Akhir2 ni kita sering membaca dan mendengar berita tentang "unprofessional behaviour" yang berlaku di salah sebuah hospital kerajaan di utara semenanjung malaysia ni. Kebetulan pula ke empat2 kes yang berlaku tu berkaitan dengan wanita bersalin dan bayi yang baru lahir.
Kes pertama : Bayi yang baru dilahirkan hilang dari wad kanak-kanak. Akhirnya dikenalpasti telah diculik oleh salah seorang jururawat hospital berkenaan.
Kes kedua : Pasangan suami isteri mendakwa bayi lelaki bertukar bayi perempuan.
Kes ketiga : Hospital gagal mengesan jantina bayi yang baru dilahirkan.
Kes keempat : Ibu diminta bersalin di tempat terbuka di hadapan pesakit lain dan bukannya di bilik bersalin.
Bila dilihat dan diamati kesemua kes tersebut, rasa kecut juga hati ni dan diri ni nak bersalin di hospital terutamanya hospital kerajaan. Memang la tidak semua hospital kerajaan yang memberikan "unprofessional services" sebegitu kepada pesakit mereka. Tapi apa yang ingin diketengahkan disini, walau macamana susah pun jururawat2 ni terpaksa menghadapi karenah pesakit2 mereka, berhadapan dengan pesakit2 mereka yang berbagai ragam itu, tapi mereka tidak sepatutnya sesuka hati lalai dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dan bertindak mengikut perasaan mereka sahaja.
Walaupun mereka2 yang selalunya mendapatkan perkhidmatan perubatan di hospital kerajaan ini hanya membayar sejumlah amaun yang kecil sebagai kos perubatan mereka, tidak bermakna mereka boleh diperlekehkan sebegitu rupa. Kebanyakan dari mereka berasal dari kumpulan masyarakat yang berpendapatan rendah dan hanya hospital kerajaan sajalah tempat yang dapat mereka tujui berbanding hospital swasta yang ada di merata tempat tetapi meletakkan kos perkhidmatan yang tidak termampu ditanggung oleh golongan tersebut. Para doktor, jururawat dan petugas2 hospital bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas2 yang telah diamanahkan kepada mereka untuk dijalankan dengan sebaik mungkin. Tidak kira apa juga profesion kerja seseorang itu, samada dia suka atau tidak, samada dia yang memilih atau terpaksa memilih kerja tersebut .. individu tersebut haruslah menjalankan tanggungjawab mereka untuk melaksanakan kerja mereka. Terutamanya yang berkaitrapat dengan bidang perkhidmatan kepada orang awam.
Memang laa ada pepatah yang mengatakan "Kerana nila setitik rosak susu sebelanga". .. kerana satu hospital kerajaan yang melakukan kesilapan, semua hospital kerajaan yang lain dan jururawat serta para doktor nya juga dilabelkan sedemikian. Memang tidak adil tanggapan seperti ini. Tetapi fenomena seperti ini sudah berlaku sejak sekian lama. Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah mendapatkan perkhidmatan perubatan di hospital2 sedemikian, pastinya ramai akan memberikan cerita yang hampir sama. Di herdik, ditengking oleh jururawat perkara biasa. Doktor yang bersikap acuh tak acuh sewaktu merawat dan memeriksa pesakit juga cerita biasa. Adakah kerana kebiasaan ini, memberikan mereka HAK untuk terus bersikap sedemikian walaupun setelah 48 tahun kita MERDEKA. Nampaknya mungkin jiwa mereka masih belum merdeka.
Mengapakah petugas2 dan staf2 di hospital lain boleh memberikan perkhidmatan yang lebih baik berbanding mereka2 ini? Adakah kerana mereka itu dibayar dengan gaji yang lebih sedikit berbanding mereka yang berada di sektor awam ini. Tapi jika dilihat, kedua2 sektor mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri untuk para staf mereka. Oleh itu rasanya faktor gaji tidak bolah dijadikan penentu yang utama untuk tidak memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan. Apatah lagi pelanggan yang terbabit adalah mereka yang tidak berdaya upaya .. orang sakit .. dan tidak dalam kondisi yang sihat.
Justeru itu harapan ini agar mereka2 yang terbabit, segera sedar bahawa mereka harus segera berubah demi menjaga kebaikan bersama. Bukan hanya untuk kebaikan para pesakit tapi juga untuk kebaikan diri mereka sendiri. Ingatlah . . .rezeki, kesihatan, hidup, mati ... semuanya kuasa tuhan. Hari ini mungkin anda sihat dan melakukan kerja anda melayan pesakit2 yang memerlukan bantuan dan khidmat anda dengan cara anda tersendiri. Jika baik alhamdulillah, tetapi jika sebaliknya .. wallahualam. Satu hari nanti kita tak akan tahu nasib diri kita sendiri di kala kita pula terlantar di katil sebagai pesakit. Apakah kita suka dilayan sebagaimana kita melayan pesakit kita suatu waktu dulu. Tepuk dada tanya selera .....
Itu lah ironi nya kehidupan. Kita menuju ke tempat yang mampu, di situ juga kesilapan berlaku.
ReplyDeleteDUnia ni...kekadang pelik...kita sendiri pun tak pasti...
ReplyDeletetersilap atau saja2 buat2 silap, sebab tension atau sebab gaji, mahal atau murah...yg pasti, sakitnya tetap sama...
ReplyDelete