Tuesday, October 25, 2005

Aidilfitri Menjelang Lagi

Hmmmm ... sekejap jer dah 21 hari berpuasa. Tak lama lagi fajar aidilfitri akan menjelang tiba. RAYA .... Entah kenapa tahun ni macam tak rasa sangat nak beraya. Padahal sepatutnya raya tahun ni laa yang tak sabar2 untuk aku menunggu kedatangannyer. Ye lah, tahun ni first time aku akan beraya di samping suami tercinta ... mesti laa lain rasanya ... mesti seronok sebab selalu raya sorang2 tapi kali ni raya berdua bersama insan tersayang. Iskkk bukan laa nak kata mak ayah adik beradik tuh bukan insan tersayang. Hishhh ... diorang tu pun insan tersayang gak cuma yang ni lain sikit laa .. hehehe

Tahun ni persediaan raya aidilfitri cukup ala kadar aje. Kuih pun tak beli banyak mcm tahun2 sebelum ni. Ha ahh ... BELI ... bukan buat. Hehehe ... nak buat tak de masa la OR to be more specific ... tak RETI ... Tapi rasanya cukup laa kot. Tahun ni pun maybe tak ada OPEN HOUSE. Mana taknya, rumah pun tak open2 lagik camana nak buat open house. Insyaallah tahun depan kalau ada rezeki lebih lagi and rumah pun dah siap (hopefully laa) ada laa kot open house nya. To all my friends ... heheheh ... tunggu laa until further notice tahun depan. Tahun ni takde notice ekkk .... :D

So sempena kedatangan Aidilfitri tak lama lagi, untuk rakan2 dan sahabat yang mengenali diri ini, aku ingin menyusun sepuluh jari meminta maaf sekiranya ada kesalahan dan kesilapan yang dilakukan. Semoga raya tahun ini kita semua akan beraya dengan hati yang gembira dan tenang, saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi sesama keluarga dan handai taulan di mana saja anda semua berada. Lagi satu pesanan penaja .... BERHATI2 DI JALANRAYA SEMASA MUSIM PERAYAAN NI. Tahun ni kan kite akan celebrate raya sama ngan Deepavali. So faham2 aje la kan. Berhati2 laa ketika memandu atau melintas jalan tuh. Ok sumer .....


SELAMAT MENERUSKAN IBADAH PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

4 comments:

  1. apa? takder notice? apa? tak de open house? aarrgghh!!! GRRRRRR ... apa ni apa niiii...

    heh heh! Selamat Hari Raya!

    ReplyDelete
  2. hehehe .. mintak maap la yekk ... apa kata tahun ni kita bagi penghargaan kat mr GBUMP buat open house dulu. Kan ker sesuaiiii tuh

    ReplyDelete
  3. sesuaiiiii!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. adusss... rumah aku dah siap tapi pahat masih berbunyi la...hehehe

    ReplyDelete