Actually dah lebih 3 bulan aku tak tulis apa2 kat blog nih. Rasa tak sedap pulak sebab macam rasa tinggalkan rumah kosong jer tak berpenghuni. So ari ni aku rasa i have to write something. Tulis jer laa apa2 yang boleh dikongsi bersama sesapa jer kat dunia blog nih :D Aku rasa aku nak summarize of what had happen and been done for the last 3 months.
Jun 2005
Balik Kampung
This month sibuk ngan projek baru and handover kerja2 projek lama kat org lain. Bulan ni gak sibuk ngan balik kampung belah hubby kat Dungun, Terengganu. Adik ipar nak kawin. Mula2 tuh plan nak balik either one of the kenduri, either balik masa kenduri belah pengantin perempuan or balik masa kenduri belah adik ipar aku. Dah dekat ngan time nak kenduri tu, hubby kata "kite balik la masa kenduri belah perempuan. Boleh tengok camana dorang punya kenduri". Aku OK jer. Tak kisah balik yang mana2 pun. Agaknya sebab hubby aku tuh adik beradik dia mostly lelaki, tu pasal dia nak plak tgk kenduri kat belah pompuan di terengganu tuh :D.
So when the time come, kitorang pun balik laaa. Pendekkan citer, hari nikah tu pun tiba, kitorang pun pegi ler beramai2 ke kuala terengganu utk acara tuh. Seronok gak sebab ramai betul yang pergi. Adik beradik jer dah 7 keta sumernye. Campur lagi sedara mara ... macam rombongan cik kiah lak jadinye.
Masa nak dekat sampai rumah pengantin perempuan tuh, aku perasan macam ada asap jer kat depan keta hubby aku tuh. Dia kata dia pun nampak, tapi nanti la check.
Abis jer acara nikah dan bersanding dan makan2. Kami pun mula laa nak beransur balik. Aku remind hubby soh dia check keta tuh sebab ada asap tadi. Kitorang pun buka laa but enjin tuh, tengok2 air keta dah kering. Tu pasal laaa dia berasap. Abang2 ipar and adik ipar aku pun terus datang join sekaki. Dah jadi macam citer lain lak kat situ. Sumer org berkumpul tengok. :D After isi air kat keta tuh, kitorang pun balik laa semula ke dungun. Mula2 tu hajat hati nak laaa singgah kat pasar payang kat kuala terengganu tuh or jejalan memana kat situ sebab aku pun tak penah sampai KT nih. Tapi dah sebab keta tuh ada problem, tak jadi laa ke mana pun. Balik laa dungun terus.
Keesokkan ari nyer, kakak ipar aku ajak pergi KT sebab dia tau aku teringin nak g pasar payang tuh. So last2 jadi gak aku pegi KT ngan hubby dan kakak ipar dan family dia. Smpi sana, borong sakan laa. Almaklum orang pompuan :D. Balik jer dari KT, kena bersiap2 plak nak balik KL sebab esoknye kami ada appointment ngan finance rumah nak sign agreement. Sebelum balik tuh mak mentua dah sound, "Minggu depan kena balik gak sebab ni last kenduri kawin". Aku senyum jer tengok hubby. Insyaallah laa kalau tak de apa halangan, kitorang balik ler. :D
So next week nyer, kami pun balik laa ke kampung semula. Fuhh ... 2 minggu berturut balik ke terengganu. Terrer betul laa hubby aku sebab dia jer sorang yang bawak keta tuh. Aku boleh bawak keta, tapi manual sorry laa ... aku tak reti dah. Mana tak nyer lama dah bawak keta auto jer kat KL nih. Dah tak ingat nak drive keta manual nih :D. Kesian hubby aku, penat betul dia lepas kenduri tu. Apa pun Luv u hubby.
Air Oh Air
Bulan ni gak, banyak kawasan kat area selangor ni mengalami masalah bekalan air. Mana taknyer hujan lama tak turun. Air kat empangan pun dah sikit. Then one weekend tu, actually dah ada notis kat tv laa kata bekalan air kat kawasan aku akan dihentikan selama 12 jam berikutan kerja2 maintenance yang akan dibuat oleh PUAS. Aku and hubby only perasan notis ni thru Berita Terkini late that night. Dah ler malam tuh aku basuh baju banyak. Disebabkan letih sangat keje ari ni aku dah terlelap awal and terlupa nak remind hubby soh tadah air kat mana2 basin or baldi yang ada utk simpanan selama air tak ada nanti.
Pagi sabtu tu kami terpaksa laa catu air takut tak cukup lak nanti. Aku ajak hubby kuar ke mana2 after breakfast sebab kalau dok umah pun air tak der, nak masak pun tak best, leceh ler. Aku mang pantang sket kalau bab takde air nih. Tak sedap duduk dibuatnya. Kami pun kuar la berjalan2 memana and tengok movie kat Warta. :D (Murah and selesa) That day, my sis ada call kata nak g PD ari nih sebab dia kata dok umah pun tak best sebab takde air. Dia lagi laa dgn 4 org askar kenit2 tuh. Susah ler kalau tak de air nih. Dia ada ajak we all join, tapi aku kata tak per kot. Malas rasa nak g jejauh nih walhal ... setakat PD tu jauh mana aje laa ngan Bangi nih.
Balik umah petang tuh, tengok2 air takde lagi. Laaa kata 12 jam jer. Nii dah lebih 12 jam tapi tak ada air lagi. Air yang ada kat umah ni pun cukup nak buat amik air sembahyang. Nak sedapkan ati, aku kata takpe la, malam ni ada kot. Hmmm hampeh ... sampai malam and ke pagi ahad esoknya air masih tak ada. Last2 aku kata kat hubby pagi tuh, kite pegi PD jer laa bang ... join kakak .. boleh mandi pantai sekali. So at last, pegi PD gak ler kami nih. Sampai PD ... apalagi .... pantai laa destinasi yang dituju.
Seronok gak mandi pantai, dah lama tak pegi ke pantai nih. Tapi dlm best2 tu, ada gak perasaan takut bila tengok ombak kuat menghempas ke pantai. Teringat kejadian tsunami yang melanda bulan Disember 2004 lepas. Dalam pada bersuka ria tu berwaspada jugak la. Dah puas berendam akhirnya aku, hubby and my sis family pun get ready laa nak balik. Rasa cam tak puas lak ... hehehe ..
On the way balik, doa2 moga2 ada laaa air kat umah tuh. :D Sampai umah, terus jer meluru kat paip air dekat sinki. Dengar jer bunyi air and ada air kuar dari paip tuh, lega rasa. Hmmm lepas tuh apa lagi ... Keja membasuh laa plak :D
wachaaaa!! june je? mana july august? hahaha..
ReplyDelete