Agak lama gak aku tak menulis kat blog nih. Leceh laaa ... byk sgt keje lately ni, tak done nak menaip2 hapdet. Paling tak pun aku lepak kat FB jek la sbb kat situ takyah nak mengarang ayat bagai .. Tp miss ler plak blog ni.
Pagi ni aku dok jump g blog fara, panjang lebar citer dia and the thing that makes me tercabar is, dia tulis blog tu pepagi b4 g keje tu .. haaaiii caiiyooorrkkk ler sifu aku nih. Ari tu dok sok sek kata mood nak berblog dah makin pudar .. iskkk .. tak dek nyer laaa fara ehhh ... hahhahah..
Set aside dulu pasal keje, aku nak story things that happen during the weekend.
First of all - the great news of the week. Yeah .. my old times fav team Manchester United FC menang League title again. There goes the red, gunners and le blues fan. Eat your word k .. hahaha.
Second - AF7 Final. Haa citer pasal AF ni aku nak habaq mai sket. Aku rasa AF kali ni tak baper menyengat sangat le. Aku ni boleh dikatakan quite fanatik gak bila tiba pasal AF ni. Tapi kali ni cam takde big aura la.. Before this aku tak penah miss diary AF yg dok siar hari2 tu. Tapi kali ni everytime aku buka channel astro ria time diari tu, tak sampai 5 minit aku dah tukau channel lain. Tak de stopper yg buat aku dok stay kat situ. Bosann jek .. melainkan mang dah takde citer kat channel2 lain, so aku biar je laa tapi aku bukan tgk pun. Saja bagi si sarah tu dok layan Fantasshia dia. Time konsert tu aku tgk la gak. Cuma disebabkan macam aku kata tadi, takde aura penarik dlm AF kali nih, everytime tgk sure aku akan terlelap. Sedor2 dah abis dah siaran konsert tuh. Then tetiba sedor dah konsert final.
Sib baik ler budak hafiz tu jadik juara AF7 ni. Aku expect si Akim tu sbb 2 3 konsert before final tu mang nampak improvement dia. Hafiz ni mang tak dapat dinafikan laa favourite sejak minggu2 awal lagi. Suara mang power cuma penampilan je kena tukau sket kot. Kena groom lagik. Skrg ni nak jadik artis takleh nak bergantung pada suara jek. Cam si Aril tu, errr sorry aarr peminat aril kat luar tu. Aku rasa sora dia takde ler sedap mana, improve pun takde le sgt tp dia tu lebih pasa penampilan kot. Tu pasal org suka dia. Handsome, comey, sedap mata memandang .. well jenis typical yg org pompuan especially budak2 remaja pompuan suka .. tp well aku tak berkenan pun .. hahahah. So kira aku puas ati laa hafiz menang. Even though akim tu #3. Ok la. Apa pun kite tgu dan lihat je la perkembangan dorg ni samada dorg dpt bersaing dlm dunia seni ni dan bertahan. Byk dah artis2 AF yg terkubur dan ada gak juara tapi tak ke mana pun lepas tuh. Yang tak juara pulak lebih menonjol macam si haizat tu. Aku mang respek betul kat dia. Dulu masa kat AF dia mang bagus pun cuma tak tau ler naper org tak vote dia. Agaknya masa tu dia chubby kot. Biasa aarr takde x-factor cam si Aril tuh kan..
Dan yang paling best, this week aku dok umah je, rehat2 ... ada laa kuar ari sabtu tu dok bawak budak2 g jumpa Paeditrician kat An Nur, then g cari kipas and lampu, replace those yg rosak kat umah tu. Nak renovate umah berjanggut ler lagi .. belum ada rezeki. Tukau je laa mana2 yg rosak tu. Other than that aku lebih byk habiskan masa kat umah. Ok gak ..
So today monday come again. Ada byk list dah mende nak kena buat yg aku dah prepare jumaat lepas. So abis je hapdet ni aku sambung ler keje aku dok settlekan satu2 task from that list tuh. Okehh .. got to do the task .. later on harap2 dapat ler hapdet lagik ..
oit oit! kutuk aril eh!! haipp!!!! hahahahah!! aril best sbb bila dia nyanyi mata dia ala2 sayu gitu seperti dapat kuselami perasaannyer wakakkakak!!!
ReplyDeleteupdate2 selalu plsss!!!