Hmmm ... last week aku dah kuar 2 hapdet pasal hangin aku dengan makhluk nama LELAKI tuh. So minggu ni aku malas la nak buat sequel of that.
Aku letih sangat last few days nih, busy amats gak ler. Projek asik main tarik tali jek, kejap nak go, kejap plak manyak mende tak siap. Aku gak yg kena. Agak hangin gak ari jumaat lepas sebab aku tgh on leave kena plak kacau pasal problem kat projek. Well aku bukan PM, pegi laa carik PM. Macam big boss aku selalu kata, u kena pegang rotan, kejor dorang, make sure dorang on right track. Dah penat dah aku pegang rotan tuh, dorang tuh sumer bukan budak kecik nak dirotan2kan. Emphhhh ... gasak laa .. maleh aku nak pikir.
Sabtu lepas aku buat kenduri arwah, untuk arwah abah aku dan keluarga2 terdekat yang lain. Errr .. sorry laa pada kawan2 yang aku tak sempat nak jemput tuh. Sibuk sangat
sampai tak done nak sms or call korang. (Sure dorang kata, awat aku tak publish kat FB jek kann - hahaha tuh pun aku tak terpikir). Since a week before that dah busy dengan budget of the kenduri, and arrange pasal menu dengan sepupu aku. Sib baik sepupu aku nak masakkan untuk aku. OK laa tuh, tak yah aku nak pening2 masak sendiri. Harus pensan tuh.
Jumaat tuh aku cuti, budak2 aku anto gak ke nurseri. Kalau dorang ada kat umah, mau tak jalan keje aku. Tot of nak ngemop lantai umah tu n kemas bilik2 atas since siblings n sedara mara nak datang. Pagi dah half of the day kat pasar nilai 3 beli barang and diganggu oleh panggilan2 daripada opis. Balik umah aku dah rasa nak pensan dah, siap beli roti, makan sat, duduk sat, baru laa aku mula mengemop lantai. Huhuhu letih nyer..Dekat pukul 2 aku dah kelaparan, nasi tak masak lagi, lauk tak masak lagi. Badan dah nak flat dah time tuh tapi aku gagahkan laa gak, amik kunci keta g kedai. Cari laa kot ada nasi ayam yang selalu aku beli tu. Sampai kedai, tgk ada nasi ayam favorite aku tuh apalagi order laa 2. Ehh bukan aku makan sorang occay, tuh satu lagi utk mak aku.
Abis makan, rehat kejap, solat, then g belah atas lak, kemas2 mana yg patut. Tengok2 jam dah dekat kol 4. Huhuhu .. cepatnye jam nih. Aku kuarkan ikan, masak nasi, then siap2 nak amik budak2 kat nurseri. Bila sampai je umah, sarah tiba2 cakap kat aku "Mama .. tengok ni sapa ni yang buat sepah2 kat umah kite nih". Aku pun cepat2 ler masuk nak tengok apa yang sepah nyer. Penat aku ngemas, kalau bersepah harus laa aku mengamuk. Laaa ropernye dia refer to kawasan living hall yang dah lapang tuh. Hahahah aku cakap kat dia "Ni mama la yang buat nih, ni bukan bersepah2 ni kakak, ni mama dah kemas" Aku siap warning kat budak 2 orang "Haaa .. jangan buat sepah ye " (ala ala gaya kak ros si upin ipin tuh .. :D)
Sabtu dah mula sibuk, malam tu lagi laa ..alhamdulillah ramai gak yang datang dan kenduri bermula dan berakhir dengan baik. Kawan baik aku since sekolah menengah dulu, Mimie pun datang. Seronoknye rasa. Cumanya penatnyer tuh sampai hari ni tak abis2 lagik
Kat opis pun byk mende so aku mang terasa amat ler letihhhhh dan penat tak tau nak citer cemana, badan aku je yang leh explain sebab aku jek yang rasa. Apapun insyallah kalau ada rezeki lagi, aku akan buat sesi makan2 utk kawan2. Insyallah.
2 comments:
Alhamdulillah dah settled :) sure lapang dada tgk umah bersih..bila la sy nk mula mengemas nihh!! nk kena panggil org dtg umah gak ler kot br ada motivasi nk kemas huhuhu!
Hahaha .. fara .. betul tuh. Mang nak kena jemput orang datang umah baru laaa line clear. Tapi penat tak ilang2 lagi ni sebenarnya. And .. abis jek kenduri .. sepah balik pun ..huhuuhu
KM
Post a Comment