Hari ni aku sambung aktiviti seperti biasa seperti hari2 semalam. Update xxx, jumpa kengkawan di zzz, baca latest news kat online paper, kuar lunch tengahari dan yang lain2 yang biasa aku buat lah. Memang bosan, dah tahap gaban dah nih. Tapi lepas jumpa kengkawan kat zzz tuh, rasa seronok plak dengan info baru yang aku dapat. Rupe2 nyer ramai kengkawan kat zzz tuh tinggal di Bangi, di Bandar Baru Bangi tempat aku menetap sekarang.
Hmmm diam tak diam dah hampir 4 tahun aku menetap kat BBB nih. Cuma kena tolak sket laa time aku nomad ker Bandar Tasik Selatan dan Serdang Raya tuh. Last2 aku balik semula duduk BBB nih. Rasa dah macam kampung kedua pulak kat situ selain kampung aku kat Johor. Ehh lupa plak, sekarang kan ker aku dah ada satu lagi kampung kat Dungun tuh. Hehe marah nanti cik abe tuh kalau aku lupa hok kampung dia.
Macamanapun dah rasa selesa duduk di Bangi nih. Mungkin sebab persekitaran dia yang buat kite rasa belonging there dan mungkin juga sebab dekat dengan rumah kakak aku dan ramai jugak sedara mara yang duduk dekat2 area sini. Pastu time weekend lak nampak lengang jer tak ler macam masa dok kat Pantai Dalam dulu or masa duduk kat Tasik Selatan dan Serdang Raya tuh. Hmmm jam tak abis, ari cuti pun jammed. Pastu dok sini macam2 kemudahan ada, baik dari segi kawasan rekreasi, kedai2, pasaraya dan MMA la. Most of it ada laa. Nak g Giant ker Tesco ker, kat Kajang ada, Carrefour kat Putrajaya ada, nak tgk wayang, kat Warta Bangi nih ada, nak relaks or jogging, Taman Tasik Cempaka ada. Pokok nye sumer ada ... heheh hampir sumer laa.
Ramai jugak kengkawan aku masa study dulu yang duduk sini dan beli rumah disini. Kawan2 husbang pun ramai gak duduk area sini or dekat2 sini. So kalau nak pegi berkunjung ke rumah diorang tuh senang jer la .. dekat. Cuma nak tak nak jer laa kan.... Tapi tak lama lagi aku akan berpindah pula ke tempat lain. Insyaallah bila rumah aku siap nanti kami akan berpindah pula ke Bandar Bukit Mahkota. Memang laa dekat jer dengan BBB nih tapi tentu akan terasa kelainannya. Yelah .. kat sana banyak mende tak ada lagi selain rumah. Nak tunggu kedai naik pun tak nampak bayang. Yang ada tuh deretan kedai2 runcit tapi tak banyak. Paling dekat pun kalau nak cari kedai kena pergi Bandar Seri Putra. Kalau tak pun mang kena pergi BBB la.
Macam AY cakap kat zzz tadi .."Auntie Yan: MM: tak pe, lama-lama nanti akan jadi kawasan yg. menarik cam BBB jugak, dulu orang gelakkan Auntie, sebab beli rumah kat BBB, tempat jin bertendang. La ni dah jadi tempat Jin bersembang!" Hmm insyaallah akan tiba masa nanti BBM tuh akan membangun macam BBB ni gak. Cuma kena tunggu saje masa dan ketikanya nanti jer la.
agaknyer mcm mana akak rasa belongs to BBB, mcm tuh sy rasa sy really attached to Shah Alam...
ReplyDeletetapi, kenalah terima keadaan seadanya nih ... rumahku syurgaku..dan rumahku di klang ... hmmm ..
Hmm ... Yelah kan awak tuh lama bebeno dok shah alam tuh. Tu ler, pasai tak beli 2nd house ker kat Shah alam tuh. :D
ReplyDeletemrs m - cantik lah yr blog!!
ReplyDeleteZeed: Ha ahhh tuh laa pasal, rupernyer ramai geng sini yang dok kat BBB nih. Tapi takpe laa nnt kalau MM pindah BBM, musti akan selalu dtg ke BBB jua :D
ReplyDeleteKak Teh: Woaaa feel honoured laa sebab one of the makcik dtg blog saya. Ehhh tak de la cantik, sempoi jer tuh :D
MM,
ReplyDeleteKonsep utk rumah baru??? Buat la 1 entry mengenai konsep rumah baru tu :D
RN:
ReplyDeleteMemang pun niat dihati nak berangan konsep umah baru tuh. Tapi sebab rumah pun tak dpt CF lagik, malas nak fikir sebab nanti kalau dok pikiaq2 tp rumah tak tau bila nak dpt duduk, nnt konsep tuh dah lapuk. So kite tunggu dulu laa ekkk ... bila dah dpt kunci umah tuh, nnt buat laa entry Mintak pendapat konsep rumah kat blog nih :D