Tuesday, February 08, 2011

Duit kat KWSP - untuk apa kegunaannya

Post ni was a request from one of my fren. Since me and hubby dah 3 kali rasanya dok kuarkan duit epf utk settlekan monthly payment to the housing loan provider nih. So i would like to share a bit la our experience in doing it.

Dulu, jenis2 pengeluaran berkaitan perumahan dpd KWSP atau EPF ni ada 2 jek.
  1. Pengeluaran Membeli/ Membina Rumah
  2. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Masa beli rumah kat BBM tu, mang kami berdua kuarkan duit KWSP ni untuk bayar portion 10% daripada harga asal rumah tuh. The rest mang kena buat pinjaman la kan as normal. Then tahun 2007 kalau tak silap, since kami ada keeci punya problem utk pembayaran bulanan since masa tu dah start kena bayau 1000++. So setelah direkey2... kami dapat tahu boleh kuarkan duit KWSP from Akaun 2 melalui jenis pengeluaran "Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan" untuk buat payment bulanan tu. Tapi this method kena ada cam give n take laa antara kite dan pembiaya perumahan kite tu so that kite takde laa akaun tertunggak kan. So 2007 then 2009 we do the same things. Dapat laa buat saving sket portion duit yg nak kena bayau bulan2 tu and use utk daily expenses. Almaklum laa masa tu sumer mende naik harga. Dengan gaji ciput tu mana laa cukup nak menyara hidup. Dengan rumahnya, ketanya, tolnyer, minyak keta lagi etc .... sumer nak guna duit kan. Kira alhamdulillah laa ada option tu.

Then kalau tak silap from Belanjawan Negara yg dibentangkan oleh PM Mesia tiap2 tahun tu untuk tahun 2009 kot, dia bagi this new kemudahan which is pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan. Detail of it as follows .....

Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan yang diambil bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.

Pengeluaran ini adalah tambahan kepada pengeluaran perumahan sedia ada iaitu Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan.

Bayaran akan dibuat secara bulanan melalui sistem pengkreditan terus ke akaun bank ahli atau dibayar kepada pihak pemberi pinjaman melalui cek jurubank bagi pinjaman yang tertunggak [’Non Performing Loan' (NPL)].

Kelayakan Memohon
A).
(i) Warganegara Malaysia; ATAU
(ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
(iii) Bukan warganegara Malaysia yang :
* Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
* Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
B). Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP. Umur maksimum yang dibenarkan ialah 54 tahun 6 bulan; DAN
C). Anda masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 sekurang-kurangnya RM600.00

Dokumen2 yang diperlukan untuk memudahkan urusan permohonan pengeluaran ni seperti dibawah:

  1. Borang KWSP 9P (AHL) - Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan Sijil Nikah (just in case - kadang dia mintak kadang tak)
  4. Buku Bank/Penyata Akaun Simpanan (jenis persendirian)ATAU Penyata Akaun Semasa yang asal (jenis persendirian) ATAU Jenis Akaun Bersama Individu (‘joint account’) bagi jumlah pengeluaran melebihi RM100,000.00.
  5. Surat Pengesahan/Penyata Baki Pinjaman Perumahan yang asal
    • Mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP
    • Tarikh surat tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan diterima.
    • Lengkap dengan tandatangan, nama pegawai dan cop rasmi pemberi pinjaman
  6. Salinan Surat Perjanjian Jual Beli/Bina Rumah

Kesemua salinan dokumen hendaklah disahkan. Jgn risau pegawai kaunter KWSP tu boleh mengesahkan salinan dokumen2 tersebut. Yang penting jangan lupa bawa bersama salinan asal dokumen2 yg terbabit (Kad Pengenalan, Surat Perjanjian Jual Beli/Bina Rumah, Sijil Nikah)

Borang KWSP 9P (AHL) boleh diperolehi disini, just save as then print it out. Detail of documents yg diperlukan pun ada disenaraikan disitu.

Harap2 info ni dapat difahami dan dapat membantu rakan2 yg nak kuarkan duit EPF tu untuk bayar ansuran bulanan rumah. At least dpt laa mengurangkan perbelanjaan harian isi rumah. Dapat laa juga digunakan untuk disimpan ke or bayau yuran nurseri anak ke etc.

3 comments:

  1. Terima kasih.

    1) Maksudnya dia ada option yang mana dia akan masukkan ke dalam akaun kita instead of bayar terus pada bank ke?

    2) Surat pengesahan dari bank tu kita boleh mintak dari mana-mana branch ke atau kita kena pergi dekat branch yang kita apply loan dulu?

    ReplyDelete
  2. The answer for
    1) Kaedah Bayaran
    Bagi pinjaman yang tiada tunggakan, bayaran secara pengkreditan terus akan dibuat ke akaun bank anda dengan syarat:

    Anda adalah pemegang akaun di Panel Bank yang dilantik oleh KWSP;
    Akaun bank anda masih aktif;
    Akaun bank anda ialah Akaun Simpanan/Semasa Jenis Persendirian; atau
    Jenis Akaun Bersama Individu (Joint-account) bagi jumlah pengeluaran melebihi RM100,000 sahaja.

    Bagi pinjaman yang mempunyai jumlah tertunggak (NPL), bayaran akan dibuat secara cek jurubank di atas nama pemberi pinjaman yang berkenaan.

    Bayaran akan dibuat dalam Matawang Ringgit Malaysia (RM).

    2) Rasanya leh mintak kat mana2 cawangan. Tp dulu masa first time buat mang dia soh mintak kat HQ. Sometimes bila mintak kat branch .. lambat.

    ReplyDelete
  3. Assalam. Terima kasih atas perkongsian info ini....

    ReplyDelete