Monday, February 07, 2011

Cuti Cuti Raya Cina 2011

Minggu lepas banyak cuti. Kalau keje KL, start ari Selasa tu dah cuti Hari Wilayah. Pastu Khamis lak sambung lagi cuti Raya Cina. So sesapa yg ada byk balance cuti tu sure amik 2 ari cuti dah jadik seminggu plak cutinya. Mana taknya, hari keja minggu lepas just isnin dan rabu. Alang2 dorang ada byk cuti amik je laa kan.

Lain plak saya yg mang terpaksa jaga cuti OR to be specific, kena kumpul cuti melainkan betul2 terpaksa. Sebabnya plan nk amik cuti wajib bulan 5 nnt time cuti sekolah. Plan jek, amik betul2 tu tak sure lagik.

Cuti ari wilayah tu dihabiskan dengan pepagi g anto Sarah ke sekolah, then anto Lisa n Aimy ke nurseri, then terus ke pejabat KWSP Kajang sebab saya dan suami nak kuarkan duit bayar ansuran rumah guna duit EPF tu. At least duit gaji bulan2 yg guna bayau rumah tu boleh digunakan ke urusan lain atau boleh laa disimpan. Alaaa duit dlm EPF tu duit kite gak, bukannya kite amik duit orang lain n guna untuk bayau umah kite kannnn. Dah ada kemudahan tu, guna jek laaa. Urusan agak baik dan cepat. By 10 gitu dah setel. So kena laa tunggu 7 ke 21 hari untuk mendapatkan cek pembayaran tu.

After that we go off to setel other loan kat bank yg warna merah tu, pastu g plak ke kedai Manjaku kat BBB tu beli barang budak kenit kat umah. By 1230 lebih kurang dah balik umah. Konon2 niat ati nak amik bebudak tu tp last dibatalkan. At least dpt laa rehat sket kat umah without the kids around. Leh laa kemas umah yg macam kapal karam tuh haaa..

Cuti raya cina plak, ari Khamis tak ke mana, dok umah je sambil proses mendobi since hari agak cerah selepas hujan berterusan minggu sebelumnya. Sampaikan at certain negeri2 banjir. Jumaat plak kami bertolak ke Kuala Lipis, Pahang. Rombongan cik kiah anto pengantin ler nih. My cousin kat JB tu dpt org Lipis. So kami pun turut serta laa. Kalau tak, takde nye la nak sampai kampung Siti Nurhaliza tuh. Tp takde nyer laa saya nak mencari rumah dia kat Lipis tu.

Abis kenduri on Sabtu petang tu, kami bertolak balik ke KL dalam kol 2.15 petang. Berhenti kejap untuk bersolat then bertolak semula dlm kol 3.30. Tak lama lepas tu sangkut dengan jalan jam sebelum pekan Raub lagi sampai laa on the way ke Bentong. Lepas je pekan Bentong, jalan clear. Tp lepas tu masuk je Highway Karak ... huhhhh jam lagiiii .. Kol 9.30 malam baru sampai rumah. Tu pun singgah jap kat pasar malam area rumah beli makanan. Perut dah lapar, takde maknenyer nak masak2 lak. Harusss sampai umah terus makan.

Ahad pulak ada jemputan kenduri kawen di Club House S6 tu, so takyah le masak tengahari. Anyway petang kena masak gak ... sooo the letih ler. Ari ni mang ler teramat lemau nak pegi keje. Tp have to jugak laa kan.

6 comments:

pizli.mw said...

Mungkin boleh tulis secara terperinci pasal keluar duit KWSP untuk bayar rumah tu.. heheh.. TERPEINCI tau.. nak tau jgk hehe..

Mus5h said...

Ok .. no prob .. insyallah akan datang di post yg akan datang ini .. hehehe.

Mus5h said...

Owhh lupa .. By the way, tadi dah check kat i-akaun, permohonan dah diluluskan the same day, and today the cheque is out. So in 5 days cek tu akan sampai ke bank. Cepat gak la kan.

pizli said...

Haah, kwsp mmg laju. Wah so banyakla duit lebih kan? Menarik ni.. buat dua-dua orang sekali ke?

Mus5h said...

Ha ahh buat dua2 sekali sebab nama kat dlm loan agreement tu mang ada dua. Tp nnt let me check if nama ada satu jek, whether the spouse can withdraw oso to help the other on housing loan purpose. Duit lebih??? Kena simpan utk future purpose, kite tak tau kot ada emergency kann..

Fara said...

yeay :-)
saya plak..dh pi amik borang tapi sampai skang borang ada atas meja tak wat apa2 pon.. huhuu