Tahun ni kite beraya 10 September 2010. Selalunya kat KL or back at my hometown, raya ni sure diraikan sebulan. Ada tempat2 lain, raya posa ni just for the first week jek, pastu takde apa dah. So yg aku nak cite ni bukan le special just on raya tapi mende2 yg berlaku time bulan raya nih.
Raya tahun ni balik belah Dungun. Mak, aku dah hantar balik BP seminggu sebelum raya so that she can beraya with my brother and his family sebab tahun ni kami sekeluarga tak balik raya di BP. Raya di Dungung tahun ni quite meriah. Malam raya tu masa org2 kat surau dan masjid tengah meriah bertakbir, at the same time bunga api dan mercun pun sama2 meriah menghiasi ruang angkasa. Chantekk sgt aku tgk the events. Cuma aku jek yg tak dan nak amik gambar suasana meriah tu. Beraya kat dungun 2 ari, then the 3rd day kami bergerak ke Kuala Terengganu nak g jalan2 sambil beraya ke sana plak. Selalu balik Terengganu tak penah nak berjalan2 area KT ni so kali ni aku kata kat hubby why not kali ni kite take time sket g jln2 area KT.
Lepas singgah2 umah sedara mara 2 3 umah tu kami terus g Taman Tamadun Islam yg femes ngan Masjid Kristal tu. Jenuh gak mencari jalan ke situ, ada laa dua tiga kali asik dok pusing2 jalan yg sama. Mang sesat, ada peta pun tak leh harap sbb byk jalan dah jadi jalan sehala. Sib baik laa last2 jumpa gak jalan tuh. Spend time kat Masjid Kristal n area monumen masjid2 tu je dah sampai kol 4 ptg. Masing2 dah penat. So kena la plak cari hotel nak bermalam. Mang adhoc je mende ni sebab kitorang takde pun buat plan nak booking awal mana2 hotel. Last2 landed kat FELDA Residence Hotel KT. OK gak kat situ, rate pun ok, bilik pun ok, location mang sgt ler ok. Near town. Next day kami sambung g Pasar Payang plak. Penat meround dkt kol 1 baru kami mula bertolak nak balik ke KL. Kat PP tu, aku as a woman ... hmm sure seronok gile tgk kain2 sutera batik yg cantek2 n latest corak tu. Cumanya tak beli pun sebab tak masuk budget pun. Lagi plak time raya ni duit dah byk invest kat baju anak2 n duit raya. So next time jek laa aku dtg lagi n borong ler kain2 tuh .. fuhhhh ..
Aku cuti 1 minggu sebab nurseri budak2 tutup sempena raya nih. Mang seronok dok umah ngan budak2, cepat naik darah pun yer melayan 3 anak dara kenit2 nih. Other than that pegi laa beraya umah sedara mara yg area KL nih.
Then aku dpt berita pasal JOE. At last dia balik Mesia. Aku tak tau kenapa, tp mang aku rasa happy, sebak semacam bila dpt tau dia nak balik. Ye lah dah lama sgt dia terkandas kat US tuh. Even tho boleh sgt dia nak balik awal2 dulu kalau dia nak. Tp since dia nak merantau dok situ so last2 jadik lama gak ler dia menetap kat situ till the day he was caught by US immigration. Kami yg kenal dia thru his femes reban blog tu selalu doakan so that one day he will come back home to Malaysia. And now rasanya doa kami sumer dah dimakbulkan. Alhamdulillah berkat bulan Ramadhan and Syawal ni. Sure his family especially his parents rasa gembira, dia balik time raya ni plak.
Naik cuti ari tu terus ada training. September ni ada 2 training yg aku kena attend. Bulan Oct ni plak ada satu lagi. Huishhh .. tetiba melambak plak training yg aku kena attend. Ada best n tak bestnyer laa .. best sbb leh kuar dpd opis ni tp tak best nyer .. even tho u g training, they still look for you on office and work matters .. cettttt ....
Untuk kawan2 and kenalan sumer, tahun ni aku tak buat open house. Nak datang beraya ke rumah di persilakan tp inform la dulu barang sehari or beberapa jam awal so that i can prepare some foods to eat instead of kuih2 raya tuh.
No comments:
Post a Comment