetiba dia kata dia sakit kat bhgn pinggang .. sakit sangat .. aku pun dah panik .. bawak ler g klinik. Memula doktor suspek dia kena apendiks sebab bila doktor tekan kat part tu mak terus jek jerit kata sakit. Tapi lepas tu .. biasa laa mak aku, hahaha, cepat2 dia kata tak sakit plak. Takut laa tu kalau kena operate nak buang apendik tu. Pastu last2 doktor bg ubat batuk n ubat hilangkan sakit kat bhgn pinggang tu. Ubat sendi. Tp doktor tu warning, kalau sakit tu tak hilang gak, mak aku kena jumpa dia semula nak buat detail scan. Aku pun masa tu mintak laa lagi ubat titis mata tu sebab aku nyer dah tgl sket.
Malam tu lepas letak ubat tu, tetiba aku rasa nak muntah macam kena food poisoning. Mang sakit giler. Rasa .. hmmmm aku tak tau camna nak describe apa yg aku rasa time tu.. mang sakit. Tetiba aku tgk kat cermin mata aku makin merah. Aku ingat mb sebab aku muntah tadi. Then bila aku bgn pagi ni pun mata aku still merah. Ni yg merah mang merah giler laa .. bukan dah takat level merah sakit mata, dah macam merah mata dracula .... huhuhu
Aku g klinik pagi ni, doktor pun terperanjat tgk mata aku. Dia bagi aku MC lagi 2 hari. Since dia kata stok ubat kat klinik dia dah abis dia soh aku dtg blk ptg nnt amik ubat tu. Sepjg ari ni aku tak selesa sbb mata merah aku ni. Sib baik budak2 2 tu tak buat hal sgt. Ptg baru aku masak sbb mak nak dtg singgah sebelum dia balik BP malam ni ngan abg aku.
13 October 2009Since ubat yg doktor janji nak bagi tu tak ada lagi, pagi ni aku g klinik lagi. Aku risau, some part of mata aku tu jadik kuning. Takut lak aku, takkan dah tua2 ni leh kena demam kuning lak. Dah ler tgh peknen ... mang tambah level kerisauan aku time tuh ... Doktor soh aku g spital, jumpa pakar mata since dia pun risau tgk mata aku. Aku anto bebudak kat nurseri walaupun dorg liat jek nak pegi sbb dah lama tak g sekolah kannnn...
Aku tiba kat spital serdang tu kol 1.50 ptg. Mang ngam2 jek tgu kaunter klinik pakar mata tu bukak. Dpd kol 1.50 tu sampai dekat kol 4 baru nama aku kena panggil. Yg geramnya, bila dia panggil time tu baru dia kata kat aku "Awak kena pegi daftar dulu kat kaunter depan" .. punya laa ngonggg .. tensen tul aku. Dah le mata merah cam hantu, org tgk pun queries apa laa jadik kat aku nih .. huhuhu... Nak tak nak terpaksa laa gak pegi. Then datang balik dah kol 4.10. Tak lama lepas tu baru doktor panggil aku nak buat pemeriksaan. Pastu doktor ckp dia nak letak satu ubat ni nak buat fully diagnose kat aku, tp bila kena ubat ni aku maybe aku tak dpt see clearly for about 4 hours. Dia kata aku tak leh drive balik kalau guna ubat ni n someone kena fetch me up. Alahaiiiii .. so nak tak nak aku paksa laa hubby aku kuar opis cepat n amik aku. Sib baik dia nak amik, kalau tak .. mau aku stay jek kat spital tu. Tp of course laa dia nak amik kannn ..
Esoknya aku still cuti lagi... terpaksa amik EL sbb MC aku pun dah utilised for this year .. huhuhu .. Khamis tu kena g keje sbb dah takde cuti. Kebetulan plak ada mtg kena attend. Puas ler aku menjawab kat sumer org pasal mata dracula aku tuh .. huhuhu tensennnnn beb ... Haa tu laa citernya .. Sekian .... Abis dahhhh