Malam tadi kami menonton siri Bersamamu yang popular di TV3 yang merupakan sebuah program realiti penuh emosi yang memaparkan kisah kehidupan insan yang kurang bernasib baik akibat masalah kemiskinan, kesihatan, penganiayaan, nasib si ibu tunggal dan pelbagai lagi. Siri ni memang ada setiap hari isnin jam 9.00 mlm.
Episod malam tadi lebih kepada Special Edition dimana kesemua episod dalam Musim Kedua dan Ketiga dikompilasikan dan ditunjukkan semula kepada penonton disamping memaparkan perkembangan terkini kesemua peserta siri Bersamamu ini. Rancangan malam tadi pun dibuat secara langsung daripada kediaman Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya.
Aku sebenarnya tidak laa mengikuti siri ini sepenuh masa sebab ada jugak episod2 yang aku skip tak tengok sebab nak tgk siaran tv yang lain. Bukan apa, selalunya kalau tengok siri ni, aku automatically jadik sensitif laa .. mesti hujan renyai turun punya. Ye lah, melihatkan kepayahan hidup mereka nih buat kite rasa sebak dan pilu. At the same time tuh insaf laa skejap... (hmm sekejap tuh ler ... ). Walau macamana kite kata kite susah, lagi laa dengan harga itu ini naik, minyak lagi naik 30 sen. Tapi ada lagi orang lain diluar sana yang hidupnya lebih susah dari kite, yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang or even makan sekali jer sehari. Itupun nasi sejumput aje. Kalau nak dibandingkan dengan kite yang masih boleh makan 3 kali sehari aku rasa sepatutnya aku rasa bersyukur dengan apa yang aku ada. Tak patut laa aku dok mengeluh kesah saja.
Malam tadi dipaparkan juga perkembangan terbaru setiap peserta bagi siri ini. Alhamdulillah aku tengok kebanyakan daripada mereka telah pun diberi bantuan baik dari segi tempat tinggal yang lebih sempurna, kehidupan yang lebih selesa dan juga diberi kursus kemahiran dan ceramah motivasi untuk memantapkan dan meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik lagi. Tempat kursus dan ceramah motivasi pun bukan calang2 tempat, tuhhh dekat Shangri-La Putrajaya tuh. Aku yang duduk dekat nih pun tak penah nak bermimpi menjejakkan kaki kat hotel bertaraf 5 bintang tuh.. Hmmm bertuah sungguh mereka tuh.
Aku harap semoga mereka sumer tuh tidak alpa dengan bantuan yang diberi dan terus berusaha untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan jalan yang telah ditunjukkan kepada mereka. Hopefully mereka akan lebih berdikari lagi untuk meneruskan kehidupan mereka dan tidak terlalu bergantung harap kepada bantuan daripada orang lain berterusan. Pihak2 yang bertanggungjawab menjaga kebajikan nasib orang2 seperti mereka ini sepatutnya lebih prihatin dan lebih peka dengan masalah2 yang melanda mereka ini. Jangan laa bila dah keluar tv baru la menonjolkan diri untuk memberi bantuan. Jika tidak disiarkan di TV, langsung tak ambil kisah dengan nasib mereka yg serba kekurangan ini.
Di akhir episod khas malam tadi ada dijemput penyanyi2 terkenal negara utk menghiburkan para tetamu antaranya Ning Baizura, Siti Nurhaliza dan Jacklyn Victor(penyanyi rasmi siri ini dengan lagunya Wajah). Bila Jac start nyanyi lagu Wajah nih aku pun dah ready nak hujan renyai la. Bukan apa, lirik lagu ciptaan Habsah Hassan ni memang mencuit hati dan perasaan terutama bila dikaitkan dengan cerita dan keadaan setiap peserta yang dipaparkan di dalam setiap episod siri ini. Tapi bukan aku jer yang hujan renyai, aku tgk Jac pun skali kena hujan renyai tuh, sampai dia tak boleh menyanyi dan tersasul2 lirik lagu tuh sebab nak cover perasaan pilu dia tuh.
Apa-apa pun semoga rancangan ini berterusan dan terus memaparkan kisah org2 susah nih agar nasib mereka dapat dibela oleh pihak2 yang bertanggungjawab yang sepatutnya menyalurkan bantuan kepada mereka.
Memang bagus usaha semua TV yg memaparkan kemiskinan kat ceruk ceruk yg mana tak terjangkau dek pemikiran dan pandangan 'orang2 yang sepatutnya' .. tapi, on second thought, ini pun TV punya hidden agenda .. nak amik kesempatan atas nasib malang to increase profit. Tapi its okay, win-win situation la kan ...
ReplyDeletecuma, kisah2 realiti nih, kadang2 TV (not only TV3's bersamamu) keterlaluan dalam liputannya .. terlalu nak menagih simpati ..
:-) saya mmg tak boleh tgk siri tuh. Kang tak boleh tido hahaha ...
buatlah realiti show pasal orang-orang :anti-sosial" macam ko pulak :-)
ReplyDelete